Alam persekolah bermula kembali,kini tahun baru 2008 menjanjikan kehidupan yang penuh dengan cabaran,dengan 2 tahun telah berlalu aku menjalani rawatan dialisis disebabkan kerosakan buah pinggang kerana mengambil ubat tahan sakit disebabkan gout yang dialami selama 6 tahun,kini gout masih juga ada walaupan telah berkurangan walaupuna menjalani rawatan dialisis.Telah satu tahun setengah aku meninggalkan bidang pekerjaan perhotelan kerana penyakit yang aku alami ini,dan aku juga bersyukur kerana socso memberi bantuan pencen ilat yang dapat aku gunakan untuk keperluan harian.
Walaupun terasa rendah diri bla mana isteri bekerja dan aku tinggal di rumah sambil melayan anak-anak yang sedang membesar,sibuk dengan ragam mereka yang kekadang tak terlayan oleh perangai mereka,demi memberi kekuatan pada semua maka aku pun mesti menunjukkan kekuatan serta meningkatkan kesihatan diri agar dengan sokongan sementara ada ini dapatlah membantu isteri serta anak-anak aku menjalani kehidupan seharian,ini adalah sebahagian dari kehidupan di dunia ini ada yang jauh lebih susah serta bermasallah dari yang aku alami sekarang.
Sekadar ini bercerita mengenai anak-anak ku yang semakin membesar dan bersekolah,yang tua telah masuk tingkatan 4,dan yang no 2 mula memasuki tingkatan 1 dan yang kecil adalah anak yang paling manja dengan umi nya telah masuk alam persekolah rendah di darjah 1,bersekolah bersebelahan terletak di satu kawasan kampung di hulu langat,anak yang pertama adalah perempuan yang telah pandai memasak,membasuh serta lain yang patut di lakukan oleh budak perempuan berumur 16 tahun,sms jangan cerita lah memang permainan dia,bab-bab belajar ini mungkin lembab sikit,campuran berkawan juga memainkan peranan bagi pertumbuhan pembelajaran anak-anak kita,itu lah yang sering aku cakapkan pada mereka,kalau sapa yang mereka campur,maka itu lah yang mereka akan dapat,walaupun aku ni kira ayah yang tegas dan garang tapi aku bukan seorang ayah yang mengunakan kekerasan.
Anak yang no 2 adalah lelaki,seorang anak yang paling senang di jaga dan dididik semasa kecil,bersekolah pun dia memang seorang budak yang baik sehinggakan guru kelas puji,berdikari,tapi kena sering beri perhatan,dan aku juga rapat serta boleh bercerita dan bergurau dengan anak aku ini,bab solat kena ingatkan tapi alhamdulilah anak aku ni sering ke surau dapatlah dia belajar dan menggantikan aku yang tak dapat melakukan solat di surau disebabkan aku sembahyang mengunakan kerusi sebab lutut aku tak boleh dilipatkan seperti orang lain,selain dari buat dialisis lutut juga adalah masalah lain yang aku hadapi,tetapi ia tidak mematahkan semangat aku untuk beribadat,menjadi ikutan pada adik dia yang kecil,apa yang di buat sering saja anak aku yang no 3 ikut,gaya rambut,main games,ikut bermain bola,naik basikal dan macam-macam lagi lah yang sering abang adik ni buat bersama,alhamdulilah kasih sayang kakak dan abang pada adik bertambah sebab dia adalah yang bongsu,dan tidur pun masih lagi bersama aku dan umi dia.
Dengan panggilan along(nur adiba),angah(kamal haqmi) dan aiman(kamal arif aiman)mereka lah yang membuat kan aku agar terus berusaha menambahkan sihat sementara ada,seperti ayah mereka aku nampak si adik ni perangai boleh dikata seperti aku,along seperti umi nya ,angah lembut sampaikan ramai sepupu suka sangat ngan dia,dan anak aku yang no 3 ni keras tapi lembut,paling manja dengan umi dia,tapi yang aku paling sedih sebab aku sakit masa umur dia masih lagi kecil,dan kasih sayang mereka ini lah yang menambahkan kekuatan dan meningkatkan kesihatan aku untuk terus berjuang dan berjuang.
Saturday, January 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment