Thursday, October 18, 2007

UMNO PARTI MELAYU TUNGGAL

UMNO parti melayu tunggal yang kononnya memperjuangkan bangsa melayu yang menjadi bangsa majoroti dalam negara ini,dalam beend yang mengamalkan parti perkauman yang terdiri dari beberapa parti komponen lain ada parti yang mewakili kaum cina,india dan termasuklah disabah dan sarawak.Jika di lihat pada mata kasar ada terdapat lebih dari satu parti yang mewakili bangsa cina seperti MCA dan GERAKAN,manakala parti MIC serta PPP mewakili kaum india dan banyak lagi parti yang kononnya mewakili kaum mereka dalam tampuk pemerintah BARISAN NASIONAL.

Perasan kah kita jika bangsa yang no 2 terbanyak dalam Malaysia serta bangsa yang minoroti mempunyai lebih dari satu wakil parti politik dalam beend mengapa satu parti umno(tungul)yang bermajorotinya penduduk bangsa melayu adalah satu parti tunggal dalam beend.Adakah orang melayu lain semuanya [ SENSOR DC ] atau pun ada sesuatu agenda dalam perjuangan umno itu sendiri yang tamak berkuasa yang kononnya boleh menjaga kepentingan bangsa melayu itu sendiri.Walaupun terdapat banyak sayap yang tak berguna dalam umno itu sendiri,umpamanya putera,dan puteri,mereka sekadar mengisi tembolok umno itu sendiri,membuktikan bahawa parti umno itu sendiri telah membodohkan diri mereka jika nak dibandingkan parti bangsa lain yang mewakili bangsa mereka dengan lebih dari satu parti.Itu bila kita bercakap mengenai parti,belum lagi kita memperkatakan bahasa kita.

Sekira nya parti umno itu memang kuat dan memperjuangkan bangsa melayu itu sendiri,serta presiden umno adalah perdana menteri Malaysia,dalam perlembagaan yang ada buat masa ini,mengapa tidak memperjuangkan bahasa melayu menjadi bahasa rasmi,kenapa Malaysia tidak mempunyai satu bahasa rasmi biar semua bangsa dalam negara bertutur dalam satu bahasa,jika sekarang kerajaan mengatakan bahasa rasmi adalah bahasa Malaysia kenapa masih ada lagi urusan yang mengunakan bahasa antara bangsa.

Balik pada topik asal,50 tahun merdeka mengajar kita tentang berpolitik,selain PAS yang menjadi wadah pejuang agama islam dan ahli-ahli nya terdiri dari mereka yang menganut islam tak kira apa pun bangsa mereka sebab islam itu global,dan kini Parti Keadilan Rakyat yang mengamalkan politik majmuk semua bangsa dalam satu parti yang memperjuangkan keadilan serta DAP yang juga terdapat berbagai bangsa ahlinya dan ke 3 parti pembangkang ini tidak mengamalkan parti perkauman jika dibuat bandingan dengan beend.

Mungkin awal 60an umno adalah satu parti melayu yang betul membantu bangsa melayu tapi bila telah lama memerintah umno telah mula menyimpang jauh dari perjalanan yang dirancang oleh pemimpin masa dahulu,sebagai penduduk kita juga tidak menafikan kebaikan yang dilakukan oleh umno pada masa tu,kita juga berterima kasih atas pembangunan yang telah dijalankan oleh kerajaan yang diterajui oleh umno,tapi dengan berterima kasih sahaja tidak bermakna kita bersetuju dengan apa yang di buat oleh umno pada masa ini.UMNO lupa bahawa sebagai parti melayu yang kononnya membantu bangsa sendiri mereka lupa pada yang minoroti iaitu yang membangkang kerana sebab tertentu,dan mereka lupa yang minoroti ini lah yang sepatutnya digunakan sabagai timbang tara(check and balance)kelemahan pentadbiran dan perlulah diperbaiki dengan kadar segera,tapi bila dah berkuasa dan tamak mula berkawan,semua ini dilupakan,amanah yang diberi,menjadi kunci mereka menjahanamkan bangsa melayu tu sendiri.

UMNO kini,dan selamanya telah mula bersikap tamak,dan ia akan melakukan segala macam perkara yang memburukkan parti pembangkang lain,sebab takut segala temberang serta rompakan mereka terhadap bangsa melayu diketahui oleh orang lain,dengan mengawal media massa serta elektronik,universiti,polis menjadi [ SENSOR ] mereka,spr pun terbabit dan mereka telah mengunakan ATM sekarang ini,semata-mata ingin terus memerintah.Manusia merancang tapi Tuhan yang menentukan,pepatah yang biasa kita dengar,walaupun umno kuasa besar dalam gagasan beend,tapi perlu diingat kuasa ekonomi siapa yang pegang,berapa peratus sahaja bangsa melayu yang menjadi koperat jika nak di bandingkan dengan bangsa cina dan india,satu hari tak mustahil gagasan ini akan berpecah meninggalkan umno sendirian dan pada masa tu lah umno akan tahu siapa mereka.

INGATLAH PERANCANGAN ALLAH ADALAH LEBIH BESAR TAKUT LAH KEPADA ALLAH,kenapa takut kepada kami

''hai orang-orang yang beriman,jika kamu takut kepada Allah,nescaya Allah memberimu petunjuk dan menutupi kesalahanmu,serta memgampuni kesalahan mu,Allah mempunyai kurnia yang maha besar"
(surah AL-ANFAAL ayat 29)

No comments: