ASALAMUALAIKUM PEMIMPIN MEMIMPIN(PANDANGAN SAYA SAHAJA) Kita semua dilahirkan untuk menjadi pemimpin samaada dalam keluarga,ditempat kerja,khariah,masyarakat dan negara.Bagaimana pula kita memimpin keluarga kita,adakah kita telah melakukan tanggungjawab serta amanah yang diberi dengan sempurna,dan yang paling penting, adalah diri kita yang akan memimpin keluarga kita untuk membentuk salasiah keluarga yang mampu menurut ajaran islam dari generasi sekarang dan akan datang.Umpama seorang ayah atau ibu,yang diamanahkan untuk memimpin anak-anak untuk menjadi insan yang menurut ajaran islam dan hidup perpandukan hukum islam tetapi mereka berdua gagal melakukan perkara tersebut,maka dari anak -anak itulah akan lahir generasi yang akan meninggal ajaran dan hukum-hukum islam secara tak langsung,itu untuk satu keturunan keluarga bagaimana pula kalau ramai yang telah gagal dan akan gagal,bayangkan apa akan jadi dengan hidup generasi akan datang.Ibu bapa menjadi contoh yang terbaik untuk anak-anak,abang dan kakak menjadi contoh yang terbaik untuk adik-adik,suami menjadi contoh terbaik buat isteri dan isteri menjadi pendorong buat suami,itupun jika ajaran dan hukum islam kita lakukan,insyaallah bila semua perkara ini kita lakukan dengan paksi islam insyaallah kita akan dapat melahirkan keturunan keluarga yang berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.Begitu juga bagaimana kita nak memilih pemimpin untuk memimpin kita dengan amanah dan saksama dan yang lebih penting lagi agama islam harus menjadi teras pentadbiran negara.Bagaimana mungkin seorang pemimpin yang telah terbukti gagal memimpin keluarga kita jadikan seorang pemimpin negara untuk memimpin kita,amanah dalam keluarga pun mereka tak dapat lakukan ini kan pula satu negara apa akan jadi kalau pemimpin macam ini memeritah terlalu lama,tanya lah diri sahabat sendiri.Bila keluarga kita dah cemerlang di bawah pimpinan kita mengapa kita masih lagi mempunyai seorang pemimpin yang tak cemerlang serta gagal dalam keluarga untuk memimpin kita,tak ada kah tokoh-tokoh yang boleh diamanahkan untuk menerajui negara ini dengan pentadbiran islam yang cemerlang,melahirkan generasi baru yang gemilang dan membentuk sebuah negara yang terbilang.Kenapa harus kita takut untuk mencuba dan berusaha untuk generasi akan datang,masih terlambat kah kita untuk mengubah semua ini,sebenar nya kita adalah pemimpin yang memilih salah seorang dalam kelompok kita untuk memikul amanah masyarakat dan agama dan secara tak langsung bila kita memilih pemimpin yang telah terbukti gagal memimpin keluarga maka kita telah menunjukan bahawa diri kita selama ini juga gagal untuk membentuk negara .Semakin lama peluang dan ruang yang di beri mereka guna untuk diri mereka sendiri serta ahli keluarga,semua mereka gunakan untuk kepentingan parti mereka dan kedudukan mereka,menzalami orang lain termasuklah membunuh,inilah pemimpin yang telah menempatkan perasaan TAMAK dalam diri mereka.TAMAK lah punca segala-galanya,bila TAMAK dah ada dalam jiwa pemimpin maka apa akan jadi dengan keluarga,masyarakat dan negara,maka layak kah mereka ini kita lantik untuk menjadi pemimpin kita.BELUM TERLAMBAT UNTUK KITA BERUBAH,selagi Allah tak menutup pintu hati kita,insyaallah kita dapat mengubah pimpinan negara ini.Pada sahabat-sahabat yang telah dan berusaha kearah itu alhamdulillah,dan pada sahabat yang belum,berusaha mulai sekarang,bak kata pepetah"JIKA SESAT DIHUJUNG JALAN,KEMBALI LAH KE PANGKAL JALAN"kerana kita bertanggungjawab menentukan hala tuju generasi kita sekarang dan akan datang.Pada pemimpin-pemimpin yang telah melakukan kesilapan,sebelum pintu hati ditutup,berubah lah ,kita tak boleh menyembunyikan kesilapan yang dilakukan.kerana semakin lama kesilipan itu di simpan semakin banyak pembohongan dilakukan,ingat mungkin didunia kita terlepas tapi kat sana jawablah sendiri.Bukankah kita telah berjanji dalam syahadah kita"AKU BERJANJI TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN AKU BERJANJI NABI MUHAMMAD RASUL ALLAH,mengapa lupa perkara yang paling penting sekali dalam rukun islam,bukan kah ia yang pertama,mereka yang mengamalkan dan menterjemahkan dalam kehidupan masyarakat sepatut nya kita beri mereka peluang untuk membuktikan kepimpinan mereka berlandaskan islam dan mereka-mereka ini telah membukti kan kecemerlangan,kegemilangan dan keterbilangan mereka memimpin sebahagian masyarakat kat negara kita, jika nak dibandingkan dengan kepimpinan yang sedia ada yang telah jauh tersasar dan gagal dalam amanah yang diberikan.BIAR MENJADI PEMIMPIN PEMBANGKANG DARI MENJADI PEMIMPIN HARAM,BIAR MATI JADI PEMBANGKANG DARI MATI IKUT TEMBERANG,WASALAM |
Saturday, January 20, 2007
PEMIMPIN MEMIMPIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment