Thursday, August 23, 2007

KEMERDEKAAN BUKAN LESEN HALALKAN TINDAKAN

Mengenangkan apa yang berlaku sejak pertengahan dekad 80an, setiap kali kemerdekaan disambut hanya mengecamukkan fikiran dan mengguris hati ini dengan lebih mendalam. Rasa bangga sebagai anak di bumi merdeka dalam ertikata yang sebenar mulai pudar apabila melihat berbagai peristiwa tidak menyenangkan silih berganti.Walaupun orang-orang British telah lama pergi, pengisian kemerdekaan masih tidak menampakkan sebarang perubahan yang nyata.

Kemerdekaan yang diperolehi telah digunakan sebagai lesen oleh segelintir kecil rakyat Malaysia yang berada di persada kuasa untuk menghalalkan apa sahaja yang dilakukan ke atas rakyat Malaysia lain, kononnya atas nama kepentingan negara. Rakyat yang menuntut kebenaran dan hak, dilayan dengan sedemikian rupa supaya mereka tidak lagi berani bersuara. Semuanya atas nama menjaga ketenteraman awam.Perkembangan beberapa tahun kebelakangan ini hanya menjadikan fikiran dan hati ini semakin kacau. Entah apa yang bakal menimpa sebahagian besar anak-cucu kita.

Nilai-nilai kehidupan yang murni hanya menjadi mainan bibir. Bersandarkan kepada tahap kesetiaan yang boleh membuatkan Hang Tuah merasa malu, kekayaan begitu mudah dikumpul sehingga cukup untuk membiayai kehidupan beberapa keturunan.Masing-masing berebut-rebut menyanjung pemimpin, ahli-ahli keluarga dan orang suruhan mereka, semata-mata untuk mendapatkan perhatian meskipun jasa dan sumbangan mereka masih terhad dan terlalu awal untuk dinilai. Anugerah dan gelaran kebesaran diberikan begitu mudah sehingga membuatkan sesetengah kita tersenyum sinis dan menggeleng kepala.

Apa yang lebih memualkan, menara gading yang dikatakan penjunjung nilai-nilai luhur turut serta dalam perlumbaan yang tidak menampakkan sebarang kesudahan ini.Integriti dan moral tidak lagi dijadikan kriteria utama untuk pemilihan pemimpin dalam organisasi-organisasi utama yang menjadi tunggak kepada pentadbiran negara. Pemimpin-pemimpin palsu sama ada dari segi kata-kata, sikap, tindakan dan kelulusan akademik, terus diberikan ruang dan dimartabatkan oleh kelompok tertentu.Kedudukan hanya menjadi alat untuk menjaga kepentingan diri dan bukannya platform untuk membantu memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara.

Lihatlah sahaja perbezaan kekayaan fizikal mereka yang dipamerkan terang-terangan kepada rakyat sebelum dan selepas menjadi pemimpin. Dan perhatikan nasib rakyat kebanyakan yang terus hidup dalam kesukaran walaupun negara telahpun merdeka selama 50 tahun.Ingin dijulang sebagai wira, mereka berucap penuh berkobar-kobar di hadapan perhimpunan tertentu bahawa mereka akan bertindak sebagai pembela bangsa, agama, negara serta institusi diraja. Mereka ini gemar menuduh pihak yang tidak sependapat dengan mereka dengan perkataan yang begitu negatif seperti iblis dan pengkhianat. Namun secara realitinya, mereka ini mengikut resmi ayam – kokok berdera-derai tetapi ekor bergelumang tahi.Mengisi kemerdekaan kini menjadi tugas yang lebih sukar bagi kita semua. Apatah lagi untuk generasi akan datang. Untuk itu, terima kasih wahai para pemimpin

CEMERLANG,GEMILANG ,TERBILANG

Pemimpin Cemerlang Berfikiran PanjangSalah satu sifat pemimpin yang CEMERLANG ialah berfikir panjang sebelum berkata apa-apa kepada khalayak. Sekiranya beliau berkata-kata, kata-kata itu berpandukan hujah yang kukuh atau mencerminkan keperibadiannya dan diungkapkan dengan cara yang terhormat serta dapat memberikan inspirasi kepada pendengarnya.

Pemimpin berkenaan dikatakan GEMILANG apabila beliau dilihat sentiasa berjaya mengotakan apa yang dikata meskipun terpaksa berhadapan dengan berbagai rintangan. Kejayaan ini, biarpun mengambil masa untuk dicapai, ditempa menerusi penggemblengan usaha bukan bermusim yang diiringi dengan sokongan tulen daripada mereka yang terlibat.

Pemimpin tersebut menjadi TERBILANG apabila berupaya memastikan apa yang dikotanya terus dipertahankan serta diperbaiki tanpa perlu menunggu sebarang maklumbalas dari mereka yang dipimpin kerana semuanya dilakukan bukan untuk kepentingan peribadi tetapi demi kepentingan umum. Pemimpin ini sentiasa mengingati dirinya bahawa beliau memikul amanah yang amat berat dan sehubungan itu, tidak pernah mengizinkan dirinya atau ahli-ahli keluarganya dipuji atau disanjung sewaktu masih di tampuk kuasa.

Malangnya, komponen paling utama dalam parti pemerintah tidak dilihat mempunyai pemimpin yang CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG dalam ertikata yang luhur. Cukup dengan memerhatikan gelagat semasa pucuk pimpinan tertinggi dari barisan utama dan sayap-sayap yang ada, dada ini terasa amat sesak dengan pilihan telah yang dibuat oleh para perwakilan.

Yang ada cuma pemimpin yang CURANG (kepada bangsa, agama dan negara), GIRANG (dengan kehidupan peribadi dan illusi yang dicipta) dan TEMBERANG (kerana bersikap talam dua muka dan hanya tahu berjanji). Itulah persepsi yang diberikan selepas mengamati tindak-tanduk mereka selama bertahun-tahun.Cemerlang, Gemilang, Terbilang – Malaysiaku Gemilang!Curang, Girang, Temberang – Malaysiaku Goyang

BLOGGER PONDAN ATAU OTAK TERLALU MAHAL

Dibawa Khas Oleh : Tun TelanaiAssalamu’alaikum wm.wrtBermula pada 23 Julai 2007 lalu, Muhammad Muhd.Taib @ 2M membuat laporan polis terhadap pengendali laman Malaysia Today [MT] yang dikendali oleh YM Raja Petra Kamaruddin [RPK] di atas dakwaan kononya menyiarkan komen-komen yang menghina yang Dipertuan Agong,agama Islam dan berbau perkauman. Pengendalinya, RPK yang dipanggil memberi keterangan polis dan disoal-siasat selama lapan jam pada 25 Julai 2007 lalu dari pulkul 12.30 tengah hari sehinggalah masuk maghrib 7.30 malam. Kemudian pada 8 Ogos 2007 lepas, isteri RPK pula dipanggil oleh pihak polis untuk disoal-siasat yang makan masa selama kira-kira 90 minit dari jam 11.05 pagi hingga 12.30 tengahari. Tian Chua juga tidak terlepas, beliau telah disiasat oleh pihak polis pada 16 Ogos dan pada 21 Ogos pihak polis sekali atas arahan dajal_UMNO telah melakukan pecah-masuk dan selongkar pejabat Ketua Penerangan PKR itu .Pada hari ini juga pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media Malaysia telah turut serta menjalankan penyiasatan berdasarkan laporan yang dbuat oleh Khairy Jamaluddin dan ahli-ahli Pemudanya pada 10 Julai lalu.Pada saat itu, perangai 2M ini macam SYAITAN. 2M berkeliaran mengejar mangsanya [para blogger] seperti ‘babi hutan’ dalam kesakitan. Menyerang siapa sahaja yang mengkritik kerajaan yang kurop. 2M ini tidak ada maruah dan harga diri. Tubuh badannya penuh disaluti dengan ‘tahi @ shit’ yang amat busuk merebak ke seluruh negara. Perangai babinya ini dicurahkannya pada majlis perjumpaan pemimpin Penerangan UMNO Bahagian seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 18 Ogos lalu. Mulut busuknya telah menyembur kata-kata yang amat pedas. Sila rujuk :http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm/content.asp?y=2007&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
Rencana yang ditulis oleh Husin Lempoyang mencerita segala-segalanya tentang sifat buruk lagi keji 2M ini. Sila ikuti :Bayangkan Malaysia dalam tahun 2057.Setelah melewati tahun mercutanda Wawasan 2020, tahun itu adalah mercutanda tahun Misi Nasional 100 tahun wawasan terbilang Dato Seri (mungkin dah pencen dan disebut sebagai arwah Tun) Abdullah.Masa itu, teknologi bio-medical sudah begitu maju kehadapan. Dengan teknik cryogenic semasa, bahagian dan organ manusia boleh disejuk dan kitar semula untuk pesakit-pesakit. Semasa itu, KNI (Singapore) Inc (nama pendikkan Khazanah Nasional International yang berpengkalan dan dikuasai Temasek) membuka pusat-pusat cryogenic yang menjual bahagian-bahagian dan organ organ-organ manusia untuk kegunaan pembendahan perpindahan organ (transplant). Satu hari, datanglah seorang pelanggan yang ingin segera jadi genius (walaupun tidak masuk Oxford belajar PPE) dan mahu memilih otak untuk di transplant pada dirinya. Dia berlegar-legar di ruang untuk otak-otak manusia yang dipamer dalam balang kaca yang tertulis kod-kod tertentu. Seorang jurujual yang juga pakar bio-medical datang menghampirinya dan menawarkan bantuan penerangan.Pelanggan menunjuk arah kepada satu balang otak yang ditulis Otak Jepun dan bertanya harga. Pakar dan jurujual itu memberitahu harganya agak mahal dalam RM50,000. Dia menerangkan bahawa satu masa dahulu orang Jepun terkenal sebagai bangsa yang disiplin, kuat bekerja, dan kreatif. Negara Jepun suatu masa dahulu menguasai industri dunia.
Teringin pula dia mengetahui berapa agak Otak Yahudi. Maklumlah Yahudi adalah orang-orang yang paling pandai dan lecek. Jumlah mereka sedikit tetapi mereka berada di semua tempat-tempat strategik dalam dunia. Bangsa Yahudi menguasai dunia melalui proxy. Bila ditanya, pakar memberitahu Otak Yahudi berharga RM60,000.Hanya untuk pengetahuan, dia menanyakan Otak Einstein. Pakar menjawab mereka ada Otak Einstein dan harganya mahal sedikit dalam RM70,000.
Pelangan itu hairan kenapa tidak jauh beza harga Otak Jepun, Otak Yahudi dan Otak Einstein.Langsung dia ternampak di satu sudut Otak yang agak besar balangnya dan bertanya, “Ini nampak mahal. Berapa harga dan otak siapa?”Pakar menjawab, “Oh … ini Otak Arab, sangat mahal dalam RM150,000”.
Terkejut pelanggan itu dan berteriak, “Oi mahalnya. Arab bukan cerdik dan sering hilang pertimbangan kerana mudah emosi…”Pakar menerangkan harga mahal sebab jarang guna dan banyak neuron yang belum diguna pakai.
Pelanggan tersenyum di dalam hati sambil matanya berlegar-legar dan terpandang satu otak. Otak itu diletak tinggi disatu pentas para-para, disimpan dalam balang yang bercaya keemas-emasan dan disuluh dengan cahaya. Sambil memandang kepada pakar, dia berkata otak yang itu pasti mahal dan tidak pernah diguna.“Itu diluar kemampuan orang biasa kerana harganya RM1 juta”, jawab pakar bio-medical dan jurujual.“Otak siapa? Kenapa dia jadi mahal sangat?”

Pelangaan bertanya sambil terpegun.“Ohhh … Ini mahal kerana ini Otak Malaysia dari zaman cemerlang , gemilang dan terbilang Islam Hadhari. Saya tidak tahu terperinci latarbelakangnya, kena merujuk rekod. Yang saya tahu, ia kepunyaan seorang bekas ahli politik zaman itu.”Jurujual menyambung,
“Otak dia memang kurang diguna. Neuronnya masih banyak ruang dan aliran darah dan saraf sangat baik. Mungkin dia merupakan seorang tidak pernah berfikir sebelum melakukan tindakan.
Walaupun otaknya jarang-jarang diguna, dia amat berpotensi.”Mengikut rekod sejarah, dia pernah menjadi Menteri Besar dan boleh membohongi Sultan. Yang jadi tersangat mahal adalah kerana dia boleh temberang mahkamah asing hingga percaya dia tak tahu berbahasa Inggeris.”Terpinga-pinga pelanggan itu hairan macam mana Otak begitu boleh sampai sejuta.Beginikah nilainya kepada otak yang suka bertindak tanpa berfikir?

Ewah ewah … pada hari Sabtu baru-baru ini, dengarnya marah betul Tan Sri Muhammad Muhammad Taib atau Mat Tyson atau kini digelar 2M. Senang senang memanggil blogger sebagai pondan dan tidak jantan kerana tidak berani berdepan dan tidak hos di dalam negara.Ini macam budak lenget yang mundum asyik kalah main gasing. Teringat nyanyian yang Husin guna untuk sakat kawan-kawan yang hampir nak menangis.
Nget nget paku benang
Orang lengit cari tunang
Boleh diubah suai, jadi berikut:
Nget nget sondol perempuan
Tan Sri lengit panggil blogger pondan
Tan Sri yang lengit serba ketinggalan.
Baru beberapa minggu lepas. Khairy dah mengaku UMNO kalah didunia siber. Masa Tan Sri memberi sidang akhbar, bayangkan malu air muka Khairy disebelah.Sekarang macam mana nak menang? Perdana Menteri yang serba “I don’t know” berpura-pura diam ranggi (elegant silence).
Jalan sentiasa dipimpin. Cakap sentiasa dikawal selia supaya cakap tidak merepek. Bila ditanya pemberita soalan yang dia tidak tahu jawab, dia marah pemberita. Sebenarnya bukan UMNO yang kalah, orang Pak Lah yang half past six. Dulu tak kalah, pasal Dr Mahathir jelas dalam memberi penerangan.
Sekarang macam mana nak jelas memberi penerangan? Yang memberi penjelasan dan berhujah di alam siber adalah Mat Rempit. Mereka tahu maki hamun, mengejek orang macam budak-budak, dan berhujah macam tengah khayal pil ecstasy… lain dibincang, lain dihujah.
Cuba baca laman KPMU … Kumpulan Perempit (Kasi) Malu UMNO.Lagi menurun prestation … opps prestasi kerja Tan Sri.Macam ini bakal mahal lah otak dalam tahun 2057.
Hari itu dahlah pergi buat repot polis di IPD Dang Wangi tapi tak memberi butir tuduhan.Husin dah nasihat, cara nak menghadapi blogger adalah dengan keupayaan memberi penerangan dan berhujah yang jelas dan berfakta. Kalau tak tahu bahasa Inggeris, lagi lah susah.
Cara mengugut menggunakan Akta Defamation, OSA, ISA, Akta Hasutan dll dah tidak ada kredibiliti pada pandangan orang ramai. Taktik mengeliru dan membuat tuduhan melulu tanpa fakta dan kandungan sudah basi. Hentikan perangai kebudak-budakan memanggil mengejek - pondan, monyet, goblok, suri rumah tak kerja (kesian para suri rumah dihina), dan pembohong. Lagi hilang kewibaan di mata rakyat.Goyak denge jelah. Hok mana fitnoh, hok mana hasut, hok mana hina, dan hok mana gugat keselamate dan keamane?
Orang Malaysia bukan bodoh hingga perbincangan di Internet boleh sampai jadi pergaduhan antara kaum dan agama.Cubalah fikir.
Hanyalah Internet saja ruang untuk rakyat boleh menyatakan pandangan secara terbuka untuk menyuarakan pendapat, kebimbangan, memberi timbal balas dan mendedahkan kebusukan (rotten) rasuah dan penyelewengan.
Dengan penguasaan kesemua media perdana dan hingga mengugut dan menahan Dr Mahathir untuk berucap, mana lagi ada ruang? TV3 sibuk funfair Sure Heboh. NST dah jadi New Spin Times. Bernama dah mula rosak nama. Macam mana nak jelas dan yakinkan rakyat?

Betullah half past six. Ini bukan pentadbiran yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang …. tapi otak pentadbiran serba Cempelung, Gelembung, dan Terbarai.
Tanya pada Tan Sri, macam mana kami tidak blog menggunakan laman luar negara? Adakah hos blog tempatan yang percuma?
Macam mana kami tak jadi penembak curi, seperti yang digelar Shaziman, kerana tidak bersuara dengan identiti terbuka? Elleh … Mat Rempit KPMU pun menggunakan nama samaran dalam laman web dan blog masing-masing.
Lihat mereka-mereka yang bertanggungjawab disoal siasat tanpa sebab dan mahu ditahan sewenang-wenang di bawah OSA, ISA dan apa lagi A. Apa jadi pada RPK, Marina, Nat Tan, Rocky, Jeff, Tian Chua, Namewee, dan Dato Ron (terima ugutan bunuh)?
Husin sebut walaupun pembangkang, kerana demi hak bersuara.Dalam diam-diam ada 14 orang telah dipanggil soal siasat dan dirampas komputer, termasuk seorang penulis terkenal.Mana cerita seperti blogger Hamzi yang cuba diputarbelit dengan blog tipu oleh blogger “Mamak” Malaysia.
Blogger tahu dan faham Akta Multimedia memang sebahagain dari undang-undang tertulis termasuk Undang-Undang Defamation, Hasutan OSA dan ISA. Kuasa MCMC dibawah Seksyen 223 terhadap blogger hanya melibatkan penyalahgunaan kemudahan fasiliti dan perkhidmatan.
Dalam NST dah laporkan baru-baru ini, Encik Muhamad Tahir Muhamad Noor, Acting Pengarah Komunikasi Korporat MCMC dah jelaslan jumlah blog terlalu banyak untuk dipantau. Seksyen 3(3) Akta Multimedia sudah jelas tidak membenarkan tapisan dan ISP tempatan tidak boleh menggunakan alat tapis.Tidak semua Blogger berbuat fitnah atau menghasut atau membuat tuduhan melulu.
Mereka yang buat sedemikian tanpa bukti dan fakta tidak dibaca orang. Senang saja jawab saja dan tak payah guna ini semua. Mula dengan buka buku 70 Dalil. Main nafi dan nahi sudah tidak pakai.Bila nak hentam, kaji dahulu. Jangan sampai kena makan kasut.

Cerita pasal pondan dan tak jantan kerana hos di luar negeri, Husin akui KPMU hos di Sarawak dan Agendadaily hos di Sabah. Entah helah apa diguna untuk hos di sana, bukan di MSC Cyberjaya?
Tanya sedikit Tan Sri, kenapa Macai.net dan Malaysia Tomorrow tak boleh dijumpa hos nya dimana dalam laman Whois? Cuba tengok di bawah ini, mereka hos dimana? Sama-sama pondankan?Inilah main sondol gila babi main cakap dan tuduh, tak teliti dahulu.
Hai … babi gila pun tak macam ini. Jeff Ooi dah beritahu blogger dari tahun lepas, mereka hos di Amerika.Tak malu ke Tan Sri?
Baik beri penerangan dengan jelas dan tulus.Tak payah berhelah dan bersilap mata. Dalam dunia siber ini, Tan Sri masih amatur. Baik diam dari bercakap.
Dengarlah nasihat Husin Lempoyang … peniaga unta dari Cairo yang lebih untung jual orang dari jual unta. Wow! Suruh Dol sendiri beri penerangan.
Cukuplah honeymoon, sampai tengah Musabaqah Al Quran main-main tangan dilihat satu negara di Telivisyen. Tak payah terjerit-jerit serak, nanti suara terbatuk-batuk dan cakap berulang-ulang.
Pastikan briefing yang cukup. Jangan sampai macam di Melaka, nama Tun Tan Cheng Lok lupa dan sebut Tun Lok Chan.Oh lupa … Kalau nak kurangkan rasa pahit, makan kasut Bally dan letak sedikit sos lada hitam Sarawak ye, Tan Sri.
“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”“PROTES SAMPAI TURUN

MENANGKAP IKAN JANGAN KERUHKAN AIRNYA

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib menyifatkan penulis blog politik yang mengkritik pemimpin kerajaan sebenarnya adalah pengecut kerana tidak berani mendedahkan identiti mereka serta menggunakan laman web yang beralamat di luar negara.Beliau berkata, penulis blog terbabit hanya megah mendabik dada mengatakan bahawa mereka tidak akan dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak tertakluk dengan sebarang undang-undang negara ini. “Sebab apa saya kata mereka (penulis blog) pengecut kerana mereka tidak berani menggunakan alamat di dalam negara ini sebaliknya menggunakan alamat luar negara untuk menghentam pemimpin negara kita,’’ katanya.Berdasarkan berita yang dikeluarkan oleh BERNAMA dan disiarkan dalam Mingguan Malaysia pada 19hb Ogos 2007 jelaslah bahawa Ketua Penerangan UMNO sudah diberitahu oleh pihak penguat kuasa bahawa undang-undang tidak boleh diambil tindakan kepada penulis Blog yang beliau membuat aduan kononnya menghina agama dan raja.Soalnya siapa yang dikata pengecut? Adakah seseorang itu dianggap pengecut kerana ada undang-undang yang perlu dipatuhi sebelum pendakwaan dilakukan kepada orang yang kena tuduh? Kalau begitu banyak undang-undang yang tersembunyi atas berbagai alasan boleh lah dikatakan kerajaan ada seorang yang pengecut.Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan perlu untuk negara ini kerana keduanya ada unsur keselamatan negara, maka kita tidak boleh kata bahawa pengawalan surat-surat rasmi itu sebagai kerajaan takut kepada rakyat, begitu juga dengan Akta Hasutan, antara lain tidak boleh membincangkan soal-soal mudah tersinggung seperti agama, perkauman dan terpenting Raja-Raja Melayu dan ini juga tidak bererti Raja-Raja Melayu seorang penakut kepada rakyatnya.

Tetapi bagaimana dengan Akta yang lain, yang tidak ada hubungan dengan keselamatan negara? Antaranya AUKU- Akta Universiti dan Kolej Universiti. Jika melihat sekatan yang dikenakan kepada pelajar yang juga warga negara Malaysia, di mana hak-hak dia di dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tidak boleh digunakan seperti berpersatuan dan bersuara, kecuali yang dibenarkan dalam AUKU, ini memberikan pengertian seolah-olah setiap pelajar yang masuk Universiti atau Kolej yang terikat dengan Akta itu seperti akan berada di negara lain. Adakah ini tidak menunjukkan bahawa perasan "Takut" ada kepada kerajaan.Dan yang terbaharu, jika Ketua Penerangan mengatakan para blogger penakut kerana beralamat di luar negeri bagaimana pula yang beralamat dalam negeri? Bagaimana kes budak separuh masak di Taiwan yang khabar mempersendakan lagu Negaraku, kenapa boleh diambil tindakan, malah ada usaha untuk ekstradisi budak separuh masak itu.Sebahagian para blogger ini macam orang berumah di tepi pantai, sudah tahu akan dilanda ombak, bila masa ada ancaman. Tetapi semuanya kalau dia beragama Islam, dia percaya dengan takdir. Kalau takdir hendak dilanda ombak, bila-bila boleh berlaku. Pertolongan tuhan yang terpenting. Orang-orang Pantai Timur banyak yang tinggal di tepi pantai, di situlah mereka mencari rezeki dari sumber laut. Sehingga sekarang belum ada kematian kerana dilanda ombak sama dengan jumlah kematian kerana Bas Ekspres seperti di Bukit Gantang. Maka kesimpulan segala bergantung kepada niat. Kalau niat si blogger ini jahat dan menzalimi, bila masa bukan sahaja undang-undang mengajar mereka tetapi Allah juga yang mengajar mereka.

Kenapa wartawan dan penulis-penulis tersohor yang mengkritik atau yang berjuang untuk kemerdekaan dulu panjang umur. Wartawan dan penulis yang masih panjang umurnya macam Mazlan Nordin, A.Samad Ismail dan Ismail Hussein masih ada bersama kita dan yang sudah meninggalkan dunia semua dapat melangkau usia 60 tahun atau 70 tahun ke atas, saperti Melan Abdullah, Usman Awang, Ishak Hj Mohamad malah Onn Jaafar. Setengah dari mereka dikira sebagai penentang oleh kerajaan tetapi semua mereka yang menjadikan menulis sebagai sedaya upaya menjadi pembela untuk agama, bangsa dan negaranya.Begitulah blogger yang berada di abad 21 ini, tak kira dia menjadi parti pembangkang atau bebas, usaha penting untuk menyelamatkan negara ini dari hancur disebabkan kepimpinan yang membodohkan rakyat.

Jika kepimpinan UMNO tidak membodohkan rakyat, tidak ada sebab dia bimbang untuk menyerang dan mengambil tindakan kepada para blogger. Mungkin dalam ilmu perang saraf segala bahan fitnah ada lebih menguntungkan bagi menjawab semua tuduhan itu. Soalnya jika para blogger ini semua tukang fitnah sudah pasti dia telah membawa kebaikan kepada Ketua Penerangan UMNO untuk menjawab fitnah-fitnah itu sehingga orang tidak percaya lagi dengan tulisan si blogger.Tetapi yang berlaku sekarang, kesemua tuduhan yang ditulis sama ada kepada Ketua Penerangan UMNO itu akan perihal peribadinya termasuk unsur rasuah tidak dijawab dan kalau banyak duit buat tindakan undang dengan saman sivil seperti yang dibuat oleh pengarang NST, yang saman peribadinya tetapi yang bayar pemegang saham NST dan jika Ketua Penerangan UMNO itu menyaman kerana peribadinya dan suruh UMNO tolong bayar sama juga.

Sekarang yang takut ialah Abdullah Hj Ahmad yang terkenal dalam Pertubuhan Negara Islam kerana membawa mazhab baru dalam Islam walau pun dia bukan ugama baru yang dikenali dengan nama Hadhari- ada had dan ada hari.Di padang Bandar Hilir, sekarang Dataran Pahlawan di Melaka dalam perasmian Pesta Hari Kebangsaan- 50 tahun Merdeka dia berucap jauh jarak dengan Tunku Abd Rahman yang berucap sekitar kawasan yang sama dari segi pengisian dan yang dia jelas menjerit-jerit macam orang kena polong.Kalau blogger mengatakan bahawa perancangan itu tidak teratur dan disusun secara rapi seperti mana-mana negara yang meraikan 50tahun atau Jubli Emas Kemerdekaannya apa yang berlaku di malam 17 Ogos 2007 sangat memalukan. Kenapa tidak, dengan tiba-tiba Bangsa Malaysia dikira tidak menjadi bangsa yang menghormati bekas pemimpinnya dan pahlawan kemerdekaannya. Sudahlah waris-waris bapa pejuang kemerdekaan tidak ada sebaris bersama dalam majlis itu, adakah ini bermaksud sudah pupus generasi Tunku Abd. Rahman, Tan Cheng Lock, V.T. Sambhantan, tunggak terpenting kemerdekaaan, belum lagi yang lain Panglima Bukit Gantang, Nik Kamil, Mustapha Albakri, Ghabar Baba dan lain-lain sehingga anak, cucu mereka tidak di undang dan diberi keutamaan.Yang dipentingkanya ialah orang-orang tua didalam masa kemerdekaan, bolehlah mereka dijemput tetapi dimuliakan sehingga terlupa siapa yang sebenarnya sepatut dimuliakan tidak diperbuat.

Tetapi apalah upaya bahawa Malaysia sekarang kearah zaman gelap. Dalam lafaz hendak mempertahankan UMNO, Abdullah Hj Ahmad yang akan membuat UMNO Terkubur. Perlaksaan Wilayah Pembangunan Iskandar yang memberi kekebalan apa sahaja yang mereka hendak buat kepada Johor, akan berulang semula sejarah yang sama.Di Melaka itulah kekuatan anak Melaka mempertahan Melaka dari serangan Portugis tetapi dengan kerjasama pembesar Melaka dan juga kerajaan Melayu lain menyebabkan Portugis dapat mengalahkan Melaka. Hari ini Johor melaksana WPI dan orang mengusahakan adalah Abdulllah Hj Ahmad dan anehnya diatur mengikut rentak Singapura yang dilaksanakan melalui Jawatankuasa Peringkat Menteri Malaysia/Singapura. Dan setelah 25 tahun akan datang secara automatiknya Johor akan menjadi jajahan Singapura atas sebab-sebab kesilapan Abdullah Hj Ahmad.Samalah kita menyalahkan Tengku Hussein yang menggadaikan Singapura dan akhirnya keturunannya merempat ke sana ke mari. Tetapi Abdullah Ahmad dan keturunan tidak akan merempat sebalik orang-orang Melayu khas di Johor akan menjadi orang merempat. Hanya masa akan menentukan, benar atau salah.

Sang Kelembai: Dalam undang-undang Malaysia sudah menjadi pelik. Beberapa orang buat aduan rasuah kepada orang tertentu. Pihak Peguam Negara membebaskan dari tuduhan kerana tidak ada bukti tetapi undang-undang mengatakan yang buat aduan boleh dikenakan tindakan. Soalnya kenapa Peguam Negara tidak buat tindakan kepada pengadu terutama bekas pegawai BPR dan juga Pegawai di KDN. Soalnya takut atau berani?

Wednesday, August 15, 2007

SALAH SIAPA,KARMA SIAPA

Hari ini bekas perdana menteri ke 4 telah mengadakan perjumpaan dengan blogger serta orang ramai di Majlis Perhatin Malaysia(PRIMA) di Yayasan Kepimpinan Perdana di PutraJaya.Dalam ucapan beliau telah meminta rakyaat untuk menolak kepimpinan Pak lah yang sekarang penuh dengan gejala rasuah dan kepincangan kepimpinan selepas peralihan jawatan dari beliau ke Pak lah.Kalau lah RASUAH SERTA SALAH GUNA KUASA sejak dari zaman Mahathir lagi perkara ini telah berlaku,menjadi perdana menteri selama 22 tahun tak cukup lagi kah dia bersuara sampai sekarang pun dia masih juga nak bersuara mengatakan itu dan ini,mahu menunjukkan yang pemerintahan beliau adalah satu pemerintahan yang baik serta adil.Sejarah mengatakan bermula era Mahathir telah terdapat 3 timbalan yang di pecat,terjadinya kisah Memali,Ekonomi merundum,kuasa Raja-Raja di sekat,bermulanya rasuah,polis menjadi pomah(polis mahathir)mahkamah menjadi kedai kopi,peguam negara dan hakim semua kena beli,dan yang lebih besar lagi berlakunya REFORMASI kerana kes DSAI.

Bermula dengan reformasi tembelang umno telah pecah,ketamakan mahathir untuk kekal sebagai perdana menteri terserlah,DSAI diterajang dan disumbat dalam penjara,pembohongan demi pembohongan dicipta kerana ketamakan beliau,POMAH diguna macam lembu kena tarik hidung,apa saja mahathir suruh semua dia orang ikut,ISA menjadi wadah perjuangan yang bacul pemimpin beend serta umno,menyebabkan melayu umno berpecah dan ada yang masuk parti PAS dan KEADILAN dan tak kurang juga yang tak masuk parti mana-mana.Masih kah kita ingat pada masa itu mahathir ini banyak gelaran nya ada yang memberi nama dia mahafiraun,maha zalim,kutty dan serta banyak lagi lah,sampai kan masjid negara menjadi medan POMAH (POLIS MAHATHIR)untuk membelasah orang ramai yang memprotes kepimpinan beliau.Masih ingat lagi kata-kata hikmat ahli reformasi di mana saja mereka melakukan protes atau pun ceramah pihak pembangkang,mereka akan berkata,HANCUR,HANCUR,HANCUR BEEND,UNDUR,UNDUR,UNDUR MAHATHIR,REFORMASI.

Kini Mahathir telah berundur dengan hormatnya dan beend sedang menuju kehancuran,insyaallah,walaupun begitu dengan ego yang tinggi beliau masih berharap agar negara Malaysia ini akan dan masih lagi dibawah perintah umno kerana segala macam penipuan dan kepincangan dibawah kerajaan beend serta ramai pegawai kerajaan yang terlibat dengan gejala rasuah dan salah guna kuasa dapat ditutup kerana melayu mudah lupa.Masih lah kita ingat bila PAS menang di kelantan berapa hutang kerajaan negeri pada masa pemerintahan umno,PAS kena bayar walau pun yang berhutang tu umno beend,pemimpin dia dok lari jadi duta,Terengganu bila PAS mengambil alih apa yang dia buat,ROYALTI minyak bertukar menjadi LOTERI pemimpin umno beend.Mengaku negara islam,bila ustaz ambil alih kuasa negeri bermacam-macam perbuatan JAHAT yang dia lakukan,kenapa ustaz tak boleh perintah negara ke?

Sebagai rakyaat,aku pohon agar umur beliau panjang,agar dapat merasa macam mana kerajaan yang dia pimpin dulu serta berkuasa dan dengan kuasa yang ada pada dia, dia gunakan terhadap rakyat jelata,Raja-raja,pecat pemimpin yang berkualiti,yang tak boleh berbuat apa-apa kecuali bersuara dengan medium mereka sendiri.Kini ia telah datang balik kepada diri sendiri,kalau dulu reformasi selalu mengutuk beliau kini ahli dalam umno sendiri telah meminggirkan beliau,bayangkan seorang bekas perdana menteri yang dikatakan berjasa dengan gelaran bapa pembangunan moden,parti sendiri pun dah tak suka mana nak letak maruah beliau,ini lah dia sumbangan yang selama 22 tahun memerintah negara telah melahirkan pemimpin serta bakal pemimpin yang bole kerja menjaga tong taik sahaja.Karma akan bermula ia tetap datang sekadar menunggu masa sahaja,kerana pemimpin yang memilih pemimpin,ini lah yang dikatakan memilih terpilih,konon-konon ingin mencari yang terbaik,gelaran mr.clean,bila dah berkuasa bertukar menjadi MR.CLENTONG dan bermulanya hidup ngeri bersama umno dan beend.SALAH SIAPA DAN KARMA SIAPA?

Tuesday, August 14, 2007

SEPI SEKETIKA

Telah lama juga tak up date kat dalam blog nurqamar ni,terasa terpanggil untuk menulis kembali setelah agak lama gak meninggalkan blog sendiri kerana melayan blog lain mencari info tentang berita panas yang sedang melanda negara kita ini.Terasa juga hati ini ingin mengubah blog ini kearah menghasilkan thread reformasi yang semakin hari semakin panas dengan kepincangan pemimpin negara,disampin,masalah yang paling besar adalah rasuah,kronisme,salah guna kuasa,pembunuhan yang menbabitkan pemimpin negara.Siapa lah kita manusia kerdil yang tiada jawatan dalam mana-mana sektor,tapi masih bersemangat untuk sama-sama berjuang dalam alam maya yang sekarang dan akan datang menjadi wadah perjuangan untuk generasi berpengetahuan.Terima kasih buat perdana menteri yang lalu yang telah memulakan cyberjaya yang sekarang telah memudahkan orang mencari maklumat dengan cepat dan mudah,dan telah menjadi satu sumber untuk masyarakat mendapat info serata dunia apa yang berlaku.

Bermula lah satu era baru di mana blogger telah mula muncul yang mana mereka -mereka ini termasuk yang mempunyai pengetahuan I.T dan yang kurang tidak langsung(termasuk aku lah)mula berjinak-jinak dengan internet sambil belajar apa yang perlu sekadar mengisi masa terluang,bermula dari itu sekarang ini ramai telah menukar trend hidup mereka yang mana sekarang ini dihabiskan masa terluang dengan mengadap internet sambil membaca info terkini serta berita sahih lagi panas dari blogger-blogger yang popular,aku akui yang aku adalah pembaca tetap pada banyak blog yang popular seperti MT,SANG KELEMBAI, GERBANG RUHAINIE,TRANUNGKITE,JEBAT dan banyak lagi termasuklah HARAKAH DAILY.

Terpanggil untuk menulis beberapa komen yang agak keterlaluan yang mana salah satu nya berkenaan mamat tu yang dia ingat dia anak menantu perdana menteri dia bole buat sesuka hati apa yang dia suka, "SOMBONG BODOH"yang telah mengkelas kan blogger sebagai monyet .Inilah manusia yang hipokrit yang tidak berterima kasih pada blogger yang mengeluarkan thread yang sahih untuk panduan pihak kerajaan untuk membetulkan apa yang salah,ini tidak di berukkan blogger semua,tidak cukup dengan itu buat laporan polis terhadap blogger menghina Agung serta agama,dan ada yang sanggup menghantar sms ugutan untuk menghapuskan blogger,korang ingat ini mak bapak kau punya negara,ini pun negara kita orang juga.Aku nak ingat kan mamat ni,KUASA YANG RAKYAT BERI bukan satu mandat untuk kau orang buat sesuka hati saja"BODOH".Itu adalah satu amanah yang kerajaan sekarang perlu laksanakan dengan jujur,beretika serta muafakat disamping berlandaskan ajaran islam yang benar bukan hadhari yang mana semua kaum dan agama boleh hidup dengan harmoni.

Satu lagi berkenaan akhbar tempatan,mana dia orang nak keluarkan cerita yang tak baik tentang kerajaan serta pemimpin,jual akhbar pada rakyat tapi kebanyakan cerita yang menipu rakyat,lebih-lebih lagi pada pihak pembangkang semua tak baik,kerajaan yang mengamalkan segala macam perkara jahat semua nya baik,beretika ke tu?Orang telah mula membaca maklumat dan mencari maklumat dari alam maya dan sekali gus akan melenyapkan akhbar tempatan yang layak dibaca kambing dan lembu itu pun kalau binatang tu tahu membaca.Kalau wartawan macam ini lah yang ada dalam negara kita,nampak sangat mereka ini tak ada harga diri langsung dan layak duduk dalam zoo buat tontonan orang ramai sebab kalau nak di bandingkan dengan lembu,kambing,kerbau,serta babi,ayam dan itik binatang ini masih ada lagi harga.Berubah lah masih tak terlambat lagi untuk kau orang untuk berhijrah,bukan ke tiap-tiap tahun kau orang sambut maal hijrah,so buat apa nak tunggu lagi,jangan lah jadi perkakas kepincangan beend,ramai orang lain bole memerintah negara bukan beend saja,kalau Kelantan PAS BOLEH kenapa Malaysia tak boleh,PKR SERTA DAP.

Alhamdulilah,sekarang RAJA-RAJA telah mula bangun untuk menyuarakan kebimbangan baginda terhadap kepincangan kepimpinan negara,aku berharap jangan lah ia sekadar hangat-hangat tahi ayam,teruslah bangun dan bangun bantu lah rakyat kamu yang tidak berbelah bagi dalam mengekalkan perlembagaan beraja.Itu saja lah yang rakyaat ada pada masa ini yang tinggal,POLIS,TENTERA,FRU,SPR,MAJLIS TEMPATAN SERTA BADAN BERKANUN SEMUA menjadi perkakas pemerintah korupsi yang beramalkan rasuah.Itu pun masih ada juga yang belum bangun dan sedar dan mereka masih dibuai mimpi duduk dalam istana dan tak mustahil sejarah di singapura terjadi di sini.Bak kata perpatah berani kerana benar,takut kerana salah,bukan salah buat salah,tapi kalau dah melakukan kesalahan mengaku dan bertanggung jawablah,berubah pada yang benar,masih belum terlambat kalau ingin berubah tapi jangan ego menghalang penghijrahan,kerana ego tinggi bisa menjadi penbunuh diri sendiri.

Tuesday, July 10, 2007

YANG PEMBELOT DAN PEMBOLOT

Suasana Lebaran Pencetus Minda 4 - YANG PEMBELOT DAN PEMBOLOT
YANG PEMBELOT DAN PEMBOLOT
Hari lebaran, baru masuk ambang ke empat. Jumlah persidangan parlimen rakyat seperti yang kita ceritakan dalam 'Bermulanya Parlimen Rakyat' pastinya sudah menjangkau seribu kali ganda. Keadaan tegang dilapurkan berlaku kerana kecanggihan teknologi maklumat dan sistem perhubungan masakini. Maklumlah, mengikut peraturan parlimen rakyat sesuatu issu yang mencurigakan boleh dirujukkan ke tempat lain untuk kesahihannya. Ada pula majils yang ditangguhkan pada siang hari dan disambung semula di tengah malam untuk membolehkan majlis mendapatkan nasihat undang-undang dari tempat lain. Yang lebih menarik lagi dalam issu ini, ada parlimen rakyat yang dianggotai hanya oleh kaum wanita dengan dipengerusikan ahli wanita veteran UMNO sebagai speakernya. Khabarnya topik hangat yang mereka sedang bincangkan ialah bagaimana menentukan Dr. Zaharah kekal sebagai ketua wanita dan menentukan Rafidah dan Nafsiah sama-sama diperamkan sahaja.
Rakyat Semakin Terdesak
Kita dapat rasakan betapa terdesaknya rakyat masakini. Tidak kira apa juga kaumnya dan agamanya. Bayangkanlah betapa setiap keluarga terpaksa memikirkan keperluan perbelanjaan di musim lebaran ini. Ia bermula dengan tahun baru di mana semua bentuk sewa dinaikkan kerana mengikut peredaran zaman. Kalau rumah itu disewa, harga sewanya dinaikkan lagi dan perjanjian sewa pula dibuat untuk setahun ke setahun sahaja.
-Belanja Anak Sekolah
Kemudian kita diserang kenaikan harga barang makan. Tidak ada satu barang makan yang tidak dinaikkan harganya. Ada barangan yang seolah-olah sama harganya sedangkan kuantitinya sudah pun dikurangkan tanpa disedari oleh para pengguna. Bungkusan barangan mungkin serupa tetapi isinya sudah berkurangan. Perkara ini menjejaskan persediaan untuk lebaran. Rakyat terpaksa berhati-hati memikirkan kemungkinan harga akan dinaikkan lagi. Tumpuan utama diberikan pada keperluan persekolahan. Harga buku-buku dan kelengkapan sudah naik lagi. Tambang bas pun begitu juga. Begitu juga dengan harga tusyen persendirian. Ibu bapa tidak punya pilihan. Mereka akan terus akur dengan perubahan harga itu semata-mata mahukan anak-anak terus belajar tanpa menganggu pemikiran mereka. Tetapi, apakah anak-anak boleh memahami itu semua? Sedarkah mereka bahawa keazaman ibubapa itu adalah satu pengorbanan yang besar? Kalau tusyen itu satu kemestian untuk menampung kelemahan pembelajaran di sekolah kerajaan, kenapakah perbelanjaan tusyen tidak dikecualikan daripada cukai pendapatan?
Disebabkan kenaikan harga barang makan dan perkhidmatan sosial, kos peruntukan wang-saku anak-anak pun naik juga. Ada ibubapa yang merengek dan mengurut dada kerana wang jajan terpaksa diberikan berlipat ganda. Tekanan ini amat dirasakan oleh ibubapa yang menguruskan anak-anak pergi ke kelas agama dan muzik ataupun taekwando, kongfu, silat dan judo; sebagai pelajaran tambahan. "Apa tidaknya," kata mereka. "Kalau di sekolah yang normal kita berikan jajan, di sekolah tambahan pun anak-anak perlukan jajan." Soalnya sekarang, apakah perkara ini diambil perhatian oleh Kementerian Pelajaran?
Untuk menambat hati anak-anak agar kuat belajar, kos pembelian mainan dan barang galakan pun meningkat juga. Bayangkan sekeping yo-yo sudah menjangkau lebih seratus ringgit untuk satu. Sedangkan kalau di zaman dulu sebuah gasing boleh dibuat secara percuma dengan kayu limau ataupun jambu batu. Betapa pula dengan program komputer yang sentiasa silih berganti baik dari segi perisiannya mahupun harganya? Anak-anak sekarang tidak lagi selesa dengan mainan guli ataupun kotak rokok lama. Semua itu tidak lagi canggih kepada mereka.
- Bajet anak-anak ke universiti
Kalau anak-anak sudah ke maktab ataupun universiti, lain pula bajet yang mesti disediakan. Bajetnya tidak berbunyi ratusan ringgit lagi. Semuanya sudah berbunyi ribu-ribuan. Bayangkan harga sepasang Jonson yang mencecah Seratus Enam Puluh, dan sepasang kasut berriadah berjenama 'Pawar' dikenakan harga yang serupa. Sedangkan di zaman dulu, Fungkiong hanya berharga tiga ringgit dan kalau jenis 'Bata' perlu ditambah sembilan puluh sembilan sen lagi. Bagaimana pula kos satu semester. Harganya sudah serupa dengan harga Volkswagen baru di Tahun Tujuh-puluh satu. Dengan lain perkataan, kos satu semester menghantar seorang anak gadis sunti ke universiti adalah sama dengan kos mengongkosi satu perkahwinan kira-kira sepuluh tahun yang lalu. Begitulah tertekannya sepasang ibubapa kalau si anak tidak menyedari pengorbanan mereka itu. Mereka terhiris kalau si anak enggan ke universiti selagi tidak diberikan sebiji 'Saga' ataupun 'Wira'. Paling haprak mereka mahukan jenis 'hatchback' sebagai simbol keelitan familinya. Sedangkan pembelian 'keperluan' itu sebenarnya boleh mematahkan tulang belakang si bapa.
Apahkah salah ibu yang mengandung?
Kalau direnungkan pula, bagaimanakah si anak tidak meletakkan harga pada kemahuan mereka. Umpan kata-kata tidak lagi memadai sekarang ini. Mereka mahu membandingkan status mereka dengan anak-anak yang berada. Inilah anak-anak yang datang daripada keluarga para kroni, golongan YB dan para pucuk pemimpin sebuah parti yang satu ketika dulu ditubuhkan untuk kepentingan bangsa Melayu. Selera anak-anak muda yang semakin canggih ini sememangnya amat bertentangan dengan selera si ibubapa ketika mereka ke universiti dulu. Ketika itu kapcai adalah lambang keluksarian. Kalau ada sebiji kereta itu sudah menjadi lambang kemewahan yang menjelirkan biji-mata, walaupun kereta itu berjenis 'mini minor', 'Fiat 124' ataupun pilihan 'Waksegan'.
Bayangkanlah pakaian anak-anak bila ke menara gading sekarang ini. Kos pakaian mereka sahaja sudah mencecah ratusan ringgit yang mungkin sama dengan gaji bulanan seorang penghantar 'dispatch'. Bagaimana pula dengan 'walkman' di dalam dompet bertali dan sebiji telefon bimbit yang perlu ditayang ke sana ke sini? Ironisnya semua kemewahan ini tidak pula dipertontonkan oleh anak-anak muda dari kaum lain. Mereka berpakaian yang paling 'simple' dan tanpa sebarang make-up bagi golongan hawanya. Mereka lebih selesa dengan keadaan yang bersahaja kerana cita-cita mereka adalah menjadi fokus yang utama. Minat yang sungguh bernilai ini tidak pula diikuti oleh majoriti anak-anak Melayu. Bukannya mereka tidak tahu ataupun tidak menyedari hakikat itu. Ramai yang faham akan kepentingan prioriti itu tetapi, mereka kerap dimanjakan berlebih-lebihan oleh ibu dan bapa ataupun ahli keluarga yang lebih tua. Kemanjaan yang berlebihan inilah yang menyebabkan anak-anak muda kita lupa daratan. Mereka kurang arif membezakan yang mana kaca dan yang mana intan.
- Kos sara hidup yang tinggi
Demikianlah kos sara hidup sekarang ini. Ia semakin meningkat tanpa ada tanda akan turun. Setiap kali sesuatu kos itu naik rakyat terus termenung memikirkan bilakah harga itu akan dinaikkan lagi. Ini disebabkan kenaikan harga itu tidak lagi bagi tempoh panjang seperti dulu. Usaha menaikkan harga perkhidmatan ataupun barangan sudah semakin menjadi-jadi. Pihak yang berkuasa seolah-olah kehilangan hak yang mutlak untuk membendungnya. Rakyat menjadi bingung lagi apabila diberitahu bahawa sesuatu barang itu perlu dinaikkan harga mengikut taksiran pihak kerajaan. Kenapakah ini yang terjadi? Kenapakah pihak kerajaan yang membuat sesuatu pengumuman kenaikan harga dan bukan pihak yang perlu kenaikan harga itu? Bagaimanakah rakyat boleh memprotes kenaikan harga barangan kalau pengemumannya dibuat oleh pihak kerajaan?
Setiap langkah keluar rumah memerlukan perbelanjaan yang besar. Bermula daripada kos senggara kenderaan hinggalah kepada harga tol yang semakin meningkat dan tidak kelihatan menurun harganya. Begitu juga dengan kos membaikki kereta. Harganya tidak pernah mahu turun disebabkan para pekerjanya semakin ramai datang daripada negara asing. Apakah itu satu alasan yang munasabah sedangakan anak-muda yang ditahan di penjara dan pusat serenti semakin bertambah? Apakah didikan yang diberikan pada mereka di tempat tahanan? Kenapakah kerajaan membazirkan wang rakyat menahan mereka semata-mata untuk membuat tahi mata?
- Konspirasi Sistem Penjara
Kita pernah menulis betapa perlunya kerajaan mengkaji sisem kehakiman negara. Terutama sekali cara menghukum pesalah yang membuat kesilapan kecilan. Kenapa masukkan mereka dalam penjara sedangkan mereka boleh dimestikan membuat kerja amal sebagi gantinya? Kenapa sumbat mereka dalam bilik besi kalau mereka boleh dimestikan mempelajari sesuatu yang boleh memperbaiki peribadi? Malahan, sistem tahanan dalam penjara secara panjang pun harus dipertikaikan. Itu semua adalah sistem warisan penjajah dulu.
- Sistem Menebus Dosa
Kerajaan sepatutnya mengkaji kemungkinan para banduan menebus dosa dengan cara menghadiahkan anggota badan mereka kepada masyarakat yang memerlukannya. Kalau seorang banduan sanggup menderma darahnya secara berjadual sepanjang tempoh tahanan tertentu, ia harus dikira sebagai sebahagian pampasan ke atas kesalahannya. Begitu juga kalau seseorang banduan itu mendermakan sebiji mata, sebiji buah pinggang ataupun sebahagian anggota badannya yang boleh dipindahkan kepada penerima yang amat memerlukannya. Semua itu harus diberi nilai untuk membolehkan banduan itu mempercepatkan tempoh tahanannya.
- Banduan sebagai hero rakyat
Sesaorang banduan yang sanggup menderma darah ataupun sebahagian anggota badannya ke arah kemajuan kesihatan negara harus dianggap sebagai seorang hero rakyat. Di negara maju kita telah melihat betapa ramai banduan yang menjadi hero rakyat tetap perkara ini tidak pernah berlaku di Malaysia. Kenapa? Apakah semua banduan kita terdiri daripada golongan sampah masyarakat?
Di Amerika ramai peninju terkenal berasal daripada banduan. Seorang pendakwah terunggul di Amerika adalah seorang bekas banduan yang bernama Malcolm X. Beberapa magnum opus yang ditulis oleh beberapa penulis barat dilakukan dalam penjara oleh banduan juga.
Ketika Captain Cook membuka Australia dia telah membawa bersamanya beratus banduan daripada England. Begitu juga dengan pelayar barat yang lainnya. Mereka melayari semudera yang luas dengan tajaan raja-raja dan ketua agama mereka dengan menggunakan para banduan. Apabila berjaya dengan pertemuan sesuatu tanah jajahan, para banduan itu dilepaskan dan dibiarkan untuk memulakan hidup baru di bawah panji-panji raja mereka.
Masalahnya pihak kerajaan pimpinan MAHAFIRAUN tidak memikirkan bahawa Nelson Mandela adalah bekas banduan juga.
Apabila pembolot menjadi para pemimpin kita
Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan adalah disebabkan kekurangan daya usaha yang gigih serta serius daripada pihak kerajaan untuk menanganinya. Sejak MAHAFIRAUN memerintah negara ini stail pengurusannya mengenai masalah kehidupan rakyat marhain adalah mengikut stail 'crisis management'. Setiap tindakan hanya dibuat apabila tercetusnya sesuau masalah yang menekan rakyat. Masalah yang serupa akan sentiasa timbul mengikut putaran musimnya dan kaedah penyelesaian adalah serupa. Semua tindakan yang dicadangkan menerima pablisiti yang meluas tetapi kesan tindakannya jarang sekali dianalisa.
Kita kerap lihat betapa beberapa projek sengaja dibuat untuk menguntungkan beberapa pihak pilihan pucuk pimpinan parti. Pegawai tinggi kerajaan yang sepatutnya mempunyai autonomi membuat keputusan mutakhir hanya dapat berbuat demikian setelah mendapat pengesahan menteri yang beranggungjawab. Inilah realiti kehidupan kita sekarang ini. Kita sudah menjadi hamba abdi pihak yang menggelar diri mereka Yang Berhormat.
Ini bukan tohmahan sembarangan. Cuba lihat keadaan di ibukota Kuala Lumpur. Setiap hari lebaran didahului dengan pelbagai kotak iklan yang berwarna warni terpasang di tiang lampu di bandaraya itu. Cuba bayangkan logika pemasangan iklan itu dan bandingkan berapakah komputer peribadi yang boleh disediakan di merata bandaraya untuk anak-anak keluarga miskin dan yang tidak berupaya membelinya? Apakah faedahnya meletakkan kotak iklan yang berlampu yang berharga ribuan semata-mata untuk mengalu-alukan pelancung luar? Bukankah elok wang sebanyak itu disalurkan untuk bahan pelajaran anak-anak warga kota secara percuma? Tidak cukupkah sambutan kita itu dilakukan secara memasang lampu kerlipan di bangunan tinggi, di tiang api dan di celah dedaun yang berjuntaian? Bukankah sudah tercatat kata-kata aluan dalam pelbagai bahasa di stesen bas, teksi, keretaapi dan LRT? Bagaimana pula dengan jejala api yang dipasang dipangkal pokok-pokok? Dimanakah ilmu logika para pemikir bandaraya itu sehinggakan sanggup membuat segala keindahan semata-mata untuk memuaskan nafsu? Siapa pula yang mendapat tender memasang lampu-lampu dungu itu?
Bila Pembolot terus membelot
Demikianlah secebis kisah betapa negara ini ditadbir oleh orang politikk yang sekian lama gemar membolot. Apa juga yang mendatangkan faedah dan kepintingan diri dan para kroni akan dimulakan dengan bertopengkan kemajuan ataupun keceriaan. Sedangkan kebanyakan projek itu tidak ada nilai sosial lansung kepada penduduk setempat. Ia hanya memberi nilai kekayaan kepada para kroni yang bersekongkol untuk berkolusi. Bayangkan apabila sekumpulan pekerja bandaraya datang ke rumah anda untuk memotong sebatang pokok yang hampir tumbang dengan menaikki sebuah Pajero ataupun kenderaan yang mahal harganya. Sedangkan di negara maju, kenderaan semahal itu digunakan oleh para menteri dan ketua jabatan kerajaan.
Fikirkan apabila seorang pegawai agama menggunakan kenderaan kerajaan yang beratus ribu harganya sedangkan kenderaan itu tidak setimpal dengan jawatannya. Cuba hitung berapa ramaikah bilangan pegawai penguatkuasa yang mundar-mandir di kotaraya Kuala Lumpur semata-mata untuk menentukan jalanraya bersih dan tiada kenderaan yang diletakkan sembarangan. Di waktu yang sama kita boleh lihat berpuluh penagih dadah terlantar di sepanjang lorong yang berhampiran Jalan Tuanku Abdul Rahman. Bagaimana pula dengan ratusan pelacur dan pondan yang duduk terkangkangg di siang hari di tangga-tanga bangunan kedai di Lorong Haji Taib dan di kawasan berdekatan dengannya? Keadaan yang serupa dapat dilihat juga dipersekitaran Bukit Bintang dan di persekitaran Jalan Petaling dan Pudu. Perhatikan pula bilangan pengemis yang datang dari luar negara yang menjejeri banyak anak-tangga dan jejantas di ibukota.
Kenapakah ratusan pegawai penguatkuasa itu tidak digembelingkan untuk membasmi segala sampah masyarakat itu? Kenapakah semua masalah yang menghimpit kehidupan rakyat tidak pernah diketengahkan kepada MAHAFIRAUN?
Kenapakah masalah masyarakat seperti ini tidak pernah dilapurkan kepada MAHAFIRAUN oleh ahli Kelab Ampusana dan Kelap Ampusini untuk kebaikan kita bersama? Apakah ahli kelab itu tidak sedar bahawa di antara seluruh manusia yang terjebak dalam maksiat yang ditakrif sebagai sampah masyarakat itu, ada kemungkinannya seorang dua datangnya daripada keluarga mereka juga?
Apakah MAHAFIRAUN sendiri tidak pernah mendengar bagaimana tempat penghalang sampah di sungai kerap menjerat mayat-mayat sampah masyarakat jenis itu? Apakah MAHAFIRAUN masih taksub dan tertipu bahawa orang yang dijumpai mati di tempat penahan sampah itu sebenarnya "lemas kerana keletihan mengangkut radio, peti ais dan peti TV yang dicampakkan oleh orang Melayu yang beragama Islam di negara ini?"
MAHAFIRAUN akan terus taksub dengan berita bohong itu selagi dia tidak mulakan membaca majallah seperti WASILAH dan DETIK dan akhbar 'picisan' seperti HARAKAH. Selagi dia tidak mengubah selera membacanya dia akan terus tertipu oleh para pembelot yang terus mahukannya membolot khazanah negara.
Tetapi, apakah betul MAHAFIRAUN suka membaca?
-MT-