Wednesday, January 10, 2007

SIAPA KITA


SALAM PERKENALAN UTK SEMUA YG MEMBACA DAN MASUK DI BLOG INI,MAAF DIPOHON KIRANYA APA YG NAK SAYA KONGSIKAN PADA SAHABAT-SAHABAT SEMUA TIDAK DAPAT MEMENUHI TARAF BAGI ORANG YANG TELAH LAMA MENGUNAKAN KEMAJUAN IT NI,TERUS TERANG SAYA ADALAH ORANG YG BARU DAN BARU MENCUBA UTK BELAJAR.SIAPA SAYA?SAYA ADALAH ORANG MELAYU BERUMUR 41THN ADA SEORG ISTERI,TIGA ORG ANAK SATU PEREMPUAN DAN DUA LELAKI.SEORANG LELAKI,SUAMI,BAPA YANG TELAH BERHENTI KERJA DISEBABKAN PENYAKIT BUAH PINGGANG YANG DIHADAPI DARI BULAN OKT 2005 HINGGA SEKARANG.PENYAKIT DISEBABKAN SELALU MAKAN UBAT TAHAN SAKIT KERANA GOUT SELAMA 6 TAHUN.SEBELUM BERHENTI KERJA SAYA BEKERJA DI HOTEL SHANGRI-LA KL,SEBAGAI SENIOR CHEF DEPARTIE,SELAMA 15TAHUN.PERASAAN BILA DIBERITAHU BAHAWA BUAH PINGGANG SAYA TELAH ROSAK AGAK SEDIH JUGA PADA MULANYA DAN BILA ISTERI SAYA MEMBERI PERANGSANG DAN MENERIMA INI SEBAGAI KETETAPAN DAN KETENTUAN YANG MANA TELAH RAMAI ORANG MENGHIDAP PENYAKIT INI,DISAMPING ADA PENYAKIT YG LEBIH TERUK LAGI YANG DIHIDAPI OLEH ORANG LAIN.ALHAMDULILAH BERKAT RAJIN DAN SOKONGAN SAYA PADA ISTERI ,SEKARANG ISTERI SAYA BERJAWATAN SEORANG LINE MANAGER DI JUSCO CHERAS SELATAN.ANAK PEREMPUAN BERUMUT 15THN,LELAKI 12 DAN 5 TAHUN.SAYA BUAT DIALISIS 3X SEMINGGU,HARI ISNIN,RABU DAN JUMAAT,BERTEMPAT DIFALAH HOMEDIALISIS DIJALAJ AMPANG HILIR.JADI SEKARANG KERJA SAYA MENGHANTAR ANAK PI SEKOLAH SEBELUM BUAT DIALISIS.SEKARANG WALAUPUN SAKIT MACAM NI SAYA PERLU MENUNJUKAN PERASAAN YANG TENANG DAN GEMBIRA AGAR ANAK-ANAK DAN ORANG SEKELILING TIDAK TERLALU RISAU PADA SAYA BAK KATA PERPATAH DALAM BAHASA INGGERIS"IN LIFE,WHAT SOMETIMES APPEARS TO BE THE END IS REALY A NEW BEGINNING.PERJAJIAN KITA DENGAN ALLAH ITU PASTI AKAN DATANG,BILA ALLAH BERI KITA KESEMPATAN KITA KENA GUNAKAN SEPENUHNYA,INSYAALLAHBAGI SAYA MANUSIA INI ADA 2 HUKUM,SATU HUKUM DUNIA SATU HUKUM AKHIRAT.HUKUM DUNIA SEDANG SAYA LALUI,INSYAALLAH .PADA MANA =MANA SAHABAT YANG MASUK DAN BACA BLOG NI SAYA MINTALAH PENDAPAT DAN NASIHAT DISAMPING BERTUKAR -TUKAR PANDANGAN,INSYAALLAH KITA DIBERKATI ALLAH.AMIN

No comments: