Friday, September 14, 2007

KEKUATAN AKIDAH MENGHALANG KERUNTUHAN AKHLAK

Hari ini umat Islam disibukkan dengan isu keruntuhan akhlak muda-mudi. Adakah ia benar-benar berlaku di dalam masyarakat? Ya, memang berlaku, bahkan sampai ke peringkat boleh menggugat keutuhan peribadi umat Islam keseluruhannya.

Pada hari ini, kita sering mendengar berita tentang anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa, bahkan sampai ke peringkat mencedera dan membunuh mereka. Berlakunya gejala pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan sehingga melahirkan anak luar nikah, remaja dirosakkan oleh bahan-bahan yang membahayakan tubuh badan seperti dadah, ganja, gam, ubat batuk dan sebagainya, bahkan kita sudah mendengar ada kanak-kanak sekolah yang mencederakan rakan sekolah dan kejadian melawan guru sehingga mahu membakar rumah guru dan sekolah, bukanlah suatu yang pelik pada hari ini.

Di manakah silapnya apabila pemuda pemudi menjadi rosak akhlaknya? Banyak jawapan yang boleh diberikan. Semua jawapan tersebut berkaitan di antara satu sama lain dan bantu membantu ke arah kerosakan akhlak remaja hari ini.

Asas pendidikan remaja adalah di rumah. Sekiranya di rumahnya sendiri mereka tidak mendapat asas pendidikan, maka apabila berada di luar rumah sudah tentu payah untuk membentuk peribadi Muslim yang sejati kerana godaan dan pancaroba di luar sana seperti pergaulan dengan rakan-rakan yang jahat, pergaulan bebas, hiburan yang melalaikan dan sebagainya adalah lebih hebat dan mencabar. Hanya mereka yang mempunyai asas pendidikan Islam dan diwarnai oleh akhlak yang murni yang berpeluang untuk selamat, namun bukan sedikit yang tercicir di pertengahan jalan.

Oleh itu, ajaran Islam telah menentukan cara untuk melahirkan rumah tangga Islam yang sejati, yang akan menumbuhkan tunas-tunas Islam, yang mampu tumbuh menjalar dan membesar dengan sempurna, tidak mampu dihalang dan dicantas oleh gejala maksiat yang bersimpang siur, kiri dan kanan, akan lahirlah pemuda-pemuda dan generasi sebagaimana firman Allah (maksudnya): Mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, maka kami (Allah) menambahkan kepada mereka dengan hidayah. (Al-Kahfi: 13)

Untuk melahirkan rumah tangga Islam yang sejati, di dalamnya terpancar kecantikan ajaran Islam, maka asas perkahwinan mestilah dibina di atas cita-cita Islam, bukan sekadar untuk memenuhi hawa nafsu. Biarlah pasangan yang mahu berkahwin itu berniat daripada perkahwinan mereka untuk melahirkan zuriat keturunan yang baik yang akan meramaikan umat Nabi Muhammad s.a.w. yang akan dibanggakan oleh Nabi s.a.w. di hadapan para nabi dan rasul yang lain, bukan sahaja kerana jumlahnya yang ramai tetapi juga kerana mereka patuh dan tunduk kepada ajaran Allah SWT.

Untuk mencapai tujuan tersebut, mereka yang berkeinginan mendirikan rumah tangga mestilah membuat pilihan pasangan masing-masing melalui kaca mata Islam, bukannya melalui kaca mata nafsu dan bisikan syaitan.

Di dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa seseorang perempuan yang dipilih untuk dijadikan isteri berdasarkan empat sifat: kerana kekayaannya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Sekiranya semua sifat tersebut tidak ada pada diri seseorang perempuan itu kecuali agamanya, maka sifat beragamanya yang mesti menjadi pilihan.

Pada hari ini, kaum lelaki yang ingin berkahwin dan ibu yang hendak mengahwinkan anak perempuan mereka tidak lagi memberi perhatian terhadap sifat beragama dan berakhlak. Perempuan yang mahu dikahwini itu mungkin dikenali di pusat membeli-belah atau di perhentian bas, di tepi pantai atau di dalam surat khabar melalui iklan mencari jodoh. Mereka menjadikan artis, penyanyi dan pelakon sebagai contoh isteri solehah sedangkan artis itulah perosak utama muda-mudi Islam pada hari ini kerana pakaian dan fesyen mereka menjadi ikutan di kota-kota dan pedalaman.

Sementara ibu bapa pula menerima sahaja lamaran untuk meminang anak gadis mereka tanpa menyelidiki sama ada teruna itu sembahyang, puasa menutup aurat atau tidak. Kita bimbang sekiranya anak gadis kita yang asalnya beragama, menutup aurat, sembahyang dan berakhlak mulia, apabila jatuh ke tangan lelaki yang tidak setia kepada agamanya akan membawa fitnah kepada anak gadis kita.

Islam juga mewajibkan ibu bapa mendidik anak dengan pendidikan Islam, mengajar mereka mengenal Tuhan sekalian alam iaitu Allah SWT, mengajar mereka perangai yang baik, akhlak dan kesopanan, mengajar mereka batas-batas halal dan haram dan bersikap tegas kepada anak-anak sekiranya ada timbul bibit-bibit untuk cenderung kepada kejahatan sebelum nasi menjadi bubur.

Firman Allah (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada azab api neraka, bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu, penjaganya adalah malaikat yang kasar lagi bengis, mereka tidak melanggar perintah Allah ke atas mereka dan mereka lakukan apa yang disuruh. (At-Tahrim: 6)

Allah Taala memerintahkan supaya setiap orang Islam berusaha menyelamatkan diri masing-masing dan ahli keluarga daripada azab api neraka. Bagaimanakah caranya? Caranya ialah dengan beramal menurut ajaran Islam. Suami hendaklah memastikan isteri masing-masing patuh kepada ajaran Islam pada perbuatan, percakapan, berpakaian dan melakasakan apa yang diwajibkan oleh Allah Taala dan meninggalkan apa yang dilarang.

Ibu bapa hendaklah sentiasa memerhatikan tingkah laku anak-anak mereka. Menjadi kewajipan untuk bertanya ke manakah mereka keluar, dengan siapa, bila akan pulang dan pelbagai soalan berkaitan. Jangan membiarkan anak-anak melakukan apa yang mereka suka walaupun melanggar batas agama.

Betapa ramai anak-anak yang tidak bersembahyang kerana berkawan 24 jam, pulang ke rumah untuk tidur dan makan. Betapa ramai anak-anak yang terjebak dengan ketagihan dadah dan ganja, pil khayal dan ubat batuk kerana terpengaruh dengan kawan-kawan. Pada asalnya cuma untuk cuba-cuba tetapi apabila sudah ketagih tidak lagi pulang ke rumah siang dan malam.

Anak-anak gadis sudah pandai berkawan dengan lelaki walaupun masih bersekolah menengah. Anak gadis diarak ke hulu ke hilir dengan motosikal oleh lelaki yang bukan suaminya, sudah menjadi perkara biasa di dalam masyarakat. Ibu bapa tidak lagi mampu berbuat apa-apa, sekadar memerhatikan sahaja gelagat anak muda mereka.

Anak pinak adalah harta penting yang dikurniakan oleh Allah. Jika seseorang itu bekerja bersungguh-sungguh untuk mencari sesuap nasi sedangkan rezeki esok hari belum dapat dipastikan lagi, mengapakah kita mensia-siakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah yang berupa anak sedangkan anak itu sendiri akan menjadi pesaka yang amat berharga apabila mati kelak, sekiranya anak itu menjadi anak yang soleh.

Sabda Nabi s.a.w. (maksudnya): Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali daripada tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya.

Marilah sama-sama kita kembali kepada ajaran Islam di dalam membina rumah tangga. Suami yang baik dijadikan untuk isteri yang baik, akan melahirkan pula anak-anak yang soleh, yang akan menjadi harta yang tidak ada galang ganti, bermanfaat semasa hidup dan sesudah mati. Itulah benteng yang yang paling kukuh untuk menghadapi kerosakan akhlak muda mudi masa ini

TIDAK PERLU FAHAMAN LAIN ISLAM CUKUP SEMPURNA

Wahai hamba-hamba Allah, saya berpesan kepada kamu dan kepada diri saya sendiri supaya bertakwa kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa. Carilah bekalan, sebaik-baik bekalan itu bertakwa kepada Allah Taala.

Marilah kita menyedari dan memahami dengan yakin bahawa Allah Taala telah menurunkan Islam secara sempurna dan Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan Islam dengan sempurna sehingga Allah Taala menurunkan firman-Nya di dalam al-Quran yang dibaca oleh umat Islam (maksudnya): “Pada hari ini, orang-orang kafir telah berputus asa daripada agama kamu, maka jangan kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada Aku. Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan bagi kamu nikmat-Ku dan telah Aku reda Islam itu menjadi agama kamu.” (Al-Maidah: 3)

Begitulah sempurnanya Islam, dan Rasulullah s.a.w. sendiri telah menunjukkan kepada umat Islam bagaimana beramal dengan ajaran Islam, bermula dengan mengucap dua kalimah syahadah, melakukan ibadat kepada Allah Taala, mendirikan keluarga, masyarakat dan negara yang mendaulatkan syariat Allah Taala termasuklah bagaimana melakukan perhubungan antara negara dan peraturan-peraturan dalam peperangan.

Allah Taala mewafatkan Rasulullah s.a.w. hanya setelah Islam itu sempurna dan Allah Taala tidak mewafatkan Rasulullah s.a.w. melainkan hanya apabila ada golongan yang sanggup mempertahankan Islam sehingga hari kiamat. Allah Taala, Tuhan yang bersifat Maha Mengetahui, maka wajib ke atas umat Islam yakin terhadap semua ajaran Islam yang diturunkan oleh Allah Taala dan yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.

Pada hari ini, lahir golongan yang berpendidikan dan ahli fikir yang membawa fahaman sekular yang memisahkan agama daripada urusan dunia. Fahaman sekular inilah menjadi senjata bagi musuh-musuh Islam untuk memesongkan umat Islam daripada ajaran yang sebenar. Apabila timbul semula kesedaran Islam di kalangan masyarakat Islam, maka senjata yang sama digunakan semula untuk menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar.

Amat menyedihkan apabila ada di kalangan cerdik pandai daripada umat Islam yang mengaku Islam dan mengaku kuat berpegang dengan ajarannya dan sangat marah jika dituduh tidak berpegang dengan ajaran Islam tetapi mereka boleh diperalatkan oleh musuh-musuh Islam untuk membawa ajaran sekular ke dalam masyarakat umat Islam.

Ulama Islam bermatian-matian menolak ajaran yang memisahkan agama daripada kehidupan. Ajaran sekular ini walaupun berjaya menumbangkan khilafah Islamiah yang berpusat di Turki pada tahun 1924 tetapi tidak berjaya menghapuskan Islam.

Pada masa yang sama ada juga di kalangan mereka yang digelar ulama, mereka sebenarnya ulama jahat, mengambil upah daripada musuh-musuh Islam untuk memesongkan umat Islam dengan mengatakan: Apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. daripada urusan mendirikan negara dan mentadbirnya dan apa yang ditunjukkan oleh baginda daripada segala urusan dunia adalah tidak ada kaitan langsung dengan agama dan bukan daripada perkara agama.

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. semuanya merupakan utusan agama yang menjadi contoh dan pengajaran kepada umat Islam. Bukankah Islam agama yang sempurna? Bukankah Islam mengajar perkara akhirat dan mengajar perkara dunia? Bukankah manusia dijadikan di atas muka bumi untuk mentadbir dunia dengan hukum Allah Taala?

Kita semua tahu pada hari akhirat manusia akan disoal tentang nyawa mereka, masa, harta benda, kesihatan dan sebagainya, yang itu semua merupakan urusan dunia. Ini membuktikan bahawa urusan dunia akan disoal pada hari kiamat dan mereka yang menguruskan urusan dunianya dengan ajaran Islam yang akan selamat di akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah untuk melaksanakan urusan dunia berdasarkan ajaran Islam. Rasulullah s.a.w. berhijrah kerana pemimpin-pemimpin Makkah dan kabilah-kabilah Arab tidak memberi peluang kepada Rasulullah untuk menegakkan ajaran Islam.

Apabila golongan Aus dan Khazraj besedia memberi tempat kepada Islam, sanggup menyerahkan dan mengorbankan semua nikmat pemberian Allah untuk menegakkan Islam, maka Rasulullah s.a.w. dan golongan Muhajirin diperintahkan oleh Allah Taala supaya berhijrah.

Apakah yang ada di sebalik hijrah itu? Adakah sekadar mendirikan masjid? Masjid yang didirikan oleh Rasulullah s.a.w. itu bukan sahaja digunakan untuk beribadat di dalamnya tetapi juga sebagai tempat untuk mentadbir urusan dunia dan urusan akhirat.

Islam adalah agama yang lengkap dan al-Quran adalah panduan hidup manusia di dalam semua perkara, dunia dan akhirat. Oleh itu umat Islam tidak perlu lagi kepada fahaman-fahaman dan sistem-sistem yang direka daripada Barat atau Timur. Islam sudah cukup untuk mereka.

Rasulullah s.a.w. telah menegur Sayidina Umar Al-Khatab r.a. apabila beliau mahu menulis cerita-cerita daripada ulama Yahudi ahlil kitab supaya tidak dilupai. Rasulullah s.a.w. menegaskan kepada Umar bahawa Islam sempurna dan al-Quran adalah panduan kepada umat Islam. Sekiranya Nabi Musa a.s. masih hidup, wajib ke atas baginda mengikut syariat Rasulullah s.a.w.

Ini bermakna sekiranya mana-mana nabi dan rasul dihidupkan kembali di dunia, maka mereka wajib mengikut syariat Islam yang sempurna yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Jika nabi-nabi dan rasul-rasul mempunyai syariat sendiri yang diturunkan oleh Allah kepada mereka dan mereka wajib mengikut syariat Rasulullah s.a.w. sekiranya mereka masih hidup, maka mengapakah umat Islam hari ini berani mengikut ideologi-idealogi dan fahaman-fahaman yang bercanggah dengan syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w., nabi mereka dan rasul mereka sendiri?

Thursday, September 13, 2007

MALAM PERTAMA

Malam pertama ……….
Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.
"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana ?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.
Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan?

Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:

"Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

Saturday, September 8, 2007

BAJET 2008

*Peruntukan RM30 bilion untuk pendidikan.
*Yuran sekolah dimansuhkan.
*Skim pinjaman buku teks diperluaskan kepada semua pelajar tanpa mengira pendapatan *isi rumah dan bilangan anak yang layak.
*Elaun guru pendidikan khas ditingkatkan dari RM100 kepada RM250 sebulan.

*Elaun guru ganti berkelulusan ijazah daripada RM85 kepada RM150 sehari.
*Menyediakan elaun RM60 sejam bagi lepasan ijazah dan RM50 sejam bagi lepasan diploma kepada guru yang mengajar bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan.
*Mengecuali cukai pendapatan bagi sekolah rendah dan menengah yang dibiayai oleh badan amanah dan pertubuhan amal. Ia akan memberi manfaat kepada sekolah Cina, Tamil dan sekolah agama.
*Menaikkan elaun sara hidup pelajar di semua peringkat pengajian tinggi tempatan termasuk kursus persediaan dan kursus bahasa, antara 23 peratus sehingga 84 peratus, berkuatkuasa mulai semester sesi 2007.
*Elaun sara hidup pelajar di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada sehingga 97 peratus, berkuatkuasa september 2007.
*RM2 bilion bon diterbit oleh Bank Negara untuk dilanggani warga emas 55 tahun ke atas - maksimum RM50 seorang.
*Kadar bantuan untuk warga emas dinaikan dari RM200 kepada RM300 sebulan berkuatkuasa 1 Januari 2008.
*RM105 juta untuk membina 280 Tabika baru menjadi jumlahnya lebih 7,600.
*Elaun bulanan orang kurang upaya (OKU) naik dari RM200 kepada RM300.
*Bantuan khas RM300 sebulan kepada penjaga OKU yang terlantas dan pesakit penyakit kronik.
*Potongan cukai kepada majikan bagi kos ubahsuai tempat kerja bagi pekerja OKU.

*RM381 juta untuk Program perumahan untuk rakyat - RM191 juta untuk program perumahan rakyat (PPR) disewa dan RM190 juta bagi PPR bersepadu.
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mempergiatkan pembinaan 6,000 unit (program pemulihan rumah terbengkalai), 36,000 unit (program perumahan mampu milik) dan 4,000 (program rumah mesra rakyat).

*RM8 bilion untuk tingkat kualiti hidup di Sabah dan Sarawak - antaranya, membina jalan dan menaikan taraf jalan, perkhidmatna kesihatan luar bandar, kemudahan hospital, perumahan kos rendah, bekalan elektrik dan air.

*RM200 juta pergiat aktiviti pelancongan di Sabah dan Sarawak.
*RM800 juta untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup bumiputera di Sabah dan Sarawak.
*Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pengeluaran bulanan untuk membiayai pinjaman perumahan.
*RM214 juta untuk tujuan pembasmian kemiskinan, antaranya langkah meningkatkan isu rumah, memperkukuh pembangunan modak insan serta memberi bantuan perumahan kepada golongan miskin tegar.
*RM117 juta diperuntukkan bagi melaksanakan program pengurangan kemiskinan dan program lonjakan mega untuk menjana pendapatan penduduk di kawasan kurang maju dan terpencil.

* RM680 juta untuk membina jalan luar bandar dan jalan kampung.
*RM462 juta untuk projek bekalan air dan elektrik luar bandar.
*RM70 juta kemudahan sosial dan RM15 juta pendidikan ICT di luar bandar.

*RM170 juta untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Orang Asli.

*RM782 juta diperuntukan untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk program pembangunan kapasiti dan kemahiran wanita, khususnya ibu tungga.
*RM10 juta bagi NGO memberi latihan kepada surirumah mengenai kaedah penjagaan bayi dan kanak-kanak.
*RM6 bilion untuk Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk banteras jenayah, tambah anggota.
*RM1 bilion untuk projek tebatan banjir termasuk di Sungai Muda, Sungai Kelantan, Sungai Damansara, Sungai Prai dan projek mengatasi banjir Kuala Lumpur.
*Pelepasan cukai sehingga RM5,000 bagi semua bidang pengajian peringkat lepasan *ijazah, serta di peringkat sarjana dan doktor falsafah.
*Pengecualian stem duti sebanyak 50 peratus bagi surat cara pindah milik bagi pembelian rumah berharga tidak melebihi RM250,000.
*Pengecualian cukai sehingga RM6,000 bagi setiap tahun perkhidmatan bagi pekerja swasta yang bersara wajib pada umur 50 hingga kurang daripada 55 tahun.
*Pelepasan cukai individu sehingga maksimum RM300 setahun bagi pembelian peralatan sukan dan senaman.
*Surat cara pindah milik hartanah atara suami isteri atas dasar kasih sayang dikecuali daripada stem duti.
*Cukai Korporat pada 2008 ialah 26 peratus dan pengurangan lanjut sebanyak 25 peratus pada 2009.

*Pengecualian cukai setem ke atas instrumen berkaitan penggabungan dan pengambilalihan syarikat senarai awam (PLC) akan dilanjutkan hingga 31
Disember, 2010.

*Membenarkan syarikat pengurusan dana Islam memiliki sehingga 100 peratus pegangan asing.

* KWSP akan menyalurkan dana RM7 bilion untuk diurus oleh syarikat syarikat pengurusan dana Islam.

*Membenarkan keseluruhan aset yang diurus oleh syarikat pengurusan dana Islam dilabur di luar negara

*Pengecualian cukai hingga 2016 akan diberikan bagi membiayai syarikat pengurusan dana atas semua yuran yang diterima berhubung aktiiti pengurusan dana Islam.

*Bagi menarik pelaburan dari Timur Tengah, insentif cukai akan diberikan untuk syarikat pembrokeran sedia ada bagi menubuhkan anak syarikat pembrokeran Islam.

*Tiga lesen baru broker saham akan ditawarkan kepada syarikat terkemuka yang boleh menarik dana dan menjadi pengantara bagi aliran perniagaan dan urus niaga di Timur tengah.

*Bagi mempromosikan lagi industri Takaful, beberapa cukai lain akan ditingkatkan, termasusk pemotongan cukai atas pembahagian keuntungan yang diagihkan.

*Syarikat Luar Persisir Labuan diberi opsyen untuk dicukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

*Pengecualian duti setem 50 peratus diberi atas dokumen pemindahan bagi pembelian sebuah rumah, bagi jumlah tidak melebihi RM250,000 seunit.

*Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd mewujudkan dana RM400 juta bagi meningkatkan pelaburan hartanah Bumiputera di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

*Kerajaan menyediakan peruntukan tambahan RM100 juta untuk menarik pelaburan berkaitan perkhidmatan kesihatan di WPI.

*PKS akan diberikan kelonggaran dua tahun untuk membayar cukai pada akhir tahun kewangan berbanding ansuran bulanan.

*Penyedia kemudahan rangkaian akhir akan diberikan elaun pelaburan 100 peratus atas perbelanjaan modal yang digunakan untuk jalur lebar sehingga 31 Disember, 2010.

*Pengecualian cukai jualan dan duti import akan diberikan ke atas peralatan jalur lebar dan peranti akses pengguna.

*RM12 bilion akan dibelanjakan dalam empat tahun akan datang, bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

*Projek Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang akan dilaksanakan menerusi tender tidak lama lagi.

*Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Koridor Sabah dan Koridor Sarawak akan dilancarkan tidak lama lagi.

*Bagi membasmi kemiskinan tegar, RM214 juta diperutukan untuk Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat; dan RM117 juta untuk Program Pengurangan Kemiskinan dan Program Lonjakan Mega.

*RM680 juta untuk pembinaan jalan-jalan kampung dan luar bandar, RM462 juta untuk projek bekalan air dan elektrik, RM70 juta untuk kemudahan sosial, dan RM15 juta untuk pendidikan ICT di luar bandar.

*Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC) memperuntukkan RM45 juta untuk pelakanaan projek SchoolNet bagi menyediakan kemudahan Internet di sekolah-sekolah.

*RM13 bilion diperuntukkan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan hospital, pembelian bekalan ubat dan perkakasan kesihatan.

*Pembinaan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Ulu Kinta, Kolej Kejururawatan Kuala Pilah, Hospital Tampin, Hospital Rehabilitasi Cheras serta Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur pada 2008.

*Dalam usaha menyemai tanggungjawab sosial korporat (CSR), syarikat senarai awam (PLC) perlu menzahirkan komposisi guna tenaga syarikat dari segi kaum dan genda serta program pembangunan vendor tempatan dan Bumiputera, dalam penyata CSR.

*Penubuhan dana permulaan RM50 juta untuk membiayai bersama projek CSR terpilih.

*RM9.7 bilion diperuntukkan untuk pelbagai jenis keerja penyelenggaraan.

*Galakan taraf perintis 100 peratus atau elaun cukai perlaburan sebanyak 60 peratus selama lima tahun diberi kepada syarikat yang melabur dalam pembinaan makmal bertaraf antarabangsa bagi pengujian peranti perubatan.

*Dalam menyemai tanggungjawab sosial (CSR), syarikat senarai awam (PLC) perlu menzahirkan komposisi guna tenaga syarikat dari segi kaum dan gender serta program yang dijalankan bagi membangunkan vendor tempatan dan Bumiputera dalam penyata CRS mulai tahun kewangan 2008.

*Kerajaan akan menyokong usaha untuk menubuhkan Dana CSR dengan peruntukan awal RM50 juta, untuk digunakan bagi membiayai projek-projek CSR terpilih.

*RM9.7 bilion diperuntukkan untuk pelbagai jenis kerja penyelenggaraan.
*RM176.9 bilion diperuntukkan untuk Bajet 2008 - RM128.8 bilion untuk perbelanjaan operasi dan RM48.1 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

*RM64 bilion atau 49.6 peratus perbelanjaan mengurus ialah untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap, RM36.2 bilion untuk emolumen, RM25.5 bilion untuk bekalan dan perkhidmatan, RM2.1 bilion untuk pembelian aset dan RM1.13 juta untuk perbelanjaan lain.

*Peruntukan terbesar ialah untuk perbelanjaan pembangunan yang melibatkan RM20.6 bilion untuk sektor pertanian, industri dan infrastruktur; RM15.6 bilion untuk pendidikan, kesihatan dan perumahan; RM7.0 bilion untuk sektor keselamatan; RM2.9 bilion untuk pentadbiran; dan RM2.0 bilion untuk simpanan luar jangka.

*Kerajaan menjangkakan dapat mengurangkan defisit fiskal kepada 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2007 berbanding 3.3 peratus pada 2006.

Defisit Fiskal dikurangkan lagi kepada 3.1 peratus pada 2008.

Pertumbuhan ekonomi pada 2008 disasarkan antara 6.0-6.5 peratus pada 2008.

ISTIDRAJ

ISTIDRAJ

Apakah istidraj itu?Patutkah atau tidak kita jauhi istidraj?Paparan ini amat penting,terutama anak muda supaya kita tidak terkeliru dengan istilah ini.Pemikiran kebanyakan umat islam hari ini nampaknya jelas kelihatan jauh menyimpang dari pemikiran seseoran islam dizaman silam.Pemikiran manusia dizaman serba maju ini telah dihanyutkan oleh arus keadaan dan diselaputi oleh kebendaan.Itulah sebabnya kita lihat masyarakat hari ini berbeza dengan masyarakat dahulu,masyarakat hari telah terpengaruh dengan apa yang ada disekelilingnya,dia tidak memandang jauh seperti orang-orang dahulu,padahal mereka ini tidak belajar tinggi hingga ke universiti.Masyarakat sekarang ada ijazah dikatakan cerdik tapi sebenarnya bodoh.Manusia mudah tertipu dengan kekuasaan,pangkat kebesaran dan kekayaan yang diperolehinya,lantas mereka tidak faham lagi dengan nikmat Allah.Jika dia berkuasa,dia gunakan kekuasaannya itu untuk menindas bawahannya dan tidak faham tentang nikmat dan rahmat Allah SWT.

Kuasa dan kekayaan untuk maksiat

Kebesaran yang dia ada digunakan untuk menzalami orang yang dibawah,kekayaan yang dia ada digunakan bukan untuk kebaikan dirinya tapi untuk beerbuat maksiat kepada Allah swt.Manusia golongan ini telah terkeliru dengan fahaman mereka sendiri dan tidak dapat membezakan nikmat pemberian Allah kepada hambanya yang setia dengan manusia yang durhaka,sehingga ada mengatakan orang yang mengikut jejak Rasulullah adalah orang yang paling teruk dengan memberi contoh mak bapa mereka sembahyang lima waktu,dengan sembahyang tahajjudnya,isnin,khamis berpuasa,bak kata mengikut ajaran islam tapi rumah mereka roboh juga,makan pun susah dibandingkan dengan orang lain yang tidak pernah sembahyang dan berpuasa tetapi rumah mereka besar dan hidup mewah dan bila ditanya tak takut neraka ke?mereka menjawab ramai orang yang akan masuk neraka juga!

Hendaklah kita tahu tentang nikmat-nikmat Allah yang telah dikurniakan pada makhluknya,pemberian pada yang dikasihi adalah pemberian yang di redhainya,tapi pemberian nikmat Allah kepada mereka yang melakukan maksiat adalah pemberian ISTIDRAJ.
Rasulullah saw. Bersabda:Apabila kamu melihat ALLAH Taala memberi nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah swt.(HR.At-Tabrani,Ahmad dan al-Baihaqi)
Tapi manusia yang durhaka yang terkeliru dengan pemikirannya berpendapat bahawa nikmat yang datang mencurah dari Allah dengan menyangka bahawa Allah kasih dan berserta dengan perbuatan maksiat mereka.Manusia ISTIDRAJ adalah manusia yang lupa daratan.

Maka mereka yang berpendapat sedemikian rupa,baik bagi mereka yang mengaku islam dan lebih-lebih lagi pada yang nyata kafirnya berterusan mereka mengunakan nikmat pemberian Allah yang berupa harta kekayaan,kuasa,pangkat dan kebesaran untuk melakukan penindasan dan durhaka pada ALLAH SWT dan mereka lalai dari mengingati Allah dan akhirnya mereka akan menemui kehancuran dan kemusnahan.Kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak untuk tujuan menghancurkannya,
Rasulullah saw.bersabda:Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut,Allah terbangkan semut itu dengan sayapnya(kitab nasaibul ibad).

Pemimpin-pemimpin yang di laknati ALLAH SWT

Buktinya telah banyak kita lihat dan dengar,berapa banyak pemimpin yang dahulunya gagah dan sombong telah dilaknati ALLAH,tidak kurang juga jumlahnya kerajaan yang besar lagi utuh telah pun hancur dan musnah.Firaun yang gagah mengaku tuhan,Namrud yang sombong membakar Nabi ALLAH Ibrahim,qarun yang kaya,ta’labah yang bakhil dan banyak lagi semuanya telah musnah dengan kebongkakan mereka.Kita baru naik kereta sudah sombong,Rasulullah saw.naik kelangit pun tak sombong,kita kalau jumpa orang besar sedikit sudah merasa bangga,Rasulullah saw. jumpa ALLAH swt dilangit tapi tidak sombong.Ada orang berkata sekarang ini hendaklah sesuaikan Islam dengan zaman,nampak jelas disini pemikiran kita hendak dikelirukan,hendaklah kita sedar Islam tidak boleh di sesuaikan dengan sebarang zaman,tapi zaman itu lah yang mesti disesuaikan dengan Islam dan tunduk dengan Islam.Bukanlah maknanya kita tak boleh kaya,kaya tidak salah disisi Islam,tapi biarlah kaya digunakan untuk kebaikan serta digunakan berjuang dalam islam.

Redhamu yang selalu kami rindukan,
Dan marah mu yang sangat kami takuti
Tuhan,
Lebih baik kami hidup miskin….
….asal dalam redha-mu,
Kami tak ingin kekayaan….
….didalam marah-mu.

Tuesday, September 4, 2007

WAWASAN REFORMASI

Kalau takut dilambung ombak jangan berenang di lautan dalam,jangan biarkan manusia durjana yang diamanahkan memusnahkan Negara kita,kita bertanggungjawab memastikan generasi akan datang hidup dalam keadaan yang sempurna dan sejahtera,kita juga harus memastikan alam sekitar kita bebas dari pencemaran dan pencerobohan,kita juga harus memastikan yang ugama islam menjadi ugama rasmi Negara kita dan kita juga harus memastikan undang-undang mengikut ajaran islam,kita juga harus memastikan yang kita mengamalkan kebebasan beragama tetapi penganut islam tidak dibenarkan keluar dari islam,kita juga harus mengekalkan bahasa Malaysia menjadi bahasa kebangsaan Negara dan semua urusan dan semua rakyaat akan berurusan dalam bahasa Malaysia,kita juga harus bertanggungjawab terhadap perhubungan semua masyarakat dalam Negara serta perhubungan dengan mesyarakat luar Negara,kita perlu mengekalkan identiti Negara,kita juga bertanggubgjawab terhadap keselamatan Negara kita,kita harus memilih pemimpin yang benar-benar amanah untuk memimpin Negara,sistem perundangan Negara juga harus benar-benar telus dan beretika,kita juga harus memastikan rakyat semua mendapat manafaat pembangunan Negara,tiada rasuah,kronisme,pilih kasih dan pecah amanah,kita juga harus memperkenalkan satu badan yakni lembaga intergriti Negara yang memastikan semua kakitangan yang diamanahkan tidak seweneneg-weneng nya melakukan kemungkaran pentadbiran, yang akan diurus dibawah perhatian parlimen Negara,kita perlu mengubal satu undang-undang yang membolehkan rakyaat memilih perdana menteri yang mereka inginkan melalui pilihanraya jawatan perdana menteri dikalangan ahli dewan Negara,kita juga harus memastikan sistem pendidikan Negara kita-benar-benar telus serta berwawasan dan bertanggungjawab dalam membina pemimpin generasi akan datang,masjid akan diberi peranan yang lebih besar untuk menjadi tempat orang ramai mencari ilmu dunia dan akhirat,masjid juga harus dinaikkan taraf menjadi pusat sumber terbuka dengan kepelbagaian sumber teknologinya,begitu juga dengan tokong-tokong hindu dan budhha serta gereja juga kita harus menyediakan sumber maklumat dan pengetahuan bagi mereka beragama hindu,budhha serta kristian.

Kita juga harus mengalakkan masyarakat kita untuk melancong dalam Negara sendiri agar wang kita tidak keluar,serta mengekalkan keindahan pusat perlancongan yang sedia ada,kita juga harus bertanggungjawab terhadap sistem pengangkutan Negara,bagi laluan darat,udara serta laut,kita perlu menaikkan taraf system transit ringan,bas Bandar serta kampong,penyusunan semula teksi yang perlu seragam dan mencerminkan budaya Negara yang benar-benar ikhlas dan amanah,serta mengalakan pengunaan kenderaan bersama untuk mengurangkan kesesakan serta pencemaran,kita juga harus berusaha menghasilkan tenaga yang tidak mencemarkan alam sekitar,dan kita juga harus memastikan sistem perhubungan kita berupaya merangkumi semua kawasan baik di hutan atau dibandar,kita juga harus memastikan yang internet merupakan satu sumber terbuka dan memastikan semua kawasan mendapat liputan rangkaian,memastikan setiap gedung baik dikawasan bandar dan pekan memberi liputan wifi percuma,termasuk masjid dan pusat beribadat yang lain.Kita juga harus memastikan yang akhbar-akhbar yang diberi lesen menjalankan kewajipan mereka dengan jujur dan amanah serta beretika,kita juga harus memperkenalkan sistem pilihan raya untuk majlis-majlis tempatan agar mereka yang dipilih benar-benar berusaha untuk kepentingan masyarakat setempat,kita juga harus memastikan kemudahan-kemudahan prasarana seperti sukan dan kemudahan-kemudahan lain digunakan sebaik mungkin agar dapat melahirkan ahli sukan yang akan menaikkan nama Negara,mengalakkan rakyaat mengunakan kemudahan prasarana ini dengan bantuan teknikal yang disediakan untuk semua masyarakat,kita juga harus memastikan setiap pemimpin menjalankan tugas mereka dengan amanah agar setiap masyarakat dapat manafaat dari nya.Juga yang terpenting sekali ita harus memastikan sistem kesihatan Negara kita benar-benar menjalaknan tugas dan amanah kepada yang lebih memerlukan,memastikan adanya bantuan kewangan pada mereka yang memerlukan,tidak kira kaum apa pun.

Tetapi lautan mana yang tiada gelombang dan Negara mana yang tiada sengketa,rakyaat mana yang tiada sengsara,perselisihan pendapat,politik serta agama merupa kan ancaman yang perlu dihadapi oleh para masyarakat semua,apa pun agama kita,bangsa kita,status kedudukan kita serta pekerjaan kita,kita harus bermula dari sekarang untuk berubah kerana kita adalah bertanggungjawab terhadap semua yang berlaku dan akan berlaku,generasi sekarang akan bertanggunjawab apa yang tinggal untuk generasi akan datang.Manusia mati meninggalkan nama,satu pepatah melayu dahulu kini bila manusia tu mati apa yang dia tinggalkan selain nama,beban sudah pasti baik pada keluarga sendiri mau pun pada Negara amnya sekiranya dia seorang pemimpin.Kita harus belajar tentang kesilapan yang telah dilakukan oleh pemimpin kerajaan sekarang yang telah dan akan memperlecehkan amanah yang rakyaat beri pada mereka,kita tidak boleh berpatah balik pada masa dahulu,apa yang harus kita lakukan bermula dari sekarang dengan membetulkan situasi pada semua peringkat dan pada semua perkara,insyaallah dengan kekuatan bersama dan izin ALLAH kita akan melihat apa yang kita buat sekarang akan dapat dimanafaat oleh generasi akan datang.Generasi ini adalah terdiri dari keluarga kita semua tak kira agama dan bangsa yang akan hidup dalam satu Negara yang aman serta harmoni berbudaya Malaysia serta berbahasa Malaysia dengan pegangan prinsip jujur serta amanah.

Gelombang telah bermula dan akan terus menyerang kita bila-bila masa,seharusnya kita telah sedar dan bersedia untuk menghadapi semua gelombang ini,ada pemimpin yang telah melakukan reformasi dan akan melakukan lagi reformasi dan mereka ini tidak berhenti dan sebagai rakyaat yang perihatin kita juga harus bersama-sama melakukan perubahan ini,perubahan ini memerlukan pengorbanan yang besar,tidak kira harta mau pun nyawa sebagai galas perjuangan untuk memastikan Negara kita tidak diperintah ikut sesuka pihak kerajaan yang mengamalkan undang-undang rimba ciptaan mereka.Amanah yang rakyaat beri mereka kata mandat kuasa yang akan melupakan siapa mereka sebenarnya kepada rakyaat,tempoh 5 tahun amanah yang diberi mereka guna untuk menipu agar kesinambungan pemerintahan mereka dapat dikekalkan,dengan apa jua cara pun mereka akan melakukan agar segala macam kejahatan yang selama ini mereka lakukan dapat di tutup dari pengetahuan masyarakat,mereka buat Negara ini seperti mereka sahaja yang pandai perintah,pihak lain mereka nafikan,dengan gelaran pembangkang,bukan kah pembangkang itu mewakili masyarakat yang tidak setuju dengan perbuatan pecah amanah yang dilakukan pihak kerajaan yang melakukan sesuatu sesuka hati mereka sahaja.Semakin lama mereka ini diberi kuasa semakin lama mereka ini lupa diri,dan semaikn banyak kerosakan yang di lakukan oleh mereka,lihat sahaja apa yang berlaku sekarang,masaalah social menjadi satu masaalah yang paling besar sekarang,dengan dadahnya,rempitnya,murtadnya,gejala hubungan seksualnya,dan sekarang yang lebih menakutkan pembunuhan yang dilakukan sesuka hati,yang berkaitan dengan pemimpin serta pihak penguasa keselamatan juga pun terlibat.Rasuah mereka tidak boleh di bendung lagi,mereka ini hidup dalam kedaifan jati diri mereka,bagi mereka dunia milik mereka akhirat belakang kira,karma pasti akan muncul Cuma masa saja menentukannya.

Kiranya matinya kita menjadi perreformasi serta membangkang maka sebenarnya kita telah bersama-sama membantu untuk mengubah nasib generasi akan datang,walaupun nama kita tak sebaris pemimpin yang dikenali tetapi jasa kita pasti akan tetap dikenang oleh zuriat serta keturunan kita.Dengan berbekal kan kejujuran dan amanah kita mulakan niat agar kejayaan berpihak pada kita insyaallah,dan dengan kejujuran serta amanah ini kita akan bina satu kerajaan baru insyaallah,dan dengan kejujuran serta amanah ini kita bina satu masyarakat yang baru insyaallah dan dengan kejujuran serta amanah kita REFORMASI kan Negara MALAYSIA tercinta ini.
ALLAH HU AKHBAR!ALLAH HU AKHBAR!ALLAH HU AKHBAR!REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!

TERIMA KASIH GREAT BRITAIN,JEPUN DAN PKM

Dalam kita meraikan Hari Kebangsaan atau Hari Nasional dan sempena Jubli Emas Kemerdekaan Tanah Air kita bersama yang dahulunya bernama Semenanjung Emas, Tanah Melayu, Malaya, Persekutuan Tanah Melayu dan hari ini Malaysia, di samping kita bersyukur kepada Tuhan, kerana dilahirkan di sini dengan limpah kurnia rezeki alam yang melimpah ruah dan kemudian khabarnya kita sudah merdeka, jangan lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang pernah berjasa kepada negara ini, walau pun dia bernama Portugis, Belanda, British atau juga yang bernama PEKEMAM- Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya dan PKM - Parti Komunis Malaya.

Kedatangan Penjajah dari Barat khasnya British telah banyak membantu kita (rakyat Malaysia) mematangkan tamadun manusia yang tinggal dan menduduki tempat di planet bumi yang bernama Malaysia. Walau apa sekali pun pandangan buruk kita kepada British dalam keburukan British menjajah kita banyak juga kebaikan yang dilakukan kepada tanah airnya ini.

Kita beruntung dijajah oleh British yang datang dari barat, jika dibandingkan kepada negara-negara lain yang dijajah oleh Perancis, Sepanyol, Portugis dan Belanda dirantau timur jauh ini.

Tidak ada siapa yang hendak mempersoalkan titah ucapan Sultan Hj Ahmad Shah, Pahang di UIA yang mengatakan bahawa negeri-negeri Melayu tidak pernah dijajah oleh Inggeris menjelang 50 tahun Hari Nasional. Pada mereka yang berakal, sudah pasti memahami maksud Sultan Pahang itu, bahawa janganlah dibesarkan sangat isu Malaysia pernah dijajah oleh Inggeris kerana 50 tahun akan datang bila meraikan 100 tahun Malaysia... generasi akan datang akan mengetawakan kita kerana menganggap Sejarah pun pada generasi 50 tahun pertama pun hendak dipolitikkan.

Malaysia khasnya beberapa negeri Melayu bernaung seperti Johor memang sebuah negeri Merdeka dan total diperintah oleh Kerajaan Monarki yang bernama Maharaja yang mungkin mengikut format wilayah Kerajaan Beraja di India, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu memang diberi oleh British. Jika tidak kerana Jepun kalah Perang dunia kedua, kemungkinan keempat negeri berada tersebut kekal sebahagian negeri Siam kerana di zaman Jepun menguasai Tanah Melayu pada dasarnya negeri tersebut sudah diserahkan kepada Siam oleh Jepun.

Tinggal empat negeri Melayu bersekutu, Selangor, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan dan yang kesemua negeri ini menerima Residen Inggeris sebagai penasihat dan dua negeri lagi kekal sebagai tanah jajahan Inggeris iaitu Penang atau Pulau Pinang yang dipajak dari Sultan Kedah sepanjang ada matahari dan bulan dan tidak seperti Hong Kong yang dipajak hanya 99 tahun. Melaka memanglah sudah menjadi sebuah negeri jajahan British setelah bertukar dengan Bangkulin. Singapura memang punya status yang mana Johor sudah tidak ada apa kepentingan kerana sudah dijual oleh Tengku Hussein, sebuah negeri yang asalnya milik Syarikat Hindia Timor dan kemudian bertukar menjadi tanah jajahan Inggeris.

Dalam negeri Melayu bersekutulah British memulakan dengan memberi nasihat dan menggerakkan ekonomi dan pentadbiran yang kukuh secara ala British. Dengan memulakan prasarana pengangkutan, seperti Jalan Raya, Kereta Api dan Pelabuhan di abad ke19, dengan tiba-tiba Malaysia telah menjadi satu wilayah penting hubungan timur dan barat.

Keikhlasan British dalam timbal balas meraih atau menelan ekonomi Malaysia, British dengan segera membina sistem pendidikan di Tanah Melayu dengan pembinaan beberapa sekolah, di Pahang dengan Clifford di Negeri Sembilan dengan King George, di Selangor dengan Queen Victoria dan Anderson di Perak di samping tanah jajahannya Penang dengan Penang Free School dan Sekolah Tinggi di Melaka.

Dan terakhirnya membina Malay College di Kuala Kangsar, dan Maktab Perguruan Sultan Idris sebagai pelengkap untuk memajukan Tanah Melayu yang akan satu masa dipikul oleh orang Melayu sendiri.

Akhirnya dengan kewujudan beberapa sekolah dan institusi pendidikan tersebut maka berjayalah Malaysia diserahkan secara autonomi oleh British kepada rakyat tempatan bagi mentadbirnya dan setelah itu British telah merancang secara tipu helah untuk menyatukan negeri-negeri Tanah Melayu, dengan pendekatan Malayan Union yang telah ditolak di Durbar Seri Menanti di penghujung tahun 1930an, British telah menggunakan isu tersebut sehingga membawa wujudnya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Tidakkah kita semua terfikir dalam kesibukan kita semua memperkatakan Malayan Union, kita tidak pernah bertanya kenapa British berdiam diri dengan sikap orang-orang Melayu yang berkumpul dan berdemonstrasi menentang Malayan Union, kenapa British tidak menggunakan kuasanya untuk menyerang penunjuk perasaan sebaliknya seperti membenarkan ia berlaku. Itu sebab golongan tua berkata lebih baik kita berada di zaman British, sekurang-kurang British membenarkan semua orang tunjuk perasaan sama ada secara berkumpulan dan melibatkan semua parti politik, kesatuan sekerja dan petani tetapi hari ini ada masanya macam bukan sebuah negara yang Merdeka.

Kerana British-lah yang melahirkan anak bangsa khasnya orang Melayu boleh membaca dan menulis dari sekolah yang dibina dan dibiayai oleh pentadbiran British maka lahirlah pejuang-pejuang kemerdekaan. Cuba perhatikan pejuang kemerdekaan dari UMNO, kesemuanya berasal dari pendidikan yang diadakan oleh Inggeris dan ada setengah yang ditaja oleh British belajar di London sendiri.

Begitu juga Jepun yang menyerang Malaya, pada asalnya dianggap sebagai negara yang akan membebaskan imperialis barat di kawasan Asia Timur tetapi sebaliknya menjadi imperialis yang lebih zalim dari barat. Penaklukan Jepun atas Malaya menyebabkan landskap politik Malaya telah berubah keseluruhannya dan sehingga British datang semula dengan membawa gagasan Malaya Union.

Betapa pun orang Melayu bangga kerana berjaya menolak gagasan Malayan Union tetapi Malayan Union - lah formula yang akhirnya melahirkan Persekutuan Tanah Melayu dan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam satu kerajaan Persekutuan yang kuat seperti mana yang di cita-cita kan oleh British.

Antara alasan yang kukuh dan juga disiarkan beberapa kali oleh RTM adalah perundingan Tunku dengan British yang membawa kejayaan kemerdekaan iaitu “argument” Tunku kepada British bahawa selagi Malaya tidak dimerdekakan segera, selagi itu Parti Komunis Malaya akan memberontak secara bersenjata dan mendapat sokongan rakyat kerana PKM ada alasan yang kukuh bagi meneruskan perjuangan.

Ini memberi pengertian bahawa Tunku Abd. Rahman telah menggunakan pemberontakan komunis atau lebih tepat dipanggil "perang saudara" di Malaya kerana perkataan "perang saudara" sesuai digunakan kerana PKM disertai oleh berbagai kaum kerana khasnya Selangor telah pernah menghadapi pemberontakan menentang Kerajaan Negeri Selangor sama ada di bawah Sultan atau Imperialis British yang dipanggil Perang Saudara. Maka bagi menamatkan perang saudara itu ialah dengan memberi kemerdekaan.

Kenyataannya bahawa PKM-Parti Komunis Malaya yang menggunakan pemberontakan bersenjata (istilah pemberontakan pernah digunakan tetapi sekarang sudah dilupuskan) sebenarnya bukan sahaja telah menyumbang ke arah kemerdekaan Malaya tetapi antara sebab mengujudkan gabungan Parti Perikatan, kerana kelompok Cina kapitalis amat bimbang jika tidak menyertai UMNO kemungkinan senario kedudukan mereka akan berubah kerana secara kebetulan PKM dipelopori oleh orang Cina dan memanglah diakui bahawa kegiatannya dibiayai oleh orang-orang China, seperti mana keluarga Kuok Brother yang mana hari ini Robert Kuok adalah salah seorang penasihat WPI-Wilayah Pembangunan Iskandar, di mana terdapat seorang keluarganya menyertai komunis hanya semata-mata untuk menjaga kepentingan ladang-ladangnya tidak diganggu PKM. bagaimana pun dia telah ditembak mati oleh askar British di Kluang, Johore.

Sang Kelembai: Bila melihat program TV kisah 50 tahun Merdeka, ini sebenarnya meraikan 50 Tahun Malaya dalam satu Kerajaan Persekutuan yang kuat, beberapa fakta diketepikan dan yang ketawanya ialah “backdrop” di Dataran Merdeka hanya memaparkan gambar-gambar era Mahathir Mohamad tetapi tidak ada satu gambar kejayaan era Abdullah Hj Ahmad kecuali kincir Funfair di Tasek Titiwangsaa, yang menggambarkan dalam zamannya,orang Melayu hanya suka berhibur.