INI GAMBAR BERSAMA DENGAN KAWAN KAWAN SATU BLOK A8 DESA PANDAN,SATU BAS JUGA YANG BERSAMA-SAMA MENGHANTAR MAK DAN ABAH KE KELANA JAYA PADA 13DEC 2006.CERITA SEDIKIT PASAL KEDUA MAK ABAH KITA,JANGAN BORING,MAK SAYA DILAHIRKAN DI KANCUNG LAUT 60 TAHUN DAHULU,MEMPUNYAI SERAMAI 10 ADIK BERADIK,EMAK ANAK YANG KE 4,ABG 1DAN 2,3 POMPUAN,EMAK,ADIK POMPUAN YANG KE 5,KE 6 LELAKI,KE7 DAN KE8 POMPUAN,9 DAN KE 10 LELAKI.HIDUP KAT KAMPUNG PADA MASA TU SUSAH,MAK CERITA BUAT KERJA MCM-MCM,MOTONG GETAH,KUTIP KOPI,TANAM TEMBAKAKESIAN MAK KITAU,JAGA ADIK, MASAK DAN MCM-MCM LAGILAH.TAK DAPAT NAK SEKOLAH ,WALAUPUN ADA PERASAAN NAK SEKOLAH PADA MASA TU.SAMPAI LAH PADA SUATU HARI BILA HUJAN DAN ANGIN RIBUT MELANDA KAMPUNG PADA WAKTU TENGAH MALAM,MENGAKIBATKAN POKOK SEBESAR 4 PEMELUK MENGHEMPAP RUMAH DAN MENGHANCURKAN SEBAHAGIAN RUMAH ATUK,NASIB BAIK SEMUA ORANG SELAMAT,CUMA SEORANG PAKCIK SAJA YANG PENGSAN.DALAM KELAM KABUT DENGAH MALAM,HUJAN YANG LEBAT DAN ANGIN YANG KUAT,MAK CERITA,NAK PERGI RUMAH JIRAN,JAUH JUGA,MEREKA TAK BUKA PINTU,MUNGKIN TAKUT,LAMA JUGA SAMPAI SEMUA BASAH KUYUP,MEREKA AKHIRNYA MEMBUKA PINTU BILA DENGAR SUARA ORANG MINTA TOLONG,MAK CAKAP NENEK YANG MINTA TOLONG,MASA TU SEMUA ORANG DALAM KETAKUTAN.KEESOKAN HARINYA BILA DI LIHAT BANYAK JUGA RUMAH YANG ROSAK,YANG PALING TERUK RUMAH ATUK,SAMPAI MASUK AKHBAR PADA MASA TU.BILA ATUK PINDAH KE SATU KAWASAN YG BARU,BARULAH KEHIDUPAN ATUK DAN NENEK SERTA KELUARGA MAK BERUBAH SIKIT WALAU PUN MASIH BUAT KERJA YANG SAMA.ABAH KALAU SAYA CERITA LAGILAH SEDIH,ABAH MASA KECIL DAH MENJADI YATIM,ARWAH ATUK JAMAL,MENINGGAL MASA AYAH KECIL LAGI.BILA MAK ABAH KHAWIN NGAN BAPAK TIRI ,MEREKA TAK PEDULIKAN ABAH,MAKAN MINTA UMAH ORANG,MAKAN KAT KEBUN,PISANG,UBI DAN MCM-MCM LAGI.SAUDARA MCM PAKCIK ABAH SELALU YANG TOLONG ABAH,BAGI MAKAN DAN PAKAIAN DAN ABAH SEMPAT BELAJAR AGAMA,ABAH ADA CERITA DIA TAK SEMPAT BELAJAR ABIS,MUNGKIN KALAU ABIS ABAH MUNGKIN JADI GURU AGAMA,PADA MASA TU.ABAH SAYA BERDUA SAJA DENGAN ABANG DIA,MASIH HIDUP LAGI SEKARANG,WALAUPUN SAKIT-SAKIT.ABAH ADA CERITA PERNAH SATU MASA BILA BAJU DAN SELUAR DIA KOYAK ,ABAH MINTA JARUM DAN BENANG DENGAN ORANG,MASUK DALAM KEBUN ,DUDUK KAT DALAM KOLAM,JAHIT BAJU DAN SELUAR ,BASUH DAN JEMUR SAMPAI KERING.ABAH BUAT KERJA MCM-MCM,SEHINGGA LAH ABAH KELUAR KAMPUNG DAN PERGI KE KAMPUNG MAK SAYA.KAT SANA ATUK TELAH MENGAMBIL ABAH KERJA DAN BAGI SATU PONDOK UNTUK ABAH.MAK CERITA MAK BUKAN NYA SUKA SANGAT NGAN ABAH PADA MASA TU,ENTAH MCM MANA KENA KHAWIN PULA NGAN ABAH,ATUK KAT KAMPUNG TU PULA ORANG RAMAI KENAL,CAKAP JE HAJI ISMAIL SAMPAI SEKARANG ORANG KENAL.ABAH MULA BAWA KITA ORANG PADA TAHUN 1966 MASA TU SAYA BARU 6 BULAN,KAKAK SAYA 3TAHUN LEBIH,ABAH TINGGAL KAT KAMPUNG PANDAN,MASIH ADA HUTAN LAGI KAT SEKELILING,ABAH KERJA KONTRAK BUAT KEDAI ,SAMPAI SEKARANG KEDAI TU MASIH ADA LAGI,KG.PANDAN BERTUKAR DESA PANDAN.MAK PADA MASA TU TERPAKSA LAH JADI SURIUMAH MENJAGA KITA ORANG,BILA KAK LONG DAH BESAR SIKIT,BOLEH JAGA ADIK MAK PUN KERJA KAT KILANG GETAH PADA MASA TU ADA SATU KILANG GETAH KAT SUNGAI BESI,ABAH DAH KERJA DENGAN BANDARAYA.KAT BASSTAND KELANG,SAMBIL SAMBIL TU ABAH MENIAGA APAM BALIK KAT SANA,SAYA MERASA KESUSAHAN MEREKA,MAK SEBELUM PI KERJA ADA BUAT KARIPAP,NASI LEMAK DAN KUIH UBI,SAYA SEBAGAI ANAK LELAKI YANG TUA TERPAKSA LAH MENJUAL KUIH PADA WAKTU PAGI,DAN BERSEKOLAH PADA WAKTU PETANG.APA YANG MAK ABAH SAYA BUAT SAYA PUN TERLIBAT SAMA,BERNIAGA A.BC SAMBIL MENJUAL KEROPOK DAN KEREPEK SEMUA SAYA LALUI.ALHAMDULILLAH,BERKAT USAHA MEREKA DAPAT LAH MAK ABAH SAYA MEMBELI UMAH DIDESA PANDAN DAN SHAH ALAM.ABAH MASIH LAGI CERGAS DAN RINGAN TULANG,IKUT KAWAN ABAH KERJA JAGA TAMAN DIPUSAT PERLANCONGAN DI AMPANG,MAK SAYA,MEMANG PANDAI BUAT KARIPAP,REMPAYAK,TUMPI,KEREPAK PISANG,DAN KUAH PECAL,MEMANG RAMAI ORDER KAT MAK SEMASA BULAN PUASA NAK SAMBUT RAYA.SAMPAI TAK LARAT DIBUATNYA.MAK PULA DALAM ADIK BERADIK MAK ,BILA ADA-APA-APA MESTI SELALU AKAN BERTANYA PENDAPAT EMAK,MCM MAK DAH JADI KETUA KELUARGA,ABG MAK DAH JADI ARWAH,MENINGGAL DI TANAH SUCI,HAKIM MAHKAMAH SYARIAH SELANGOR,ABANG NO 2 HIDUP LAGI TAPI SAKIT BUAH PINGGANG DAH 5 TAHUN,ANAK LELAKI AWAL NAMANYA PUN SAKIT BUAH PINGGANG SEJAK BERUMUR16 TAHUN,SEKARANG DAH 15TAHUN BUAT DIALISIS,DAN SAYA PUN KENA JUGA SEKARANG DAH MASUK SETAHUN LEBIH BUAT DIALISIS.PADA SAHABAT-SAHABAT YANG BACA BLOG NI SAYA NASIHAT KAN JAGA MAKAN DAN MINUM,PERIKSA DARAH 6 ATAU 1 TAHUN SEKALI,SEKARANG NI PENYAKIT NAK DATANG KITA TAK KAN TAHU.KALAU KITA NAK INSAFKAN DIRI KITA CUBALAH BAWA DIRI KITA KE HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA,DUDUK KAT SANA 3ATAU 4JAM,BARULAH KATA AKAN RASA KEINSAFAN ITU DENGAN BERMACAM PENYAKIT DAN PESAKIT.SEBENARNYA KITA SEMAKIN DEKAT DENGAN PERJANJIAN KITA DAN SEMAKIN JAUH DARI KEHIDUPAN KITA.TAK TERLAMBAT LAGI UNTUK KITA BERUBAH,KALAU KITA SESAT DI HUJUNG JALAN BALIKLAH KE PANGKAL JALAN.OKLAH SAMPAI KAT SINI JE NANTI KITA CERITA LAGI,PANASSSSSS
Thursday, January 11, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment