Saturday, February 24, 2007

KASIHNYA IBU


Berikut adalah catatan yang memenangi Catatan Terbaik 2003. Diterbitkansemula dengan ehsan Fajar (ttp://www.fajaronline.com):semoga memberimanafaat :-Kasihnya ibu..membawa sepanjang hayat...kasih saudara..masa berada...."Dari ruang dapur, teradun ramuan kasih sayang, mencipta aroma bahagia,hingga ke akhir hayat...""Ala, sup kaki ayam lagi ke mak?", getus hati lalu terlafaz di bibir.Semalam sup kaki ayam. Hari ini pun sup kaki ayam. Tiba-tiba hilang seleramakan. Entah apa silapnya, aku terus bangun dan letakkan pinggan semula.Terlalu ikut rasa muda yang mengada-ngada. Padahal, aku patut bersyukursahaja dengan rezeki yang terhidang di depan mata."Tak makan ke?", tegur mak. Namun, tiada kata yang terucap. Mungkin diarasa serba salah. Mungkin juga kecil hati. Dia hanya terdiam. Baginya supkaki ayam itulah yang menjadi kegemaran suami.Sejenak, terbetik rasa bersalah dan menyesal tidak terkira. Kurang ajarsungguh aku. Setidak-tidaknya, tak perlulah mulut ini gatal-gatalmenyuarakan butir-butir kata sebegitu. Rasa terkilan menyelubungi seluruhjiwa. Aku terbawa-bawa rasa penat dan tekanan bekerja. Satu kesilapan yangcukup nyata. Lama juga aku terdiam menelan rasa. Tidak terlintas di hatiuntuk melukai hati seorang ibu. Keterlanjuran yang membawa kekesalan yangcukup mendalam. Mencairkan batas-batas keegoan lalu membasahi bibit-bibitperistiwa. Ianya berulang-ulang bagaikan wayang gambar. Ah..., hati inimengeluh berat sekali.Esoknya, apabila aku pulang ke rumah, seperti biasa aku menjenguk ke dapur.Perut ini manja dan sering memanggil untuk diisi dek kelaparan. Aku bukatudung saji. Aku nampak lauk itu - sup kaki ayam. Aku terdiam. Takmengapalah, sekurang-kurangnya ini adalah rezeki dan juadah yang bisamengenyangkan. Syukur, bisik hati kecil aku. Apa salahnya kalau akumengalah hanya kerana perkara yang sekecil ini?"Eh, mak dah simpankan lauk kat mangkuk yang ada tutup tu untuk kau. Makanye", jerit mak dari luar rumah.Lauk untuk aku? Sekilas pandang aku terlihat sebuah mangkuk berwarna putihtertutup di tepi tudung saji. Aku terkedu sebaik sahaja melihat isi didalamnya. Sup ayam. Bukan terisi dengan kaki-kaki ayam, tapibahagian-bahagian ayam yang lain seperti kepak dan peha ayam. Sebak menusukke dada. Terasa seperti mahu mengalir air mata. Hingga sebegini sekaliingatan mak untuk aku. Terlintas kembali peristiwa semalam, hanya keranaaku tak mahu makan kerana sup kaki ayam. Dan hari ini, aku disediakan khassup yang terisi dengan bahagian ayam yang lain, selain dari kaki ayam.Sebenarnya, aku bukanlah orang yang cerewet dengan soal makanan. Asalkanianya mengenyangkan, syukur. Cuma hari itu, aku terbawa-bawa perasaan yangremeh ke rumah. Mujur juga hati mak tak kecil hati. Atau mungkin jugahatinya tersentuh dengan gelagat aku, lalu diubatinya dengan menyediakanbahagian khas dalam sup kaki ayam itu. Kesannya bukan sedikit, seolah-olahrasa sup ayam itu laksana kasih yang mengalir ke dalam tubuh aku.Perlahan-lahan mengalir ke liang-liang darah bersama sayang insan yangbernama ibu. Nescaya, hinalah aku kalau aku sengaja menidakkan rasa syukurdan terima kasih ini kepadanya.Sejak hari itu, setiap kali sup kaki ayam terhidang, pasti akan adabahagian khas untuk aku. Kadangkala, aku rasa bersalah keranadi'istimewa'kan sebegitu. Aku tak berhak untuk menerimanya, hanya keranakesilapan pada hari itu. Kalau boleh, aku mahu cakap, "tak payahlah mak..".Tapi, aku rasa khuatir kalau-kalau aku menyentuh hati mak lagi. Aku cukupkenal dengan sikap mak yang cukup memendam rasa. Tidak akan diluahkan rasakecewanya, cuma riak wajahnya cukup jelas untuk aku tafsir segala-galanya.Dari ruang dapur, mak sudah adunkan segala rempah dan bahan-bahan masakanuntuk menjadi santapan buat keluarganya. Begitulah rutinnya sehari-hari.Kadangkala, kalau mak sibuk dengan kuih, bapak akan menjadi tukang masak didapur. Tak kiralah siapa yang memasak, apa yang pasti, mereka pasti akanmemasak dengan sebaik mungkin. Cuba menghasilkan hidangan yang menjadikegemaran buat anak-anak. Dari situlah mengalirnya kasih sayang yang cukupmelimpah ruah. Melalui hidangan lauk pauklah berlalulah kasih sayang yangtidak semestinya dibuktikan dengan kata-kata atau perbuatan.Ada orang berkata pada aku, tak seronok hidup dengan keluarga. Macam anakmanja. Aku tak hirau dan peduli dengan kata-kata orang. Kalau nakdiikutkan, memang rasa janggal bila sudah biasa hidup berjauhan dengankeluarga. Cuma, biarlah kali ini, aku memberi sedikit masa untuk akubersama-sama mereka. Selagi masih ada mereka. Biarpun mereka tidak pernahmengharapkannya, tapi aku tahu, saat-saat begini, mereka terlalu inginsekali di samping anak-anak dan cucu tersayang. Aku sedar, bukan mudahuntuk menahan karenah yang menagih seribu kesabaran.Lagipun, ke mana aku harus lagi mencari sup kaki ayam yang sama rasanyadengan sup kaki ayam mak? Dan, kalau aku dapat menggantikan seperiuk supkaki ayam dengan seperiuk sup apa sahaja yang lazat sekalipun, mampukah akumenadah kasih sayang yang sama?moral : besarnya pengorbanan seorang ibu... sanggupkah seorang anak memasak'istimewa' khas utk seorang ibu?

Thursday, February 22, 2007

SAUDARA SESAMA ISLAM

Perpaduan adalah asas bagi ajaran Islam kerana ia bukannya sekadar membina hubungan manusia dengan Allah semata-mata tetapi kita juga diseru supaya mengukuhkan hubungan baik sesama manusia dan mahkluk-mahkluk yang lain. Ini dapat dilihat secara jelas dalam maksud firman Allah s.w.t yang berbunyi:

Yang bermaksud: “ Ditimpa kehinaan ke atas mereka walau di mana mereka berada melainkan mereka berpegang teguh dengan agama Allah dan menjalinkan hubungan baik sesama manusia. ” (Surah A-li ‘Imran : Ayat 112)
Untuk membina perpaduan sesama umat Islam, Allah s.w.t menggambarkan bahawa setiap orang Islam itu bersaudara antara satu sama lain yang mana asas persaudaraan itu bukan sekadar dari hubungan tali persaudaraan keluarga atau satu bangsa tetapi disatukan dengan tingkatan akidah dalam Islam seperti firman Allah s.w.t:

Yang bermaksud : “Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara” (Surah Al-Hujurat : Ayat 10)
Ayat di atas mengambarkan kepada kita bahawa umat Islam mendapat pengiktirafan dari Allah s.w.t sebagai saudara seagama, yang banyak hak yang perlu dipelihara bersama-sama.
Dalam Al-Quran banyak ayat yang menggalakkan kita sebagai seorang Muslim untuk menghormati saudara sesama Islam, bukan sekadar memelihara dari segi pergaulan dan tutur bicara, malah dalam segala aspek ekonomi dan keseimbangan kehidupan sosial juga, meletakkan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Dalam syariah Islam, setiap umat bukan sekadar disuruh untuk melakukan ibadah sembahyang, puasa, haji dan sebagainya sebagai pengabdian kepada Allah s.w.t semata-mata, tetapi digalakkan juga kita melakukan secara berjemaah dan bersatupadu dengan matlamat yang sama iaitu mencari keredhaan Allah s.w.t. Malah dalam aspek pembinaan masyarakat Islam itu sendiri, kita dapat melihat dengan jelas bagaimana Baginda Rasulullah s.a.w berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalin hubungan sesama Islam tanpa mengira latar belakang keturunan dan kedudukan sosial mereka. Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa belum pernah berlaku penyatuan satu umat yang besar melainkan kejayaan Baginda Rasulullah s.a.w membina ketamadunan umat dalam tempoh yang pendek dan mengabungkan pelbagai fahaman agama yang berbeza, kepada agama Islam.
Malah belum pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dan peradaban kehidupan manusia ketika itu, di mana orang dari golongan bangsawan dipersaudarakan dengan golongan hamba sahaya sehingga sanggup berkorban nyawa, disebabkan perasaan kasih sayang yang teramat menusuk dalam sanubari mereka, seperti Saidina Abu Bakar Assidik r.a dengan Saidina Bilal bin Rabah r.a. Malah setiap sahabat dapat merasai akan nikmat dari perpaduan serta persaudaraan berteraskan agama Allah. Ini dapat dilihat dari hadis Baginda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Yang bermaksud: “ Tidak ada kebaikan orang Arab ke atas A’jami (bukan Arab) melainkan yang bertaqwa. ”
Walaupun persaudaraan merupakan satu lambang keamanan sejagat untuk umat manusia menggembleng pemikiran dan tenaga untuk mengimarahkan dan memakmurkan dunia ini dengan berteraskan konsep tauhid dan ilmu pengetahuan, namun terdapat unsur-unsur dalaman dan luaran yang akan mengagalkan misi umat sebagai khalifah di dunia ini. Unsur-unsur dalaman terdapat dalam diri setiap insan yang mendorong ke arah sangkaan buruk dan cemburu di atas kejayaan saudaranya. Tidak cukup sekadar itu, sikap hasad dan dengki mendorong manusia terus berusaha dengan bersunguh-sunguh untuk memusnahkan kejayaan saudaranya itu. Sifat-sifat seperti ini adalah merupakan satu penyakit umat Islam masa kini yang semakin parah sehingg umat Islam kini menderita dan gagal bersaing denga bangsa lain yang beragama lain. Maka tidak hairanlah terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang melarang kita dari bersifat sedemikian. Sebagai contoh, baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang berbunyi :

Yang bermaksud : “ Jauhilah kamu akan sifat dengki kerana sifat dengki akan memakan kebaikan kamu seperti mana api memakan daun kering. ” (Hadis Sahih)
Faktor luaran pula, sebagai contohnya, pelbagai hasutan dan khabar agin yang sengaja diada-adakan agar umat Islam sentiasa bergaduh dan bermusuhan antara satu sama lain, supaya benteng persaudaraan ini ranap dan roboh begitu sahaja. Akhirnya, umat Islam yang mendakwa menganuti agama yang sempurna, tidak lagi dapat membawa apa-apa kesan dan keutuhan kepada umat Islam itu sendiri. Apa yang terjadi ialah satu demi satu, sama ada negara atau bangsa akan tersungkur tunduk patuh kepada orang kafir, sama ada kepada orang Yahudi, Kristian mahupun Komunis.
Sebenarnya umat Islam hari ini amat mengharapkan mana-mana negara umat Islam yang belum ditimpa kemelut ini menghulurkan bantuan dan memerdekakan mereka dari penjajah-penjajah Barat, yang semakin memeras dan menindas umat dan kesucian Islam. Sudah ramai yang menjadi penuntun sepi di atas penderitaan umat Islam. Kalau bukan orang Islam sendiri yang datang menebus kesucian dan maruah umat Islam, siapa lagi? Oleh itu marilah kita merendahkan diri dan bertekad untuk mengembalikan kekuatan umat Islam yang semakin terhakis dan ingatlah orang Islam itu saudara kita, bukan musuh kita dan kita akan dipersoalkan dihadapan Allah s.w.t di akhirat kelak mengenai tanggungjawab yang telah kita jalankan terhadap saudara seagama kita.

SAUDARA MARA,KEKAYAAN DAN AMAL

SAUDARA MARA, KEKAYAAN DAN AMAL PERBUATAN
Kata Kumail, "Saya bersama-sama Ali telah berjalan ke arah padang pasir pada suatu hari. Dia telah mendekati tanah perkuburan yang terdapat di situ sambil berkata, "Ya ahli-ahli kubur ! Wahai kamu yang telah menghuni di tempat sunyi ini ! Bagaimanakah keadaan kamu di dunia sana ?Setahu kami segala harta peninggalan kamu telah habis dibahagi-bahagikan, anak-anak kamu telah menjadi yatim dan janda-janda yang kamu tinggalkan telahpun berkahwin semula. Sekarang ceritakan sedikit perihal diri kamu."
Kemudian sambil menoleh kepada saya, dia berkata, "Ya Kumail! Seandainya mereka boleh bercakap sudah tentu mereka akan mengatakan sebaik-baik bekalan ialah taqwa." Airmata berhamburan dari kedua-dua belah matanya. Katanya lagi, "Ya Kumail, perkuburan merupakan tempat menyimpan segala perbuatan manusia. Tetapi kita menyedari hakikat ini hanya selepas memasukinya."
Mengikut sebuah hadith tiap-tiap manusia akan menemui perbuatan-perbuatannya yang baik. Perbuatan-perbuatan baiknya itu akan berupa seorang manusia yang akan menjadi sahabat dan penawar hatinya. Sebaliknya kejahatan-kejahatannya akan berupa seekor binatang yang hodoh yang mengeluarkan bau yang busuk dan yang menambahkan kesengsaraannya. Nabi s.a.w telah bersabda dalam sebuah hadith, "Hanya tiga benda saja yang mengikuti seseorang ke kuburnya; harta-bendanya, kaum kerabatnya dan amal perbuatannya. Harta benda dan akrib kerabatnya akan kembali selepas upacara pengkebumiannya. Yang tinggal bersama-samanya hanyalah amalannya saja."
Pada suatu hari Nabi s.a.w telah bertanya kepada para sahabatnya, "Tahukah kamu tentang perhubunganmu dengan saudara-maramu, kekayaan dan amal perbuatanmu ?"
Sahabat-sahabat semua ingin mendengar penjelasan baginda. Nabi pun berkata, "Perhubungan itu bolehlah diumpamakan dengan perhubungan seorang manusia dengan tiga orang adik-beradiknya. Apbila manusia hampir-hampir hendak mati dia pun memanggil salah seorang daripada saudara-saudaranya tadi lalu berkata, "Saudara, engkau tahu keadaan aku bukan ? Apakah pertolongan yang dapat engkau berikan aku ?" Saudaranya menjawab, "Aku akan memanggil doktor untuk merawati kamu dan aku akanmenjaga kamu. Kalau engkau mati, aku akan mandikan kamu, mengkafankan kamu serta mengusung jenazahmu ke perkuburan. Kemudian aku akan mendoakan kamu. Saudaranya ini ialah kaum kerabatnya. Soalan yang sama dikemukakan kepada saudaranya yang kedua. Jawapannya begini, "Aku akan berada bersama-sama dengan engkau selama engkau masih bernyawa. Sebaik-baik saja engkau meninggal, aku akan pergi kepada orang lain." Saudaranya yang kedua ini ialah harta kekayaannya. Apabila soalan itu dihadapkan kepada saudaranya yang ketiga, dia menjawab, "Aku tidak akan meninggalkan kamu walaupun di dalam kubur. Aku akan bersama-sama kamu ke tempat itu. Ketika amal perbuatanmu dipertimbangkan, aku akan memberatkan perbuatanmu yang baik." Saudara yang terakhir ini ialah kebaktian yang telah diperbuatkan. Sekarang yang mana satu yang menjadi pilihanmu ?" Jawab para sahabat, "Ya Rasulullah tidak syak lagi yang saudaranya yang terakhir ialah yang paling berguna untuk dirinya."

SELAWAT NABI

KISAH KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

QADA DAN QADAR

QADAR takdir Allah yang berhubung dengan manusia terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu:-Pertama, qadar takdir Tuhan yang tidak dapat ditolak kerana manusia tidak diberi kuasa dan daya upaya untuk menahannya daripada berlaku.Misalnya, qadar takdir bentuk tubuh badan seseorang dan warna kulitnya, menjadi lelaki atau perempuan serta tempat lahir dan mati seseorang.Demikian juga qadar takdir ditimpa kemalangan secara mengejut, karam di laut dan sebagainya.Demikian juga qadar takdir seperti tidak berhasil apa yang telah dirancang dan diusahakan oleh seseorang dengan sehabis-habis daya upayanya. Atau sebaliknya qadar takdir seseorang mendapat kekayaan atau pangkat yang tidak difikirkan mendapatnya.Qadar takdir bahagian ini ialah satu daripada ujian Tuhan untuk menguji seseorang - setakat manakah sabarnya dan sebanyak manakah syukurnya apabila menerima ujian atau menerima nikmat Tuhan.Kedua, qadar takdir Tuhan yang kita kena menerima wujudnya pada diri kita iaitu qadar takdir adanya perasaan semula jadi. Iaitu segala perasaan yang diberi Tuhan pada diri kita sejak lahir ke dunia. Perkara ini seperti perasaan hendak makan minum, memelihara diri, berhubungan jenis dan bercampur gaul.Perasaan semula jadi inilah yang menggerakkan seseorang berfikir dengan cara tertentu. Begitu juga bercakap dengan gaya dan bertingkah laku dengan ragam tertentu.Qadar takdir ini sungguhpun kita kena menerima adanya pada diri kita, kita perlulah menjaga dan membetulkan perjalanannya dengan undang-undang dan peraturan yang telah Tuhan takdirkan untuk berbuat demikian.Misalnya, perasaan hendak bercampur gaul. Perasaan ini kenalah kita betulkan perjalanannya memakai undang-undang yang disebut pada ayat 140, surah an-Nisaa’ dan ayat 70, surah al-An’am, yang maksudnya:“Apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah tidak diakui benarnya oleh mana-mana puak, dan mereka mempersendakannya, maka hendaklah kamu menarik diri daripada kumpulan puak itu, jangan kamu duduk bersama-sama mereka hingga mereka memperkatakan perkara yang lain; kalau tidak, kamu sama berdosa seperti mereka. Demikian juga jangan kamu bercampur gaul lagi dengan orang yang menjadikan perkara agama mereka permainan dan hiburan; juga orang yang terpedaya, dan leka dengan keadaan hidup di dunia hingga mereka lupakan cara hendak hidup di akhirat kelak.”Contoh lain, perasaan hendak makan dan minum. Perasaan ini kenalah kita betulkan perjalanannya dengan memakai undang-undang yang diterangkan pada ayat 168, surah al-Baqarah dan ayat 31, surah al-A`raf, yang maksudnya:“Wahai manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi - benda-benda yang halal lagi baik, dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan dan orang yang bersifat syaitan; syaitan suka menghalalkan apa yang Tuhan haramkan. Syaitan pula menjadi musuh yang nyata bagi kamu sejak bapa kamu - Adam - berada dalam syurga dulu. Makan dan minumlah apa yang kamu suka dengan syarat janganlah kamu melampaui, iaitu janganlah kamu melampaui undang-undang kesihatan jasmani dan rohani, undang-undang perbelanjaan dan undang-undang masyarakat yang sihat.”Dalam perasaan hendak berhubungan jenis, hendaklah kita betulkan perjalanannya dengan memakai undang-undang yang terkandung pada ayat 32 Surah al-Isra', yang maksudnya:“Janganlah kamu menghampiri zina - apa lagi melakukannya - kerana sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang sangat keji dan menjadi sejahat-jahat jalan yang membawa kepada kerosakan rumah tangga dan masyarakat, dan membawa kepada kesusahan serta azab di dunia dan akhirat.”Qadar takdir yang termasuk dalam bahagian kedua ini ialah qadar takdir mengenai perbuatan berdosa atau mengenai sesuatu penyakit yang menimpa. Maka, kenalah seseorang itu berusaha membersihkan dirinya daripada dosa atau penyakitnya dengan mana-mana satu qadar takdir yang Tuhan telah tentukan untuk berbuat demikian.Mengenai perbuatan berdosa, maka kenalah orang itu memakai cara qadar takdir yang diterangkan oleh Rasulullah saw dengan sabdanya yang bermaksud:“Iringilah kejahatan yang telah dilakukan itu dengan kebaikan yang berupa taubat atau lainnya, supaya kebaikan itu menghapuskan kejahatan itu.”Mengenai penyakit pula, maka kenalah orang itu memakai qadar takdir yang diajarkan oleh Rasulullah dengan sabdanya yang bermaksud:“Berubatlah wahai hamba Allah kerana Allah tidak takdirkan sesuatu penyakit melainkan ia takdirkan ubatnya bersama, tinggal lagi ada orang yang mengetahui ubat itu dan ada pula yang tidak mengetahuinya.”

Wednesday, February 14, 2007

SEBAIK-BAIK MANUSIA

Ternyata, derajat kemuliaan seseorang dapat dilihat dari sejauh mana dirinya punya nilai manfaat bagi orang lain. Rasulullah SAW bersabda, "Khairunnas anfa’uhum linnas", "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (HR. Bukhari dan Muslim)Hadis ini seakan-akan mengatakan bahwa jikalau ingin mengukur sejauh mana derajat kemuliaan akhlak kita, maka ukurlah sejauh mana nilai manfaat diri ini? Istilah Emha Ainun Nadjib-nya, tanyakanlah pada diri ini apakah kita ini manusia wajib, sunat, mubah, makruh, atau malah manusia haram?
Apa itu manusia wajib? Manusia wajib ditandai jikalau keberadannya sangat dirindukan, sangat bermanfaat, perilakunya membuat hati orang di sekitarnya tercuri. Tanda-tanda yang nampak dari seorang manusia wajib, diantaranya dia seorang pemalu, jarang mengganggu orang lain sehingga orang lain merasa aman darinya. Perilaku kesehariannya lebih banyak kebaikannya. Ucapannya senantiasa terpelihara, ia hemat betul kata-katanya, sehingga lebih banyak berbuat daripada berbicara. Sedikit kesalahannya, tidak suka mencampuri yang bukan urusannya, dan sangat nikmat kalau berbuat kebaikan. Hari-harinya tidak lepas dari menjaga silaturahmi, sikapnya penuh wibawa, penyabar, selalu berterima kasih, penyantun, lemah lembut, bisa menahan dan mengendalikan diri, serta penuh kasih sayang.Bukan kebiasaan bagi yang akhlaknya baik itu perilaku melaknat, memaki-maki, memfitnah, menggunjing, bersikap tergesa-gesa, dengki, bakhil, ataupun menghasut. Justru ia selalu berwajah cerah, ramah tamah, mencintai karena Allah, membenci karena Allah, dan marahnya pun karena Allah SWT, subhanallaah, demikian indah hidupnya.Karenanya, siapapun di dekatnya pastilah akan tercuri hatinya. Kata-katanya akan senantiasa terngiang-ngiang. Keramahannya pun benar-benar menjadi penyejuk bagi hati yang sedang membara. Jikalau saja orang yang berakhlak mulia ini tidak ada, maka siapapun akan merasa kehilangan, akan terasa ada sesuatu yang kosong di rongga qolbu ini. Orang yang wajib, adanya pasti penuh mamfaat. Begitulah kurang lebih perwujudan akhlak yang baik, dan ternyata ia hanya akan lahir dari semburat kepribadian yang baik pula.

Orang yang sunah, keberadaannya bermamfaat, tetapi kalau pun tidak ada tidak tercuri hati kita. Tidak ada rongga kosong akibat rasa kehilangan. Hal ini terjadi mungkin karena kedalaman dan ketulusan amalnya belum dari lubuk hati yang paling dalam. Karena hati akan tersentuh oleh hati lagi. Seperti halnya kalau kita berjumpa dengan orang yang berhati tulus, perilakunya benar-benar akan meresap masuk ke rongga qolbu siapapun.

Orang yang mubah, ada tidak adanya tidak berpengaruh. Di kantor kerja atau bolos sama saja. Seorang pemuda yang ketika ada di rumah keadaan menjadi berantakan, dan kalau tidak adapun tetap berantakan. Inilah pemuda yang mubah. Ada dan tiadanya tidak membawa mamfaat, tidak juga membawa mudharat.


Adapun orang yang makruh, keberadannya justru membawa mudharat. Kalau dia tidak ada, tidak berpengaruh. Artinya kalau dia datang ke suatu tempat maka orang merasa bosan atau tidak senang. Misalnya, ada seorang ayah sebelum pulang dari kantor suasana rumah sangat tenang, tetapi ketika klakson dibunyikan tanda sang ayah sudah datang, anak-anak malah lari ke tetangga, ibu cemas, dan pembantu pun sangat gelisah. Inilah seorang ayah yang keberadaannya menimbulkan masalah.

Lain lagi dengan orang jenis haram, keberadaannya malah dianggap menjadi musibah, sedangkan ketiadaannya justru disyukuri. Jika dia pergi ke kantor, perlengkapan kantor pada hilang, maka ketika orang ini dipecat semua karyawan yang ada malah mensyukurinya.Masya Allah, tidak ada salahnya kita merenung sejenak, tanyakan pada diri ini apakah kita ini anak yang menguntungkan orang tua atau hanya jadi benalu saja? Masyarakat merasa mendapat mamfaat tidak dengan kehadiran kita? Adanya kita di masyarakat sebagai manusia apa, wajib, sunah, mubah, makruh, atau haram? Kenapa tiap kita masuk ruangan teman-teman malah pada menjauhi, apakah karena perilaku sombong kita?Kepada ibu-ibu, hendaknya tanyakan pada diri masing-masing, apakah anak-anak kita sudah merasa bangga punya ibu seperti kita? Punya mamfaat tidak kita ini? Bagi ayah cobalah mengukur diri, saya ini seorang ayah atau gladiator? Saya ini seorang pejabat atau seorang penjahat? Kepada para mubaligh, harus bertanya, benarkah kita menyampaikan kebenaran atau hanya mencari penghargaan dan popularitas saja?

NAMA-NAMA TUHAN DAN FADHILATNYA

Assalammualaikum waramatuhllahi wabarakahtuh. ...Wahai Teman-temanKu. ..

99 NAMA-NAMA TUHAN & FADHILATNYA
AR-RAHMAN : Yang Dermawan - Pemberi rahmat dan kemakmuran kepada makhluknya tanpa perbezaan .Fadhilat-nya : Sesiapa menyebut namaNya 100 kali selepas sembahyang fardhu, insyaALLAH akan mempunyai ingatan baik, fiikiran tegas serta murah hati .
AR-RAHIM : Yang Pengampun -Terutama kepada mereka yang menggunakan hadiah-hadiah sebagai kehendak Tuhan yang maha pengampun dihari kemudian .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali selepas fajar, insyaAllah akan menemui orang-orang yang baik hati .
AL-MALIK : Maharaja Teragung - Ialah Raja yang paling agung diseluruh dunia .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaAllah akan dihormati dengan sebaik-baiknya oleh orang lain .
AL-QUDDIS : Yang Suci - Ia bebas dari segala kesilapan,kelupaan dan tidak keupayaan atau kurang kesempurnaan,Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali setiap hari , insyaAllah akan bebas daripada kebimbangan .
AS-SALAM : Punca Keamanan - Dialah penyelamat hamba-hamba -Nya dari bahaya serta rintangan serta memberi tahniah kepada mereka yang di dalam syurga .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 160 kali berulang-ulang ditempat orang yang sakit,boleh membantu mengurangkan kesakitan dan insyaALLAH dengan pertolongan- Nya dapat menyembuhkan si pesakit.
AL-MU'MIN : Wali Kepercayaan -Barang siapa menempatkan kepercayaan pada hamba-Nya,peliharal ah mereka yang mencari perlindungan pada-Nya , kemudian berikanlah ketenteraman . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali, insyaALLAH akan jauh dari bahaya .
AL-MUHAYMIN : Penjaga - Ialah menjaga dan memerhatikan segala harta benda .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang selepas mengambil air sembahyang , insyaAllah cahaya perasaan mereka akan bersinar .
AL'AZIZ : Maha Perkasa - Ialah yang tak dapat ditaklukkan .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali selepas fajar menyinsing selama 40 hari , insyaALLAH akan bebas daripada bantuan orang lain.
AL-JABBAR : Pemaksa - Ia memperbaiki serta menyelesaikan yang belum lengkap dan mempunyai kebolehan dan menyuruh dengan kekerasan atas diri mereka supaya melakukan mengikut kehendak-Nya . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , tidak akan berbuat sesuatu yang ditegah dirinya , ataupun terdedah oleh bahaya , kesukaran mahupun kekerasan .
AL-MUTAKABBIR :Yang Mulia - Ia menunjukkan kebesaran- Nya sebelum bersetubuh dengan isterinya , insyaALLAH Allah akan menganugerahkan olehnya anak yang salih.
AL-KHALIQ :Pembuat - Ia yang menjadikan segala-galanya tanpa sesuatu apa pun dan tahu pula apa akan terjadi keatas semuanya .
AL-BARI' :Penjadi -Ia menjadikan segala-galanya sempurna .
AL-MUSAWWIR :Pereka - Ia reka segala-galanya .Fadhilatnya :Jika seseorang ibu atau bakal ibu hendak melahirkan anak tetapi tiada berdaya , hendaklah ia berpuasa selama 7 hari , dan sewaktu berbuka hendaklah ia menyebut YA-KHALIQ,YA- BARI',YA- MUSSAWIR (pembuat , penjadi dan pereka ) sebanyak tiga kali sebelum ia meminum air . InsyaALLAH permintaannya akan dikabulkan .
AL-GHAFFAR :Pengampun - Ia sangat pengampun .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang tiga kali , insyaALLAH akan diampunkan dosa yang telah dilakukannya .
AL-QAHHAR :Penakluk - Ia berjaya dan berkuasa menurut dan menakluk kehendaknya .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , insyaALLAH akan mengatasi kehendaknya , dan akan mengalami jiwa yang tenang serta bebas dari segala perbuatan maksiat yang dilakukan oleh orang lain .
AL-WAHHAB :Penganugerah - Ia sentiasa menganugerah hamba-hambaNya .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali insyaALLAH akan dimurahkan rezeki .
AL-FATTAH :Pembuka - Ia memberi penyelesaian kepada kemushkilan atau masalah serta mengurangkan rintangan .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , InsyaALLAH akan terbuka hatinya untuk berjaya .
AL-'ALIM :Yang Maha Mengetahui - Ia mengetahui segala-galanya.Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , InsyaALLAH akan bersinar hatinya dengan cahaya suci .
AL-QABID :Pengekang - Ia mengekang .Fadhilatnya :Sesiapa menulis nama-Nya pada lima puluh jenis makanan atau buah-buahan sepanjang 40 hari , insyaALLAH ia tidak akan kebuluran .
AL-BASIT :Pembesar - Ia berkuasa membesarkan .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali sewaktu fajar dengan mendedahkan kedua-dua tapak tangannya keatas dan kemudiannya menyapu tapak tangan kemukaNya , insyaALLAH ia tidak akan perlukan bantuan orang lain .
AL-KHAFID :Perendah diri - Yang mengurangkan .Fadhilatnya :Sesiapa yang berkuasa selama tiga hari , hendaklah menyebut nama-Nya pada hari keempat sebanyak 70,000 kali , insyaALLAH ia akan dipelihara daripa musuhnya .
AR-RAFI' :Peninggi - Yang meninggikan .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang kali pada waktu siang dan malam,insyaALLAH Allah akan meninggikan martabatnya , kekayaannya serta darjatnya .
AL-MU'IZZ :Penghormat - Ia mashyur serta mulia dan dihormati oleh sesiapa jua pun.Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 140 kali selepas sembahyang isya' setiap hari isnin dan jumaat , insyaALLAH Allah akan menjadikan ianya dihormati oleh orang lain .
AL-MUZILL :Penguji -Ia akan menjatuhkan seseorang kelembah kehinaan.Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 75 kali berulang-ulang , insyaALLAH akan terjatuh daripada aniaya orang-orang yang dengki kepadanya.Allah akan memeliharanya .
AS-SAMI' :Maha Mendengar - Ia mendengar segala-galanya .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang tanpa bercakap dengan sesiapapun pada hari khamis selepas sembahyang zohor ( tengah hari ) , insyaALLAH Allah akan mengkhabulkan apa sahaja kehendaknya .
AL-BASIR :Yang Maha Melihat - Ia melihat segala-galanya .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang antara sembahyang fardhu dan yang pertama setelah sembahyang Jumaat , InsyaALLAH Allah akan menjadikan dirinya mulia dikhalayak ramai .
AL-HAKKAM :Ia mengadili serta memberikan sesuatu dengan sepatutnya.
AL-'ADL :Pengadil - Sesungguhnya adil .Fadhilatnya :Jika sesiapa menulis nama-Nya pada malam jumaat pada sekeping roti dan memakannya, insyaALLAH orang akan mengikut kehendaknya .
AL-LATIF :Pelemah Lembut - Ia mengetahui apa sahaja erti yang lembut serta menjadikan segala-galanya yang lembut atau halus walaupun tidak diketahui manusia . Ia memberi kebahagiaan sehalus-halusnya kepada manusia . Fadhilatnya :Jika seseorang ditimpa kemiskinan dan keseorangan , sebutlah nama-Nya 100 kali selepas dua rakaat selepas sembahyang (tambahan),insyaALL AH niatnya akan dikabulkan .
AL-KHABIR :Maha Mengetahui - Ia mengetahui apa sahaja yang sulit dan maksud atau tujuannya .Fadhilatnya :Sesiapa mempunyai kebiasaan yang tidak baik dan tidak disukainya pula , sebutlah nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH kebiasaan itu akan ditinggalkannya kemudian .
AL-HALIM :Penyabar - Ianya berkuasa .Fadhilatnya :Apabila seseorang menulis nama-Nya atas kertas , setelah itu menanamkannya ke dalam tanah di mana sebutir benih ditanam , insyaALLAH bahaya atau malapetaka tidak akan menimpa .
AL- 'AZIM :Yang Maha Besar - Ia mulia .Fadhilatnya :Mereka yang menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan dihormati .
AL-GHAFUR :Maha Pengampun - Ia mengampuni semua hambaNya .Fadhilatnya :Sesiapa dihidapi penyakit kepala , demam atau dukacita , sebutlah nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan sembuh .
ASH-SHAKUR :Yang Bersyukur - Sesiapa yang bersyukur akan diberi hadiah kerana jasa untukNya .Fadhilatnya :Sesiapa berasa hatinya berat dan kemudian menyebut nama-Nya 41 kali , diikuti dengan bernafas ke dalam gelas berisi air dan membasuh mukanya , insyaALLAH hatinya akan menjadi lapang atau lega .
AL-'ALI :Yang Termulia - Ianya yang paling mulia .Fadhilatnya :Sesiapa mempunyai keyakinan yang lemah tetapi menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH keyakinannya akan teguh .
AL-KABIR :Yang Maha Besar - Ialah yang paling besar .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali setiap hari , insyaALLAH ia akan memperolehi kemuliaan.
AL-HAFIZ :Pemelihara - Ia memelihara segala-galanya serba lengkap dan pada suatu ketika menghindarkannya dari kehilangan dan malapetaka .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 16 kali sehari insya ALLAH ia akan diselamatkan dari malapetaka.
AL-MUQIT :Penjaga - Ia menjaga .Fadhilatnya :Sesiapa mempunyai anak yang kurang sopan , menyebut nama-Nya.
AL-HASIB :Maha Penghitung - Ia mengetahui apa sahaja sebenarnya berkenaan perniagaan seseorang sepanjang hayat .Fadhilatnya :Apabila seseorang takut dirompak,maupun akibat dengki musuhnya , mulakan menyebut ...........atau membaca nama-Nya 70 kali pada hari khamis - siang atau malam . Bila tiba hari ke 71 sebutlah bahawa Allah Maha Penghitung atau Habiyallah-ul- Hasib.InsyaALLAH ia akan selamat.
AL-JALIL :Maha Tinggi - Ianya maha kaya serba berkuasa .Fadhilatnya :Sesiapa menulis nama-Nya pada kertas dengan membubuh kasturi dan kunyit , kemudian membasuhnya dan akhirnya meminum air tersebut dari sebuah tembikar , insyaALLAH ia akan dimuliakan oleh manusia .
AL-KARIM :Yang Maha Pemurah - Ianya sangat pemurah .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH ia akan menerima kemuliaan di dunia serta akhirat.
AR-RAQIB :Maha Waspada - Ianya memperhatikan apa jua hamba-hambaNya lakukan di dunia ini .
AL-MUJIB :Maha Pengkabul - Ianya pengkabul bagi segala keperluan manusia .Fadhilatnya :Sesiapa memohon kepadaNya , insyaALLAH niatnya akan dikabulkan .
AL-WASI' :Yang Menyeluruh - Ia mempunyai kuasa yang tiada terbatas.Fadhilatnya :Andainya seseorang mengalami kesukaran mencari mata pencarian , sebutlah nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH ia akan menerimanya bagi keperluan hidupnya yang lebih baik .
AL-HAKIM :Yang Bijaksana - Ia mempunyai kebijaksanaan dalam segala masalah .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya terus menerus (dari masa ke masa),insyaALLAH ia tidak akan menemui kesukaran dalam pekerjaannya .
AL-WADUD :Yang Maha Penyayang - Ia menyayangi mereka yang berbuat baik dan akan menganugerahkan belas kasihan-Nya kelak .Fadhilatnya :Andainya dua orang bergaduh , sementara seorang daripadanya menyebut nama-Nya 1,000 kali di atas makanan yang telah tersedia dan dimakan pula oleh temannya itu , insyaALLAH pertikaian antara mereka akan selesai .
AL-MAJID :Yang Maha Mulia - Ianya sangat mulia .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan menerima kebahagiaan .
AL-BA'ITH :Pembangkit Semula - Dialah yang memberi penghidupan kepada semua makhluk dihari pengadilan .Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya akan mempunyai perasaan takut dan hormat terhadap ALLAH .
ASH-SHAHID :Saksi - Dia yang berada dimana-mana dan mengawasi segala-galanya.Fadhilatnya :Sesiapa yang mempunyai anak yang degil dan mengulangi nama-Nya kepada anak itu , insyaALLAH anak itu akan menurut perintah .
AL-HAQQA :Kebenaran - KeujudanNya tiada perubahan .Fadhilatnya :Jika seseorang hilang sesuatu dan mengulang nama-Nya insyaALLAH dia akan jumpa apa yang telah hilang .
AL-WAKIL :Wali - Dia menyediakan segala-galanya untuk mengatasi segala masalah dengan cara baik .Fadhilatnya :Sesiapa yang takutkan mati lemas , hangus dalam api atau bahaya yang serupa dan mengulangi nama-Nya berterus-terusan ,dari masa kesemasa , insyaALLAH akan berada dibawah perlindungan ALLAH .
AL-QAWI :Paling Kuat - Dia yang terkuat .Fadhilatnya :Sesiapa yang tidak boleh mengalahkan musuhnya , tetapi mengulangi nama-Nya dengan niat tidak mahu dicederakan, insyaALLAH akan bebas dari kecederaan musuhnya .
AL-MATIN :Teguh - Dia berkuasa dan teguh , tidak ada kuasa yang boleh menghumbankanNya .Fadhilatnya :Jika seseorang mempunyai kesusahan dan mengulangi nama-Nya , insyaALLAH kesusahannya akan lenyap .
AL-WALI :Pelindung - Dia adalah sahabat hamba-hambaNya yang adil .Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya,insyaALLAH mungkin menjadi seorang waliullah .
AL-HAMID :Pujian - Hanya dia seorang yang patut dipuji dan dimuliakan serta diberi penghargaan oleh semua makhluk .Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya ,insyaALLAH akan disayangi dan dipuji .
AL-MUHSI :Penghitung - Dia mengetahui angka segala benda walaupun tidak boleh dikira dan dia mengetahui tiap-tiap satudarinya .Fadhilatnya :Sesiapa yang takut di soal di hari pengadilan , dan mengulangi nama-Nya 1,000 kali , insyaALLAH akan mempunyai kemudahan .
AL-MUBDI :Pengasal - Dia yang telah mencipta semua makhluk untuk pertama kali bukan dari apa-apa dan tanpa sebarang contoh .Fadhilatnya :Sesiapa yang menyebut nama-Nya berulang-ulang dan dihembuskan ibu yang mengandung yang takutkan keguguran , insyaALLAH ibu itu akan bebas dari bahaya .
AL-MU'ID :Pemulih - Dialah yang menghidupkan semula semua makhluk.Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 70 kali berulang-ulang untuk seseorang yang jauh dari keluarganya , insyaALLAH orang itu akan pulang dengan selamat .
AL-MUHYI :Pemberi Kehidupan - Dialah yang memberi kehidupan dan kesihatan
Fadhilatnya : Jika seseorang mempunyai satu bebanan yang berat dan mengulangi nama-Nya 7 kali setiap hari , insyaALLAH bebanannya akan dikurangkan .
AL-MIMUT :Pencipta Kematian - Dialah yang mencipta kematian .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan memusnahkan niat musuhnya .
AL-HAYY :Hidup - Dialah yang mengetahui segala-galanya dan kekuatannya .Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH akan mempunyai umur yang panjang .
AL-QAYYUM :Hidup Sendiri -Dialah yang memegang seluruh alam semesta .Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH tidak akan tewas dalam kelalaian .
AL-WAJID :Penemu - Dialah yang dapat apa jua yang dikehendaki dalam keinginannya.Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH akan memiliki kemuliaan hati .
AL-MAJID :Berhati Mulia - Dialah yang mulia hatinya , yang membuat kebajikan dan dermawan .Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH akan diterangkan hatinya .
AL-WAHID :Yang Maha Istimewa - Ianya tunggal dalam segala tindakanNya , tidak ada berteman atau bersifat yang samadengan sesiapa pun , bahkan perawakan dan perintah .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang seorang diri ditempat sunyi , insyaALLAH akan bebas daripadaketakutan serta kebingunan .
AL-AHAD : Yang Tunggal .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , insyaALLAH Allah akan memberi kehendaknya yang mana ia tidak akan perlukan bantuan orang lain .
AS-SAMAD : Yang Berkekalan - Ianya adalah tunggal bagi sesiapa memohon sesuatu yang penting diselesaikan ataupun sebarang masalah yang harus dihapuskan.Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH Allah akan memberi kehendaknya dan yang mana ia tidak mahukan bantuan orang lain .
AL-QADIR :Sentiasa Sanggup - Ia sentiasa sanggup melakukan apa sahaja kehendakNya .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH harus sedar akan kebenaran .
AL-MUQTADIR :Berkuasa - Dialah yang lebih berkuasa dari segala makhlukNya .Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH ia menyedari kebenarannya .
AL-MUQADDIM : Maha Penyelenggaran .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya di medan perang mahupun didalam ketakutan kerana bersendirian oleh sebab ganjilnya keadaan sekeliling , insyaALLAH bahaya tidak akan menimpa dirinya .
AL-MU'AKHKHIR : Maha Penagguh - Ianya menangguhkan apa sahaja yang dikehendakiNya .Fadilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali di dalam hati setiap hari , insyaALLAH hanya ketaatan kepada Allah sentiasa kekal . Ketaatan kepada yang lain tidak mempengaruhinya .
AL-AWWAL : Pengawal .Fadhilatnya : Sesiapa sahaja berkehendakkan anak ataupun mahu bersama-sama dengan seseorang dalam perjalanan , ia harus menyebut nama-Nya 1,000 kali dalam masa 40 jumaat .
AL-AKHIR : Yang Akhir .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan mengalami hidup yang sempurna dan matinya pun sedemikian pula.
AZ-ZAHIR : Penzahir .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 15 kali selepas sembahyang jumaat , insyaALLAH nur atau cahaya akan menyinari hatinya .
AL-BATIN : Pembatin .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 3 kali setiap hari , insyaALLAH akan dapat mengetahui kebenaran segala-galanya .
AL-WALI : Wali atau Pemerintah .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , kemudian menghembuskan nafasnya ke dalam rumahnya , insyaALLAH keselamatan rumahnya akan terpelihara .
AL-MUTA'ALI : Yang Teramat Mulia - Ianya yang termulia dalam sebarang tindakan ,cara atau keadaan , bahkan fikiran seorang manusia . Ianya adalah yang paling tinggi.
AL-BARRA : Sumber Segala Kebaikan - Sesiapa yang penyabar terhadap hambaNya, haiwan dan segala binatang-binatang , tentulah baik kepada semuanya .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya kepada anak-anaknya, insyaALLAH ia akan dijauhkan daripada kemalangan .
AT-TAWWAB : Penerima Ketaubatan .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH taubatnya akan diterima .
AL-MUNTAQIM : Penghukum - Ia menghukum mereka yang bersalah.Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan menakluki musuh-musuhnya .
AL-'AFUW :Pengampun - Ia sangat pengampun kepada mereka yang taubat , seolah-olah mereka tidak berdosa .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH segala dosanya akan diampunkan .
AR-RA'UF : Maha Pengasih dan Penyayang - Ianya sungguh pengasih dan penyayang.Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan dikasihi Allah .
MALIK-UL-MULK : Pemilik Kedaulatan Yang Kekal .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan dihormati Allah .
DHUL-JALAL-WAL- IKRAM : Pengusaha Keagungan Serta Kedaulatan .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH dengan kerajinan bekerja serta tekun akan bertemu dengan kejayaan .
AL-MUQSIT :Maha Pengadil - Ianya tetap maha adil dalam segala-galanya .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , InsyaALLAH akan terjauh dari godaan syaitan .
AL-JAME' :Pengumpul - Ia mengumpulkan segala-galanya pada sebarang waktu .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan menemui benda-benda yang hilang .
AL-GHANI :Serba Lengkap .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyALLAH akan bersyukur dan tidak akan ada hasrat dengki .
AL-MUGHNI :Pengmakmur .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 10 kali Jumaat , insyaALLAH tidak akan mengalami kekurangan sesuatu apapun .
AL-MANI' :Pencegah .Fadhilatnya :Mereka yang menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan mengalami penghidupan keluarga yang berbahagia .
AD-DARR :Pengganggu - Ia menjadikan sesuatu yang menyebabkan seseorang bersifat rendah .Fadhilatnya :Jika sesiapa yang berketurunan sifat rendah menyebut nama-Nya berulang-ulang setiap malam Jumaat , insyaALLAH taraf mereka akan dinaikkan .
AN-NAFI' :Makmur - Ia menjadikan segala-galanya untuk kebahagiaan manusia .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang dalam masa empat hari ,insyaALLAH ia akan jauh dari aniaya atau bahaya .
AN-NUR :Cahaya - Ia memberikan cahaya mulia keseluruh alam , wajah , fikiran serta hati makhluknya .Fadhilatnya :Sesiapa yang menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH hatinya akan lebih terang .
AL-HADI :Penuntun - Ia memimpin hamba-hambaNya menuju kejayaan serta mengarahnya berbakti kepada manusia .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan memperoleh pengetahuan ruhani .
AL-BADI :Tiada BandinganNya - Ia membentuk segala-galanya dalam dunia ini tanpa rekaan .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 70 kali berulang-ulang , insyaALLAH kesusahannya akan hilang . ( Ya , ALLAH , Engkaulah yang menjadikan segala-galanya di dunia ini . )
AL-BAQI : Yang Kekal .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali sebelum matahari terbit , insyaALLAH akan terpelihara daripada malapetaka seumur hidupnya dan insyaALLAH dosanya akan diampunkan .
AL-WARITH : Waris Agung - Ialah menguasai segala-galanya .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan hidup lama .
AR-RASHID : Pemimpin Ke Arah Kebenaran - Ialah pemimpin yang bijaksana bagi membimbing makhlukNya kearah kebenaran .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 1,000 kali di antara Maghrib dan isya , insyaALLAH kesusahannya akan hilang .
AS-SABUR : Penyabar .Fadhilatnya : Sesiapa ditimpa kesusahan ataupun dukacita hendaklah menyebut nama-Nya 3,000 kali , insyaALLAH ia akan terselamat