50 Tahun kita merdeka,dari sejak dulu sampai sekarang telah ramai kita melahirkan wakil-wakil rakyat,tak kira lah dari parti pemerintah mau pun dari parti pembangkang dan dalam 50 tahun juga lah ia telah mendewasakan politik tanah air,bermacam-macam perkara telah berlaku dan sekali gus ia juga mengajar rakyat malaysia erti berpolitik,telah 11 kali kita mengadakan pilihan raya,dan akan datang yang ke 12,dari sebelum kita lahir sehinggalah kita dah semakin dewasa dan ia bertukar dari satu generasi ke satu generasi,patah tumbuh hilang berganti.
Dulu semasa saya belajar saya pernah membaca apa erti demokrasi yang terdapat dalam buku-buku,(betulkan saya kalau saya tersilap)DEMOKRASI ERTI KERAJAAN RAKYAT OLEH RAKYAT UNTUK RAKYAT,wow bunyi kata-kata yang sangat menarik.Parti yang mendapat undian kerusi majoroti secara tidak langsung akan menjadi kerajaan buat masa tertentu dan di Malaysia ia ditetapkan selama 5 tahun sebelum di adakan pilihan raya.Kita tinggalkan tu apa yang ingin saya bincang di thread ini adalah berkenaan WAKIL RAKYAT yang telah di pilih.Wakil rakyat ini di pilih melalui undian pilihan raya dan sesiapa yang mendapat undian majoroti dan disah kan menang maka dia lah akan menjadi wakil rakyat kawasan tersebut,bagi yang mendapat undian minoroti terpaksa lah mencuba lagi.Majoroti umpama satu mandat untuk berkuasa dan bila telah berkuasa selalunya majoroti yang memberikan kuasa telah dilupakan apa tah lagi yang minoroti langsung tak diingat dan itu lah hakikatnya,bila kuasa dah di tangan mereka lupa AMANAH yang diberikan untuk WAKIL rakyat telah mereka salah gunakan.
AMANAH RAKYAT yang di beri kata lain iaitu WAKIL RAKYAT sebenarnya adalah jambatan perhubungan rakyat kepada kerajaan yang memerintah,kita tengok sekarang betapa jauhnya perbezaan wakil rakyat pihak kerajaan dengan wakil rakyat pihak pembangkang,berapa ramai wakil rakyat kerajaan yang hidup dengan senang lenang,bunglow jangan cerita lah sampai yang ada buat rumah 22 bilik,besar gedung dan istana tapi sayang bila mati tinggal dalam tanah wakaf 7x3x7,AMANAH RAKYAT mereka lupa,yang penting kuasa yang ada pada mereka sekarang mereka rompak harta negara,wakil rakyat pembangkan mereka tidak hiraukan dan mereka lupa sebenarnya ia adalah AMANAH RAKYAT untuk
kerajaan yang memerintah berlaku adil pada semua,baik yang majoroti maupun minoroti.
BERAPA RAMAI LAGI YANG BELUM SEDAR YANG AMANAH RAKYAT YANG KITA BERI TAPI TUBA YANG DI PULANGKAN KEPADA KITA,MASA UNTUK BERUBAH KERANA GENERASI AKAN DATANG TERLETAK DIBAWAH AMANAH KITA
Thursday, October 18, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment