Apa yang hampir dengan kita,mungkin telah ramai yang mengetahui dan ramai juga yang masih lagi tidak mengetahui dan tidak mahu mengetahui.Bak nyanyian kumpulan Raihan buatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara,sekadar untuk mengingatkan umat manusia lain supaya sedar dan kembali kejalan ALLAH.Manusia akan mengatakan ajal dan maut di tangan tuhan,memang betul tapi setiap kematian itu adakah manusia akan tahu kecuali dengan sakit yang amat sangat kita akan tahu bahawa nyawa seseorang tu dicabut tidak lama lagi,dan ada juga yang meninggalkan kita tanpa kita sedari dan sangka.
Kematian itu akan hadir dengan tepat pada masa nya tidak lambat atau pun cepat sebagaimana perjanjian kita dengan maha esa semasa kita dalam perjalanan menuju lama dunia,tidak kira lah apa pun bangsa mereka serta agama mereka yang pasti kematian itu memang paling hampir dengan kita.ALLAH akan mengingatkan setiap umatnya agar jangan lupa padanya,bermacam perkara yang ALLAH tunjukan melalui kebesaran serta hikmahnya di dunia,ada yang melalui sakit,kemiskinan,kekayaan,kekuasaan dan tidak ketinggalan juga yang melalui bencana alam.
Memang manusia ini sering lupa diri,lebih-lebih lagi pada mereka yang telah mula tamak nikmat dunia,sehinggakan agama menjadi satu permainan hidup,yang tak boleh dibolehkan,yang lama telah ditukarkan dengan yang baru dan bermacam-macam cara untuk mengatakan bahawa agama yang di bawa oleh mereka adalah benar dan betul dan sehingga mempromosikan agama itu keseluruh pelusuk dunia,menunjukkan yang mereka ini lebih bagus serta pandai dalam menegakkan agama islam sejagat dan agama peninggalan Nabi Muhammad SAW tidak cukup sempurna.
Balik pada topik kematian yang hampir dengan kita,Allah menguji kita dengan ujudnya berbagai jenis penyakit,ada yang kronik ada yang sederhana dan ada yang ringan,sekadar untuk menguji setiap manusia agar beringatlah bahawa kematian itu ada dekat dengan kita dan kita tidak dapat lari dari kematian,semua yang hidup pasti akan mati,dalam islam ada mengajar kita hukum yang paling utama iaitu hukum islam dan hukum iman,ini adalah hukum untuk menguatkan tiang akidah seseorang,tapi semakin ramai orang lupa betapa penting tiangnya akidah ini.Satu HARTA yang paling berharga untuk umat islam yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW adalah AL-QURAN yang sering baginda guna untuk menegakkan agama islam ke seluruh benua dengan ulama-ulama yang diperintahkan oleh baginda sendiri.
Manusia selalu berkata itu zaman dahulu,sekarang zaman dah berubah memang betul tapi kita perlu ingat apa pun zaman kita lalui kita seharusnya mengikut islam bukan islam mengikut zaman kerana sebagai islam kita harus mengikut AL-QURAN kerana itulah suruhan serta ingatan Nabi Muhammad saw kepada umatnya,tapi telah ramai umat islam melupakan peringatan ini.Janganlah bila kematian telah semakin hampir dengan mula berbagai penyakit mula datang baru kita akan berubah,itu pun kalau masih beringat kalau yang tidak beringat adalah satu kerugian bagi diri mereka serta keluarga mereka.Bukan kehidupan manusia saja yang hampir dengan kematian,kehidupan yang lain juga termasuk lah kehidupan dalam berpolitik.
Beringatlah apa pun kehidupan kita pasti akan ada akhirnya,biar kita kuat macam mana pun,agung macam mana pun,berkuasa macam mana pun,lebih-lebih yang bertindak zalim,yang terbilang macam mana pun semua itu pasti berakhir dengan kematian dan bila kematian datang apa yang kita bawa adalah apa yang kita lakukan semasa kehidupan di dunia,jadi ingatlah semua APAKAH YANG PALING HAMPIR DENGAN KITA?
Saturday, October 27, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment