Seminggu 3 kali dan sekali kena buat rawatan selama 4 jam,sekali rawatan kos adalah rm 150 belum masuk eprex yang di suntik seminggu 2 kali dan sebulan 8 kali,kos eprex adalah rm 70 sekali suntik,alhamdulilah mendapat bantuan dari zakat selangor,jadi beban perasaan serta kewangan tidak lah terasa sangat,pesakit buah pinggang ni memerlukan kekuatan mental sebenarnya kerana tekanan perasaan yang bermacam -macam sebenar juga mempengaruhi kemajuan kesihatan pesakit seperi saya.Keluarga juga perlu memainkan peranan dengan sokongan moral,hakikatnya penyakit buah pinggang ni semakin menjadi trend panyakit kronik pada masa ini,dengan majoratinya penyakit ini disebabkan penyakit kencing manis yang kronik,darah tingi yang hyper,yang menyumbang lebih 70% kepada sakit buah pinggang.
Bagi saya disebabkan mengambil ubat tahan sakit selama 6 tahun lebih telah menyebabkan buah pingang menjadi kecut dan menjadi rosak,sehinggalah pada tahun 2005 bulan november di diagnose di hospital sentosa mengatakan saya telah disahkan mendapat kegagalan fungsi buah pinggang dan sehingga kini menjalani rawatan dialisis.Selepas kelaur dari hospital sentosa saya meneruskan rawatan di sebuah pusat rawatan dialisis swasta di FALAH NEPROCARE di dataran sulaiman berdekatan rumah pangsa pprt di ampang,setelah kini 3 tahun baru je berpindah ke ampang dialisis centre dekat dengan hospital ampang jaya di pandan mewah.
Semoga ALLAH memberikan kesihatan dan kekuatan agar saya serta rakan-rakan yang lain dapat meneruskan amal saya kepada nya,insyaallah dengan sokongan dari badan-badan seperti zakat ini dapatlah manusia yang seperti saya ini meneruskan kehidupan........
Friday, January 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment