Malayan Union dan UMNO
11hb Mei setiap tahun diraikan sebagai hari ulang tahun UMNO. UMNO kini berusia 61 tahun, maka kebiasaan orang yang sudah berumur begitu tidak lagi begitu ghairah untuk menyambut hari jadinya. Ini disebabkan kerana “dia” sudah kekurangan usia, baki untuk hidupnya sudah masuk ke peringkat angka puluh sahaja dan tidak berpuluh lagi. Lebih malang lagi jika hanya sekadar angka tunggal dan tidak sampai ke belas, baki usianya.UMNO sebenarnya pada 11hb Mei 1946 ialah sekadar Mesyuarat Pertama Penubuhannya bagi membentuk satu Jawatankuasa yang sah tetapi dari segi hakikatnya UMNO ditubuhkan pada 1hb Mac 1946 sewaktu diadakan Kongres Melayu Setanah Melayu di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur bagi menentang Malayan Union dan usul penubuhannya dibawa oleh Orang Kaya Menteri Hamzah Abdullah dari Persatuan Melayu Selangor. Kongres itu terpaksa diadakan bagi melawan satu Kongres lagi yang hendak diadakan oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya-PKMM yang dipelopori oleh Dr Burhanuddin Helmi yang beribu pejabat di Ipoh, Perak bagi menyokong gagasan Malayan Union.Perlulah diperbetulkan bahawa Kongres di Kelab Sultan Sulaiman itu bukan dianjurkan oleh Dato Onn Jaafar seperti mana yang ditulis dalam buku-buku sejarah sebaliknya beliau adalah dipilih Pengerusi yang dianjurkan oleh Persatuan Melayu Selangor yang dipimpin oleh Haji Zainal Abidin Bin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Za'aba yang digelar sebagai pendeta menggantikan Tengku Ismail Lawyer yang meninggal dunia dizaman pemerintah Jepun untuk menjadi Pengerusi Kongres tersebut.Tidaklah adil bagi Ibu Pejabat UMNO cuba untuk menghapuskan beberapa nama dalam buku "Perjuangan UMNO Bersama 50 tahun Kemerdekaan yang diterbitkan dan diedarkan kepada yang hadir pada majlis sambutan 61 tahun UMNO 11hb Mei 2007. Dalam buku tersebut muka 24, ia tidak menyenaraikan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya sebagai pertubuhan yang hadir, yang mana PKMM tersebut diketuai oleh Dr Burhanuddin Helmi dan antara yang turut hadir ialah Ahmad Boestamam termasuk Musa Ahmad sebagai pemerhati, yang kemudian diketahui sebagai Pengerusi Parti Komunis Malaya-PKM, dan juga satu pertubuhan yang bernama Pembantu Indonesia Merdeka Se Malaya. Tetapi anehnya dalam muka 36 antara 29 Pertubuhan yang menyertai UMNO (dahulunya UMNO satu pertubuhan gabungan) tertulis dalam para 28 nama Dr Burhanuddin Mohamed Noor dari Parti Kebangsaan Melayu Se Malaya.Maka sewajarnya daripada menamakan satu Dewan di Ibu Pejabat UMNO itu atas nama Endon Mahmood yang tidak menyumbang apa-apa jasa dengan UMNO, sesuailah dewan itu dinamakan dengan nama Dewan Hamzah Abdullah dan jika ditanya orang siapa dia, jawapannya, adalah yang membawa usul cadangan menubuhkan "Pertubuhan Melayu Bersatu" dan kemudian ditambah perkataan kebangsaan oleh seorang wakil Mohd Arus Lafazd dan bernamalah dia Pertubuhan Kebangsaan Melayu Besatu - Pekembar tetapi akronimnya digunakan United Malay Nasional Organisation - UMNO kerana kehendak inspirasi penubuhan UMNO ada kaitan dengan tertubuhnya United Nation Organisation-UNO atau UN dan dikenali dengan nama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Bagaimana pun nama Dato Hamzah Abdullah diabadikan di Klang dengan nama Dewan Hamzah sebahagian kompleks Majlis Perbandaran Klang.Orang-orang UMNO mestilah mengetahui bahawa jawatankuasa penaja penubuhan UMNO sebelum dibentangkan pada 11hb Mei 1946 terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Abd Wahab-Panglima Bukit Gantang, Nik Ahmad Kamel Mahmud-Dato Sri Setia DiRaja, Dato Hamzah Abdullah-Menteri Besar Selangor dan Haji Zainal Abdiin Ahmad- pendeta Za'aba. Tetapi nama-nama itu tidak pernah tertulis di dalam Sejarah UMNO.Selepas penubuhan UMNO, yang agendanya bagi membahaskan Malayan Union dan jika dibaca perbahasan itu jelaslah menunjukkan bukan soal Malayan Union itu yang ditentang tetapi "kertas putih" terhadap Malayan Union itu termasuk kepada perjanjian-perjanjiannya. Bagaimana keseluruhan perbahasan bukannya minta satu kemerdekaan bagi Malaya tetapi meminta peluang yang lebih adil kepada orang Melayu dan sehingga Za’aba sendiri meminta tempoh 50 tahun dari tarikh itu supaya orang Melayu dilatih untuk jawatan pentadbiran, undang-undang dan teknik.Malayan Union bukan satu perkara baru selepas perang dunia kedua. Isu Malayan Union bagi penggabungan semua negeri-negeri Melayu kecuali Penang, Melaka dan Singapura sudah dibincangkan dalam tahun 1922. Tetapi sebilangan raja-raja Melayu telah menolak cadangan itu kerana semasa itu kedatangan British ke Tanah Melayu lebih merupakan sebagai penasihat dan bukan penjajah. Bagaimana pun sebaik sahaja British datang semula ke Tanah Melayu atau BMA, beberapa raja telah disingkirkan kerana sebahagian darinya dilantik oleh Jepun.Sebenarnya sejarah Tanah Melayu selepas perang dunia ke 2 yang belum berusia seratus tahun terlalu banyak diputar belitkan sama ada oleh penulis sejarah asal penjajah tetapi juga oleh penulis sejarah anak watan. Tidak siapa yang hendak menyiasat kenapakah British membantu Parti Komunis Malaya-PKM bagi mengujudkan Malayan People Anti Japanese Army-MPAJA atau dikenali dengan nama Pasukan "Bintang Tiga". Tidakkah itu dirancang sendiri oleh British untuk menjadikan Tanah Melayu selepas perang sebagai sebuah negeri yang huru hara bagi membolehkan British masuk semula ke Tanah Melayu dengan penjenamaan barunya British Military Administration-BMA.Dari segi teorinya pergaduhan kaum selepas Jepun menyerah diri, tiada mempunyai sebab-sebab yang munasabah walau diberi alasan kerana kemarahan MPAJA kepada kedua kaum ia itu Melayu dan Cina yang telah khianat dengan bekerjasama dengan Jepun. Mengikut dokumen sulit perisikan bahawa pada 18hb Disember 1941 telah wujud pertemuan antara Lai Tek Setiausaha PKM masa itu dengan pegawai-pegawai British di Lorong-Lorong belakang di Singapura. Kenapa British melatih 2000 orang China sebagai Gerila dan kemudian memberikan bantuan logistik senjata, termasuk ubatan dan wang? Kenapa satu kajian terperinci tidak buat terhadap Lai Tek atau juga Loi Teck yang menghilangkan diri pada tahun 1947 sebelum tindakan penyingkiran dibuat oleh Chin Peng. Kenapa Ibrahim Yaakob pemimpin KMM dan juga Pembela Tanah Air-PETA menyebut akan perkataan "Sejarah Kemerdekaan Kebangsaan (Malaya) seharusnya menyalah Lai Tek dan rakan-rakanya.Maka bolehlah dibuat kesimpulan bahawa peristiwa selepas Jepun menyerah kalah yang dikenali oleh orang-orang tua-tua "Peristiwa 14 Hari" sebenarnya adalah Grand Design British untuk menguasai semula ke Tanah Melayu kerana bimbang Ibrahim Yaakob yang pro Indonesia mengisytiharkan Malaya merdeka dan bergabung dengan Indonesia seperti mana persetujuan perjumpaan di Taiping dengan Ir Soekarno. Oleh itu tidak sewajarnya orang-orang Melayu dibakar semangat perkauman kerana insiden tersebut kerana jelas yang menjadi mangsa bukan sahaja orang Melayu tetapi tidak kurang juga kepada orang Cina. Dan mestilah difikirkan jika perjuangan PKM masa itu kerana kepentingan orang-orang China sudah pasti tidak akan diterima pemimpin Melayu dalam PKM yang kemudian diharamkan oleh British.Sang Kelembai: Berapa orang agaknya yang tahu bahawa sistem Raja Berperlembagaan ini adalah idea yang dikemukakan selepas perang dunia kedua oleh Persatuan China Seberang Laut, yang dipengerusikan oleh Tan Cheng Lock dan seorang anaknya Tun Tan Siew Sin kemudian menjadi Menteri Kewangan pertama selepas Merdeka sebagai cadangan mengatasi kebuntuan Malayan Union. Oleh itu ini bukan idea UMNO dan jauh sekali idea saya seperti yang selalu dikatakan oleh Abdullah Hj Ahmad yang juga dikenali Dollah Baju Kebaya di samping Imam Besar Islam Hadhari
Sunday, June 3, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment