Gabungan Barisan Nasional yang terdiri dari berbagai parti dalam Malaysia yang kononnya mengamalkan sikap tolak angsur sesama mereka kini mula menampakkan keretakkan,memang dari dulu kebanyakan parti yang mewakili cina dan india selalu mengalah bila isu sesama mereka terutama isu bangsa menjadi pertikaian.Terbaru bila pemuda umno memberi kata dua dan amaran tindakan akan di ambil terhadap permintaan bangsa cina dan pemuda umno yang kononnya menjaga kepentingan bangsa melayu akan mengambil tindakan drastik terhadap bangsa cina.Setelah 50 tahun merdeka,apakah erti merdeka bagi semua bangsa dalam Malaysia,adakah kemerdekan itu sebagai satu perayaan untuk kita meraikan atau pun menambahbaikan mutu kehidupan,keadilan manusia sejagat,tak kira bangsa dan agama,keadilan untuk semua,timbang tara,taraf kehidupan,kesamaan antara pemimpin dan penduduk dan banyak lagi,dan manakah letaknya perjuangan pemuda umno tentang hal ini,kalau setakat nak berkokok untuk memenangani hati bangsa melayu sebenarnya mereka telah salah dan jauh terpesong.
Sebagai manusia yang belajar dari kehidupan yang singkat ini,kekotoran politik yang dibawa oleh pemuda umno ini telah mengajar manusia melayu lain untuk menghargai sumbangan bangsa cina , india dan lainnya dalam gagasan yang bernama Malaysia ini bahawa kesasamaan semua bangsa adalah kunci keamanan negara ini,mengapa kita nak mempertikaikan bangsa itu,50 tahun merdeka sepatutnya telah mula dan ada mengatakan bahawa kita semua adalah bangsa Malaysia cuma yang membezakan kita adalah agama kita.
Parti PPP yang semua orang tahu perhubungannya dengan MIC yang di pimpin oleh Samy Vellu dan PPP di pimpin oleh M.Kaveas memang tidak semegah mana,sering bertelagah semata-mata untuk menunjukkan siapa yang jaguh dalam membantu bangsa mereka.Seorang tua yang egonya sungguh tinggi sehingga mencabar kekuasaan ALLAH dan semakin bongkak yang satu pun orang dalam BARISAN NASIONAL tidak berani usik portfolia beliau dalam kabinet,walaupun PERDANA MENTERI.Bila menbaca artikel dalam Malaysia Today tentang gabungan BARISAN BA,yang bersedia bejuang mempertahankan bangsa cina ini dari pemuda umno,saya juga tersentak dan bersemangat dengan keberanian barisan pemuda BA yang mana DR.HATTA RAMLI yang mewakili pemuda BA telah bangun dan mengata kan dalam dewan semasa mesyuarat BA"LANGKAH MAYAT KAMI DAHULU"
dalam memperjuangkan bangsa lain setelah pemuda umno akan mula bertindak kononnya menjaga ketuanan melayu .
Sudah tiba masanya MCA,GERAKAN dan PPP berfikir apakah selama ini pengorbanan serta tolak ansur mereka mendapat balasan yang setimpalnya,apakah perjuangan politik sesuatu parti itu mengharapkan jawatan semata-mata dalam kerajaan atau perjuangan politik itu untuk menambahbaikan kehidupan semua bangsa,MASIH BELUM TERLAMBAT untuk mereka-mereka ini berubah,tapi kalau jawatan yang menjadi rebutan maka duduk lah dalam gagasan BEEND yang insyaallah akan jatuh dan tak akan bangun lagi.Untuk umno ingat lah janji ALLAH sekira nya Islam Hadhari itu ada mengingatkan kamu bahawa dalam firman ALLAH yang bermaksud:
"JIKA ALLAH MENGHENDAKI NESCAYA DIMUSNAHKANNYA KAMU DAN DIGANTI DENGAN KAUM YANG LAIN,ALLAH MAHA KUASA ATAS SEDEMIKIAN ITU"
(surah AN-NISSA ayat 133)
Wednesday, October 17, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment