Saturday, January 20, 2007

PEMIMPIN MEMIMPIN

ASALAMUALAIKUM
PEMIMPIN MEMIMPIN(PANDANGAN SAYA SAHAJA)
Kita semua dilahirkan untuk menjadi pemimpin samaada dalam keluarga,ditempat kerja,khariah,masyarakat dan negara.Bagaimana pula kita memimpin keluarga kita,adakah kita telah melakukan tanggungjawab serta amanah yang diberi dengan sempurna,dan yang paling penting, adalah diri kita yang akan memimpin keluarga kita untuk membentuk salasiah keluarga yang mampu menurut ajaran islam dari generasi sekarang dan akan datang.Umpama seorang ayah atau ibu,yang diamanahkan untuk memimpin anak-anak untuk menjadi insan yang menurut ajaran islam dan hidup perpandukan hukum islam tetapi mereka berdua gagal melakukan perkara tersebut,maka dari anak -anak itulah akan lahir generasi yang akan meninggal ajaran dan hukum-hukum islam secara tak langsung,itu untuk satu keturunan keluarga bagaimana pula kalau ramai yang telah gagal dan akan gagal,bayangkan apa akan jadi dengan hidup generasi akan datang.Ibu bapa menjadi contoh yang terbaik untuk anak-anak,abang dan kakak menjadi contoh yang terbaik untuk adik-adik,suami menjadi contoh terbaik buat isteri dan isteri menjadi pendorong buat suami,itupun jika ajaran dan hukum islam kita lakukan,insyaallah bila semua perkara ini kita lakukan dengan paksi islam insyaallah kita akan dapat melahirkan keturunan keluarga yang berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.Begitu juga bagaimana kita nak memilih pemimpin untuk memimpin kita dengan amanah dan saksama dan yang lebih penting lagi agama islam harus menjadi teras pentadbiran negara.Bagaimana mungkin seorang pemimpin yang telah terbukti gagal memimpin keluarga kita jadikan seorang pemimpin negara untuk memimpin kita,amanah dalam keluarga pun mereka tak dapat lakukan ini kan pula satu negara apa akan jadi kalau pemimpin macam ini memeritah terlalu lama,tanya lah diri sahabat sendiri.Bila keluarga kita dah cemerlang di bawah pimpinan kita mengapa kita masih lagi mempunyai seorang pemimpin yang tak cemerlang serta gagal dalam keluarga untuk memimpin kita,tak ada kah tokoh-tokoh yang boleh diamanahkan untuk menerajui negara ini dengan pentadbiran islam yang cemerlang,melahirkan generasi baru yang gemilang dan membentuk sebuah negara yang terbilang.Kenapa harus kita takut untuk mencuba dan berusaha untuk generasi akan datang,masih terlambat kah kita untuk mengubah semua ini,sebenar nya kita adalah pemimpin yang memilih salah seorang dalam kelompok kita untuk memikul amanah masyarakat dan agama dan secara tak langsung bila kita memilih pemimpin yang telah terbukti gagal memimpin keluarga maka kita telah menunjukan bahawa diri kita selama ini juga gagal untuk membentuk negara .Semakin lama peluang dan ruang yang di beri mereka guna untuk diri mereka sendiri serta ahli keluarga,semua mereka gunakan untuk kepentingan parti mereka dan kedudukan mereka,menzalami orang lain termasuklah membunuh,inilah pemimpin yang telah menempatkan perasaan TAMAK dalam diri mereka.TAMAK lah punca segala-galanya,bila TAMAK dah ada dalam jiwa pemimpin maka apa akan jadi dengan keluarga,masyarakat dan negara,maka layak kah mereka ini kita lantik untuk menjadi pemimpin kita.BELUM TERLAMBAT UNTUK KITA BERUBAH,selagi Allah tak menutup pintu hati kita,insyaallah kita dapat mengubah pimpinan negara ini.Pada sahabat-sahabat yang telah dan berusaha kearah itu alhamdulillah,dan pada sahabat yang belum,berusaha mulai sekarang,bak kata pepetah"JIKA SESAT DIHUJUNG JALAN,KEMBALI LAH KE PANGKAL JALAN"kerana kita bertanggungjawab menentukan hala tuju generasi kita sekarang dan akan datang.Pada pemimpin-pemimpin yang telah melakukan kesilapan,sebelum pintu hati ditutup,berubah lah ,kita tak boleh menyembunyikan kesilapan yang dilakukan.kerana semakin lama kesilipan itu di simpan semakin banyak pembohongan dilakukan,ingat mungkin didunia kita terlepas tapi kat sana jawablah sendiri.Bukankah kita telah berjanji dalam syahadah kita"AKU BERJANJI TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN AKU BERJANJI NABI MUHAMMAD RASUL ALLAH,mengapa lupa perkara yang paling penting sekali dalam rukun islam,bukan kah ia yang pertama,mereka yang mengamalkan dan menterjemahkan dalam kehidupan masyarakat sepatut nya kita beri mereka peluang untuk membuktikan kepimpinan mereka berlandaskan islam dan mereka-mereka ini telah membukti kan kecemerlangan,kegemilangan dan keterbilangan mereka memimpin sebahagian masyarakat kat negara kita, jika nak dibandingkan dengan kepimpinan yang sedia ada yang telah jauh tersasar dan gagal dalam amanah yang diberikan.BIAR MENJADI PEMIMPIN PEMBANGKANG DARI MENJADI PEMIMPIN HARAM,BIAR MATI JADI PEMBANGKANG DARI MATI IKUT TEMBERANG,WASALAM

Thursday, January 18, 2007

HIJRAH

ASALAMUALAIKUM
HIJRAH@sinonim dalam masyarakat melayu kita panggil berubah,tak kiri dari segi mana pun kedudukan taraf hidup kita.Bermula dari diri sendiri,keluarga,tempat kerja,masyarakat,parti dan negara,apakah kita sudah atau sedang dan masih tidak berubah,kenapa mesti nak hijrah?
Setiap tahun kita semua sambut MAAL HIJRAH siap dengan motto sendiri,dan semua orang tanya kita apa penhijrahan kita dan macam-macam lagi,baik di tv,radio dan akhbar-akhbar.Tanya pada diri kita sendiri selama kita hidup dan dah berumur apa yang kita ubah diri kita,keluarga,masyarakat dan negara,paling ramai pun cuma ada diri sendiri dan keluarga,yang lain-lain masih tak dapat nak diusahakan atau pun tak ambil peduli,atau pun bukan bidang kita,janji kita orang dapat makan dan minum serta tempat tinggal,pengangkutan dan pekerjaan cukup untuk kita.Kenapa kita nak sibuk-sibuk tentang semua ini,kita kan ada satu kerajaan yang diuruskan olen BARISAN NASIONAL yang terdiri dari parti -parti,MELAYU,CINA,INDIA,SABAH DAN SARAWAK yang mendakwa mereka memimpin negara kita dengan adil dan saksama,dengan memegang pemerintahan negara berpuluh tahun
mereka menganggap mereka ni dah terlalu bagus dan pandai dengan motto baru meraka adalahCEMERLANG,GEMILANG DAN TERBILANG,di samping Islam baru upgred ISLAM HADHARI.Itulah yang di war-war kan oleh pemerintah negara iniyang menganggap bila telah di pilih oleh masyarakat dalam pilihan raya yang selama ini kita tahu ada bermacam-macam penipuan telah berlaku dan mereka menang mereka boleh buat apa saja.Setahu saya demokrasi bermaksud@kerajaan rakyaat untuk rakyaat oleh rakyaat,tetapi kenapa rakyaat nak menipu rakyaat sendiri,bodohnya kita kalau kita masih tak nampak benda yang macam ini.Kalau kita dilahir kan dalam keluarga islam dan kita telah dipilih menjadi pemimpin tapi kita tak menjalan kan amanah itu dengan betul,malah kita melaku kan penipuan,pembohongan,merompak dan sebagainya adakah kita layak menjadi pemimpin masyarakaat,dunia mungkin boleh terlepas tapi kat sana sendiri jawablah,mna dosa sendiri dan mana dosa dengan orang ramai,itu pun kalau ISLAM HADHARI boleh tolong mereka.Itu satu hal,dan yang paling menarik bagi diri saya yang kecil ni(pandangan saya sendiri)saya nak bawa sahabat apa ada dalam BARISAN NASIONAL,seperti apa yang saya tulis tadi ia terdiri dari pa rti melayu,cina,india,sabah dan sarawak dan kenapa pula bangsa melayu ada satu parti saja iaitu UMNO,dan parti bangsa lain ada lebih dari satu,MCA,GERAKAN,MIC,PPP PARTI DARI SABAH DAN SARAWAK.Bagus sangat ke parti bangsa melayu yang satu ni dalam BN yang dikatakan boleh menolong bangsa sendiri,dulu mungkin lah tapi sekarang dia orang lah yang menghancurkan bangsa sendiri dan memecah kan masyarakaat melayu di samping memiskin kan bangsa melayu itu sendiri,kerana didalam parti itu sekarang bukan lagi ada manusia yang bejiwa islam,cuma ada orang bangsa melayu yang islamnya telah di hadharikan.Mereka saja boleh memerintah negara ini orang lain tak boleh,kenapa,orang lain tak pandai,atau pun takut penipuan dan rompakan harta negara yang selama ini dia orang kerjakan di ketahui ramai,sampai bila nak lari dari kenyataan,lagi lama benda ini disimpan lagi banyak pembohongan berlaku,dunia boleh lah lepas kat sana sendiri jawablah nanti.HIJRAHlah buat apa kita nak tunggu lagi,kita kena ingat apa akan jadi dengan generasi kita akan datang,apa akan jadi dengan islam kita dan apa akan jadi dengan negara kita.Telah terbukti negara kecil macam MALAYSIA ni pun tak boleh mereka jaga dengan amanah yang betul ,apa lagi negara besar,janganlah kita takut untuk berubah demi generasi kita akan datang,biar pun kita akan mati menjadi pembangkang dari kita membantu temberang,sekurang-kurangnya kita tetap berjuang untuk generasi akan datang.REFORMASI kan diri kita dari sekarang dan kita akan cuba beri parti lain memerintah dengan amanah dan jujur untuk mengembalikan pemerintahan islam yang cemerlang,masyarakaat yang gemilang dan dapat membentuk negara yang terbilang dalam rantau ini.kita kena lah menjadi manusia yang ambil tahu sambil memberi tahu apa yang kita tahu,dan pada mereka yang tak tahu tolonglah ambil tahu apa yang terjadi dan jangan lah jadi orang yang tak tahu dan tak mahu ambil tahu(rugi menjadi manusia begini)HIJRAH SATU REFORMASI.

Thursday, January 11, 2007

EMAK DAN BAPA SAYA




INI GAMBAR BERSAMA DENGAN KAWAN KAWAN SATU BLOK A8 DESA PANDAN,SATU BAS JUGA YANG BERSAMA-SAMA MENGHANTAR MAK DAN ABAH KE KELANA JAYA PADA 13DEC 2006.CERITA SEDIKIT PASAL KEDUA MAK ABAH KITA,JANGAN BORING,MAK SAYA DILAHIRKAN DI KANCUNG LAUT 60 TAHUN DAHULU,MEMPUNYAI SERAMAI 10 ADIK BERADIK,EMAK ANAK YANG KE 4,ABG 1DAN 2,3 POMPUAN,EMAK,ADIK POMPUAN YANG KE 5,KE 6 LELAKI,KE7 DAN KE8 POMPUAN,9 DAN KE 10 LELAKI.HIDUP KAT KAMPUNG PADA MASA TU SUSAH,MAK CERITA BUAT KERJA MCM-MCM,MOTONG GETAH,KUTIP KOPI,TANAM TEMBAKAKESIAN MAK KITAU,JAGA ADIK, MASAK DAN MCM-MCM LAGILAH.TAK DAPAT NAK SEKOLAH ,WALAUPUN ADA PERASAAN NAK SEKOLAH PADA MASA TU.SAMPAI LAH PADA SUATU HARI BILA HUJAN DAN ANGIN RIBUT MELANDA KAMPUNG PADA WAKTU TENGAH MALAM,MENGAKIBATKAN POKOK SEBESAR 4 PEMELUK MENGHEMPAP RUMAH DAN MENGHANCURKAN SEBAHAGIAN RUMAH ATUK,NASIB BAIK SEMUA ORANG SELAMAT,CUMA SEORANG PAKCIK SAJA YANG PENGSAN.DALAM KELAM KABUT DENGAH MALAM,HUJAN YANG LEBAT DAN ANGIN YANG KUAT,MAK CERITA,NAK PERGI RUMAH JIRAN,JAUH JUGA,MEREKA TAK BUKA PINTU,MUNGKIN TAKUT,LAMA JUGA SAMPAI SEMUA BASAH KUYUP,MEREKA AKHIRNYA MEMBUKA PINTU BILA DENGAR SUARA ORANG MINTA TOLONG,MAK CAKAP NENEK YANG MINTA TOLONG,MASA TU SEMUA ORANG DALAM KETAKUTAN.KEESOKAN HARINYA BILA DI LIHAT BANYAK JUGA RUMAH YANG ROSAK,YANG PALING TERUK RUMAH ATUK,SAMPAI MASUK AKHBAR PADA MASA TU.BILA ATUK PINDAH KE SATU KAWASAN YG BARU,BARULAH KEHIDUPAN ATUK DAN NENEK SERTA KELUARGA MAK BERUBAH SIKIT WALAU PUN MASIH BUAT KERJA YANG SAMA.ABAH KALAU SAYA CERITA LAGILAH SEDIH,ABAH MASA KECIL DAH MENJADI YATIM,ARWAH ATUK JAMAL,MENINGGAL MASA AYAH KECIL LAGI.BILA MAK ABAH KHAWIN NGAN BAPAK TIRI ,MEREKA TAK PEDULIKAN ABAH,MAKAN MINTA UMAH ORANG,MAKAN KAT KEBUN,PISANG,UBI DAN MCM-MCM LAGI.SAUDARA MCM PAKCIK ABAH SELALU YANG TOLONG ABAH,BAGI MAKAN DAN PAKAIAN DAN ABAH SEMPAT BELAJAR AGAMA,ABAH ADA CERITA DIA TAK SEMPAT BELAJAR ABIS,MUNGKIN KALAU ABIS ABAH MUNGKIN JADI GURU AGAMA,PADA MASA TU.ABAH SAYA BERDUA SAJA DENGAN ABANG DIA,MASIH HIDUP LAGI SEKARANG,WALAUPUN SAKIT-SAKIT.ABAH ADA CERITA PERNAH SATU MASA BILA BAJU DAN SELUAR DIA KOYAK ,ABAH MINTA JARUM DAN BENANG DENGAN ORANG,MASUK DALAM KEBUN ,DUDUK KAT DALAM KOLAM,JAHIT BAJU DAN SELUAR ,BASUH DAN JEMUR SAMPAI KERING.ABAH BUAT KERJA MCM-MCM,SEHINGGA LAH ABAH KELUAR KAMPUNG DAN PERGI KE KAMPUNG MAK SAYA.KAT SANA ATUK TELAH MENGAMBIL ABAH KERJA DAN BAGI SATU PONDOK UNTUK ABAH.MAK CERITA MAK BUKAN NYA SUKA SANGAT NGAN ABAH PADA MASA TU,ENTAH MCM MANA KENA KHAWIN PULA NGAN ABAH,ATUK KAT KAMPUNG TU PULA ORANG RAMAI KENAL,CAKAP JE HAJI ISMAIL SAMPAI SEKARANG ORANG KENAL.ABAH MULA BAWA KITA ORANG PADA TAHUN 1966 MASA TU SAYA BARU 6 BULAN,KAKAK SAYA 3TAHUN LEBIH,ABAH TINGGAL KAT KAMPUNG PANDAN,MASIH ADA HUTAN LAGI KAT SEKELILING,ABAH KERJA KONTRAK BUAT KEDAI ,SAMPAI SEKARANG KEDAI TU MASIH ADA LAGI,KG.PANDAN BERTUKAR DESA PANDAN.MAK PADA MASA TU TERPAKSA LAH JADI SURIUMAH MENJAGA KITA ORANG,BILA KAK LONG DAH BESAR SIKIT,BOLEH JAGA ADIK MAK PUN KERJA KAT KILANG GETAH PADA MASA TU ADA SATU KILANG GETAH KAT SUNGAI BESI,ABAH DAH KERJA DENGAN BANDARAYA.KAT BASSTAND KELANG,SAMBIL SAMBIL TU ABAH MENIAGA APAM BALIK KAT SANA,SAYA MERASA KESUSAHAN MEREKA,MAK SEBELUM PI KERJA ADA BUAT KARIPAP,NASI LEMAK DAN KUIH UBI,SAYA SEBAGAI ANAK LELAKI YANG TUA TERPAKSA LAH MENJUAL KUIH PADA WAKTU PAGI,DAN BERSEKOLAH PADA WAKTU PETANG.APA YANG MAK ABAH SAYA BUAT SAYA PUN TERLIBAT SAMA,BERNIAGA A.BC SAMBIL MENJUAL KEROPOK DAN KEREPEK SEMUA SAYA LALUI.ALHAMDULILLAH,BERKAT USAHA MEREKA DAPAT LAH MAK ABAH SAYA MEMBELI UMAH DIDESA PANDAN DAN SHAH ALAM.ABAH MASIH LAGI CERGAS DAN RINGAN TULANG,IKUT KAWAN ABAH KERJA JAGA TAMAN DIPUSAT PERLANCONGAN DI AMPANG,MAK SAYA,MEMANG PANDAI BUAT KARIPAP,REMPAYAK,TUMPI,KEREPAK PISANG,DAN KUAH PECAL,MEMANG RAMAI ORDER KAT MAK SEMASA BULAN PUASA NAK SAMBUT RAYA.SAMPAI TAK LARAT DIBUATNYA.MAK PULA DALAM ADIK BERADIK MAK ,BILA ADA-APA-APA MESTI SELALU AKAN BERTANYA PENDAPAT EMAK,MCM MAK DAH JADI KETUA KELUARGA,ABG MAK DAH JADI ARWAH,MENINGGAL DI TANAH SUCI,HAKIM MAHKAMAH SYARIAH SELANGOR,ABANG NO 2 HIDUP LAGI TAPI SAKIT BUAH PINGGANG DAH 5 TAHUN,ANAK LELAKI AWAL NAMANYA PUN SAKIT BUAH PINGGANG SEJAK BERUMUR16 TAHUN,SEKARANG DAH 15TAHUN BUAT DIALISIS,DAN SAYA PUN KENA JUGA SEKARANG DAH MASUK SETAHUN LEBIH BUAT DIALISIS.PADA SAHABAT-SAHABAT YANG BACA BLOG NI SAYA NASIHAT KAN JAGA MAKAN DAN MINUM,PERIKSA DARAH 6 ATAU 1 TAHUN SEKALI,SEKARANG NI PENYAKIT NAK DATANG KITA TAK KAN TAHU.KALAU KITA NAK INSAFKAN DIRI KITA CUBALAH BAWA DIRI KITA KE HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA,DUDUK KAT SANA 3ATAU 4JAM,BARULAH KATA AKAN RASA KEINSAFAN ITU DENGAN BERMACAM PENYAKIT DAN PESAKIT.SEBENARNYA KITA SEMAKIN DEKAT DENGAN PERJANJIAN KITA DAN SEMAKIN JAUH DARI KEHIDUPAN KITA.TAK TERLAMBAT LAGI UNTUK KITA BERUBAH,KALAU KITA SESAT DI HUJUNG JALAN BALIKLAH KE PANGKAL JALAN.OKLAH SAMPAI KAT SINI JE NANTI KITA CERITA LAGI,PANASSSSSS

KELUARGA ISTERI SAYA








GAMBAR INI DIAMBIL DIPENANG,JLN KOTA,ANAK POMPUAN SAYA BAJU PINK,ISTERI SAYA,ANAK BUAH SAYA MEERA,MAK MERTUA SAYA SITI RAHMAH NAMANYA,DISAMPING ANAK KE3 SAYA AIMAN,AJIB SEPUPU KAMAL HAQMI,GAMBAR INI DI AMBIL SEBELUM KITA ORG MASUK MUZEUM.


GAMBAR YG SEDANG LEPAK YG ADA TIANG TU KAMI AMBIL DI BUKIT GANTANG,LEPAS MAKAN JAM 4PM,SEBELUM SAMBUNG PERJALANAN KE PENANG,BIRAS SAYA NAMA ZULKIFLI ISMAIL KERJA DI MIEL SEBAGAI OFFICER,DAN KAK IPAR SAYA ARBAYAH NORWI KERJA DI KELAB DARUL EHSAN SEBAGAI ACCOUNT MANAGER.MEREKA DIKURNIAKAN 3 ANAK,YG TUA MOHD FIRZEE 19TAHUN,KE2 FARIN AMEERA I6TAHUN BERSEKOLAH CI SEKOLAH MENENGAH LOKMAN DAN LOKMAN NULHAKIM 14TAHUN BERSEKOLAH TEMPAT YANG SAMA DENGAN KAKAK NYA.BOLEH DIKATAKAN KAMI 2 KELUARGA SERING PERGI BERJALAN BERSAMA-SAMA,INSYAALLAH KALAU UMUR PANJANG DAN ADA REZEKI,KAMI NAK MERANCANG PERGI CHERATING PULA,KALI INI KALAU DIIZINKAN ALLAH,INSYAALLAH,NAK AJAK KELUARGA SEBELAH SAYA JUGA. GAMBAR YG SEDANG LEPAK KAT TANGGA NI GAMBAR KAT PINTU MASUK BUKIT BENDERA WAKTU NAK TUNGGU MASA JAM 11.15 UNTUK NAIK KEATAS.YANG PAKAI KOPIAH PUTIH DAN BERSEBELAHAN TU ADALAH PAKCIK KEPADA ISTERI SAYA,MASIH LAGI BELAJAR AMBIL PHD DIUSM DIBAWAH PROJECT SEORANG PROFESOR.


INI GAMBAR BIBI DAN KAK FAUZIAH YANG SEDANG AMBIL SARAPAN PAGI,KAK FAUZIAH SERING BUAT LOKAM PADA WAKTU PAGI DARI JAM 6.30 SEHINGGA JAM 10AM,LEPAS TU DIA AKAN MASUK KERJA DI TEMPAT DIA DIFELDA.BIBI KERJA SEBAGAI PEMBANTU,SELALU BUAT AIR UTK KITA SEMUA,MAKAN DAN MINUM SEMUA BIBI JAGA,KEBERSIHAN LUAR DAN DALAM KAWASAN FALAH SELALU TIPTOP,RAJIN PERGI KEKEDAI BILA PESAKIT SURUH BELI MAKANAN


INI GAMBAR FUAD,MAK DIA PUN MENGIDAP SAKIT BUAH PINGGANG,FUAD SERING KERJA SHIFT,SEMINGGU PAGI SEMINGGU PETANG,SEORANG YANG BERMINAT TENTANG KERETA,SELALU TENGOK DRAFT DI SEPANG SAMA ABG DAN KAWAN2 NYA.PERNAH KERJA DIBEBERAPA PUSAT DIALISIS,SALAH SEORANG YG PANDAI CUCUK JARUM PADA PESAKIT.DAH ADA MAK WE,KERJA PUSAT DIALISIS JUGA,LAWA BEB MAK WE MAMAT NI.



INI GAMBAR DALAM FALAH,BERSIH DAN NYAMAN.YANG BERADA DI LUAR ADALAH PESAKIT YG BIASA DAN DALAM BILIK TU PESAKIT YG MEMPUNYAI HEP.B DAN C.GAMBAR DI SEBELAH PULA GAMBAR SYUKOR SALAH SEORANG PEKERJA DIFALAH.SEORANG YG RAJIN JUGA TUGAS DIA MENJEMPUT DAN MENGHANTAR BALIK PATIENT SAMBIL MEMBANTU TUGAS DI DALAM WAD.TELAH BERKHAWIN DAN MEMPUNYAI SEORANG CAHAYA MATA.MINAT SANGAT CERITA KATUN.