Tuesday, July 10, 2007

YANG PEMBELOT DAN PEMBOLOT

Suasana Lebaran Pencetus Minda 4 - YANG PEMBELOT DAN PEMBOLOT
YANG PEMBELOT DAN PEMBOLOT
Hari lebaran, baru masuk ambang ke empat. Jumlah persidangan parlimen rakyat seperti yang kita ceritakan dalam 'Bermulanya Parlimen Rakyat' pastinya sudah menjangkau seribu kali ganda. Keadaan tegang dilapurkan berlaku kerana kecanggihan teknologi maklumat dan sistem perhubungan masakini. Maklumlah, mengikut peraturan parlimen rakyat sesuatu issu yang mencurigakan boleh dirujukkan ke tempat lain untuk kesahihannya. Ada pula majils yang ditangguhkan pada siang hari dan disambung semula di tengah malam untuk membolehkan majlis mendapatkan nasihat undang-undang dari tempat lain. Yang lebih menarik lagi dalam issu ini, ada parlimen rakyat yang dianggotai hanya oleh kaum wanita dengan dipengerusikan ahli wanita veteran UMNO sebagai speakernya. Khabarnya topik hangat yang mereka sedang bincangkan ialah bagaimana menentukan Dr. Zaharah kekal sebagai ketua wanita dan menentukan Rafidah dan Nafsiah sama-sama diperamkan sahaja.
Rakyat Semakin Terdesak
Kita dapat rasakan betapa terdesaknya rakyat masakini. Tidak kira apa juga kaumnya dan agamanya. Bayangkanlah betapa setiap keluarga terpaksa memikirkan keperluan perbelanjaan di musim lebaran ini. Ia bermula dengan tahun baru di mana semua bentuk sewa dinaikkan kerana mengikut peredaran zaman. Kalau rumah itu disewa, harga sewanya dinaikkan lagi dan perjanjian sewa pula dibuat untuk setahun ke setahun sahaja.
-Belanja Anak Sekolah
Kemudian kita diserang kenaikan harga barang makan. Tidak ada satu barang makan yang tidak dinaikkan harganya. Ada barangan yang seolah-olah sama harganya sedangkan kuantitinya sudah pun dikurangkan tanpa disedari oleh para pengguna. Bungkusan barangan mungkin serupa tetapi isinya sudah berkurangan. Perkara ini menjejaskan persediaan untuk lebaran. Rakyat terpaksa berhati-hati memikirkan kemungkinan harga akan dinaikkan lagi. Tumpuan utama diberikan pada keperluan persekolahan. Harga buku-buku dan kelengkapan sudah naik lagi. Tambang bas pun begitu juga. Begitu juga dengan harga tusyen persendirian. Ibu bapa tidak punya pilihan. Mereka akan terus akur dengan perubahan harga itu semata-mata mahukan anak-anak terus belajar tanpa menganggu pemikiran mereka. Tetapi, apakah anak-anak boleh memahami itu semua? Sedarkah mereka bahawa keazaman ibubapa itu adalah satu pengorbanan yang besar? Kalau tusyen itu satu kemestian untuk menampung kelemahan pembelajaran di sekolah kerajaan, kenapakah perbelanjaan tusyen tidak dikecualikan daripada cukai pendapatan?
Disebabkan kenaikan harga barang makan dan perkhidmatan sosial, kos peruntukan wang-saku anak-anak pun naik juga. Ada ibubapa yang merengek dan mengurut dada kerana wang jajan terpaksa diberikan berlipat ganda. Tekanan ini amat dirasakan oleh ibubapa yang menguruskan anak-anak pergi ke kelas agama dan muzik ataupun taekwando, kongfu, silat dan judo; sebagai pelajaran tambahan. "Apa tidaknya," kata mereka. "Kalau di sekolah yang normal kita berikan jajan, di sekolah tambahan pun anak-anak perlukan jajan." Soalnya sekarang, apakah perkara ini diambil perhatian oleh Kementerian Pelajaran?
Untuk menambat hati anak-anak agar kuat belajar, kos pembelian mainan dan barang galakan pun meningkat juga. Bayangkan sekeping yo-yo sudah menjangkau lebih seratus ringgit untuk satu. Sedangkan kalau di zaman dulu sebuah gasing boleh dibuat secara percuma dengan kayu limau ataupun jambu batu. Betapa pula dengan program komputer yang sentiasa silih berganti baik dari segi perisiannya mahupun harganya? Anak-anak sekarang tidak lagi selesa dengan mainan guli ataupun kotak rokok lama. Semua itu tidak lagi canggih kepada mereka.
- Bajet anak-anak ke universiti
Kalau anak-anak sudah ke maktab ataupun universiti, lain pula bajet yang mesti disediakan. Bajetnya tidak berbunyi ratusan ringgit lagi. Semuanya sudah berbunyi ribu-ribuan. Bayangkan harga sepasang Jonson yang mencecah Seratus Enam Puluh, dan sepasang kasut berriadah berjenama 'Pawar' dikenakan harga yang serupa. Sedangkan di zaman dulu, Fungkiong hanya berharga tiga ringgit dan kalau jenis 'Bata' perlu ditambah sembilan puluh sembilan sen lagi. Bagaimana pula kos satu semester. Harganya sudah serupa dengan harga Volkswagen baru di Tahun Tujuh-puluh satu. Dengan lain perkataan, kos satu semester menghantar seorang anak gadis sunti ke universiti adalah sama dengan kos mengongkosi satu perkahwinan kira-kira sepuluh tahun yang lalu. Begitulah tertekannya sepasang ibubapa kalau si anak tidak menyedari pengorbanan mereka itu. Mereka terhiris kalau si anak enggan ke universiti selagi tidak diberikan sebiji 'Saga' ataupun 'Wira'. Paling haprak mereka mahukan jenis 'hatchback' sebagai simbol keelitan familinya. Sedangkan pembelian 'keperluan' itu sebenarnya boleh mematahkan tulang belakang si bapa.
Apahkah salah ibu yang mengandung?
Kalau direnungkan pula, bagaimanakah si anak tidak meletakkan harga pada kemahuan mereka. Umpan kata-kata tidak lagi memadai sekarang ini. Mereka mahu membandingkan status mereka dengan anak-anak yang berada. Inilah anak-anak yang datang daripada keluarga para kroni, golongan YB dan para pucuk pemimpin sebuah parti yang satu ketika dulu ditubuhkan untuk kepentingan bangsa Melayu. Selera anak-anak muda yang semakin canggih ini sememangnya amat bertentangan dengan selera si ibubapa ketika mereka ke universiti dulu. Ketika itu kapcai adalah lambang keluksarian. Kalau ada sebiji kereta itu sudah menjadi lambang kemewahan yang menjelirkan biji-mata, walaupun kereta itu berjenis 'mini minor', 'Fiat 124' ataupun pilihan 'Waksegan'.
Bayangkanlah pakaian anak-anak bila ke menara gading sekarang ini. Kos pakaian mereka sahaja sudah mencecah ratusan ringgit yang mungkin sama dengan gaji bulanan seorang penghantar 'dispatch'. Bagaimana pula dengan 'walkman' di dalam dompet bertali dan sebiji telefon bimbit yang perlu ditayang ke sana ke sini? Ironisnya semua kemewahan ini tidak pula dipertontonkan oleh anak-anak muda dari kaum lain. Mereka berpakaian yang paling 'simple' dan tanpa sebarang make-up bagi golongan hawanya. Mereka lebih selesa dengan keadaan yang bersahaja kerana cita-cita mereka adalah menjadi fokus yang utama. Minat yang sungguh bernilai ini tidak pula diikuti oleh majoriti anak-anak Melayu. Bukannya mereka tidak tahu ataupun tidak menyedari hakikat itu. Ramai yang faham akan kepentingan prioriti itu tetapi, mereka kerap dimanjakan berlebih-lebihan oleh ibu dan bapa ataupun ahli keluarga yang lebih tua. Kemanjaan yang berlebihan inilah yang menyebabkan anak-anak muda kita lupa daratan. Mereka kurang arif membezakan yang mana kaca dan yang mana intan.
- Kos sara hidup yang tinggi
Demikianlah kos sara hidup sekarang ini. Ia semakin meningkat tanpa ada tanda akan turun. Setiap kali sesuatu kos itu naik rakyat terus termenung memikirkan bilakah harga itu akan dinaikkan lagi. Ini disebabkan kenaikan harga itu tidak lagi bagi tempoh panjang seperti dulu. Usaha menaikkan harga perkhidmatan ataupun barangan sudah semakin menjadi-jadi. Pihak yang berkuasa seolah-olah kehilangan hak yang mutlak untuk membendungnya. Rakyat menjadi bingung lagi apabila diberitahu bahawa sesuatu barang itu perlu dinaikkan harga mengikut taksiran pihak kerajaan. Kenapakah ini yang terjadi? Kenapakah pihak kerajaan yang membuat sesuatu pengumuman kenaikan harga dan bukan pihak yang perlu kenaikan harga itu? Bagaimanakah rakyat boleh memprotes kenaikan harga barangan kalau pengemumannya dibuat oleh pihak kerajaan?
Setiap langkah keluar rumah memerlukan perbelanjaan yang besar. Bermula daripada kos senggara kenderaan hinggalah kepada harga tol yang semakin meningkat dan tidak kelihatan menurun harganya. Begitu juga dengan kos membaikki kereta. Harganya tidak pernah mahu turun disebabkan para pekerjanya semakin ramai datang daripada negara asing. Apakah itu satu alasan yang munasabah sedangakan anak-muda yang ditahan di penjara dan pusat serenti semakin bertambah? Apakah didikan yang diberikan pada mereka di tempat tahanan? Kenapakah kerajaan membazirkan wang rakyat menahan mereka semata-mata untuk membuat tahi mata?
- Konspirasi Sistem Penjara
Kita pernah menulis betapa perlunya kerajaan mengkaji sisem kehakiman negara. Terutama sekali cara menghukum pesalah yang membuat kesilapan kecilan. Kenapa masukkan mereka dalam penjara sedangkan mereka boleh dimestikan membuat kerja amal sebagi gantinya? Kenapa sumbat mereka dalam bilik besi kalau mereka boleh dimestikan mempelajari sesuatu yang boleh memperbaiki peribadi? Malahan, sistem tahanan dalam penjara secara panjang pun harus dipertikaikan. Itu semua adalah sistem warisan penjajah dulu.
- Sistem Menebus Dosa
Kerajaan sepatutnya mengkaji kemungkinan para banduan menebus dosa dengan cara menghadiahkan anggota badan mereka kepada masyarakat yang memerlukannya. Kalau seorang banduan sanggup menderma darahnya secara berjadual sepanjang tempoh tahanan tertentu, ia harus dikira sebagai sebahagian pampasan ke atas kesalahannya. Begitu juga kalau seseorang banduan itu mendermakan sebiji mata, sebiji buah pinggang ataupun sebahagian anggota badannya yang boleh dipindahkan kepada penerima yang amat memerlukannya. Semua itu harus diberi nilai untuk membolehkan banduan itu mempercepatkan tempoh tahanannya.
- Banduan sebagai hero rakyat
Sesaorang banduan yang sanggup menderma darah ataupun sebahagian anggota badannya ke arah kemajuan kesihatan negara harus dianggap sebagai seorang hero rakyat. Di negara maju kita telah melihat betapa ramai banduan yang menjadi hero rakyat tetap perkara ini tidak pernah berlaku di Malaysia. Kenapa? Apakah semua banduan kita terdiri daripada golongan sampah masyarakat?
Di Amerika ramai peninju terkenal berasal daripada banduan. Seorang pendakwah terunggul di Amerika adalah seorang bekas banduan yang bernama Malcolm X. Beberapa magnum opus yang ditulis oleh beberapa penulis barat dilakukan dalam penjara oleh banduan juga.
Ketika Captain Cook membuka Australia dia telah membawa bersamanya beratus banduan daripada England. Begitu juga dengan pelayar barat yang lainnya. Mereka melayari semudera yang luas dengan tajaan raja-raja dan ketua agama mereka dengan menggunakan para banduan. Apabila berjaya dengan pertemuan sesuatu tanah jajahan, para banduan itu dilepaskan dan dibiarkan untuk memulakan hidup baru di bawah panji-panji raja mereka.
Masalahnya pihak kerajaan pimpinan MAHAFIRAUN tidak memikirkan bahawa Nelson Mandela adalah bekas banduan juga.
Apabila pembolot menjadi para pemimpin kita
Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan adalah disebabkan kekurangan daya usaha yang gigih serta serius daripada pihak kerajaan untuk menanganinya. Sejak MAHAFIRAUN memerintah negara ini stail pengurusannya mengenai masalah kehidupan rakyat marhain adalah mengikut stail 'crisis management'. Setiap tindakan hanya dibuat apabila tercetusnya sesuau masalah yang menekan rakyat. Masalah yang serupa akan sentiasa timbul mengikut putaran musimnya dan kaedah penyelesaian adalah serupa. Semua tindakan yang dicadangkan menerima pablisiti yang meluas tetapi kesan tindakannya jarang sekali dianalisa.
Kita kerap lihat betapa beberapa projek sengaja dibuat untuk menguntungkan beberapa pihak pilihan pucuk pimpinan parti. Pegawai tinggi kerajaan yang sepatutnya mempunyai autonomi membuat keputusan mutakhir hanya dapat berbuat demikian setelah mendapat pengesahan menteri yang beranggungjawab. Inilah realiti kehidupan kita sekarang ini. Kita sudah menjadi hamba abdi pihak yang menggelar diri mereka Yang Berhormat.
Ini bukan tohmahan sembarangan. Cuba lihat keadaan di ibukota Kuala Lumpur. Setiap hari lebaran didahului dengan pelbagai kotak iklan yang berwarna warni terpasang di tiang lampu di bandaraya itu. Cuba bayangkan logika pemasangan iklan itu dan bandingkan berapakah komputer peribadi yang boleh disediakan di merata bandaraya untuk anak-anak keluarga miskin dan yang tidak berupaya membelinya? Apakah faedahnya meletakkan kotak iklan yang berlampu yang berharga ribuan semata-mata untuk mengalu-alukan pelancung luar? Bukankah elok wang sebanyak itu disalurkan untuk bahan pelajaran anak-anak warga kota secara percuma? Tidak cukupkah sambutan kita itu dilakukan secara memasang lampu kerlipan di bangunan tinggi, di tiang api dan di celah dedaun yang berjuntaian? Bukankah sudah tercatat kata-kata aluan dalam pelbagai bahasa di stesen bas, teksi, keretaapi dan LRT? Bagaimana pula dengan jejala api yang dipasang dipangkal pokok-pokok? Dimanakah ilmu logika para pemikir bandaraya itu sehinggakan sanggup membuat segala keindahan semata-mata untuk memuaskan nafsu? Siapa pula yang mendapat tender memasang lampu-lampu dungu itu?
Bila Pembolot terus membelot
Demikianlah secebis kisah betapa negara ini ditadbir oleh orang politikk yang sekian lama gemar membolot. Apa juga yang mendatangkan faedah dan kepintingan diri dan para kroni akan dimulakan dengan bertopengkan kemajuan ataupun keceriaan. Sedangkan kebanyakan projek itu tidak ada nilai sosial lansung kepada penduduk setempat. Ia hanya memberi nilai kekayaan kepada para kroni yang bersekongkol untuk berkolusi. Bayangkan apabila sekumpulan pekerja bandaraya datang ke rumah anda untuk memotong sebatang pokok yang hampir tumbang dengan menaikki sebuah Pajero ataupun kenderaan yang mahal harganya. Sedangkan di negara maju, kenderaan semahal itu digunakan oleh para menteri dan ketua jabatan kerajaan.
Fikirkan apabila seorang pegawai agama menggunakan kenderaan kerajaan yang beratus ribu harganya sedangkan kenderaan itu tidak setimpal dengan jawatannya. Cuba hitung berapa ramaikah bilangan pegawai penguatkuasa yang mundar-mandir di kotaraya Kuala Lumpur semata-mata untuk menentukan jalanraya bersih dan tiada kenderaan yang diletakkan sembarangan. Di waktu yang sama kita boleh lihat berpuluh penagih dadah terlantar di sepanjang lorong yang berhampiran Jalan Tuanku Abdul Rahman. Bagaimana pula dengan ratusan pelacur dan pondan yang duduk terkangkangg di siang hari di tangga-tanga bangunan kedai di Lorong Haji Taib dan di kawasan berdekatan dengannya? Keadaan yang serupa dapat dilihat juga dipersekitaran Bukit Bintang dan di persekitaran Jalan Petaling dan Pudu. Perhatikan pula bilangan pengemis yang datang dari luar negara yang menjejeri banyak anak-tangga dan jejantas di ibukota.
Kenapakah ratusan pegawai penguatkuasa itu tidak digembelingkan untuk membasmi segala sampah masyarakat itu? Kenapakah semua masalah yang menghimpit kehidupan rakyat tidak pernah diketengahkan kepada MAHAFIRAUN?
Kenapakah masalah masyarakat seperti ini tidak pernah dilapurkan kepada MAHAFIRAUN oleh ahli Kelab Ampusana dan Kelap Ampusini untuk kebaikan kita bersama? Apakah ahli kelab itu tidak sedar bahawa di antara seluruh manusia yang terjebak dalam maksiat yang ditakrif sebagai sampah masyarakat itu, ada kemungkinannya seorang dua datangnya daripada keluarga mereka juga?
Apakah MAHAFIRAUN sendiri tidak pernah mendengar bagaimana tempat penghalang sampah di sungai kerap menjerat mayat-mayat sampah masyarakat jenis itu? Apakah MAHAFIRAUN masih taksub dan tertipu bahawa orang yang dijumpai mati di tempat penahan sampah itu sebenarnya "lemas kerana keletihan mengangkut radio, peti ais dan peti TV yang dicampakkan oleh orang Melayu yang beragama Islam di negara ini?"
MAHAFIRAUN akan terus taksub dengan berita bohong itu selagi dia tidak mulakan membaca majallah seperti WASILAH dan DETIK dan akhbar 'picisan' seperti HARAKAH. Selagi dia tidak mengubah selera membacanya dia akan terus tertipu oleh para pembelot yang terus mahukannya membolot khazanah negara.
Tetapi, apakah betul MAHAFIRAUN suka membaca?
-MT-

KETUA POLIS NEGARA DAN MAKHLUK YG SUDAH LUPUT PERADABAN INSAN

KETUA POLIS NEGARA DAN MAKHLUK YANG SUDAH LUPUT PERADABAN INSAN !
Dalam sejarah tamaddun manusia semenjak Adam a.s. diciptakan, Firaun adalah perlambangan manusia paling kejam dan zalim pernah diceritakan Allah s.w.t. di dalam Al-Quran. Kezaliman melampaui batas Firaun ini menyebabkannya sanggup membunuh anak-anak lelaki yang baru dilahirkan dan merebus hidup-hidup kaumnya yang beriman kepada Allah s.w.t. Pembunuhan anak-anak yang baru dilahirkan adalah justifikasi kepada perlindungan kepada keselamatan dalam negara kerajaan Firaun kerana dibimbangi anak-anak tersebut akan muncul salah seorangnya yang bakal menjatuhkan kerajaannya.
Kekuasaan dan kehebatan Firaun dalam mempertahankan kerajaan dan ‘keselamatan dalam negaranya’ didokongi oleh polis-polis dan tenteranya yang gagah perkasa, yang bersiap sedia untuk bertindak apa sahaja sebaik diarahkan oleh manusia kejam dan kufur itu. Kesetiaan polis dan tentera Firaun yang tidak berbelah bahagi itulah menyebabkan Nabi Musa a.s. terpaksa berdepan siang dan malam dengan ancaman dan kedudukan yang tidak selamat dalam menyeru manusia ke jalan tauhid dan kebenaran. Kesetiaan tentera dan polis Firaun itu jugalah yang menyebabkan mereka akhirnya turut sama tenggelam dimusnahkan Allah s.w.t. di dalam Laut Merah sehingga kesemuanya menjadi isi dan penghuni neraka jahannam.
Selepas tenggelamnya Firaun di Laut Merah kira-kira 3000 tahun yang lampau, sejarah tidak pernah mencatatkan sebarang gelaran kepada pemimpin-pemimpin yang zalim di sepanjang zaman itu dengan gelaran Firaun. Meskipun ramai para pemimpin yang zalim dan memiliki watak-watak seperti Firaun, tetapi rakyat mereka tidak pun menggelarkannya dengan panggilan ‘Firaun”. Hitler yang terkenal buas dan kejamnya itu, tidak pernah kita dengar digelar orang dengan ‘Firaun’. Begitu juga dengan Shah Iran, Shah Reza Phalavi yang digulingkan oleh Ayatollah Khomeini dahulu. Tetapi di bumi Malaysia, bumi umat Nusantara ini, gelaran yang jelik dan buruk itu telah digelarkan orang kepada Mahathir Mohamad sebagai ‘Mahafiraun’, yang lebih hebat dari Firaun Mesir Purba dahulu.
Jika Firaun dahulu mendapat kekuatan daripada dokongan dan sokongan tentera dan polisnya, maka Mahafiraun kini juga mendapat dokongan daripada polis yang kesetiaannya tidak pernah dipertikaikan oleh Mahafiraun itu sendiri. Seperti polis Firaun Mesir dahulu, polis Mahafiraun kini juga terpaksa menjaga keselamatan dalam negara daripada ancaman mereka yang dibimbangi akan menjatuhkan kerajaan Mahafiraun itu sendiri. Kesetiaan polis Mahafiraun atau singkatnya PDrM itu semakin terserlah semenjak Tragedi 2 September 1998 dan terus berlarutan sehingga kini. Kesetiaan yang menuntut pembuktian kezaliman dan kedurjanaan oleh polis Mahathir itu menyebabkan kita terfikir adakah polis telah mematuhi etika kepolisannya atau pun lebih rela mematuhi etika kesyaitanan dan kebinatangan dalam menjalankan tugas mereka dalam mematuhi ketaatan titah perintah tuannya si Mahafiraun itu.
Tragedi mata lebam Anwar pada malam 20 September 1998 dahulu telah membuka sejarah betapa institusi polis telah melakarkan imej mereka setaraf dengan bajingan jahannam yang kerjanya mengeronyok si mangsa tanpa belas kasihan. Sejarah hitam dan durjana yang dilukiskan oleh Rahim Si Bapak Anjing itu akan kekal dalam lipatan sejarah sebagai peristiwa malang dalam sejarah kepolisan Malaysia semenjak merdeka hingga kiamat. Meskipun sejarah hitam itu telah meruntuhkan secara mutlak integriti polis, namun demi ketaatan dan kesetiaan mereka tidak pernah mahu belajar dari kesilapan tersebut untuk cuba memperbaiki citra diri. Sebaliknya lebih galak untuk menunjuk dan membuktikan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi demi memuaskan hawa nafsu pemimpin bertaraf binatang iblis bernama Mahathir !
Sebenarnya, institusi polis Malaysia menjadi teramat kotor, jijik dan memualkan di zaman Rahim Si Bapak Anjing dan Norian Mai menjadi ketuanya. Dua manusia ini lebih rela menjadi anjing suruhan daripada menjadi ‘hamba sanjungan’ rakyat. Mereka lebih rela menjadi anjing suruhan yang jijik kepada pemimpin tidak bermaruah seperti Mahathir daripada meninggalkan nama yang harum berbakti kepada masyarakat dan negara. Dua manusia ini lebih rela mencatatkan nama hitam , bukan sahaja dalam sejarah negara malah pada titisan keturunan mereka sendiri.
Apakah keamanan dan kedamaian yang rakyat boleh harapkan daripada manusia yang tidak bermaruah dan sanggup melacurkan harga diri dan pakaian seragamnya itu kepada pemimpin zalim yang sudah tidak diterima oleh rakyat majoriti itu ? Apakah perlindungan dan harapan yang boleh disandarkan rakyat kepada manusia yang sanggup, bukan sahaja menjadi alat kepada pemimpin berhati serigala seperti Mahathir itu, malah sanggup menjual kehormatan institusi kepolisan sendiri dengan melakukan pembohongan besar yang amat memalukan (dengan menuduh kumpulan reformasi mempunyai pelancar roket dan bom petrol misalnya) ? Inikah rupa bentuk Ketua Polis yang dapat mencorakkan kredibiliti seluruh pasukan sehingga menjadi sebuah institusi yang berwibawa dan disanjungi tinggi ?
Inilah bahananya apabila seseorang itu meletakkan keimanannya di tepi longkang tetapi menjadikan kebobrokan nafsu sebagai pertimbangan hakiki, lalu merelakan diri diperlakukan seperti haiwan yang tidak punya akli ? Untuk melihat kebejatan dan kebrutalan manusia bernama polis, kita kini tidak perlu lagi pergi ke Palestine, tidak perlu lagi pergi ke Russia dan tidak perlu hidup di zaman Shah Iran dengan Savaknya. Kebinatangan manusia bernama polis seolah-olah mempunyai pertalian antara setiap zaman tanpa perlu melihat sempadan geografi. Hakikatnya, sifat kezaliman dan kebinatangan polis atas nama kesetiaan dan keakuran tanggungjawab terhadap “pemerintah yang sah” menjadi ukuran utama betapa mereka perlu bertindak sepertimana yang diarahkan tanpa perlu mempersoalkannya. Naluri insan dan benih keimanan wajar dipersetankan atas nama kesetiaan kepada ketua meskipun ianya jelas bercanggah dengan martabat insan. Soalnya, kekejaman dan kezaliman yang polis lakukan untuk memuaskan nafsu pemimpin yang menjadi tuan mereka itu, tidak akan sanggup dihadapi oleh mereka sendiri jika ianya diperlakukan ke atas ahli keluarga mereka sendiri. Mengapa hilang sifat kemanusiaan bila berdepan dengan orang lain dan merasa belas kesian bila terkena keluarga sendiri ? Inilah persoalan yang menuntut setiap warga yang memakai uniform polis menjawabnya di dalam diri mereka.
Amat malang bagi rakyat negara ini bilamana keselamatan dan keharmonian mereka diragut dan diperkosa secara ganas oleh manusia bernama polis yang berketuakan Norian Mai. Lebih malang lagi bila manusia yang bertaraf Ketua Polis Negara ini sanggup mempersundalkan diri dan maruahnya, meskipun baru balik dari menunaikan fardhu haji, dengan membuat bohong sehingga satu dunia pun mentertawakannya. Inikah rupa diri seorang yang bernama Ketua Polis sehingga tidak lagi dapat berfikir dengan akal yang waras dan siuman akan apa dan implikasi daripada ucapannya ? Jika inilah rupa diri seorang yang bernama Ketua Polis Negara, maka sahlah bahawa negara ini lebih layak dinamakan sebagai negara bajingan sahaja. Lagak samseng yang ditunjukkan oleh Rahim Nor dan diteruskan pula oleh Norian Mai seolah-olah negara ini dikawal oleh para keparat brengsek yang berselindung di sebalik uniform mereka. Beruntunglah Tan Seri Abdul Rahman yang menjadi Ketua Polis Negara tetapi mati ditembak oleh Botak Chin pada tahun 1975 dahulu kerana beliau tidak sempat hidup dan berkhidmat di bawah regim diktator Mahafiraun ini.
Adalah sesuatu yang ironis apabila pihak polis, bila ingin melakukan kezaliman dan kekejaman ke atas orang-orang yang tidak sehaluan dengan citarasa pemerintah, akan menjustifikasi soal keselamatan dalam negara sebagai helah untuk menghalalkan perbuatan mereka. Mereka lebih rela menjadi musuh rakyat daripada melencong daripada keinginan pemerintah. Mereka lebih rela menjadi seteru kebenaran daripada menjadi pendokong keadilan. Inilah rupa paras yang cuba ditonjolkan oleh polis Malaysia di bawah kepimpinan Norian Mai yang lemah dan lembik itu. Sebab itu tidak hairanlah jenayah berleluasa seolah-olah tidak wujud pihak keselamatan sementara nyawa rakyat pula sentiasa terancam. Bila polis lebih banyak menghabiskan masa mereka untuk memuaskan nafsu pemimpin politik daripada menjaga keamanan, maka timbullah keadaan jenayah yang sukar dibendung dan di atasi.
Perangai buruk, sial dan celaka polis ini lebih terserlah dengan sikap berat sebelah mereka dalam mengambil sesuatu tindakan. Apabila tiba giliran mereka yang tidak sehaluan dengan pemerintah, dibuat laporan yang bertulis dengan tinta emas dan berlian sekalipun tidak dapat menggamit pihak polis untuk mengambil tindakan. Tetapi apabila tiba giliran sesuatu yang dikira merugikan pemerintah, belum sempat habis menulis laporan pun tangkapan sudah dibuat. Hatta berdasarkan laporan akhbar pun sudah memadai untuk pihak polis bertindak. Inilah padahnya bila kebenaran dipersetankan tetapi kebathilan dan kebejatan dipertahankan oleh mereka yang bernama polis. Usah bercakaplah soal profesionalisme. Usah bercakaplah soal etika kepolisan. Usah bercakaplah soal kebenaran dan keadilan sesuatu fakta. Usah berlagaklah betapa cekap dan cepatnya sesuatu tindakan. Hakikatnya, ia lebih layak dihumban ke dalam longkang tahi yang dikerumuni oleh lalat dan langau hijau sahaja.
Melihat kepada rupabentuk tindakan dan perbuatan polis, nyatalah bahawa polis Malaysia di bawah regim korup bangsat Mahathir ini sebenarnya sudah tiada lagi memiliki sifat insan dalam diri mereka. Polis jelas sudah tidak lagi menjadi makhluk yang mempunyai nilai dan tamaddun peradaban insan. Atas nama kesetiaan, patuhlah segala suruhan dan persetankanlah segala kecaman ! Berdasarkan inilah kita melihat betapa polis seolah-olah menjadikan uniform mereka sebagai suatu lesen atau tiket untuk melakukan apa sahaja kekejaman dan kebinatangan ketika berdepan dengan seteru pemerintah. Menggeledah rumah orang seperti perompak, menaiki masjid dengan berkasut seperti Yahudi yang kafir, memecahkan pintu rumah orang seperti Gestapo, menyepak terajang rakyat dan tahanan seperti haiwan dan seumpamanya menunjukkan dengan jelas yang polis kita bukanlah berkhidmat untuk berbakti kepada masyarakat, tetapi lebih kepada mahu mempertahankan pemimpin yang bangsat dan laknat seperti Mahathir itu.
Sudah menjadi suatu keseronokan kepada polis untuk menyiksa dan melakukan kekejaman ke atas para tahanan. Tahanan ISA adalah suatu contoh paling relevan betapa polis boleh berbuat apa sahaja atas nama ‘mematuhi arahan’. Kalau setakat membogelkan tahanan itu tidak mendatangkan apa kesan pun kepada mereka, apalah sangat jika menyiksa tahanan ISA dengan pengepit plier, menumbuk perut dan mencucuh puntung rokok kepada kemaluan mangsa. Sebenarnya kekejaman dan kezaliman yang polis lakukan di lokap Bukit Aman ke atas 9 orang reformis yang ditahan sejak minggu lepas itu tidak dapat dilukiskan dengan kata-kata di sini. Atas alasan ‘masih meneruskan siasatan’, mereka dengan buas dan ganasnya membelasah Ezam, Tian Chua, Saari, Ghani, Badrul Amin dan lain-lain lagi, walhal ‘bukti’ yang cuba ‘dibuktikan’ itu tidak wujud sama sekali.
Ungkapan Badawi yang tidak mahukan satu lagi ‘mata lebam’ hanyalah ucapan penyedap hati sahaja. Hakikatnya, beberapa algojo polis yang bertaraf binatang dan haiwan di Bukit Aman sedang galak melepaskan tumbukan dan tendangan mereka ke tubuh 9 orang itu. Saya berani bersumpah bahawa 9 orang itu sedang diseksa dan ditorture dengan teruknya oleh anak buah Norian Mai siang dan malam semata-mata untuk ‘mengturning-over’ pemikiran dan pendirian mereka. Tempoh tahanan selama 60 hari itu sebenarnya suatu tempoh ‘pembelasahan maksimum’ mental dan fizikal untuk menjustifikasikan pembohongan ‘pelancar roket dan molotov cocktail’ Norian Mai tempoh hari. Yang jelas, Ezam sudah pasti akan dihantar ke Kamunting bersama dengan Badrul Amin dan Lokman Adam selama 2 tahun manakala yang lain-lainnya akan dibebaskan selepas tamat tempoh 60 hari tadi.
Inilah harga yang terpaksa dibayar oleh kita apabila polis sudah hilang peradaban insannya. Inilah nilai perjuangan yang terpaksa kita tebusi apabila polis dan haiwan tidak dapat membezakan diri mereka ketika bertembung antara ketaatan yang tak berbelah bahagi dengan kebenaran yang diperjuangkan rakyat. Inilah harga yang terpaksa dibayar oleh kita apabila polis lebih suka menjadi anjing suruhan yang mengganas daripada melindungi keselamatan dan kepercayaan rakyat. Cukuplah jika saya katakan bahawa polis Malaysia merupakan makhluk yang sudah hilang nilai manusia dan insaniahnya.Jauh sekali daripada iman dan takwa kepada Allah s.w.t. Tenggelam di dalam tamaddun yang runtuh bersama kezaliman yang dipertahankan…Dan dimana, kemanakah Norian ?
Cucu Datuk Bahaman

PERKARA YANG MEMBATALKAN SEMBAHYANG MAZHAB SHAFEI

Solat seseorang boleh terbatal dengan salah satu daripada perkara-perkara berikut:
1- Terbatal toharah dengan kedatangan hadas semasa bersembahyang, samada hadas besar atau kecil, sekalipun tanpa sengaja.
2- Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan atau pakaian atau tempat sembahyang, kecuali segera dibuangkan.
3- Sengaja bercakap walau hanya dengan dua huruf atau satu huruf yang memberikan kefahaman.
4- Melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa seperti makan atau minum.
5- Perbuatan (bukan sembahyang) yang banyak dan berturutan seperti menghayunkan tangan tiga kali, melangkah tiga langkah, melompat dan sebagainya. Perbuatan kecil yang berturutan tidaklah membatalkan sembahyang, seperti menggaru gatal dengan satu anak jari sahaja.
6- Ketawa.
7- Riddah
8- Hilang akal
9- Meninggalkan menghadap kiblat, seperti berpusing atau berpaling dada dalam sembahyang.
10- Terbuka aurat dengan sengaja. Kalaulah ditiup oleh angin, lalu terbuka auratnya dan ditutup dengan segera, tidaklah batal sembahyangnya.
11- Meneruskan satu rukun daripada rukun-rukun sembahyang atau berlalu masa yang membolehkan dia melakukan satu rukun sembahyang, sedangkan dia dalam keadaan syak tentang niatnya (adakah berniat atau tidak?), atau tentang syarat sah sembahyang (adakah sudah berwuduhuk atau belum?) atau tentang kaifiat niat (seperti adakah sembahyang zuhur yang aku niatkan atau asar?).
12- Menukar niat sembahyang kepada sembahyang yang lain. Tetapi jika dia menukarkan niat sembahyang fardhu kepada sunat mutlak untuk sembahyang fardhu secara berjemaah, sedangkan dia sembahyang bersendirian, maka ia tidaklah membatalkan sembahyang, bahkan ia disunatkan. Tetapi jika sembahyang fardhu yang dia sedang bersembahyang hanya tinggal satu rakaat sahaja lagi, maka ia tidak disunatkan menukar niat kepada sunat mutlak, cuma ia diharuskan sahaja.
13- Niat atau azam untuk memutuskan sembahyang.
14- Ragu-ragu samada ingin meneruskan sembahyang atau tidak.
15- Mengikat untuk memutuskan sembahyang dengan sesuatu, seperti kalau telefon berdering, aku akan batalkan sembahyang dan menjawab telefon.
16- Meninggalkan dengan sengaja mana-mana rukun sembahyang, sekalipun rukun qauli, kerana ia menghilangkan peraturan sembahyang. Tetapi kalau ditinggalakn dengan terlupa, tidaklah batal, bahkan hendaklah dilakukannya.
17- Mengulangi dengan sengaja mana-mana rukun fi’li (rukun perbuatan).
18- Mendahulukan dengan sengaja satu rukun fi’li (perbuatan) di atas rukun fi’li yang lain, kerana ia menghilangkan tertib sembahyang.
19- Mengikut imam orang yang tidak boleh menjadi imam seperti si kafir atau lelaki mengikut perempuan.
20- Terlalu memanjangkan rukun pendek, seperti memanjangkan iktidal melebihi kadar bacaan surah al-Fatihah, atau memanjangkan duduk antara dua sujud melebihi kadar bacaan tasyahhud (tahiyyat).
21- Makmum mendahului imam dengan dua rukun fi’li (perbuatan).
22- Makmum terlewat dua rukun fi’li (perbuatan) daripada imam tanpa keuzuran.
23- Sengaja memberi salam bukan pada tempatnya.
24- Sengaja turun untuk duduk tahiyyat awal setelah tertinggal (terlupa) dan sudahpun qiam untuk rakaat ketiga.
25- Mengulangi takbiratul ihram untuk kali kedua dengan niat memulakan sembahyang.
Ini adalah penerangan secara ringkas tentang perkara-perkara yang boleh membatalkan sembahyang, yang mana sepatutnya bagi seseorang yang ingin menjadi imam mempelajari dan mengetahuinya

Monday, July 2, 2007

JAWAB JANGAN TAK JAWAB

Jawab jangan tak jawab
Berdasarkan berita akhbar harian milik parti pemerintah, Majlis Tertinggi UMNO yang juga boleh di panggil Empty (MT) UMNO akan menyediakan penulis-penulis untuk menjawab tulisan-tulisan di laman blog atau laman web di dalam Internet yang menyentuh soal-soal UMNO khasnya tohmahan kepada pembesarnya yang sedang memerintah Malaysia dalam Kerajaan Tiga Beranak.Penulis blog atau juga pengendali laman web sama ada dari parti politik bukan Barisan Nasional atau laman berita alternatif yang bertujuan menulis dan memaparkan berita akan kisah penyelewengan dalam pentadbiran Kerajaan Tiga Beranak di bawah pimpinan Abdullah Hj Ahmad membaca berita itu sebagai satu kemenangan awal dalam satu perjuangan yang panjang.Mengapa tidak? Jika setiap kali berjumpa dengan ahli UMNO yang sara hidupnya ditanggung dengan berpolitik terutama yang telah mendapat tempat jadi Menteri, Menteri Besar atau apa-apa jawatan yang prestij bukan kerana cerdiknya kerana ada jawatan dalam UMNO Bahagian atau Cawangan atau dilantik oleh pembesar UMNO akan mengatakan bahawa kesemua tulisan atau apa sahaja yang dipaparkan oleh penulis blog atau laman web tidak dibaca orang khasnya orang kampung.Inilah satu kelemahan cara berfikir orang yang ada jawatan dan pangkat di dalam UMNO dari Presiden Partinya membawalah ke ahli yang buta huruf politik. Dari zaman Napoleon Bonaparte lagi sudah disebutkan akan takutnya surat khabar atau sekarang dipanggil media dari pada pedang yang berjumlah lebih banyak dari surat khabarnya. Tetapi pembesar UMNO tidak pernah mengambil iktibar kenyataan Napoleon itu dan sekarang setelah dia sedar bahawa perjuangan melalui Internet dikalangkan pejuang siber bukan bertujuan untuk menang sekarang tetapi mencari kemenangan secara bertahap.Selama ini UMNO sudah mengusahakan untuk menjawab persoalan atau tulisan yang ditulis dalam laman blog atau laman web yang lebih merupakan "character assasination" yang ditulis melalui budak suruhannya dalam blog dan laman web naungannya sama ada dari ibu pejabat UMNO atau dari pejabat Azalina Othman Said sendiri.Jika diteliti tulisan-tulisan tersebut, jawapan itu dari sudut psikologinya bukan sahaja orangnya yang menulis tetapi UMNO itu sendiri telah mengalami virus Homo Sovieticus kerana ciri utamanya adalah skizofrenia. Virus Homo Sovieticus asalnya dari Russia yang bulan lalu di kunjungi oleh Abdullah Hj Ahmad dan istilah itu datang sebaik sahaja USSR dibubarkan, ia memberi pengertian lebih kurang, jika tembok Berlin sudah runtuh tetapi tembok dalam kepala Jerman Timur tetap kukuh, Uni Soviet sudah bubar, tetapi sejenis keperibadian hasil bentukan di zaman komunis tetap bertahan.Singkatnya pengertian Homo Sovieticus ialah mempunyai keperibadian yang terpecah dua. Ia mempunyai dua wajah: wajah awam dan wajah peribadinya. Kedua wajah ini bertentangan, tetapi hidup berdampingan. UMNO dalam masa yang sama mempunyai teras memperjuangkan halusnya bahasa dan budaya tetapi dalam menjawab tulisan lebih banyak menyentuh peribadi daripada menjawab persoalan. Dan penulis-penulis ini akan merasa megah dan tentu mendapat imbuhan dari tuan-tuannya tanpa dia menyedari dia hanya sekadar anjing pemburu yang akhirnya Tuan-tuan mereka akan memberi tulang-tulang sebagai upah pembunuhan karakter kepada penulis blog dan laman web.Mereka tidak berilmu, mereka tidak mengetahui dengan banyaknya menulis bercorak "character assassination" sebagai menjawab tulisan blog sebenarnya membawa kemenangan juga kepada penulis itu. Kerana penulis UMNO hanya sekadar Muslim dan bukan mukmin, jika dia mukmin dia pasti menyedari bahawa Nabi Muhamad s.a.w. sendiri pernah menyatakan "bahawa kamu dengar apa dia cakap bukan kamu tengok siapa yang bercakap". Ini memberi pertunjuk siapa pun berhak bercakap dan berhak didengar. Soal kemaksiatan telah dijelaskan oleh Imam Ahmad Hambal, ambillah yang bermaksiat itu menjadi panglima perang kamu kerana dia berani, kerana beraninya untuk Islam tetapi maksiat untuk dirinya dan kamu tolak yang alim tetapi penakut kerana alimnya itu untuk dirinya dan penakutnya keburukan kepada Islam.Seperti yang tulis oleh penulis kolum Indonesia "Rakyat suatu bangsa itu selalu diam, tetapi ia mencatat dan tidak pernah lupa. Rakyat itu seperti ular naga yang keberatan badan, melingkar saja dalam keheningannya sendiri, tetapi panca inderanya tajam dan intuisinya kuat. Jangan sekali-kali melukainya, apa lagi melukainya berkali-kali, maka sekali ia bangkit, akan rosaklah malapetaka yang ditimbulkannya".Sewajarnya Abdullah Hj Ahmad menyedari bahawa Malaysia yang akan menyambut 50 tahun Gemilang Malaysia sebagai sebuah negara Merdeka belum lagi melahirkan pemimpin yang datang daripada rakyat. Kesemua pemimpin datang kerana permasalahan yang berlaku ke atas pemimpin yang ada. Tunku Abd. Rahman Putra tidak lahir sebagai pemimpin Melayu, dia terpaksa bertanding jawatan Presiden UMNO setelah dikosongkan oleh Dato Onn Jaafar, yang sebelum itu dilantik menjadi Presiden UMNO kerana dia memulakan penentangan Malayan Union dan menubuhkan UMNO.Tun Razak Hussein menjadi Perdana Menteri kerana Tunku Abd. Rahman Putra sudah mengetahui bahawa dia sudah tidak popular lagi dan kerana insiden Mei 13 dan dia adalah orang yang bertanggung jawab berlaku peristiwa itu. Hussein Onn jadi Perdana Menteri kerana kematian Tun Razak Hussein, Tun Hussein Onn pula meletakan jawatan kerana terasa malu untuk duduk semeja dengan Harun Idris yang menang Majlis Tertinggi UMNO walau pun dalam penjara dan ramalannya tepat bahawa Harun Idris akan menang jawatan Naib Presiden pada pemilihan 1981 dan keluar dari penjara. Maka terpilih Dr Mahathir Mohamed sebagai Timbalan menjadi Perdana Menteri dan begitulah juga Abdulllah Hj Ahmad terpilih menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana tersingkirnya Anwar Ibrahim dan menjadi Perdana Menteri kerana Dr Mahathir Mohamed juga seperti Hussein Onn yang tidak bersedia untuk menerima kenyataan bahawa Anwar Ibrahim akan dibebaskan dari penjara di tahun 2005.Inilah sekarang yang perlu diterapkan kepada orang Melayu dan Rakyat Malaysia bahawa setiap mereka yang menjadi Perdana Menteri di Malaysia dia bukanlah pilihan terus rakyat dan pengundi. Demokrasi songsang ini mesti diperbetulkan. Seorang Perdana Menteri hanya akan datang dari siapa yang memegang jawatan Presiden UMNO dan dia dilimpahkan kuasa setanding dengan Firaun yang berbeza dengan hanya sekadar dia tidak mengaku tuhan tetapi mengaku dirinya Perdana Menteri dan segala kuasa berpusat kepadanya.Anehnya dalam budaya UMNO yang karut marut sekarang, seorang Presiden UMNO disokong diperingkatkan UMNO Bahagian yang mempunyai Ketua UMNO Bahagian. Ini bererti merekalah yang memberi kuasa kepada seorang Presiden tetapi sebaik sahaja kuasa diberi kepada seorang Presiden UMNO, pemberi kuasa menjadi seorang penakut, pengecut dan terkena virus sindrom bisu. Itu sebab Mesyuarat Majlis Tertinggi terpaksa ditangguhkan hampir sejam kerana menunggu Presiden UMNO datang tetapi setelah diketahui dia masih tidur maka terpaksa dipengerusikan oleh Timbalannya, begitu juga Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Kepala Batas terpaksa bertafakur hampir satu jam kerana Pengerusi Mesyuarat, yang juga Ketua UMNO Bahagian dan Presiden UMNO dan Perdana Menteri tertidur.Perlu sekarang dicari perbezaan antara pemimpin dan pemegang jawatan. Pemegang jawatan, setelah selesai dari posisi jabatannya, seperti filem video yang sudah masuk kotak sehingga tidak dikenang lagi sebagai pemegang jawatan. Apalagi bila dalam masa memegang jawatannya ia memanfaatkan posisi jabatannya untuk menggelembung ego sendiri mahu pun nepotisme keluarganya.Sang Kelembai: Akan terus berjuang menjatuhkan Abdullah Hj Ahmad, Perdana Menteri 100% Munafik dengan membuka minda rakyat jangan mengundi Barisan Nasional dan akan berpegang kepada "Kemenangan kecil yang diketahui oleh seribu orang, jauh lebih bernilai daripada kemenangan besar tetapi hanya disaksikan oleh seratus orang" Dengan jumlah pusingan 1.5 juta pelayar memberi perangsang kepada penulisan seterusnya.
# posted by SANG KELEMBAI@zaharin mohd yasin

Saturday, June 9, 2007

PERISTIWA 13 MEI,MPAJA DAN PKM

Pengajaran dari dua peristiwa iaitu Pemerintahan Tanah Melayu selama empat belas hari oleh Pasukan Tentera MPAJA/Parti Kominis Malaya (PKM) atau Bintang Tiga dan Peristiwa 13 Mei 1969.Ramai dikalangan generasi muda bangsa kita yang kurang mengetahui kedua-dua peristiwa tersebut dan implikasi mereka dalam perkembangan sejarah negara amnya dan sejarah orang Melayu khasnyaPeristiwa yang pertama ialah apabila Tentera Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA), satu pertubohan Parti Kominis Malaya (PKM) atau juga dipanggil Bintang Tiga yang memerintah Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945 iaitu jangkamasa dari Tentera Jepun mengaku kalah kepada Tentera Bersekutu pada 16hb Ogos 1945 sehinggalah Tentera British sampai kembali ke Tanah Melayu menubuhkan Kerajaan Tentera British empat belas hari kemudiannyaDalam masa empat belas hari tersebut banyak orang Melayu yang dibunuh oleh Tentera MPAJA atau Bintang Tiga atas tuduhan bersubahat dengan Tentera Jepun. Kebanyakan mereka adalah bekas ahli pasukan polis yang ditubohkan oleh Jepun untuk menjaga keamanan di Bandar-bandar. Tentera Jepun memang anti kaum China .Ini adalah lanjutan dari penaklukan negara China oleh Jepun dimana ramai orang China yang telah dibunuh terutamanya di Nanjing dalam apa yang panggil Massacre of Nanjing. Tentunya mereka tidak mempercayai orang China dan begitu juga orang China amat memusuhi Tentera Jepun.Sikap permusuhan ini jugalah yang menyebabkan tunjuk perasaan besar-besaran anti Jepun di China baru-baru ini. Oleh itu, orang Melayulah yang majoritinya menganggotai Pasukan Polis Jepun di Tanah Melayu.Jadi, bila Tentera Jepun mengaku kalah, maka berkeliaranlah anggota Bintang Tiga ke kampung-kampung mencari bekas polis tersebut yang kebanyakannya orang Melayu. Di kampung di mana saya dilahirkan yaitu Kampong Sungei Manggis, Kalumpang terdapat cerita-cerita yang sampai kepada kami bagaimana anggota Bintang Tiga ini mencari dan membunuh mangsa-mangsa mereka.Mereka akan dibawa ketepi hutan dan disuruh menggali lubang. Kemudian mereka akan dihentam dengan belakang cangkul dan ditanam kedalam lubang yang sudah siap digali. Mungkin ditanam hidup-hidup. Sampai sanak saudara tidak tahu dimana mereka ditanam.Boleh dikatakan perkara ini berleluasa di Selangor dan di negeri-negeri lain seluruh Tanah Melayu. Kita tidak tahu berapa banyak yang terbunuh dan cara-cara mereka dibunuh. Pakar-pakar sejarah perlu mengkaji peristiwa tersebut lebih terperinci kerana ia banyak mempengaruhi sejarah nasionalisme orang Melayu kemudiannya.Oleh kerana yang membunuh ialah anggota Bintang Tiga yang kebanyakannya orang China dan mangsa mereka pula kebanyakannya orang Melayu, peristiwa tersebut telah bertukar menjadi pergaduhan antara kaum. Ramai orang Melayu yang bertindak balas terutamanya di Batu Pahat, Johor dan Sungei Manik, Teluk Intan, Perak.Selepas peristiwa tersebut kemarahan orang Melayu kepada kaum pendatang mulai mendalam dan menebal. Mulai timbul semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu.Bila kemudiannya pihak British cuba memperkenalkan konsep Malayan Union yang menghapuskan sistem Raja-raja Melayu, penghapusan hak istimewa orang Melayu, dan pemberian kerakyatan dan hak samarata kepada semua kaum, ianya telah mendapat tentangan yang hebat dari semua lapisan orang Melayu.Mereka telah berarak dan menunjuk perasaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Lalu akibatnya, lahirlah UMNO, parti yang menjadi tunjang Kerajaan Barisan Nasional pada hari iniPeristiwa 13hb Mei 1969 pula adalah akibat dari perayaan dan sambutan kemenangan yang mengila dan berlebihan yang dilakukan oleh penyokong parti-parti pembangkang (Cina), apabila mereka menang banyak kerusi dalam dalam Pilihanraya Umum 1969, terutama di Selangor di mana Perikatan dan pembangkang menang sama banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri.
Penyokong-penyokong parti pembangkang seperti Gerakan, DAP, dan Socialists Front telah berkeliaran di Kuala Lumpur dengan lori, kereta dan motosikal sambil berteriak dan menjerit-jerit “Melayu bodoh!”, “Melayu balik kampung!”, “Melayu sudah hilang kuasa!”, dan sebagainya.Mungkin dalam penyokong-penyokong pembangkang itu ada anasir subversif dan kongsi gelap yang cuba memprokasi orang Melayu supaya negara kucar-kacir.Tindakan provokatif pembangkang itu tidak di biarkan begitu saja oleh orang Melayu di Kuala Lumpur di kawasan seperti Kampung Baru, Kampung Keramat, Gombak dan Ampang.Maka, berlakulah tindakbalas dan akhirnya menumpahkan darah dikalangan mereka yang tidak berdosa. Contohnya, orang yang membeli belah dan mereka yang menonton wayang di pawagam-pawagam di kawasan Chow Kit.Kedua-dua peristiwa tersebut banyak mempengaruhi politik dan ekonomi orang Melayu. Peristiwa berdarah semasa Tanah Melayu diperintah selama empat belas hari oleh Bintang Tiga banyak membawa kesedaran kepada orang Melayu.Ini kemudian menggembelingkan orang Melayu untuk bersatu menentang Malayan Union. British yang cuba menghakiskan keistiwaan pribumi kepunyaan mereka. Dan ia membawa kepada kelahiran UMNO itu sendiri.Sementara Peristiwa 13 Mei 1969 pula menyedarkan orang Melayu mengenai ketinggalan bangsa mereka dalam bidang ekonomi yang tidak diperjuangkan dengan lebih tegas sebelPengajaran dari dua peristiwa iaitu Pemerintahan Tanah Melayu selama empat belas hari oleh Pasukan Tentera MPAJA/Parti Kominis Malaya (PKM) atau Bintang Tiga dan Peristiwa 13 Mei 1969.Ramai dikalangan generasi muda bangsa kita yang kurang mengetahui kedua-dua peristiwa tersebut dan implikasi mereka dalam perkembangan sejarah negara amnya dan sejarah orang Melayu khasnyaPeristiwa yang pertama ialah apabila Tentera Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA), satu pertubohan Parti Kominis Malaya (PKM) atau juga dipanggil Bintang Tiga yang memerintah Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945 iaitu jangkamasa dari Tentera Jepun mengaku kalah kepada Tentera Bersekutu pada 16hb Ogos 1945 sehinggalah Tentera British sampai kembali ke Tanah Melayu menubuhkan Kerajaan Tentera British empat belas hari kemudiannyaDalam masa empat belas hari tersebut banyak orang Melayu yang dibunuh oleh Tentera MPAJA atau Bintang Tiga atas tuduhan bersubahat dengan Tentera Jepun. Kebanyakan mereka adalah bekas ahli pasukan polis yang ditubohkan oleh Jepun untuk menjaga keamanan di Bandar-bandar. Tentera Jepun memang anti kaum China .Ini adalah lanjutan dari penaklukan negara China oleh Jepun dimana ramai orang China yang telah dibunuh terutamanya di Nanjing dalam apa yang panggil Massacre of Nanjing. Tentunya mereka tidak mempercayai orang China dan begitu juga orang China amat memusuhi Tentera Jepun.Sikap permusuhan ini jugalah yang menyebabkan tunjuk perasaan besar-besaran anti Jepun di China baru-baru ini. Oleh itu, orang Melayulah yang majoritinya menganggotai Pasukan Polis Jepun di Tanah Melayu.Jadi, bila Tentera Jepun mengaku kalah, maka berkeliaranlah anggota Bintang Tiga ke kampung-kampung mencari bekas polis tersebut yang kebanyakannya orang Melayu. Di kampung di mana saya dilahirkan yaitu Kampong Sungei Manggis, Kalumpang terdapat cerita-cerita yang sampai kepada kami bagaimana anggota Bintang Tiga ini mencari dan membunuh mangsa-mangsa mereka.Mereka akan dibawa ketepi hutan dan disuruh menggali lubang. Kemudian mereka akan dihentam dengan belakang cangkul dan ditanam kedalam lubang yang sudah siap digali. Mungkin ditanam hidup-hidup. Sampai sanak saudara tidak tahu dimana mereka ditanam.Boleh dikatakan perkara ini berleluasa di Selangor dan di negeri-negeri lain seluruh Tanah Melayu. Kita tidak tahu berapa banyak yang terbunuh dan cara-cara mereka dibunuh. Pakar-pakar sejarah perlu mengkaji peristiwa tersebut lebih terperinci kerana ia banyak mempengaruhi sejarah nasionalisme orang Melayu kemudiannya.Oleh kerana yang membunuh ialah anggota Bintang Tiga yang kebanyakannya orang China dan mangsa mereka pula kebanyakannya orang Melayu, peristiwa tersebut telah bertukar menjadi pergaduhan antara kaum. Ramai orang Melayu yang bertindak balas terutamanya di Batu Pahat, Johor dan Sungei Manik, Teluk Intan, Perak.Selepas peristiwa tersebut kemarahan orang Melayu kepada kaum pendatang mulai mendalam dan menebal. Mulai timbul semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu.Bila kemudiannya pihak British cuba memperkenalkan konsep Malayan Union yang menghapuskan sistem Raja-raja Melayu, penghapusan hak istimewa orang Melayu, dan pemberian kerakyatan dan hak samarata kepada semua kaum, ianya telah mendapat tentangan yang hebat dari semua lapisan orang Melayu.Mereka telah berarak dan menunjuk perasaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Lalu akibatnya, lahirlah UMNO, parti yang menjadi tunjang Kerajaan Barisan Nasional pada hari iniPeristiwa 13hb Mei 1969 pula adalah akibat dari perayaan dan sambutan kemenangan yang mengila dan berlebihan yang dilakukan oleh penyokong parti-parti pembangkang (Cina), apabila mereka menang banyak kerusi dalam dalam Pilihanraya Umum 1969, terutama di Selangor di mana Perikatan dan pembangkang menang sama banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri.
Penyokong-penyokong parti pembangkang seperti Gerakan, DAP, dan Socialists Front telah berkeliaran di Kuala Lumpur dengan lori, kereta dan motosikal sambil berteriak dan menjerit-jerit “Melayu bodoh!”, “Melayu balik kampung!”, “Melayu sudah hilang kuasa!”, dan sebagainya.Mungkin dalam penyokong-penyokong pembangkang itu ada anasir subversif dan kongsi gelap yang cuba memprokasi orang Melayu supaya negara kucar-kacir.Tindakan provokatif pembangkang itu tidak di biarkan begitu saja oleh orang Melayu di Kuala Lumpur di kawasan seperti Kampung Baru, Kampung Keramat, Gombak dan Ampang.Maka, berlakulah tindakbalas dan akhirnya menumpahkan darah dikalangan mereka yang tidak berdosa. Contohnya, orang yang membeli belah dan mereka yang menonton wayang di pawagam-pawagam di kawasan Chow Kit.Kedua-dua peristiwa tersebut banyak mempengaruhi politik dan ekonomi orang Melayu. Peristiwa berdarah semasa Tanah Melayu diperintah selama empat belas hari oleh Bintang Tiga banyak membawa kesedaran kepada orang Melayu.Ini kemudian menggembelingkan orang Melayu untuk bersatu menentang Malayan Union. British yang cuba menghakiskan keistiwaan pribumi kepunyaan mereka. Dan ia membawa kepada kelahiran UMNO itu sendiri.Sementara Peristiwa 13 Mei 1969 pula menyedarkan orang Melayu mengenai ketinggalan bangsa mereka dalam bidang ekonomi yang tidak diperjuangkan dengan lebih tegas sebelum itu.Lalu lahirlah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal semasa perintahan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Kemudiannya timbul konsep penubohan Masyarakat Perniagaan dan Perindustrian Bumiputra atau “Bumiputra Commercial and Industial Community” (BCIC).Dengan DEB banyaklah anak-anak Melayu yang di hantar keluar negeri melanjutkan pelajaran mereka dalam berbagai lapangan professional untuk membanyakkan Orang Melayu dalam berbagai bidang professional seperti peguam, doctor, arkitek dan sebagainya.Kakitangan kerajaan lebih banyak terdiri dari orang Melayu. Sebelum itu kakitangan kerajaan banyak terdiri dari kaum lain.Pokoknya kedua-dua peristiwa tersebut banyak meninggalkan kesan kepada orang Melayu dan ini haruslah disedari oleh generasi muda Melayu sebagai pertunjuk kepada mereka dalam meneruskan perjuangan bangsa.Dato Raduan Md Taib pernah menjadi Yang Dipertua Dewan Melayu Selangor dan Naib Presiden Dewan Melayu Malaysia. Beliau sedang membuat kajian dalam bidang keusahawan pada peringkat PhD.um itu.Lalu lahirlah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal semasa perintahan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Kemudiannya timbul konsep penubohan Masyarakat Perniagaan dan Perindustrian Bumiputra atau “Bumiputra Commercial and Industial Community” (BCIC).Dengan DEB banyaklah anak-anak Melayu yang di hantar keluar negeri melanjutkan pelajaran mereka dalam berbagai lapangan professional untuk membanyakkan Orang Melayu dalam berbagai bidang professional seperti peguam, doctor, arkitek dan sebagainya.Kakitangan kerajaan lebih banyak terdiri dari orang Melayu. Sebelum itu kakitangan kerajaan banyak terdiri dari kaum lain.Pokoknya kedua-dua peristiwa tersebut banyak meninggalkan kesan kepada orang Melayu dan ini haruslah disedari oleh generasi muda Melayu sebagai pertunjuk kepada mereka dalam meneruskan perjuangan bangsa.Dato Raduan Md Taib pernah menjadi Yang Dipertua Dewan Melayu Selangor dan Naib Presiden Dewan Melayu Malaysia. Beliau sedang membuat kajian dalam bidang keusahawan pada peringkat PhD.

PERNIKAHAN NABI MUHAMMAD DGN KHADIJAH

Pernikahan Muhammad dengan Khadijah
Khadijah r.a diminta pendapat. Dengan jujur ia berkata kepada Waraqah: “Hai anak bapa saudaraku, betapa aku akan menolak Muhammad SAW padahal ia sangat amanah, memiliki keperibadian yang luhur, kemuliaan dan keturunan bangsawan, lagi pula pertalian kekeluargaannya luas”.
“Benar katamu, Khadijah, hanya saja ia tak berharta”, ujar Waraqah.
“Kalau ia tak berharta, maka aku cukup berharta. Aku tak memerlukan harta lelaki. Kuwakilkan kepadamu untuk menikahkan aku dengannya,” demikian Khadijah r.a menyerahkan urusannya.
Waraqah bin Naufal kembali mendatangi Abu Thalib memberitakan bahawa dari pihak keluarga perempuan sudah bulat muafakat dan merestui bakal pernikahan kedua mempelai. Lamaran diterima dengan persetujuan mas kahwin lima ratus dirham. Abu Bakar r.a, yang kelak mendapat sebutan “Ash-Shiddiq”, sahabat akrab Muhammad SAW. sejak dari masa kecil, memberikan sumbangan pakaian indah buatan Mesir, yang melambangkan kebangsawaan Quraisy, sebagaimana layaknya dipakai dalam upacara adat istiadat pernikahan agung, apalagi kerana yang akan dinikahi adalah seorang hartawan dan bangsawan pula.
Peristiwa pernikahan Muhammad SAW dengan Khadijah r.a berlangsung pada hari Jumaat, dua bulan sesudah kembali dari perjalanan niaga ke negeri Syam. Bertindak sebagai wali Khadijah r.a ialah bapa saudaranya bernama ‘Amir bin Asad, sedang Waraqah bin Naufal membacakan khutbah pernikahan dengan fasih, disambut oleh Abu Thalib sebagai berikut: “Alhamdu Lillaah, segala puji bagi Allah Yang menciptakan kita keturunan (Nabi) Ibrahim, benih (Nabi) Ismail, anak cucu Ma’ad, dari keturunan Mudhar.
“Begitupun kita memuji Allah SWT Yang menjadikan kita penjaga rumah-Nya, pengawal Tanah Haram-Nya yang aman sejahtera, dan menjadikan kita hakim terhadap sesama manusia.
“Sesungguhnya anak saudaraku ini, Muhammad bin Abdullah, kalau akan ditimbang dengan laki-laki manapun juga, nescayalah ia lebih berat dari mereka sekalian. Walaupun ia tidak berharta, namun harta benda itu adalah bayang-bayang yang akan hilang dan sesuatu yang akan cepat perginya. Akan tetapi Muhammad SAW, tuan-tuan sudah sama mengenalinya siapa dia. Dia telah melamar Khadijah binti Khuwailid. Dia akan memberikan mas kahwin lima ratus dirham yang akan segera dibayarnya dengan tunai dari hartaku sendiri dan saudara-saudaraku.
“Demi Allah SWT, sesungguhnya aku mempunyai firasat tentang dirinya bahawa sesudah ini, yakni di saat-saat mendatang, ia akan memperolehi berita gembira (albasyaarah) serta pengalaman-pengalaman hebat.
“Semoga Allah memberkati pernikahan ini”.
Penyambutan untuk memeriahkan majlis pernikahan itu sangat meriah di rumah mempelai perempuan. Puluhan anak-anak lelaki dan perempuan berdiri berbaris di pintu sebelah kanan di sepanjang lorong yang dilalui oleh mempelai lelaki, mengucapkan salam marhaban kepada mempelai dan menghamburkan harum-haruman kepada para tamu dan pengiring.
Selesai upacara dan tamu-tamu bubar, Khadijah r.a membuka isi hati kepada suaminya dengan ucapan: “Hai Al-Amiin, bergembiralah! Semua harta kekayaan ini baik yang bergerak mahupun yang tidak bergerak, yang terdiri dari bangunan-bangunan, rumah-rumah, barang-barang dagangan, hamba-hamba sahaya adalah menjadi milikmu. Engkau bebas membelanjakannya ke jalan mana yang engkau redhai !”
Itulah sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan Dia (Allah) mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kekayaan”.
(Adh-Dhuhaa: 8)
Alangkah bahagianya kedua pasangan mulia itu, hidup sebagai suami isteri yang sekufu, sehaluan, serasi dan secita-cita.

PERKHAWINAN DAN MASA DEPAN

Akhirnya penulisan beberapa blog akan memperkatakan bahawa Abdullah Hj Ahmad, Perdana Menteri dalam Kerajaan Tiga Beranak yang memerintah Malaysia akan berkahwin dengan orang gajinya telah menjadi kenyataan. Pengumuman Jabatan Perdana Menteri itu sebenarnya terpaksa dilakukan dalam keadaan semua rakyat mempertikaikan Imam Besar Islam Hadhari itu seperti bersekedudukan dengan seorang perempuan yang bukan muhrimnya, kerana semua orang sudah mengetahui akan peranan bakal pengantin itu dalam masa beberapa bulan ini.Cerita dari mulut ke mulut ialah kisah seorang Pegawai Kanan Kerajaan yang cuba menghubungi Perdana Menteri di Seri Perdana untuk memaklumkan satu perkara membabitkan urusan rasmi. Apabila dihubungi, pihak Seri Perdana telah menyambung ke bilik tidurnya, tetapi panggilan itu disambut seorang perempuan yang mengatakan bahawa Perdana Menteri sedang berehat dan tidak mahu diganggu. Oleh kerana tidak puas hati Pegawai itu meminta penjelasan kepada staf di Seri Perdana sekali lagi kenapa tidak disambung kepada Perdana Menteri sendiri dan staf memaklumkan memang talian itu sudah disambungkan ke bilik tidur Perdana Menteri. Maka pegawai itu bertanya sendiri siapa kah perempuan di bilik tidur “boss” nya dan adakah semudah itu seorang perempuan yang bukan muhrim boleh duduk dalam bilik tidur seorang Imam dan mana pergi pengawal keselamatan, tetapi dalam masa dia menyoal, dia juga menjawab semula mungkin itu memang dalam pengetahuan dan kebenaran Perdana Menteri.Tiada siapa yang tidak siuman untuk tidak mengucapkan Selamat Pengantin Tua kepada dua mempelai itu. Tetapi dalam masa empat tahun dulu, rakyat melihat cinta Abdullah Hj Ahmad kepada Endon Mahmood boleh di ibaratkan macam Shah Jehan yang membina Taj Mahal sebagai tanda kasih kepada isterinya, dari juak-juak UMNO macam Brigedier Jeneral (B) di Ibu Pejabat UMNO, sanggup mencadangkan nama Endon Mahmood pada satu Dewan di Ibu Pejabat UMNO, yang semua orang tahu bahawa Endon Mahmood tidak mempunyai apa - apa jasa pun kepada UMNO. Di tambah pula tanpa sebab Kementerian Kesihatan terpaksa mengeluarkan bajet jutaan membuat Hospital Kanser Payu Dara di Putera Jaya dan bakal dinamakan Hospital Cancer Endon Mahmood.Nampaknya pengumuman kahwin Abdullah Hj Ahmad jika ambil dari segi apa yang diceritakan orang, sebenarnya, Endon Mahmood sudah sihat bila Abdullah Hj Ahmad sudah ditunjuk menjadi Perdana Menteri. Malangnya penyakit kanser nya datang semula bila mengetahui bahawa suami yang difikirkan takut dengan dia, sehingga kawan-kawan dalam UMNO memang tahu bahawa Abdullah Hj Ahmad di anggap takut bini kerana kalau tidak tak kan dia ikut sama meminta tetamu meninggalkan rumah bila Endon Mahmood sudah menjerit sedar bahawa Abdullah Hj Ahmad sudah bermain mata dengan adik iparnya. Itulah yang dikatakan punca kansernya menyerang semula.Dan khabarnya bila di Amerika semasa berubat, maka berlaku pertengkaran kedua mereka suami isteri dan berkatalah Endon Mahmood bahawa kalau dia nak kahwin dengan Jeanne tunggu dulu dia mati dan rumputnya dikuburkan sudah tinggi. Agak inilah yang dikatakan oleh orang-orang yang rapat dengan Abdullah Hj Ahmad bahawa perkahwinan ini wasiat Endon Mahmood dan kemungkinan rumput di kuburnya sudah panjang. Wallah alam bisab.Bila Abdullah Hj Ahmad berkahwin dengan Jean Denker yang sudah pasti dia bukan Melayu dan Abdullah Hj Ahmad terpaksa menunjukkan jiwa Melayu sehingga setiap kali Perhimpunan Agung UMNO dia terjerit-jerit "Hidup Melayu" akhirnya ini menjadi lambang Imam Besar Islam Hadhari ini. Jika di Turki, seorang calon Presiden tidak dibenarkan bertanding kerana punya isteri yang bertudung "skaf" bukan yang berbentuk telekung atau nampak muka sahaja, boleh diterima kerana memang Turki negara sekular. Tetapi di Malaysia yang ditadbirkan oleh Kerajaan Tiga Beranak dan Perdana Menteri bertaraf Imam Besar mazhab Islam Hadhari memang waktu Endon Mahmood hidup dia tidak pernah bertudung kepala dan dengan gambar yang di edarkan Jeanne Danker juga dalam keadaan yang sama. Kesimpulannya soal nafsu akan menewaskan "hidup melayu" kerana ahli-ahli UMNO yang memikirkan semangat itu akan juga menjurus untuk berkahwin dengan memilih dahulu orang Melayu, bukan tak ada orang Melayu yang hebat.Maka bila seru kepada anak-anak muda perempuan untuk memakai tudung, maka ada yang menjawab bahawa pastikan dulu Imam Besar Islam Hadhari yang bernama Abdullah Hj Ahmad itu isterinya memakai tudung, dan jika kami di bawah umur 25 tahun masih manis lagi tidak bertudung tetapi kalau umur sudah 50 tahun ke atas, tak sedar-sedar lagi. Sebelum mengajar manusia dengan ajaran Islam Hadhari eloklah imam itu mengajar isteri dan anak termasuk menantu dahulu, itu kata seorang pelajar IPT yang dirayukan supaya memakai tudung.Malaysia akan terus bertambah malang di bawah pentadbiran Imam besar ini, satelah segala usaha dilakukan untuk memperkayakan anak, menantu, adik dan ipar-duai serta sedang bercadang untuk menjual sebahagian tanah di Johor atas nama pembangunan WPI kepada negara asing khasnya Singapura. Maka jika dia masih diangkat menjadi Presiden UMNO maka dengan sendiri nya sebuah papan tanda satu cawangan di Jalan Raja Abdullah, Kg Baharu, Bahagian Titiwangsa yang menulis "UMNO Benteng Melayu" sudah tidak relevan lagi.Mekanisme demokrasi di Malaysia samalah seperti di Indonesia sebelum reformasi dulu ia itu menganut sistem demokrasi perwakilan (representative democracy) dan tidak menganut sistem pemilihan langsung seorang Perdana Menteri. Maka terpilihnya seseorang menjadi Perdana Menteri merupakan keputusan elit politik yang berkuasa seperti UMNO dan seseorang yang menjadi Presiden UMNO dan kemudian bergabung dalam satu pakatan kerajaan campuran dengan satu nama dan lambang Barisan Nasional, maka sudah pasti dia menjadi Perdana Menteri di waktu berlakunya pilihan raya, bertambah pula dengan Perlembagaan 1957 yang memberi kuasa prerogatif kepadanya untuk membubarkan Dewan Rakyat. Ini sudah pasti sebagai seorang yang berkuasa akan memastikan "yesman" supaya ada tempat menjadi calon dan segala tindakan rasuahnya boleh dipertahankan oleh Perdana Menteri seperti mana berlaku kepada Musa Aman di Sabah. Ini adalah kerana Musa Aman adalah penyokong kuatnya dan berkuasa untuk mengawal Ketua-Ketua UMNO Bahagian tidak satu pun penyiasatan dilakukan kepadanya.Telah tiba masanya, parti-parti pembangkang merubah cara bertindak mereka untuk menumbangkan Barisan Nasional, kecuali DAP yang di dominan dengan orang-orang Cina, lantas mereka memang tidak berminat menubuhkan kerajaan sebaliknya bersedia menjadi alat ugutan MCA kepada UMNO dalam beberapa isu kepentingan Cina, dan semua perjuangan DAP berjaya melalui MCA dan terakhirnya ialah dengan UMNO hampir 22 orang dalam kabinet bolah di kalah oleh empat Menteri MCA yang meminta penggunaan Bahasa Melayu hendaklah dikenali sebagai Bahasa Malaysia. Perkara ini boleh berlaku kerana UMNO tidak seperti dulu, di mana parti MCA, MIC dan lain-lain parti dalam Barisan Nasional bergantung dengan UMNO tetapi hari ini UMNO-lah yang bergantung dengan mereka dan pergantungan itu adalah kerana Abdullah Hj Ahmad mahu menjadi Perdana Menteri dan bukan berjuang untuk "Hidup Melayu"Cara bertindak parti pembangkang bukan menyerang Suruhanjaya Pilihan raya-SPR tetapi membuat reformasi Perlembagaan ia itu supaya jawatan Perdana Menteri di masukan sebagai pilihan secara langsung dari rakyat (pengundi) dan sesiapa pun boleh menamakan diri untuk bertanding dalam mana-mana kawasan pilihan raya serta mengisytiharkan diri untuk Jawatan Perdana Menteri. Setiap pengundi diberi dua kertas undi, satu untuk menghantar wakilnya menduduki kerusi dewan rakyat dan kedua untuk jawatan Perdana Menteri, jika dia mendapat undi popular yang mencukupi dan boleh dilantik menjadi Perdana Menteri oleh Yang Di Pertuan Agong maka perkataan "mendapat kepercayaan ahli dewan" akan bertukar dengan "mendapat sokongan undi rakyat" kerana perlembagaan memperuntukkan pelantikan Perdana Menteri didahulukan bagi menubuhkan kerajaan selepas PRU.Soal teknikalnya sama-samalah kita fikirkan kerana negara sudah banyak pakar pemikir undang-undang. Inilah reformasi yang patut dibuat oleh Parti Keadilan Nasional atau PAS sendiri dari membuat tindakan menambah musuh menyerang SPRJika tidak mahu pun perubahan mekanisme, untuk tempoh 50 tahun akan datang beginilah nasib rakyat Malaysia terutama orang Melayu kerana diletakan lembu pun dia akan berkata "mana titah patik junjung" dan berterusan Abdullah Hj Ahmad memupuk kekayaan nya. Alangkah malang juga nasib ahli UMNO mendapat Presiden parti yang “taste “ nya hanya sekadar orang gaji. Dan bertambahlah pula sekarang dia sudah macam “buy one you can get 2 free” atau beli satu dapat dua percuma.Sang Kelembai: Makna perkahwinan ini, mana-mana isteri Menteri itu kena sedarlah bahawa jangan sombong sangat dengan orang gaji termasuk dari INA macam dua tiga kerat isteri Menteri UMNO, kalau dia mati dulu dikhuatiri Menteri duda tu akan kahwin dengan orang gaji dan segala gelaran Datin berpindah kepadanya, siapa tahu walau pun umur dah sampai 70 tahun. Jadi beramai-ramailah kita dengar suara Rosmah Mansor yang akan menyebut Jeanne Danker yang pernah menyambut dia, dengan memanggil Jean Danker sebagai Yang Amat Berbahagia Datin Seri dan sama-sama bertaruh teh tarik.. agak-agak MB/KM mana yang akan mula memberi pingat Datuk atau Datuk Seri kepada Jean Danker, Sang Kelembai ambil Ali Rustam@Ali Ketam dari Melaka.