ASALAMUALAIKUM,
Dah lama tak update blog nurqamar ni,terasa terpanggil untuk menulis pasal perkara amanah,apa-apa pun ia adalah pandangan saya sendiri,yang benar dari ALLAH dan yg tak benar dari diri saya.
AMANAH
Seberat-berat perkara yg perlu kita lakukan baik untuk diri sendiri,keluarga,maupun utk masyarakat.Semua org ada amanah mereka sendiri yang memerlukan mereka menjalankan amanah sejujur mungkin untuk dilakukan agar semua orang dapat manafaat apa yg di amanahkan.Samaada sedar atau tak sedar jika amanah ni tak dilakukan dengan sebaik mungkin maka banyaklah kesan buruk yang akan terjadi pada diri sendiri,keluarga maupun masyarakat,ambil contoh diri kita,bila kita dah mula tak beramanah maka ia akan terbawa pada keluarga dan bersangkut terus pada masyarakat.Bila ada jawatan dan kita telah menyalah gunakan amanah yang di beri,buat apa yg suka sahaja,tak peduli apa org lain hadapi,mementingkan peribadi,menipu,rasuah dan lain-lain lagi yg seumpama,apa yang akan jadi?
Berapa ramai kah yang sedar betapa penting nya amanah dalam hidup bermasyarakat mau pun untuk negara.keluara adalah satu amanah untuk ketua keluarga,jika ketua keluarga tak beramanah apa akan jadi dengan keluagra mereka,jika dalam keluarga mereka,tak ada amanah bagaimana untuk diamanahkan mereka untuk memimpin masyarakat mau pun negara,APA AKAN JADI?Bila seberat-berat perkara ini telah di tenggelamkan dengan sebesar-besar perbuatan iaitu NAFSU,maka tiada lah amanah,hilang di bawah nafsu,APA AKAN JADI?bila nafsu menguasai diri terutama perasaan TAMAK.TAMAK adalah raja segala kejahatan,bila raja segala kejahatan dah ada dalam diri kita APA AKAN JADI?
TAMAK orang berbohong,TAMAK orang sanggup menipu,TAMAK orang sanggup mencuri,TAMAK orang sanggup membunuh,TAMAK orang sanggup pecah amanah,TAMAK orang sanggup rasuah dan TAMAK juga orang sanggup menyalah gunakan kuasa.Bila orang yang telah kita amanahkan untuk memimpin negara kita telah telah tenggelam dengan nafsu TAMAK ini APA AKAN JADI?Kenapa nak biarkan orang yang tak beramanah ni nak memimpin kita,bila kita dah melakukan amanah ni terhadap keluarga kita dengan sejujur mungkin,bukan kah kita ada banyak tokoh yang boleh di amanahkan untuk memimpin negara.AMANAH akan dituntut kat sana,mungkin didunia mereka boleh terlepas,tapi dosa terhadap masyarakat bagaimana?jawablah kat sana.
KALAU AMANAH TIADA APA AKAN JADI?
Sunday, February 11, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment