Thursday, October 18, 2007

SATU NEGARA LAWAN SATU NEGERI

Apa yang boleh kita kata kan bagaimana satu negara berlawan dengan satu negeri,satu negara yang diterajui oleh beend dengan mempunyai dana serta badan-badan tetrtentu serta pertolongan pihak media masa dan media cetak sering menghentam satu negeri ini yang di terajui oleh tuan guru yang menjadi idola ramai masyarakat bahkan masyarakat antara bangsa.Setelah menawan negeri cik siti wan kembang,ia bertukar menjadi negeri tuan guru,negeri sapa?tuan guru,negeri sapa?tuan guru(iklan jap)dengan nak membayar hutang yang ditinggalkan oleh pemimpin umno kuno yang beratus juta dengan kerajaan pusat,tuan guru telah membangunkan modal insan dahulu,sebab ia adalah tunjang kekuatan sesuatu umat,tu yang tak ada pada kerajaan beens dari dahulu sampai sekarang,depa semua nak membangunkan negara dengan menunjuk bertapa besarnya bangunan,bertapa tingginya menara,bertapanya mewah kompleks membeli belah,serta banyak lah lagi yang tak perlu diperkatakan.

Mari kita menilai kembali apa yang telah dibangunkan oleh kuasa besar beend jika nak dibandingkan dengan PAS yang membangunkan Kelantan Darul Naim,dari Semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak diperintah oleh beend,mereka megah apa yang mereka lakukan,apa cara pun mereka kata mereka betul,bila negeri yang diperintah oleh umno beend semuanya bagus untuk masyarakat,bukit gondol pun tak pe,curi pasir pun tak pe,pecahkan rumah setingan rumah melayu pun tak pe,tutup masjid dan surau serta robohkan surau pun tak pe,buat bangunan makmal roboh pun tak pe,rasuah sana sini pun tak pe,polis bermasalah pun tak pe,masalah kronik sosial pun tak pe,biarlah rakyat mati kebuluran dan tak ada tempat tinggal pun tak pe,asalkan wakil rakyat serta menteri dapat buat istana sendiri ok lah(agaknya dia orang ni gila berangan nak jadi agong serta sultan).

50 tahun dah merdeka,apa yang paling pesat membangun,masalah sosial,sebab apa?kerajaan tak peduli tentang nak membangun modal insan,mak bapak dok sibuk layan dunia masing-masing,hiburan program utama negara,bagi kerajaan itu semua tanggungjawab mak bapa,memang betul tanggungjawab mak bapa,cuma berapa kerat saja yang berjaya itu pun telah ada insan yang menjadi idola serta masyarakat dunia yang telah menjadikan negerinya sebagai satu platform untuk membangunkan modal insan yang akan menentukan hala tuju masyarakat akan datang benar-benar berwibawa dan bertanggungjawab.

Alhamdulilah telah ramai masyarakat mula sedar,ibu bapa yang mula perihatin tentang gegala sosial ini telah mula menitik berat kan keluarga masing-masing,yang masih dok bermimpi nak jadi raja atau sultan teruskan lah mana tau kot-kot bole jadi raja.Kembali kepada topik kita lihat kenapa kerajaan persekutuan menafikan hak rakyat kelantan yang telah memilih PAS sebagai wadah amanah mereka untuk membimbing serta memerintah negeri Kelantan,kalau tuan guru tidak bersikap diskriminasi terhadap minoroti mengapa kerajaan persekutuan bersikap pilih kasih serta mendiskriminasi kan penduduk negeri Kelantan,selagi modal insan tak dapat berjalan dengan lancar yang baru di lancarkan oleh pm umno beend,jangan lah nak mendabik dada mengata kan bahawa dia orang ni cemerlang,gemilang dan terbilang,malulah dengan masyarakat luar yang memandang negara kita ni yang penuh dengan bermacam skandal sehingga lah kepada institusi kehakiman.

Kita ada pilihan,kenapa kita tidak memilih intan yang sedia baik dari kita mengikut kaca yang tak berharga,ternyata tuan guru telah menunjukkan jalan untuk kita berubah ,bahkan ramai lagi dibelakang beliau yang bukan calang-calang pemimpin yang besedia untuk memerintah negara dengan penuh amanah dan adil,pada mereka yang berugama islam,telah ditunjukan jalan yang akan menerangkan kita,terpulang lah pada diri saudara,kerana kita tak mengumpulkan dunia tetapi dunia yang akan mengumpulkan kita,neraka dan syurga di tangan kita.

No comments: