Asalamualaikum semua,
Muharam 1429 kini melabuhkan diri,seperti tahun-tahun lepas sambutan terhadap bulan muharam dengan permulaan awal muharam dengan negara menghadiahkan cuti umum pada rakyat marhaen tidak kira apa anutan agama mereka untuk berkongsi menyambut tahun maalhijrah 2008.Seperti tahun-tahun lalu ada slogan dan setiap tahun juga slogan sambutan maalhijrah ini akan berubah dari satu ke satu slogan sekadar ingin menunjukkan adanya perubahan pada kerajaan yang diberikan amanah serta pemimpin yang mengaku islam agama mereka begitu juga rakyat marhaen tidak kira apa lapisan kehidupan mereka.
Biar pun slogan kedengaran nya seperti menarik serta canggih,kiranya pengisian kepada para pengamalnya tidak ada maka apa juga yang dilakukan nampak adanya kepincangan baik dari pemerintah maupun rakyaat marhaen sendiri.Manusia seperti lupa apa yang dijanjikan,dan sering ia ditinggalkan jauh dalam memangkin mengejar duniawi.Tak perlu lah kita pergi jauh sehingga kita lupa asal usul kita,cuma ingin mengingatkan pada mereka-mereka tentang rukun islam yang 5 itu sahaja.
Kita sering membaca serta mendengar dalam corong-corong radio yang mengatakan rukun islam 5 perkara,yakni yang pertama mengucap shadah,yang kedua sembahyang 5 waktu sehari semalam,yang ke tiga berpuasa dalam bulan ramadhan,yang keempat membayar zakat dan yang terakhir lima,pergi haji yang berkemampuan.Alhamdulilah ramai juga orang-orang islam yang dapar melakukan kesemua rukun-rukun ini dan ada juga mereka yang masih lagi tidak mampu melaksanakan kesemua ini disebabkan kesihatan,maupun sekadar sengaja meninggalkan tanpa sebab.
Ramai orang akan berkata biasalah manusia mana ada sempurna,mesti ada melakukan kesilapan dan ada juga berkata kehidupan bermula bila umur mencecah 40 tahun seperti rasullullah s.a.w bila mula mendapat wahyu.Pada mereka-mereka yang telah berubah setelah menjalani kehidupan masa silam,alhamdulilah kerana ALLAH masih sayangkan kita dengan dibuka kan pintu hati kita selama ini,maka gunalah kesempatan yang masih ada ini mencari jalan kehidupan di sana nanti,pada mereka yang masih dibuai mimpi serta telah diistidrajkan oleh ALLAH maka akan adanya hukum karma serta hukum akhirat.
Cuma sekadar ingin mengingatkan mengapa hukum islam itu meletakkan mengucap shadah di tempat pertama,sebagai bukan alim ulama maka sebagai insan kecil yang cuba bersama-sama ingat mengingati maka kita kena lah cari sendiri jawapan nya,dengan faham erti maksud yang sebenarnya maka dapat lah ia menambahkan lagi ingatan kita kepadanya serta menguatkan lagi hubungan kita dengannya,pada mereka yang telah berjupa jawapan nya maka teruskan usaha kita,apa yang harus kita lakukan,dan sebagai insan yang beragama islam lakukan apa yang boleh kita lakukan,pimpinlah diri sendiri,serta keluarga,selepas kita berjaya memimpin keluarga bawalah kepimpinan itu pada masyarakat selepas berjaya memimpin masyarakat maka kembangkan lah kepimpinan itu pada negara,dan ingat apa yang kita lakukan didunia itu juga yang akan kita bawa disana nanti.
Semoga tulisan saya ini tidak membuatkan mereka mereka yang masuk dan membaca merasa tersinggung,keran apa yang benar adalah dari ALLAH dan apa juga yang ada kelemahan adalah dari saya sendiri,mohom maaf dunia dan akhirat.Salam MAALHIJRAH.
Wednesday, January 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment