Berikut adalah catatan yang memenangi Catatan Terbaik 2003. Diterbitkansemula dengan ehsan Fajar (ttp://www.fajaronline.com):semoga memberimanafaat :-Kasihnya ibu..membawa sepanjang hayat...kasih saudara..masa berada...."Dari ruang dapur, teradun ramuan kasih sayang, mencipta aroma bahagia,hingga ke akhir hayat...""Ala, sup kaki ayam lagi ke mak?", getus hati lalu terlafaz di bibir.Semalam sup kaki ayam. Hari ini pun sup kaki ayam. Tiba-tiba hilang seleramakan. Entah apa silapnya, aku terus bangun dan letakkan pinggan semula.Terlalu ikut rasa muda yang mengada-ngada. Padahal, aku patut bersyukursahaja dengan rezeki yang terhidang di depan mata."Tak makan ke?", tegur mak. Namun, tiada kata yang terucap. Mungkin diarasa serba salah. Mungkin juga kecil hati. Dia hanya terdiam. Baginya supkaki ayam itulah yang menjadi kegemaran suami.Sejenak, terbetik rasa bersalah dan menyesal tidak terkira. Kurang ajarsungguh aku. Setidak-tidaknya, tak perlulah mulut ini gatal-gatalmenyuarakan butir-butir kata sebegitu. Rasa terkilan menyelubungi seluruhjiwa. Aku terbawa-bawa rasa penat dan tekanan bekerja. Satu kesilapan yangcukup nyata. Lama juga aku terdiam menelan rasa. Tidak terlintas di hatiuntuk melukai hati seorang ibu. Keterlanjuran yang membawa kekesalan yangcukup mendalam. Mencairkan batas-batas keegoan lalu membasahi bibit-bibitperistiwa. Ianya berulang-ulang bagaikan wayang gambar. Ah..., hati inimengeluh berat sekali.Esoknya, apabila aku pulang ke rumah, seperti biasa aku menjenguk ke dapur.Perut ini manja dan sering memanggil untuk diisi dek kelaparan. Aku bukatudung saji. Aku nampak lauk itu - sup kaki ayam. Aku terdiam. Takmengapalah, sekurang-kurangnya ini adalah rezeki dan juadah yang bisamengenyangkan. Syukur, bisik hati kecil aku. Apa salahnya kalau akumengalah hanya kerana perkara yang sekecil ini?"Eh, mak dah simpankan lauk kat mangkuk yang ada tutup tu untuk kau. Makanye", jerit mak dari luar rumah.Lauk untuk aku? Sekilas pandang aku terlihat sebuah mangkuk berwarna putihtertutup di tepi tudung saji. Aku terkedu sebaik sahaja melihat isi didalamnya. Sup ayam. Bukan terisi dengan kaki-kaki ayam, tapibahagian-bahagian ayam yang lain seperti kepak dan peha ayam. Sebak menusukke dada. Terasa seperti mahu mengalir air mata. Hingga sebegini sekaliingatan mak untuk aku. Terlintas kembali peristiwa semalam, hanya keranaaku tak mahu makan kerana sup kaki ayam. Dan hari ini, aku disediakan khassup yang terisi dengan bahagian ayam yang lain, selain dari kaki ayam.Sebenarnya, aku bukanlah orang yang cerewet dengan soal makanan. Asalkanianya mengenyangkan, syukur. Cuma hari itu, aku terbawa-bawa perasaan yangremeh ke rumah. Mujur juga hati mak tak kecil hati. Atau mungkin jugahatinya tersentuh dengan gelagat aku, lalu diubatinya dengan menyediakanbahagian khas dalam sup kaki ayam itu. Kesannya bukan sedikit, seolah-olahrasa sup ayam itu laksana kasih yang mengalir ke dalam tubuh aku.Perlahan-lahan mengalir ke liang-liang darah bersama sayang insan yangbernama ibu. Nescaya, hinalah aku kalau aku sengaja menidakkan rasa syukurdan terima kasih ini kepadanya.Sejak hari itu, setiap kali sup kaki ayam terhidang, pasti akan adabahagian khas untuk aku. Kadangkala, aku rasa bersalah keranadi'istimewa'kan sebegitu. Aku tak berhak untuk menerimanya, hanya keranakesilapan pada hari itu. Kalau boleh, aku mahu cakap, "tak payahlah mak..".Tapi, aku rasa khuatir kalau-kalau aku menyentuh hati mak lagi. Aku cukupkenal dengan sikap mak yang cukup memendam rasa. Tidak akan diluahkan rasakecewanya, cuma riak wajahnya cukup jelas untuk aku tafsir segala-galanya.Dari ruang dapur, mak sudah adunkan segala rempah dan bahan-bahan masakanuntuk menjadi santapan buat keluarganya. Begitulah rutinnya sehari-hari.Kadangkala, kalau mak sibuk dengan kuih, bapak akan menjadi tukang masak didapur. Tak kiralah siapa yang memasak, apa yang pasti, mereka pasti akanmemasak dengan sebaik mungkin. Cuba menghasilkan hidangan yang menjadikegemaran buat anak-anak. Dari situlah mengalirnya kasih sayang yang cukupmelimpah ruah. Melalui hidangan lauk pauklah berlalulah kasih sayang yangtidak semestinya dibuktikan dengan kata-kata atau perbuatan.Ada orang berkata pada aku, tak seronok hidup dengan keluarga. Macam anakmanja. Aku tak hirau dan peduli dengan kata-kata orang. Kalau nakdiikutkan, memang rasa janggal bila sudah biasa hidup berjauhan dengankeluarga. Cuma, biarlah kali ini, aku memberi sedikit masa untuk akubersama-sama mereka. Selagi masih ada mereka. Biarpun mereka tidak pernahmengharapkannya, tapi aku tahu, saat-saat begini, mereka terlalu inginsekali di samping anak-anak dan cucu tersayang. Aku sedar, bukan mudahuntuk menahan karenah yang menagih seribu kesabaran.Lagipun, ke mana aku harus lagi mencari sup kaki ayam yang sama rasanyadengan sup kaki ayam mak? Dan, kalau aku dapat menggantikan seperiuk supkaki ayam dengan seperiuk sup apa sahaja yang lazat sekalipun, mampukah akumenadah kasih sayang yang sama?moral : besarnya pengorbanan seorang ibu... sanggupkah seorang anak memasak'istimewa' khas utk seorang ibu?
Saturday, February 24, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment