Tuesday, February 19, 2008

ORANG UTAN

Oleh osmaismail

"Sesekali aku terdengar nama mu
Teringat kisah suka hidup mu
Kekadang kau lebih mulia dari manusia
Kekadang kelebihan mu mengatasi insan bergelar manusia
Orang Utan
Tidak pernah kaum mu merampas tanah manusia
Namun manusia merampas desa mu
Desa balak mu dirampas rakus oleh manusia
Tongkat Ali,kacip Patimah mungkin hasilan desa mu jua
Orang Utan
Hidup mu penuh kedamaian
Kau tidak mungkin pernah buang anak mu ke dalam sungai
Tong sampah lagi tidak mungkin
Mangkuk tandas juga tidak ku temui anak mu
Orang Utan
Kau tidak kenal motosikal
Kau tidak terlibat dengan lumba haram
Kau tidak merempit di tengah kotaraya


Namun kaum muda manusia yang tiada agama
Mereka mempunyai PHD dalam bidang ini
Orang Utan
Dadah juga tiada dalam kamus hidup mu
Kau tidak inginkannya
Kekadang kau digunakan oleh saintis untuk menguji dadah
Nyawa mu menjadi ujian untuk kehidupan manusia
Mulia hidup mu rupanya
Orang Utan
Kau kenal dunia ini sementara
Rumah dan sarang mu sama selamanya
Kau tiada banglow puluhan juta
Tidak kau tamak harta dunia yang sementara
Tidak seperti manusia yang lupa jalan pulangnya
Orang Utan
Bahasa mu hanya difahami Sulaiman a.s
Mungkin bertasbih memuji yang Esa
Tapi ada sesetengah manusia
Lupa pencipta lupa tanggungjawabnya
Tiada bekalan untuk di bawa pulangnya
Orang Utan
Tidak pernah kau meletupkan musuh mu
Betina liar mu tidak pernah kau hina matinya
Manusia sebangsaku lebih ganas dari mu
Letup,bunuh,bakar,gantung
Jadi mainan hidupnya
Orang Utan
Sejak aku kenali mu
Bahasa mu bahasa itu jua
Namun bangsa ku
Sekejap ke timur sekejap ke barat
Pendirian tiada yang ada cuma RM di raja
Orang Utan
Kau juga ada persamaan dengan undang - undang ku
Siapa kuat dialah raja
Bukan yang benar itulah yang betul
Tapi yang paling kuat dipilih jadi ketua
Mungkin ketua mu seperti ketua mereka juga
Kuat penipu
Maafkan aku Orang Utan
Orang Utan
Remaja mu lebih suci dari segelintir remaja ku
Mereka tidak terikut dengan Orang Utan barat
Tidak terikut budaya asing
Tidak mencukur bulu kening
Tidak berfesyen rambut bagai landak
Tidak menunjuk pusat pada Sang Belang
Tapi remaja ku
Lakukan semuanya kerana wang
Rupanya kau lebih mulia dari manusia
Manusia yang lupa agamanya
Manusia yang tidak kenal peraturan Tuhannya
Benarlah termaktub dalam kitab Quran ku
Kekadang manusia makhluk paling mulia dari malaikat
Kekadang manusia lebih hina dari seekor BABI
Pilihlah kita...
Menjadi mulia
Menjadi hina"

PILIHANRAYA@KUNCI UNTUK BERKUASA

Pilihan raya sebenarnya adalah satu kunci untuk sebuah kerajaan yang akan ditubuhkan untuk berkuasa bagi satu penggal selama 5 tahun mengikut perundangan negara setelah memenangi mandat majaroti dalam pilihanraya yang di adakan.Pilihanraya juga sebenarnya untuk masyarakat setempat memilih wakil rakyat bagi mewakilkan mereka dalam perbahasan dewan rakyat serta parlimen dalam menangani segala masalah yang dihadapi semua kaum,agama serta ekonomi dan banyak lagi.Kini trend yang sebenar menjadi wakil rakyat telah jauh menyimpang lebih-lebih lagi pada mereka yang menjadi kuasa kerajaan,jika nak dibandingkan wakil rakyat dari pihak pembangkang wakil rakyat dari pihak pembangkang telah menjalankan kewajipan mereka dengan dedikasi dan amanah.

DiMalaysia sekarang demam pilihanraya kali ke 12 yang akan diadakan pada 8 mac 2008 telah bermula dan parti pemerintah telah mula menjalankan kempen mereka baik dimedia eletronik maupun media akhbar,walaupun sebelum perdana menteri membubarkan parlimen.Kini rakyat saban hari ditonton kan oleh media kroni mengatakan parti pembangkan mengalami banyak masalah,termasuklah ulama-ulama mereka,media ini sebenarnya menjadi parti pemerintah secara tidak langsung dalam membantu kerajaan yang tidak berkuasa sekarang.Mungkin orang kampung dan bandar yang dunggu sahaja yang menbaca dari akhbar serta media kerajaan yang percaya semua ini,lebih-lebih lagi pada bangsa melayu yang lemah serta mengharapkan bantuan yang percaya jika bertukar kerajaan pasti akan ada perang saudara maupun dararut.

Pilihan raya juga sebenarnya menunjukkan keperihatinan serta tanggungjawab masyarakat terhadap sistem kehidupan berlandaskan sistem demokrasi,yang mana negara kita mengamalkan kerajaan rakyat untuk rakyat oleh rakyat,tetapi kini bangsa melayu,cina dan india serta lain nya telah menunjukkan kesedaran mereka pentingnya memilih wakil rakyat yang betul-betul berkhidmat untuk masyarakat yang memilih mereka.Kesedaran kini mula dirasai bila selama ini kunci untuk berkuasa yang diberikan pada kerajaan barisan nasional selama 50 tahun ini telah jauh terpesong dalam menjaga amanah negara,kebajikan rakyat marhaen,pendidikan,keselamatan,perubatan,perumahan untuk rakyat miskin,pembahagian kekayaan serta banyak lagi yang telah diabaikan dan yang paling menyakitkan hati mereka-mereka telah mula mengumpulkan harta berjuta-juta,mengumpulkan kroni serta rasuah mula menjadi mainan politik mereka.

Sepatutnya rakyat telah dan mula sedar bila telah lama sebuah kerajaan yang ditubuhkan maka banyaklah cara mereka untuk mengekalkan kekuasaan mereka dengan melantik orang-orang mereka di semua sektor baik,polis,atm,jpn,dan yang lebih selamat dengan meletakkan orang-orang mereka di spr yang menjaga kepentingan pilihanraya,dan jika kita amati sebenarnya satu-satu kerajaan tidak akan menjadi korup sekiranya spr tidak boleh dijual beli perangai mereka.Jadi jangan lah memberikan kunci kuasa pada mereka ynag terbukti selama ini tidak menjalankan amanah mereka dengan betul tetapi masih juga berharap agar kuasa mereka diteruskan,lakukan perubahan dari sekarang sebab negara ini kita yang punya,jika mereka boleh berkuasa mengapa kita tidak,jangan lah kita di takuk yang lama,berhijrahlah sebelum parah,berubahlah sebab manusia semua akan berubah.

Berilah kunci kuasa itu pada mereka yang layak menjadi wakil kita,dan dari kunci kuasa itu nanti akan kita pilih mereka yang benar-benar pemimpin global yang akan menjadi pemimpin unggul yang akan membawa negara kita kearah kecemerlangan,kesejahteraan dan kemakmuran berlandaskan agama dan sunah.

Saturday, February 9, 2008

MARAH LAH TAK KISAH PUN

Penulis tak dikenali

Rasuah sayang eh
Rasuah Sayang Sayang eh,
He lihat Pak Lah tidur
Rasa sayang sayang eh,


Budak mongolia di luar pagar,
Ambil C4 tolong bombkan,
Saya budak baru nak mengajar,
Kalau salah you duduk diam - diam.


Rasuah sayang eh
Rasuah sayang sayang eh
Eh lihat Zam bodoh rasa sayang sayang eh


Zainuddin kita nak marah al - jazeera,
tapi sendiri tak berpengetahuan,
Mungkinkah belajar dari Mara,
Kerana jawapannya macam ketam.






Rasuah sayang
Eh rasuah sayang sayang Eh
Eh lihat parliment rasa sayang sayang eh

Parliment kita macam zoo negara,
Penuh dengan banyak binatang,
Ada beruk, monyet dan kera,
Kalau pergi sana bawalah kacang,


Rasuah Sayang
Eh rasuah sayang sayang eh
Eh lihat rempit jauh rasa sayang sayang eh


Khairi kata rempit sangat terer,
Mereka ialah mat cemerlang,
Otaknya sekarang entah mana,
Mungkin nak jadi rempit di longkang.


Rasuah sayang eh rasuah sayang sayang eh
Eh lihat bola kita jauh rasa sayang sayang eh


Dulu kita main bola peringkat antarabangsa,
Sekarang main macam ketam,
Kalah 5 - 1 kepada Cina,
Semalam pula kalah kepada vietnam.


Rasuah Sayang Eh
Rasuah Sayang Sayang Eh
Eh lihat Indonesia jauh rasa sayang sayang eh


Rasa sayang milik indonesia
Malaysia kata mereka punya
Otak engkau lagu ini milik kita
Kita punya Rasuah sayang sebenarnya


Rasuah sayang eh
rasuah sayang sayang eh
Eh lihat polis jauh rasa sayang sayang eh


Bila nak tiba hari raya
Polis kita merata rata
Muka mereka semacam saja
Bagi IC dan ringgit Malaysia


Rasuah sayang eh
rasuah sayang sayang eh
Eh lihat Pak Lah tidur rasa sayang sayang eh


Air di Johor melimpah limpah
Pak lah beli rumah di Australia
Bila Mahathir kita marah
Dia kata rumah itu orang lain pula.


Rasuah sayang
Eh rasuah sayang sayang eh
Eh Malaysia hancur rasa sayang sayang eh

HAPUSKAN S.P.R DAHULU BARU B.N BOLEH DIKALAHKAN

Kini semakin hampir pilihan raya ke 12 akan di adakan,menandakan orang ramai yang layak mengundi dibenarkan memilih calon parti yang mereka harapkan dapat menjaga kepentingan kesemua kaum,agama dan ekonomi baik di negara maupun di luar negara.Sebelum pilihan raya yang akan di adakan pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.telah di suarakan oleh rakyat marhaen dengan himpunan 100k rakyat berhimpun di Istana Negara untuk menyerahkan memorondum pada Sultan yang di pertuan agung agar S.P.R ini di ubah sistem mereka agar lebih telus serta adil,nampak gaya ni sehingga kini harapan itu telah dijadikan satu kubur buat pengerusi barisan nasional merangkap perdana menteri,manakala pengerusi s.p.r ini yang telah di sambungkan perkhidmatan nya oleh kerajaan be end melalui parlimen yang di monopoli oleh mereka sendiri,telah menunjukkan kepada kita siapa diri dia yang sebenarnya.

Dengan keegoan yang sering di tunjukkan kepada parti pembangkang sejak dahulu sehingga kini menunjukkan bahawa s.p.r ini juga ada lah salah satu lagi parti yang bergabung dengan barisan nasional cuma ia berdaftar sebagai suruhanjaya pilihan raya.Kuasa yang ada pada s.p.r ini telah disalah gunakan sejak si rashid ini menjadi pengerusi s.p.r sehingga sanggup menipu dan melakukan apa sahaja demi tembolok serta keluarga mereka,dan menunjukkan si dia ni memang tidak takut pada seksa Allah,maupun karma di dunia dan azab kubur serta akhirat nanti,lebih-lebih lagi kawan dia juga ramai yang akan bersama-sama menghadapi hari pembalasan di sana dengan islam yang telah diupgradekan menjadi ISLAM HADHARI.

Bukan menyokong tulisan yang di tulis penulis reformasi jalanan Hishamuddin Rais,tetapi ia adalah kebenaran yang harus kita lihat juga dari sudut lain,bayangkan yang kita berkerja bermati-matian dalam masa kempen pilihan raya sehinggalah hari mengundi,tapi dengan s.p.r yang menjadi dalang dalam negara semua ini akan hancur dengan mudah sahaja,dengan wang yang banyak terbuang,masa yang banyak di peruntukkan,tenaga kita tak terkira penatnya,baik yang sukarela berkerja maupun yang ada banyaran sebagai saguhati serta mereka-mereka yang datang mengundi masa pilihan raya telah di tipu bulat-bulat oleh s.p.r keparat ini,sebagai orang islam kita patut menuntut agar semua tindakan mereka ini di pertanggungjawabkan di dunia dan akhirat.

Oleh itu sekira nya parti pembangkan mau menghancurkan be end kena lah menghancurkan s.p.r terlebih dahulu,jika tidak jangan lah kita berharap yang parti pembangkang boleh menjadi kerajaan baru dalam negara ini,dengan cara apa sekali pun kita mestilah menghancurkan s.p.r ini,jalankanlah reformasi jalanan setiap minggu,dan jangan buat sekitar lembah kelang sahaja,lebarkan ke seluruh negara,buat lah reformasi jalanan ni pada masa yang sama di seluruh negara dengan mengumpulkan kesemua bangsa dan kita perlu ingat jika tiada pegawai s.p.r yang korup maka tiadalah kerajaan yang korup,maka kita haruslah lah membersihkan s.p.r tu dahulu baru kita akan dapat sebuah kerajaan yang korup.

Pada mereka-mereka yang sihat maka buat lah apa yang harus dan patut dilakukan,pada mereka-mereka yang kurang bernasib baik dalam kesihatan cuma sokongan yang kita perlukan,ubahlah sebelum s.p.r ini menjadi parah dan akan menghasilkan kerajaan yang penuh penyakit barah masyarakat,berjuanglah untuk anak-anak kita yang masa hadapan yang kita tidak tahu macam mana keadaaan negara kita selagi parah dan barah ini tidak di bersihkan dan dibuang,selagi itu kehidupan kita masih di takuk lama.Pikir-pikirlah sebab yang benar tu dari Allah dan yang tidak betul itu ada lah dari saya.

JANGAN KIRA SIAPA MENGUNDI,KIRALAH SIAPA YANG MENGIRA UNDI

DI PETIK DARI TULISAN HISHAMUDDIN RAIS

Media Melayu telah melaporkan kenyataan Najib Razak bahawa Barisan Nasional berkuasa bukan kerana penipuan - ‘ kita tidak tipu dalam pilihan raya’. Najib dan kuncu-kuncunya mendapat kuasa kerana dipilih oleh rakyat. Ini satu pembohongan besar dari Najib.

Najib sendiri sedar dalam tahun 1999 dia hanya dimenangkan dengan 242 undi. Ini pun bukan undi terbuka. Undi yang menyelamatkan Najib ialah undi ‘askar’ atau undi pos. Jika ini tidak bohong maka Sankaran Pillay a.k.a Chandra Muzaffar bukan orang India tetapi orang Eskimo.

Cara membaca media Malaysia amat senang. Apa yang dikatakan oleh menteri harus dibaca sebaliknya. Contohnya, jika menteri berkata Malaysia TIDAK ADA RASUAH maka bermakna di Malaysia ada rasuah. Jika menteri berkata semua rakyat sokong kerajaan bermakna ada rakyat yang TIDAK sokong kerajaan.

Umum telah lama mengetahui bahawa pilihan raya yang telah dijalankan dalam negara kita ini bukan satu pilihan raya yang bebas dan telus. Dari masa ke masa orang ramai makin sedar bahawa ada penipuan yang licik telah dan sedang dijalankan dalam proses pilihan raya. Cerita dan surah pilihan raya tipu ini telah menjadi lagenda rakyat.

Apa yang menghairankan DI MANA PENIPUAN ITU DIJALANKAN?

Penipuan utama dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Cukup senang tak payah bersuluh untuk memahami bahawa SPR ini tidak boleh dipercayai. Sesiapa yang percaya kepada SPR samalah seperti percaya bahawa Lingam adalah peguam yang jujur

Setiap sepuluh tahun akan diadakan persempadanan semula. Ini jerat pertama. Penyokong Barisan Rakyat akan ‘dipindahkan’. Pemindahan ini cukup licik. Bukan nama mereka dialihkan tetapi kawasan mereka dimasukkan ke satu kawasan lain. Kawasan mereka akan dimasukkan ke kawasan yang majoritinya menyokong parti lawan. Dengan cara ini jumlah mereka akan menjadi longgar. Ini terjadi kepada kawasan Mat Sabu dan Mahfuz Omar. Hasilnya kedua-dua ahli parlimen ini hilang kerusi pada tahun 2004.

Tak percaya lagi pilihan raya menipu?

Cara kedua ialah menambah angka pengundi baru ke dalam kawasan yang dimiliki oleh Barisan Rakyat. Contoh terbaik sedang berlaku untuk kawasan Lim Kit Siang di Ipoh. Lim Kit Siang telah diperanjatkan dengan kedatangan 8,000 undi baru. Dari mana hantu-hantu ini datang tidak pula diketahui. SPR membabi buta terus senyap.

Cara ketiga ialah menambah undi pos. Contoh terbaik sedang berlaku di Dun Belantek, Kedah. Tanpa hujan tanpa kilat tiba-tiba wujud 1,031 undi pos. Undi pos ini telah disediakan oleh SPR. Undi pos ini akan memastikan parti musuh akan menang kali ini dan calon Barisan Rakyat akan tewas.

Tak percaya lagi pilihan raya menipu?

Cara keempat ialah membawa pengundi hantu – orang luar – pendatang haram. Ini terbukti jelas di Sabah. Kerana itu rakyat Sabah telah melaungkan Sabah Untuk Sabahan. Slogan ini memberi makna bahawa rakyat asli Sabah memang diberi peluang untuk mengundi tetapi TIDAK mungkin dapat memilih wakil pilihan mereka. Telah sedia wujud beratus ribu pendatang haram yang telah diberi kad pengenalan untuk mengundi parti-parti yang memusuhi rakyat Sabah.

Cara kelima ialah membawa masuk dan mendaftarkan puluhan pengundi dalam satu alamat. Kes ini telah ditimbulkan puluhan dan ratusan kali. Kes yang amat jelas telah dipaparkan oleh Parti Keadilan Rakyat tentang belasan pengundi yang duduk di satu alamat di Pantai Dalam. Bila diselidiki alamat ini TIDAK WUJUD lagi. Apa yang wujud ialah tol lebuh raya yang baru.

Apa tindakkan SPR? Tidak ada apa-apa langkah yang diambil. Kerana alamat ini adalah gudang undi yang akan membantu Shahrizat Jalil.

Tak percaya lagi pilihan raya menipu?

Kali ini ada dikhabarkan bahawa DAKWAT akan digunakan untuk MEMBUNUH pengundi hantu. Ini adalah satu tuntutan lama. Perhatikan setakat ini belum ada lagi kempen media dari SPR untuk mendidik pengundi tentang cara penggunaan dakwat ini. Pasti akan berlaku haru-biru bila dakwat diperkenalkan. Akan timbul cerita dakwat TIDAK CUKUP, dakwat cair, dakwat boleh dibasuh. Saya jamin ini akan berlaku kerana SPR ini badan yang tugasnya menipu rakyat dalam pilihan raya.

Tak percaya lagi pilihan raya menipu?

Satu taktik yang amat licik telah dan akan digunakan. Teknik ini cukup pintar. Ini silap mata yang telah berkali-kali merabuni orang ramai.

Begini caranya:

Pengira undi hanya mereka yang telah dilantik dan dibenarkan oleh SPR. Ini bermakna ORANG-ORANG YANG DILANTIK DAN DIBENARKAN ini adalah yang telah dipilih dan diajar oleh SPR. Lupakah berita tentang bagaimana Puteri United Malay National Organisation telah sukarela bekerjasama untuk membantu SPR. Musang-musang dara ini sanggup bersedia untuk menjaga reban ayam betina.

Wakil-wakil Barisan Rakyat yang berada dalam dewan mengira undi hanya dibenarkan untuk melihat sahaja. Kertas undi TIDAK boleh diusik. Yang mengira itu adalah mereka yang telah dididik oleh SPR. Mereka mengira dengan tangan. Setelah sepuluh kertas undi dikira kertas ini akan dikumpulkan. Dari sepuluh kertas undi ini akan dicantumkan untuk menjadi sepuluh kumpulan. Sepuluh kumpulan kecil ini akan diikat dalam satu kumpulan besar. Ini bermakna dalam satu kumpulan besar ada 100 undi.

Nah – di sini PENIPUAN BESAR berlaku. Jangan kira siapa yang mengundi tetapi kira siapa yang mengira undi.

Dengan licik si pengira akan menambah dari 10 kertas undi ke 12 kertas undi jika undi ini untuk Barisan Rakyat. Ertinya Barisan Rakyat telah hilang dua kertas undi. Jika undi ini untuk parti musuh maka si pengira akan meletakkan hanya 8 kertas undi. Ini bermakna parti musuh telah mendapat 2 kertas undi lebih.

Kemudian kumpulan besar ini yang sepatutnya setiap satu ada 100 kertas undi akan diikat. Apabila dikumpulkan untuk diikat sekali penipuan akan digunakan. Untuk parti musuh 80 kertas undi akan dikira 100. Untuk Barisan Rakyat 120 akan dikira 100.

Sila ambil perhatian! Para pemerhati dari Barisan Rakyat hanya menjadi saksi dalam dewan. Mereka TIDAK DIBENARKAN mengusik kertas undi. Bukankah semua wakil parti TIDAK boleh mengusik kertas undi? Betul tidak ada siapa yang boleh mengusik kertas undi. Tetapi pegawai yang dilatih oleh SPR ini adalah kaki tangan dan tali barut Barisan Nasional. Janganlah bodoh sangat.

Kenapa TIDAK ULANG KIRA. Memang boleh ulang kira tetapi si laknat SPR telah menetapkan sesiapa hendak ulang kira wajib membayar 40,000 ringgit. Kalau tidak percaya sila tanya Rais Yatim semasa bertanding di Jelebu ketika itu dia dalam Parti Semangat 46.

Bagaimana saya tahu hal ini berlaku walhal saya TIDAK PERNAH mengundi?

Fakta cara penipuan ini dibuktikan dalam pilihan raya tahun 2004 di Permatang Pauh untuk kerusi Dr. Wan Azizah. Apakah lupa? Mula-mula Dr.Wan Azizah menang, kemudian beliau kalah dan kemudian beliau menang. Kenapa ini boleh berlaku? Kerana jangan kira siapa yang mengundi tetapi kira siapa yang mengira undi.

Tak percaya lagi pilihan raya menipu?

Thursday, January 10, 2008

HIJRAHLAH MENINGGALKAN KERAJAAN 3 BERANAK

Diambil dari blog sang kelembai.

Di tahun baru Hijrah 1429 atau di tahun Masihi 2008 kita saksikan ulangan setiap seratus tahun yang mana akan berlaku di tahun Masihi, Tahun Hijrah akan diraikan dua kali dalam kalender tahun Masihi.

Semua orang mengetahui kecuali yang tidak membaca sirah Islam bahawa tarikh tahun hijrah Islam diambil daripada perpindahan Nabi dari Mekah ke Madinah. Hasil cadangan dari Ali Bin Abu Thalib, para sahabat waktu itu memutuskan kahwa permulaan kiraan tahun hijrah dimulai dari perpindahan Nabi Muhammad Saw. Berhijrah dari Mekah menuju Madinah adalah untuk kebebasan dari sistem yang menindas, kesengsaraan struktural, dan kekerasan-kekerasan fizikal yang dilakukan kaum elit Quraisy pada saat itu. Hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah juga tidak sekadar perpindahan secara dari satu tempat ke tempat yang lain, melainkan perpindahan secara psikologi untuk membangunkan diri di masa depan.

Dari segi perspektif orang Melayu dan rakyat Malaysia khasnya yang beragama Islam sewajarnya banyak iktibar yang sesuai di ikut dan di teladan diambil dari kisah Hijrah Nabi Muhamad s.a.w. dari kota suci Mekah kepada Madinah.

Sebenarnya siapa sahaja di Malaysia dalam era “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad, Imam Besar Islam Hadhari- ada had ada hari dalam Kerajaan Tiga Beranaknya mesti menyedari bahawa mereka sudah terikut dengan kepimpinan melalui teladan yang dibawanya ia itu “tidur”

“Saya Perdana Menteri” akan tidur selepas menyudahkan kerja memberi dan mengagihkan harta negara ini. Pengagihan ini dibuat semacam negara ini adalah harta peninggalan datuk dan emak bapaknya yang di faraid mengikut suka hatinya melalui projek kepada anak, menantu dan kroni seperti yang berlaku pada projek di Terengganu. Di Terengganu beberapa projek di peroleh oleh Setiausaha Politiknya yang bernama Wan Farid seorang Senator yang tidak pernah bercakap walau sekali di Dewan Negara semenjak di lantik mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu. Hanya rakyat yang tidur dengan mimpi-mimpi yang diberi oleh “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad atas nama “Ini ilham atau cadangan saya” tidak mengerti perbuatan munafik “ saya Perdana Menteri” ini.

Tetapi rakyat Melayu dalam setahun dua ini, sudah kelihatan pertanda terjaga dari tidur yang di ulit mimpi sajak atau puisi “Aku Mencari Damai Abadi” yang tidak berkesudahan. Apa yang ditulis dan dituturkan dalam puisi itu adalah sebaliknya, yang amat ketara ialah “aku tidak mencari harta bertimbun” tetapi sebenar dia tengah menimbunkan harta dan “Aku tidak mencari kawan berfoya-foya, itulah sebenar identiti dia mencari kawan untuk berfoya dengan menaiki bot mewah bintang filem James Bond yang telah berlaki. Tidak ada satu pun bait puisinya yang boleh dianggap sebagai bermoral dari kenyataan.

Sekarang orang Melayu sudah mula terbangun dari mimpi yang menakutkan ini. Betullah agaknya yang dikatakan dalam perspektif Sigmund Freud, mimpi ada pancaran gambaran psikologi yang berasal dari pengalaman-pengalaman pahit yang disedari dan dipendam di bawah alam tak sedar. Maka, semasa tidak bermimpi, pengalaman pahit itu akan meledak dan memicu kekacauan hidup semenjak era “saya Perdana Menteri” dari tahun November 2003 hingga sekarang.

Ketika rakyat dibelenggu dengan beberapa kenaikan harga barang makan dan keperluan asas kehidupan dengan tidak ada kawalan lagi, dan menjadikan orang seperti Shafie Apdal sebagai kambing hitamnya untuk disembelih bagi tidak ternampak siapa “culprit” yang sebenarnya, harga barang terus menerus naik, sehingga Barisan Nasional yang akronimnya BN sudah menjadi Barang Naik, dan secara jenakanya bila ditanya kenapa dan bila naik minyak masak naik, walhal Malaysia pengeluar kelapa sawit terbesar, jawapan mudah ialah kenaikan berlaku semenjak “Saya Perdana Menteri” yang berusia 68 tahun yang kematian barang naik semasa isterinya hidup dan sekarang sudah berkahwin lain hingga menyebabkan barangnya naik. Semuanya naik.

Ada juga cerita-cerita sembang kosong yang menyokong Chua Soi Lek yang kononnya menjadi mangsa Dvd sexlife kerana menjadi tukang cuba hasil penyelidikan perubatan “ubat kuat” bio-teknoloji untuk diluluskan dalam pasaran, dan jika lulus kepada dirinya yang berusia 60 tahun, maka dia akan mencadangkan kepada Perdana Menteri dan rakan-rakan kabinetnya khasnya macam Azmi Khalid dan Sammy Vellu memakan ubat tersebut, kerana dia telah mencubanya.

Bagi mereka yang miskin, agaknya mereka lebih suka bermimpi daripada menghadapi hidup di dunia nyata, kerana setiap kali bangun dari tidur akan ada pengumuman barang naik dan ini ada skripnya seperti isu Hindraf. Apa yang kita lihat adalah retorik isu seperti barangan sudah tidak dalam pasaran, kekurangan dan juga mungkin AP belum lagi diluluskan seperti isu gula dahulu.

Dan hari ini Beras Nasional sudah pun menghantar kapal berisi beras di beberapa pelabuhan tetapi tiada AP sehingga Kastam yang bebas rasuah menolak untuk “menutup mata” akhir dengan runding-runding diluluskan juga oleh Muhyiddin Yassin, penyangak politik yang menyorok kuku rasuahnya. Dan orang inilah yang hendak dilantik selepas PRU nanti menjadi Timbalan Perdana Menteri, jika akhirnya Najib Tun Razak akan didedahkan dengan kes Altantuya oleh permainan Khairy Jamalludin. Samada Najib Tun Razak terlibat atau tidak, salah atau tidak, sebaik sahaja Najib Tun Razak dipanggil ke Mahkamah dalam masa pembelaan OKT-orang kena tuduh nanti, maka dia perlu “bersemangat jantan” macam Chua Soi Lek untuk melepaskan semua jawatan.


Maka sebab itu terdapat banyak orang Miskin dan orang Melayu lebih suka hidup dalam alam mimpi meski pun dikejar-kejar hantu yang menyeramkan, daripada harus hidup dalam dunia kenyataan yang menyengsarakan.

Seorang penulis Indonesia dan penulis analisis politik terkenal Ignas Kleden dalam tulisan di akbar Kompas 6hb Jun 2007 telah mengatakan.“Kalau demokrasi sebagai sistem politik, maka pemimpin yang demokratis adalah seseorang yang berasal dari rakyat (bukan dari kalangan bangsawan), diawasi oleh rakyat (bukan mengawasi dirinya sendiri), dan bekerja untuk rakyat (bukan untuk dirinya sendiri dan kelompok yang dekat dengan dirinya)” dan sifat-sifat ini tidak ada kepada “Saya Perdana Menteri’ Abdullah Hj Ahmad, ketua Kerajaan Tiga Beranak.

Betapa harapan orang Melayu semenjak perjuangan kemerdekaan bangsa ini memang memerlukan teladan pemimpin yang rela sengsara terlebih dahulu sebelum rakyatnya sengsara seperti Tunku Abd Rahman Putra yang menjual hartanya untuk UMNO dan terpaksa menggunakan pemain bangsawan seperti Ahmad Belon mencari wang tabung UMNO, yang sehingga ini tidak dikenang dan dipedulikan oleh sesiapa. Atau kehadiran seorang manusia/pemimpin yang boleh dijadikan pusat perhatian kerana penuh keteladanan (exemplary center). Seperti Tun Razak Hussein, Tun Ismail Abd Rahman, Tun Hussein Onn dan lain-lain. Dan hari ini tidak semestinya dari kalangan anak atau cucu ulama dalam bidang falak, melainkan mampu tidak kerja kepimpinan di awasi dan dipersembahkan untuk rakyat. Tapi, akan adakah akan wujud model pemimpin seperti itu di bumi Malaysia? Yang ada ialah “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad, merupakan Perdana Menteri Malaysia dalam World Guinnes Record yang paling terbanyak merasmikan model-model seperti mana yang selalu di siarkan dalam Televisyen dan akbar.

Itu sebab ditulis orang bijak pandai bahawa hijrah Nabi dari Mekah ke Madinah sebagai "pembuka pintu baru dalam kehidupan politik." Pada masa hijrah inilah Nabi mencanangkan dasar peradaban yang menjunjung, menghormati martabat dan hak asasi manusia. Dasar-dasar itu antara lain menetapkan kepada orang-orang Arab sebelum menerima Islam sebagainya agamanya "menetapkan adanya kebebasan beragama, kebebasan menyatakan pendapat, tentang keselamatan harta benda, dan larangan orang melakukan kejahatan"

Bersama kita, rakyat Malaysia khasnya yang beragama Islam yang baru pulang dari mengerjakan haji, dan antara rukun haji ialah wajib melontar jamrah sebagai simboliknya memusuhi syaitan tetapi bila ke Malaysia masih kekal memberikan sokongan kepada pemimpin berpandukan syaitan yang memakai topeng Islam seperti mana dalan Kerajaan Tiga Beranak. Kembalilah kepada pesan hijrah, perlu kiranya tema dan isinya diarahkan pada sasaran yang lebih bersifat universal dan yang sedang dirasakan bersama. Dalam hal ini ada beberapa perkara yang perlu segera dipecahkan bersama.

Pertama, stigma terbenamnya bangsa Malaysia khasnya orang Melayu yang bila terus berpanjangan tidak menyedari musuh-musuh Melayu/Islam akan berakibat berkurangnya rasa percaya sehingga memperlemah membuat keputusan dalam berbagai-bagai tuntutan (ekonomi dan politik, bahkan kebudayaan), baik di forum-forum regional mahupun internasional. seperti tertipunya dengan projek WPI-Wilayah Pembangunan Iskandar, yang mana sebenarnya tidak ada wang Singapura yang masuk ke Malaysia melalui pelaburan sebaliknya beberapa Saudagar Cina seperti YTL memasukan wang untung TNB RM400 juta setahun ke Singapura dengan pembelian harta tanah di Singapura dan melalui modes operandi memutihkan wang haram, mereka melabur balik ke WPI dengan beberapa syarat yang menguntungkan mereka tanpa membayar sesen pun cukai dan mudah mendapat harta tanah milik orang Melayu di WPI. Sama ada Special Branch Malaysia yang jaga ekonomi sedar atau tidak, tidaklah diketahui tetapi mereka jika tidak melaporkan, terimalah dosa terhadap orang Melayu yang tiada siapa boleh memaafkan.

Kedua, bertambahnya konflik. Amat memprihatinkan, konflik antara sesama masih berterusan. Bahkan dalam berbagai tingkat pergaulan dan hubungan sampai mencapai jumlah tinggi sehingga kurang mendukung keharmonian dan mengancam integrasi sosial. Soalnya juga adalah penting seperti isu Hindraf yang akhirnya beberapa tuntutan yang bertahun-tahun tidak dilaksanakan dengan kelemahan "Saya Perdana Menteri" Abdullah Hj Ahmad menerima bulat-bulat beberapa tuntutan yang tidak munasabah, dan anehnya dalam keadaan Orang Asli yang duduk di hutan belantara, dan peribumi ribuan tahun tidak dilayan seperti apa yang dituntut oleh Hindraf, malah tanah dan hutan mereka dirogol dan di sondol sesuka hati oleh Kerajaan tanpa langsung ada perasaan belas kasihan.

Ketiga, krisis moral dan etika. Dalam berbagai paparan kehidupan, cukup banyak kita lihat kekurangan menjaga martabat dan kurang disiplin dan ini adalah satu isu yang menjadi topik perbincangan dan boleh dijadikan alasan untuk rakyat menolak Kerajaan Barisan Nasional. Bayangkanlah gambar yang tertera di Kuala Terengganu sebuah negeri yang diperintah bukan sahaja oleh Islam Hadhari-ada had dan hari, malah Menteri yang menjaga Islam pun datang dari sana, kalau dalam negeri dia gagal untuk mentarbiahkan anak muda lebih baik dia ikut sahaja "Saya Perdana Menteri" yang melantiknya, ia itu menggemukkan badan dan tidur.

Keempat, pudarnya identiti bangsa. Dalam hal ini semangat dan komitmen politik untuk memelihara persatuan bangsa yang bersatu dalam erti sosial dan budaya mengalami hakisan. Bahkan menjurus ke keretakan. Dan inilah masalah yang berterusan tetapi sebenarnya usah bimbang kerana dalam keadaan sekarang, nampak kelihatan cita-cita Onn Jaafar untuk menyatukan orang di Tanah Melayu menjadi satu bangsa Melayu gagal tetapi untuk menjadikan satu parti berbagai kaum, di mana orang bukan Melayu boleh menerima orang Melayu menjadi pemimpin Parti dan inspirasinya sudah ada penerimaan, walau mereka sebilangan dari rakyat berbagai kaum dalam kelas menengah dan rendah. Kemungkinan jika tidak sekarang tetapi akan datang akan terbentuk satu tembok kelompok yang miskin terdiri berbagai bangsa akan menentang si kaya yang juga berbagai bangsa.

Soalnya sekarang sampai bilakah rakyat yang miskin khasnya orang-orang Melayu di luar bandar menyedari bahawa partinya UMNO adalah sebuah parti yang didukung oleh orang miskin tetapi semua pemimpinnya kaya, tetapi orang-orang kaya di bandar yang berpendapatan tinggi, jika diteliti di Peti Undi kawasan elit, semuanya Barisan Nasional jika tidak kalah tetapi tidak menang selesa.

Menghadapi kenyataan itu, roh dan semangat hijrah perlu dihidupkan kembali. Pesan hijrah dari Mekah ke Madinah patut dikedepankan dan diwujudkan.

Pertama, gerakan menatap masa depan disertai sikap dan tindakan positif-konstruktif- Jangan Undi Barisan Nasional kerana itu bererti memberi bertambah kayanya keluarga "Saya Perdana Menteri" Abdullah Hj Ahmad

Kedua, gerakan membangun watak “multi cultural”, ramah menyapa perbezaan sosial, budaya dan agama- Jangan Undi Barisan Nasional kerana "Saya Perdana Menteri" Abdullah Hj Ahmad adalah jenis spesies yang tidak ambil kisah, kerana dia hanya memerlukan banyak tidur.

Ketiga, gerakan mengutamakan akhlak mulia dan budi pekerti luhur dalam pergaulan antara sesama. Jangan Undi Barisan Nasional kerana ini menyokong "Saya Perdana Menteri" yang sudah tidak berakhlak baik bila kedapatan berdua-duaan dengan kekasihnya yang kemudian dinikahinya.

Keempat, gerakan spiritualisme watak kebangsaan yang dilandasi nilai iman dan takwa dalam tatanan hidup sebagai bangsa merdeka dan beradab. Jangan undi Barisan Nasional kerana Mazhab Islam Hadhari adalah tipu daya Yahudi untuk memutar kepada Ahli Sunnah Wal Jaamh yang akhirnya akan melingkupkan Islam dengan menggunakan lambang-lambang pembinaan masjid yang berharga ratusan juta ringgit tetapi anak-anak Islam yang hendak belajar dan menuntut Ilmu di tiadakan sebarang biasiswa sebaliknya diberi pinjaman untuk melahirkan cerdik pandai Islam yang dililit dengan hutang.Patut digarisbawahi, seputar isi, jiwa, dan semangat "kesepakatan parti politik peserta Pemilu 2004" sehingga Pilihan raya Umun yang akan datang berlangsung dengan bukan setakat damai tetapi bersih dan aman. Apalagi bila hasilnya dapat memberi legitimasi guna membuka pintu baru kehidupan politik dan menghijrahkan kita semua rakyat Malaysia dari kerakusan kuasa oleh "Saya Perdana Menteri" Abdullah Hj Ahmad dari bersubahat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasanya dengan sifat munafiknya ke satu kejayaan. "Sungguh, Allah tidak akan mengubah keadaan suatu bangsa sebelum mereka mengubah dirinya sendiri" (Surah Ar-Ra’d: 11)

Sang Kelembai: Tahu tak rakyat bahawa sebilangan besar pemimpin dalam UMNO/MCA/MIC mempunyai harta di luar negeri termasuk Abdullah Hj Ahmad, selepas merompak negara ini dan jika tidak berkuasa nanti berada di sana. Maka yang tinggal ialah rakyat-rakyat yang bodoh untuk berfikir. Berhijrah dari bodoh ke bijak sana.

Wednesday, January 9, 2008

MAALHIJRAH DATANG KEMBALI

Asalamualaikum semua,

Muharam 1429 kini melabuhkan diri,seperti tahun-tahun lepas sambutan terhadap bulan muharam dengan permulaan awal muharam dengan negara menghadiahkan cuti umum pada rakyat marhaen tidak kira apa anutan agama mereka untuk berkongsi menyambut tahun maalhijrah 2008.Seperti tahun-tahun lalu ada slogan dan setiap tahun juga slogan sambutan maalhijrah ini akan berubah dari satu ke satu slogan sekadar ingin menunjukkan adanya perubahan pada kerajaan yang diberikan amanah serta pemimpin yang mengaku islam agama mereka begitu juga rakyat marhaen tidak kira apa lapisan kehidupan mereka.

Biar pun slogan kedengaran nya seperti menarik serta canggih,kiranya pengisian kepada para pengamalnya tidak ada maka apa juga yang dilakukan nampak adanya kepincangan baik dari pemerintah maupun rakyaat marhaen sendiri.Manusia seperti lupa apa yang dijanjikan,dan sering ia ditinggalkan jauh dalam memangkin mengejar duniawi.Tak perlu lah kita pergi jauh sehingga kita lupa asal usul kita,cuma ingin mengingatkan pada mereka-mereka tentang rukun islam yang 5 itu sahaja.

Kita sering membaca serta mendengar dalam corong-corong radio yang mengatakan rukun islam 5 perkara,yakni yang pertama mengucap shadah,yang kedua sembahyang 5 waktu sehari semalam,yang ke tiga berpuasa dalam bulan ramadhan,yang keempat membayar zakat dan yang terakhir lima,pergi haji yang berkemampuan.Alhamdulilah ramai juga orang-orang islam yang dapar melakukan kesemua rukun-rukun ini dan ada juga mereka yang masih lagi tidak mampu melaksanakan kesemua ini disebabkan kesihatan,maupun sekadar sengaja meninggalkan tanpa sebab.

Ramai orang akan berkata biasalah manusia mana ada sempurna,mesti ada melakukan kesilapan dan ada juga berkata kehidupan bermula bila umur mencecah 40 tahun seperti rasullullah s.a.w bila mula mendapat wahyu.Pada mereka-mereka yang telah berubah setelah menjalani kehidupan masa silam,alhamdulilah kerana ALLAH masih sayangkan kita dengan dibuka kan pintu hati kita selama ini,maka gunalah kesempatan yang masih ada ini mencari jalan kehidupan di sana nanti,pada mereka yang masih dibuai mimpi serta telah diistidrajkan oleh ALLAH maka akan adanya hukum karma serta hukum akhirat.

Cuma sekadar ingin mengingatkan mengapa hukum islam itu meletakkan mengucap shadah di tempat pertama,sebagai bukan alim ulama maka sebagai insan kecil yang cuba bersama-sama ingat mengingati maka kita kena lah cari sendiri jawapan nya,dengan faham erti maksud yang sebenarnya maka dapat lah ia menambahkan lagi ingatan kita kepadanya serta menguatkan lagi hubungan kita dengannya,pada mereka yang telah berjupa jawapan nya maka teruskan usaha kita,apa yang harus kita lakukan,dan sebagai insan yang beragama islam lakukan apa yang boleh kita lakukan,pimpinlah diri sendiri,serta keluarga,selepas kita berjaya memimpin keluarga bawalah kepimpinan itu pada masyarakat selepas berjaya memimpin masyarakat maka kembangkan lah kepimpinan itu pada negara,dan ingat apa yang kita lakukan didunia itu juga yang akan kita bawa disana nanti.

Semoga tulisan saya ini tidak membuatkan mereka mereka yang masuk dan membaca merasa tersinggung,keran apa yang benar adalah dari ALLAH dan apa juga yang ada kelemahan adalah dari saya sendiri,mohom maaf dunia dan akhirat.Salam MAALHIJRAH.

Saturday, January 5, 2008

ANAK-ANAK KU

Alam persekolah bermula kembali,kini tahun baru 2008 menjanjikan kehidupan yang penuh dengan cabaran,dengan 2 tahun telah berlalu aku menjalani rawatan dialisis disebabkan kerosakan buah pinggang kerana mengambil ubat tahan sakit disebabkan gout yang dialami selama 6 tahun,kini gout masih juga ada walaupan telah berkurangan walaupuna menjalani rawatan dialisis.Telah satu tahun setengah aku meninggalkan bidang pekerjaan perhotelan kerana penyakit yang aku alami ini,dan aku juga bersyukur kerana socso memberi bantuan pencen ilat yang dapat aku gunakan untuk keperluan harian.

Walaupun terasa rendah diri bla mana isteri bekerja dan aku tinggal di rumah sambil melayan anak-anak yang sedang membesar,sibuk dengan ragam mereka yang kekadang tak terlayan oleh perangai mereka,demi memberi kekuatan pada semua maka aku pun mesti menunjukkan kekuatan serta meningkatkan kesihatan diri agar dengan sokongan sementara ada ini dapatlah membantu isteri serta anak-anak aku menjalani kehidupan seharian,ini adalah sebahagian dari kehidupan di dunia ini ada yang jauh lebih susah serta bermasallah dari yang aku alami sekarang.

Sekadar ini bercerita mengenai anak-anak ku yang semakin membesar dan bersekolah,yang tua telah masuk tingkatan 4,dan yang no 2 mula memasuki tingkatan 1 dan yang kecil adalah anak yang paling manja dengan umi nya telah masuk alam persekolah rendah di darjah 1,bersekolah bersebelahan terletak di satu kawasan kampung di hulu langat,anak yang pertama adalah perempuan yang telah pandai memasak,membasuh serta lain yang patut di lakukan oleh budak perempuan berumur 16 tahun,sms jangan cerita lah memang permainan dia,bab-bab belajar ini mungkin lembab sikit,campuran berkawan juga memainkan peranan bagi pertumbuhan pembelajaran anak-anak kita,itu lah yang sering aku cakapkan pada mereka,kalau sapa yang mereka campur,maka itu lah yang mereka akan dapat,walaupun aku ni kira ayah yang tegas dan garang tapi aku bukan seorang ayah yang mengunakan kekerasan.

Anak yang no 2 adalah lelaki,seorang anak yang paling senang di jaga dan dididik semasa kecil,bersekolah pun dia memang seorang budak yang baik sehinggakan guru kelas puji,berdikari,tapi kena sering beri perhatan,dan aku juga rapat serta boleh bercerita dan bergurau dengan anak aku ini,bab solat kena ingatkan tapi alhamdulilah anak aku ni sering ke surau dapatlah dia belajar dan menggantikan aku yang tak dapat melakukan solat di surau disebabkan aku sembahyang mengunakan kerusi sebab lutut aku tak boleh dilipatkan seperti orang lain,selain dari buat dialisis lutut juga adalah masalah lain yang aku hadapi,tetapi ia tidak mematahkan semangat aku untuk beribadat,menjadi ikutan pada adik dia yang kecil,apa yang di buat sering saja anak aku yang no 3 ikut,gaya rambut,main games,ikut bermain bola,naik basikal dan macam-macam lagi lah yang sering abang adik ni buat bersama,alhamdulilah kasih sayang kakak dan abang pada adik bertambah sebab dia adalah yang bongsu,dan tidur pun masih lagi bersama aku dan umi dia.

Dengan panggilan along(nur adiba),angah(kamal haqmi) dan aiman(kamal arif aiman)mereka lah yang membuat kan aku agar terus berusaha menambahkan sihat sementara ada,seperti ayah mereka aku nampak si adik ni perangai boleh dikata seperti aku,along seperti umi nya ,angah lembut sampaikan ramai sepupu suka sangat ngan dia,dan anak aku yang no 3 ni keras tapi lembut,paling manja dengan umi dia,tapi yang aku paling sedih sebab aku sakit masa umur dia masih lagi kecil,dan kasih sayang mereka ini lah yang menambahkan kekuatan dan meningkatkan kesihatan aku untuk terus berjuang dan berjuang.

Friday, January 4, 2008

ANTARA KEMENTERIAN KESIHATAN DAN KEMENTERIAN PELAJARAN

Malaysia awal tahun di kejutkan dengan dvd lucah menteri kesihatan chua soi lek,yang menjadi bualan mulut orang ramai di johor dan blogger yang mana dvd beliau telah merebak serata johor,kini ia telah menjadi satu sejarah buat parti pemerintah beend serta negara bila mana menteri kesihatan ini telah meletakkan semua jawatan beliau dalam kerajaan mau pun parti yang beliau wakili,karma mula menimpa satu-satu pemimpin beend,tapi masih ada yang tak sedar-sedar lagi.

Dengan permulaan yg paling awal iaitu pada 1-1-2008 mengisi kalender sejarah negara dan beend,mungkin ia adalah petanda awal mulanya kejatuhan parti pemerintah yang telah menjaga harta negara seperti mak bapa dia orang punya,yang telah lupa tentang amanah yang diberikan oleh rakyaat marhaen,rasuah berleluasa,kroni bermaharajalela,salah guna kuasa,mengunakan polis dan pertahanan awam lain sebagai menjaga kepentingan parti mereka dan bermacam-macam lagi tekanan yang mereka lakukan pada yang kuat membangkang kerajaan.Semoga ia adalah permulaan yang amat dasyat untuk kerajaan yang sedang memerintah dan hancurnya pemerintahan parti beend.

Kini pihak polis telah mula melakukan siasiatan terhada bagaimana dvd tu disebarkan dan sebab apa dvd tu di sebarkan,itu adalah cerita dari kementerian kesihatan,kini kecoh bila mana ibubapa mula menghantar anak-anak mereka kesekolah pada permulaan hari yang baru,yang masuk darjah 1,2,3,4,5 dan 6 mu ngkin ada yang bersekolah satu seisi saja,ada yang 2 seisi persekolahan bergantung pada tenaga kerja sekolah berkenaan.Bukan main seronok orang ramai bila pada budjet 2008 perdana menteri yang dok selalu tido mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan yuran persekolahan bermula tahun 2008,tetapi bila tiba harinya maka tersiarlah dalam akhbar-akhbar bagaimana ramainya ibubapa membantah berkenaan yuran tambahan yang berjumlah puluhan rnggit.

Dengan yuran tambahan yang berjumlah rm93.20 untuk sekolah rendah dan juga rm 93.20 untuk sekolah menengah,dan jumlah ini adalah berlainan antara satu sama lain dengan sebahagian sekolah ada yang kurang sikit di mana sekolah rendah ada yang kena bayar rm60.50 dan untuk sekolah menengah rm87.30,ini tidak termasuk lagi buku latihan serta yang lain-lain lagi,bila ibubapa mula membantah yuran tambahan ini maka menteri pelajaraan berkata bahawa ibubapa yang tidak mampu tidak perlu membayar atau pun bayar dengan beransur-ansur,apa pun jawapan yang diberikan oleh menteri pelajaran itu berkenaan permasalahan ini,juga akan membabitkan perdana menteri juga sebab beliaulah yang bukan main bersemangat bila masa pembentangan budjet 2008 mengumumkan bahawa yuran sekolah rendah dan menengah akan di mansuhkan,kini terbukti siapa yang bercakap benar dan siapa yang pembohong.

Inilah kerajaan beend yang cakap tak serupa bikin,kalau lah dalam siaran langsung semasa pembentangan budjet 2008 pun mereka boleh melakukan pembohongan seperti ini,apakah mereka tidak boleh melakukan yang lebih besar lagi dibelakang pengetahuan rakyaat,berubahlah sebelum parah,berilah peluang pada parti BA memerintah,kita lihat dan tunggu bagaimana parti pas dan parti BA yang lain menjaga dan memimpin negara kearah keadilan untuk semua,apa-apa pun ini baru permulaan untuk kita memijakkan kaki kita di tahun 2008,masih jauh lagi untuk kita bercakap pada yang tidak kita ketahui,kerana manusia merancang ALLAH yang tentukan.

Tuesday, January 1, 2008

BERMULANYA TAHUN 2008

Diam tak diam tahun 2007 telah meninggalkan kita dengan penuh sejarah,yang pasti ada yang pergi tak kembali dan ada yang mula lahir ke dunia nyata.Dunia juga mengalami perubahan yang nyata kutub semakin mencairkan kubah ais terbesarnya,kawasan yang panas mula berubah dengan adanya sajli turun,apakah ini petunjuk awal dari Allah supaya manusia didunia berubah sikap serta mengingati dia yang sebenar-benar ALLAH yang patut kita sembah kerana tiada tuhan selain ALLAH dan NABI MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH.

Dunia itu global ugama pun global juga,kemana saja kita pergi tetap ada agama yg di anuti oleh setiap manusia,dari islam,kristian,yahudi,buddha,hindu dan sebagainya manusia tetap menjalankan amalan agama mengikut kepercayaan mereka.Asalnya manusia ini dari ADAM DAN HAWA dan kebesaran ALLAH juga telah membiakan umat manusia ini keseluruh tempat dan seterusnya berkembang pesat dari satu benua kebenua lain,dari satu negara ke negara lain dan begitulah seterusnya bertaburan serata dunia.

Malaysia adalah salah satu tempat dimana manusia berkumpul serta mulakan kehidupan,dengan berbilang bangsa serta agama dan bermacam-macam perangai maka kehidupan di negara Malaysia pun bermacam-macam lah perangai masing-masing.Orang selalu berkata bila setiap tahun baru saja masuk maka kita juga telah juga meninggalkan sejarah pada tahun-tahun yang berlalu,samada dengan penuh gembira atau penuh ranjau duri serta masallah kehidupan yang membelengu setiap yang bergelar manusia.Apa pun jawatan mereka dalam kehidupan ini,sama ada mereka ini butuh kasar,suri rumah tangga,anak2,pelajar sekolah serta menara gading,berjawatan profesional,politik,koprat,nelayan,petani dan bermacam-macam lagi pekerjaan yang mampu mereka buat semua meninggalkan tahun yang penuh sejarah bagi setiap diri mereka.

Begitu juga lag bla bertukar juga kalender tahun masehi maka bertambah juga lah umur seseorang itu,kini tahun 2008 mula melabuhkan diri ia ,samada tahun ini akan menbuatkan orang ramai bertanbah ceria,sihat,senang,susah,sakit dan macam-macam lagi pastinya masih terlalu awal untuk kita memperkatakan tentang semua ini,manusia hanya merancang ketentuan nya dari ALLAH juga.Apa-apa pun perancangan kita sebenarnya pilihan adalah di tangan kita,untuk berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat kita kena lah pilih wadah yang harus kita lakukan,untuk hidup didunia tanpa akhirat maka pilihlah wadah yang memang banyak telah disediakan,mana bisa kita manusia menentukan jalan kehidupan akan datang sebab kita pun tidak tahu apa yg akan terjadi,yang jahat bisa berubah kepada jalan yang benar,yang baik mula berubah kearah jalan berlku,yang sihat mula mendapat sakit,yang sakit meninggalkan kita begitu lah sebaliknya.

Cuma ingatan saya pada teman-teman,yang dekat dengan kita adalah kematian,yang berat untuk kita adalah amanah,yang ringan bagi kita adalah meninggalkan sembahyang dan yang tajam adalah lidah kita yang bisa berkata-kata,pada semua teman yang berjuang dalam alam maya serta lain-lain saluran,semoga tahun 2008 akan memudahkan urusan kita,memudahkan pekerjaan kita,bertambahnya rezeki kita,bertambah kesihatan dan kekuatan agar dapat kita dapat terus beramal mengingatinya,semuga kita dimasukkan dalam golongan yang di beri perlindungan,dimasukkan kita dalam golongan yang bertambahnya keimanan,dan dalam golongan yang mendapat petunjuk insyallah.