Friday, May 18, 2007

3a.
Apa maksud Nabi Muhammad itu pesuruh Allah?
Posted by: "yuhada zama" yuhazama@yahoo.com yuhazama
Mon May 14, 2007 2:34 am (PST)
Apa maksud Nabi Muhammad itu pesuruh Allah? Ertinya kita yakin bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Pesuruh yang Tuhan lantik kepada alam. Supaya jin dan manusia mengikut apa yang diarahkan oleh Allah yakni mengaku Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Itu akidah asas. Termasuk meyakini yang tersirat iaitu apa sahaja yang ada hubungan dengan Rasulullah atau yang wajib berlaku pada Rasulullah. Wajib kita yakin. Pegangan dan akidah termasuk pengakuan itu.Kita sudah akui Allah itu Tuhan kita. Zat itu adalah zat Pencipta alam. Dengan sendiri, sifat-sifatNya yang ada berkait dengan Tuhan, kena kita yakin dan percaya.Ertinya kalau kita yakin seseorang itu utusan Allah maka kita jadi menyaksikan, percaya, yakin apa-apa saja sifat-sifat yang wajib pada Rasul itu kita kena percaya. Kerana itu ada 4 sifat wajib yang ada pada Rasul yang wajib diketahui, yakin dan percaya iaitu:1. Itu seolah-olahnya kita rasa, "Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu siddiq." Apa maksud Rasulullah itu siddiq? Benar, yakni kata-katanya benar, perbuatannya benar, sikapnya benar, menggambarkan itu yang Tuhan perintahkan padanya. Rasulullah itu cakapnya tidak mendahului perbuatan. Tidak membohongi.Perbuata nnya tidak membohongi perkataan. Perbuatan dan cakap itu sama. Itulah keyakinan kita. Kita naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu siddiq. Membenarkan perkataan,perbuatan dan sikapnya. Jadi apa yang berlaku pada Rasulullah itulah yang Tuhan kehendaki.2.Begitu juga kita naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu amanah. Apa maksud amanah?Apa saja Tuhan pesan untuk disampaikan, satu perkataan pun tidak tercicir. Bukan satu ayat, satu perkataan pun tidak tercicir. Satu lafaz pun tidak tercicir. Bahkan satu huruf pun tidak tercicir. Ertinya amanah sungguh Rasulullah itu. Yang Tuhan sampaikan itu ialah Al Quran. Berapa banyak ayatnya, perkataannya, namun satu huruf pun tidak tercicir. Amanahnya Rasulullah dengan Tuhan. Jadi bila kita ucap "asyhadu anna Muhammadurrasululla h", di dalam itu rupanya terkandung yang kita maksudkan bahawa Rasulullah itu amanah. Saya bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu amanah. Sangat jujur menyampaikan hingga tidak ada yang tercicir dan tidak bertambah satu huruf. Tidak menambah-nambah. Kita, kalau ada orang besar jumpa, beri surat suruh sampaikan pada orang ramai, mungkin ada yang tercicir. Mungkin berubah-rubah. Maka kita naik saksi bahawa amanah itu satu keyakinan. Siapa yang tidak belajar tentang amanah dan siddiq, dia berdosa. Akidah sudah cacat. Sebab itu wajib kita tahu, kena percaya dan wajib yakin. Sebab ia termasuk sifat wajib bagi Rasul.3. "Asyhadu anna Muhammadurrasululla h" itu juga kita maksudkan bahawa kita besaksi bahawa Rasulullah itu menyampaikan. Bukan sahaja yakin rasul itu Rasul. Kita juga yakin bahawa dia sangat menyampaikan. Sedikit pun tidak syak. Menyampaikan hinggakan satu huruf pun tidak tercicir. Menyampaikan kepada semua.4. Bila kita mengucap dua kalimah syahadah itu, kalimah Rasulullah yang kita maksudkan lagi ilah "Saya bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah cerdik". Cerdiknya Rasulullah itu pun jadi akidah. Siapa kata Rasulullah bodoh, rosak akidahnya. Katalah seseorang itu yakin pada Rasulullah, yakin dia bawa Al Quran untuk diIslamkan orang dengan Al Quran, yakin dia siddiq, amanah, tabligh tetapi yang satu ini dia tidak yakin. Dia tidak belajar maka dia tidak tahu tentang cerdik ini, maka rosak akidah. Itu satu pakej kerana Rasulullah dengan sifat-sifatnya adalah satu pakej. Itu yang dikatakan Syahadat Rasulullah.Ia jadi akidah bersama syahadat tauhid itu. Cerdik Rasulullah bukan istilah manusia. Katalah genius,ia adalah istilah yang tersendiri. Kalau cerdik manusia itu cerdik biasa.Kalau luar biasa, ia genius. Itu cerdik orang biasa. Tapi hendak cari yang zakiyun itu payah. Tapi yang cerdik luar biasa disebut genius, itu istilah orang putih. Kalau istilah bahasa arab disebutabqari iaitu ahli-ahli falsafah, ahli otak. Rasulullah tidak dikata abqari. Dia tersendiri. Sebab itu ada istilah baqanah. Istilah baqanah hanya boleh disandarkan pada Rasulullah. Kecerdikan Rasulullah itu tiada bandingan. Abqari pun kalah. Walaupun seribu ahli falsafah yang bertaraf abqari, mereka tidak boleh lawan satu fathonah. Sebab itu, ia dijadikan keyakinan akidah. Jadi akidah bahawa "Saya bersaksi Rasulullah itu adalah fathonah." Kalau orang tanya dia tentang Rasulullah, dia kata "Eh, tak pernah dengar pun tentang fathonah". Rosak akidah dia. Lebih lagi rosak, kalau dia belajar tetapi dia tidak yakin. Lagi rosak kalau dia tidak belajar, dia tidak tahu bahawa akidahnya sudah rosak. Sebab itu wajib tahu dan wajib belajar. Wajib jadi keyakinan. Kalau sudah tahu tetapi tolak juga, lagi berat. Sebab kalau sudah rosak akidah, walaupun akidah tentang syahadat Rasulullah, sembahyang, zakat, puasa, haji dll lagi batal.Jadi kalau kita mengucap dua kalimah syahadah itu, bukan sahaja kita akui bahawa dia itu Rasul tetapi tentang 4 sifat wajib baginya pun kita kena yakin. Kita saksikan. Saya ingat tentang ini pun ramai orang abaikan. Fathonah itu pun orang abaikan. Dia yakin Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Sifat-sifat baginda tidak pernah dia kisah. Rosak. Macam orang yakin Tuhan itu Allah tetapi tidak tahu Dia berkuasa, berkehendak, mendengar. Begitulah kalau dia tahu, Rasulullah memang seorang Rasul tetapi tidak tahu Rasulullah itu siddiq,amanah, tabligh dan fathonah. Sebab ia satu pakej. Itu asas yang kita kena tahu. Padahal dalam Islam ini, akidah yang asas sahaja tidak cukup. Iaitu sekadar hendak bezakan antara Islam dan kafir. Jadi orang baik itu tidak cukup. Tuhan minta bukan setakat jadi muslim atau orang Islam. Tidak pernah dikatakan orang Islam begini-begini masuk syurga. Tak ada. Syarat mesti jadi orang bertaqwa. Lagi selamat. Dengan Islam sahaja tidak selamat. Mukmin sahajapun tidak selamat. Mesti mukmin bertaqwa. Jadi hendak jadi orang bertaqwa, ada satu pakej. Gabungan rukun iman, rukun Islam dan ihsan, ia satu pakej. Kena ada ilmunya, difahami, dihayati, boleh diapply dalam kehidupan, barulah boleh jadi orang bertaqwa.Kerana ada rukun kepada rukun Iman, ada rukun kepada rukun Islam dan dalam rukun Ihsan, ada rukunnya. Kesemuanya itu satu pakej. Baru boleh jadi orang bertaqwa. Sebab itu dalam ajaran Islam ada 3, Iman, Islam dan Ihsan. Iman dan Islam sahaja tidak cukup. Mesti ada ihsan. Kalau sampai peringkat Ihsan , baru jadi orang bertaqwa. Boleh jadi orang bertaqwa, baru ada jaminan selamat dunia akhirat. Di dunia ada jaminan tenang, bantuan dari Tuhan dan diakhirat selamat dari neraka serta dia akan pergi ke Syurga. Jadi jangan belajar Islam hanya yang asas sahaja sedangkan kita tidak sedar kita sudah jatuh kafir. Sebab itu Tuhan bukan hendak kita setakat Islam atau mukmin tetapi muttaqin.Oleh itu akidah kepada Rasulullah ini hendak diluaskan lagi. Tidak cukup yang asas. Di antaranya, kita seolah-olah berkata begini, "Saya naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu maksum."Apa itu maksum? Baginda tidak salah dan tidak buat dosa. Sekalipun dosa kecil.Walaupun tidak wajib belajar dan tidak jadi akidah asas tetapi elok kita tahu supaya kita terasa kebesaran Rasulullah SAW dan hebatnya Rasulullah agar kita menghayati lagi.Sebab itu kita perlu mencintai sebab hendak jadi taqwa. Mungkin kena lebih."Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu maksum." Jarang orang memperkatakan maksum sebab ia bukan akidah asas. Selalunya orang lupakan. Rasulullah itu dari kecilnya terpelihara. Dosa kecil pun tidak buat. Kan luar biasa! Bila kita lihat peribadinya, kita jadi sayang. Kita rasa kita boleh ikut orang yang luar biasa yakni seorang yang disayangi Tuhan.Ditambahkan lagi kita menyaksikan Rasulullah itu adalah ummi. Ummi itu apa? Dia tidak membaca dan menulis. Jangan kata Rasulullah tidak pandai membaca dan menulis...jangan begitu. Dari tidak membaca dan menulis, dia ada ilmu. Untuk dapat ilmu, jangan kata Rasulullah perlu membaca dan menulis sama macam kita. Lebih bahaya lagi bila kita kata dia tidak boleh membaca dan menulis. Itu menghina. Kalau kita kata Rasulullah membaca dan menulis, tidaklah hebat.Kalaulah kita tidak membaca dan tidak menulis, ada ilmu tak? Rasulullah tidak membaca dan tidak menulis tetapi baginda penuh ilmu. Luar biasa! Jadi" Aku naik saksi bahawa Rasulullah itu tidak membaca dan tidak menulis" Jangan kita kata dia tidak boleh membaca dan tidak boleh mneulis. Itu menghina. Kebanyakan orang terjemahkan Rasulullah itu tidak boleh membaca dan tidak boleh menulis. Lagilah menghina. Jadi menambah lagi kesaksian kita kepada Rasulullah bahawa dia tidak membaca dan tidak menulis. Bila kita tambah lagi, terasa kebesaran Rasulullah. Baru jadi taqwa.Tambah lagi, "Saya naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu contoh ikutan." Mesti yakin itu. Bila kita kata contoh, nampaklah dia itu di depan dan di belakang kita. Rasa lagi kebesaran Rasulullah. Roh kita yakin. Tambah lagi hingga akhirnya baginda disayangi Tuhan. Supaya kita cepat jadi orang bertaqwa, "Saya naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah wasilah."Tentang baginda itu menjadi wasilah, orang tidak ambil peduli dan tidak ambil pusing. Padahal besar. Apa buktinya besar? Setiap hari kita buat. Walaupun sunat, tetapi itu besar. Kalau tidak, tidaklah setiap hari kita baca doa selepas dengan azan.Apa maksud wasilah? Wasilah ada yang lahir dan ada yang batin. Wasilah lahir, setelah kita menerima ilmunya. Kalau tidak baginda sebagai wasilah, kita tidak dapat ilmu.Katalah kita tidak mahu belajar ilmu yang disampaikan oleh Rasulullah melalui Al Quran dan hadis...rosaklah wasilah lahir kita. Wasilah lahir ialah perbuatannya, sikapnya, tingkah laku dan lain-lain walaupun dia tidak ada lagi.Dengan izin Allah, baginda diyakini orang.Ada lagi satu wasilah yang telah dilupa orang iaitu wasilah roh muqodassah. Roh yang sangat suci.Walaupun baginda sudah wafat, dengan izin Tuhan, dia boleh tolong orang. Sama ada tolong agamaNya, untuk dapat kekuatan lahir dan batinnya, baginda boleh dijadikan wasilah. Ilmu ini sudah bersatus tahun tidak dipeduli orang. Sebab itu umat Islam dihina. Bahkan bagi wahabi, wasilah itu dianggap syirik.Sebab itu orang-orang yang rohnya bersih, dia boleh jumpa Rasulullah secara jaga. Bukan dalam mimpi. Kalau dalam mimpi, itu biasa. Boleh bersembang. Kan hebat Rasulullah. Kita boleh seru namanya, minta bantuannya. "Wahai Rasulullah, tenangkan hati saya. Beri saya ilmu dan lain-lain. Bantu saya jadi orang bertaqwa." Ini sudah tidak dipelajari sejak beratus tahun. Sebab itu umat Islam terhina dimana-mana. Jadi bila kita ucap kalimah syahadah, menurut kita, ahli sunnah wal jamaah, maka kita bersaksilah bahawa baginda adalah wasilah.Kita naik saksi lagi bahawa Nabi Muhammad itu kalau bukan kerananya, dunia dan akhirat tidak diciptakan. Tidak besarkah Rasulullah? Sebab itu baginda dikatakan sohibuz azman. Orang yang mempunyai semua zaman. Sebab itu perlu wasilah, kaitkan dengan Rasulullah, baru minta dengan Tuhan. Sebab dia itu Tuhan yang jadikan. Sebagaimana Allah menyebut di dalam Al Quran,"Tidak Kami jadikan engkau Muhammad, melainkan rahmat bagi seluruh alam." Ertinya kalau bukan kerana Rasulullah, dunia akhirat dan kita ini pun tidak ada."Ya Allah, saya minta atas nama Nabi Muhammad kerana wasilah." Masuk rahmat.Kerana Rasulullah, Allah beri. Ini ilmu yang sudah dilupakan orang. Bahkan disyirikkan orang. Banyak benda-benda seni dah hapus. Kerana itu untuk berkasih sayang sudah susah. Seni-seni sudah tidak ada. Jiwa sudah jadi kasar.Itulah dia akidah tambahan. Untuk jadi orang bertaqwa. Kalau asas sahaja, tidak cukup. Sebab itu kalau kita baca, sahabat-sahabat di zaman Rasulullah, lidah Rasulullah pun dipandang besar. Sayidina Khalid bawa janggut Rasulullah ke medan perang. Bila serbannya jatuh waktu perang, dia cepat-cepat ambil kerana ada janggut Rasulullah di dalamnya. Akhirnya orang bertanya, "Wahai Khalid, waktu perang, serban jatuh pun engkau ambil?." "Sebab ada janggut Rasulullah yang saya bawa perang. Sebab itu saya menang." Dengan janggut baginda, orang boleh bertawassul, betapalah dengan roh, jasad, akal dan dengan akhlaknya. Tetapi ilmu ini sudah dilupakan.Syahadah Rasulullah itu besar dan luas. Ada yang asas dan ada yang tambahan. Bila digabungkan barulah membantu kita untuk menjadi orang yang bertaqwa.Saya rasa cukuplah setakat itu. Yang baik dari Tuhan. Terima kasih Tuhan kerana memberi sesuatu yang benar.SEKIAN

No comments: