Friday, January 2, 2009

SEMINGGU 3 X,1 X 4 JAM

Seminggu 3 kali dan sekali kena buat rawatan selama 4 jam,sekali rawatan kos adalah rm 150 belum masuk eprex yang di suntik seminggu 2 kali dan sebulan 8 kali,kos eprex adalah rm 70 sekali suntik,alhamdulilah mendapat bantuan dari zakat selangor,jadi beban perasaan serta kewangan tidak lah terasa sangat,pesakit buah pinggang ni memerlukan kekuatan mental sebenarnya kerana tekanan perasaan yang bermacam -macam sebenar juga mempengaruhi kemajuan kesihatan pesakit seperi saya.Keluarga juga perlu memainkan peranan dengan sokongan moral,hakikatnya penyakit buah pinggang ni semakin menjadi trend panyakit kronik pada masa ini,dengan majoratinya penyakit ini disebabkan penyakit kencing manis yang kronik,darah tingi yang hyper,yang menyumbang lebih 70% kepada sakit buah pinggang.

Bagi saya disebabkan mengambil ubat tahan sakit selama 6 tahun lebih telah menyebabkan buah pingang menjadi kecut dan menjadi rosak,sehinggalah pada tahun 2005 bulan november di diagnose di hospital sentosa mengatakan saya telah disahkan mendapat kegagalan fungsi buah pinggang dan sehingga kini menjalani rawatan dialisis.Selepas kelaur dari hospital sentosa saya meneruskan rawatan di sebuah pusat rawatan dialisis swasta di FALAH NEPROCARE di dataran sulaiman berdekatan rumah pangsa pprt di ampang,setelah kini 3 tahun baru je berpindah ke ampang dialisis centre dekat dengan hospital ampang jaya di pandan mewah.

Semoga ALLAH memberikan kesihatan dan kekuatan agar saya serta rakan-rakan yang lain dapat meneruskan amal saya kepada nya,insyaallah dengan sokongan dari badan-badan seperti zakat ini dapatlah manusia yang seperti saya ini meneruskan kehidupan........

Thursday, January 1, 2009

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1430 DAN SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2009

SALAM

Setahun telah berlalu dengan berehat panjang bukan apa pun cuma sekadar layan membaca blog-blog baru yang tumbuh naik bagaikan cendawan,dari sebelum pilihan raya umum ke 12 sehinggalah sekarang rata-rata blogger telah memainkan peranan mereka dengan cara gaya penulisan masing-masing,peningkatan yg mendadak dari semua sudut tetapi ramai yg berperanan sebagai medium info politik tempatan yang rata-ratanya adalah dari pihak rakyat yang perihatin perjuangan yang di gelar pembangkan pada kerajaan pusat tetapi menjadi kerajaan negeri pada 5 buah negeri selain termasuk di WILAYAH PERSEKUTUAN,PERAK,SELANGOR,PULAU PINANG dan kekal selama 18 tahun adalah KELANTAN.

Insyaallah akan cuba meneruskan tulisan,mungkin rangsangan idea tidak seperti dulu kerana sakit yang dihadapi mungkin membantutkan buah-buah pemikiran yang baik,tapi selagi ada daya akan kita perjuangkan apa pun yang baik untuk masyarakat.Salam menyambut tahun baru hijrah dan juga masihi semoga kita diberikan petunjuk,perlindungan serta keimanan dan kesihatan serta kekuatan agar dapat kita beramal kepadanya INSYAALLAH.