Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"
Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahwa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."
Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."
Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."
"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."
Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahwa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit
Friday, May 18, 2007
SAMBUTAN MAULIDURASUL DAN KESANNYA
Bulan rabiul awwal sudah berlalu. Nasyid selawat dan marhaban yang sentiasa diperdendangkan selama sebulan telah berhenti. Sambutan maulidul rasul tamat seketika untuk tahun ini. Kedatangan rabiul akhir telah menghentikan kemeriahan rabiul awwal. Kedatangannya juga telah menghentikan atau sedikit sebanyak telah meredakan percanggahan pendapat tentang keharusan atau tidak mengadakan sambutan maulidul rasul. Inilah yang kita lihat saban tahun. Pengulangan tahun hijrah mengulangkan sambutan maulidul rasul dan apa yang ada bersamanya. Soalnya, di manakah hasil atau kesan daripada sambutan maulidul rasul?
Kita tidak lagi ingin bertanya, apakah bid’ah atau tidak merayakan maulidul rasul? Ini kerana kita semua telah sebati dengan pendapat orang-orang yang mengharuskannya, (kerana kita berada di kalangan mereka) samada kita suka atau tidak. Soalnya, adakah sambutan ini wujud pada zaman Rasulullah s.a.w.? Adakah sambutan ini wujud pada zaman Abu Bakar r.a.? Adakah sambutan ini wujud pada zaman Saidina Umar r.a.? Adakah sambutan ini wujud pada zaman Saidina Usman dan Ali? Kalau jawapannya ia, sudah pasti tiada khilaf di kalangan kita menerimanya. Dan kalaulah jawapannya tidak, maka tidaklah pelik kalau terdapat golongan yang tidak menerima sambutan maulid ini.
Cuma persoalannya, kenapakah dan apakah yang mendorong para ulamak mengadakan sambutan maulidul rasul? Apakah mereka menyambutnya tanpa sebarang sebab, atau hanya mengikut tradisi sahaja? Kalaulah kita bersangka baik dengan para ulamak silam kita, - dan sudah tentu demikian – kita pasti menyatakan bahawa mereka mengadakan sambutan hari kelahiran Rasulullah s.a.w. ini dengan tujuan tertentu. Dan bagi saya, tidak ada tujuan lain bagi mereka melainkan kerana kecintaan mereka kepada Rassulullah s.a.w. Mereka ingin supaya Rasulullah s.a.w. sentiasa berada di sanubari umat Islam. Mereka ingin supaya umat Islam sentiasa menyayangi, menyebut dan menyanjung baginda sentiasa. Mereka inginkan supaya ajaran dan sunnah Rasulullah s.a.w. sentiasa menjadi pegangan dan amalan umat Islam.
Kalaulah ini tujuan mereka, adakah tepat perayaan maulidul rasul yang disambut oleh kita sekarang? Siapakah di kalangan kita yang bertambah kecintaan mereka kepada Rasulullah s.a.w. dengan menghadiri perayaan sambutan maulidul rasul? Apakah bertambah bilangan ahli masjid setelah selesainya sambutan? Di manakah orang-orang yang berhimpun pada 12 rabiul awwal dan berarak merayakan maulidul Rasul? Kerana itu, setelah selesainya bulan rabiul awwal tahun ini, marilah sama-sama kita memikirkan beberapa perkara di bawah, kerana apa yang pasti, -jika kiamat belum menjelma- rabiul awwal akan berulang, dan ia juga akan membawa bersamanya apa yang sentiasa dibawanya.
Pertama: Marilah sama-sama kita memikirkan supaya sambutan maulidul rasul memberikan sesuatu yang positif untuk Islam dan umatnya. Biarlah sambutan maulidul rasul sampai kepada matlamatnya, iaitu mengenali dan mencintai junjungan besar Nabi kita Muhammad s.a.w. Janganlah sambutan maulidul rasul hanya menjadi acara ritual yang tidak memberikan sebarang makna dan faedah.
Kedua: Memang tidak dinafikan berlaku khilaf tentang merayakan maulidul Rasul, namun tidak berlaku khilaf pada wajibnya mencintai Rasulullah s.a.w. Mengenal Rasulullah s.a.w. dan mencintainya merupakan antara kandungan rukun Islam yang pertama, sebagaimana ia juga termasuk antara rukun-rukun Iman yang enam.
Ketiga: Memang tidak dinafikan berlaku khilaf tentang merayakan maulidul Rasul, tetapi tidak berlaku khilaf dalam kewajiban menyebarkan ajaran baginda. Kerana itu, isilah perayaan maulidul rasul dengan ceramah-ceramah yang memberikan kefahaman mengenai Islam dan tuntutannya. Dan janganlah maulidul rasul hanya diisikan dengan perarakan, slogan-slogan dan nasyid-nasyid selawat, marhaban dan berzanji sahaja. Tambahan pula, bila berlaku kekhilafan, dan kita terpaksa melakukan perkara itu, maka gunakanlah untuk menegakkan agama Allah SWT. Kita juga perlu ingat bahawa perkara yang berlaku khilaf dalam keharusannya, tidaklah sama dengan yang ittifaq (sepakat) ulamak mengharuskannya atau mengharamkannya.
Keempat: Janganlah medan sambutan maulidul rasul menjadi tempat untuk bertambahnya amalan bid’ah dan maksiat (seperti percampuran bebas lelaki perempuan semasa perarakan atau semasa penyediaan masakan untuk majlis sambutan). Ini kerana hasil yang ingin dicapai melalui maulidul Rasul adalah ittiba’ (mengikut dan menghidupkan kembali ajaran baginda). Firman Allah SWT: “Katakanlah (wahai Muhammad), kalaulah kamu semua mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya kamu semua akan dicintai Allah dan Dia akan ampunkan dosa-dosa kamu, kerana Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani”. Surah Ali Imran: 31.
Kelima: Kita hendaklah berhati-hati dan cermat dalam menceritakan perkara-perkara yang berkaitan dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah medan sambutan maulidul Rasul menjadi tempat untuk kita mengulangi kesilapan-kesilapan orang-orang yang sebelum kita yang telah tersilap (walaupun tanpa disedari) dalam menyebarkan perkara-perkara yang palsu berkaitan dengan Nabi kita Muhammad s.a.w. Sebagai contoh kita menyebut bahawa di malam kelahiran baginda, runtuhnya tiang-tiang istana Raja Kisra, padamnya api kerajaan Parsi (yang beragama Majusi) sedangkan tidak pernah padam semenjak seribu tahun dan keringnya air Buhairah Sawah (Sawah ialah nama tempat bawah kerajaan Parsi)[1]. Samalah juga cerita kijang memberi salam kepada baginda. Cerita-cerita seperti ini tidak memberikan sebarang kesan amalan kepada kita, apatah lagi ia adalah cerita yang tidak sahih.
Keenam: Semua umat Islam yang memahami Islam akan mencintai Rasulullah s.a.w. Orang yang mengadakan sambutan maulidul rasul adalah kerana mencintai Rasulullah s.a.w., sebagaimana orang yang tidak bersetuju dengan sambutan ini juga adalah kerana kecintaan dan ittiba’ mereka dengan sunnah Nabi s.a.w. Kerana itu, sama-samalah kita bersangka baik dan janganlah kita saling tuduh menuduh dan buruk memburukkan sesama kita. Janganlah ia menjadi perkara yang dilihat sebagai agama pada zahirnya, tetapi neraka pada batinnya.
Ketujuh: Kalaulah benar kita semua mencintai Rasulullah s.a.w., kita hendaklah buktikan dengan mengikuti ajarannya. Janganlah kita semua berhimpun pada rabiul awwal untuk sambutan maulidul rasul, tetapi masjid kita lengang dan kosong tanpa himpunan jemaah. Janganlah kita bangun berdiri untuk berselawat, tetapi malas untuk bangun bersolat. Kalaulah kita mencintai Rasulullah s.a.w., bukan selawat dan marhaban sahaja yang kita laungkan, tetapi “kembali mengamalkan Islam” yang kita laungkan. Kita bukan sahaja berarak membawa slogan “Akhlakmu Sungguh Agung, Wahai Rasulullah”, tetapi kita akan berarak dengan slogan “Jangan Pinggirkan Ajaran Rasulullah”, “Al-Qur’an Dan Sunnah Adalah Perlembagaan Kami” dan slogan “Tegakkan Kembali Syariah Islam Di Bumi Kami”.
Kelapan: Jangan kita hanya menyambut maulidul rasul tetapi menolak ajaran Rasul. Kalaulah kita menyambut maulidul rasul, maka lebih utama bagi kita untuk menyambut ajaran Rasul. Ingatlah bahawa sambutan maulidul rasul adalah satu perkara khilafiah, tetapi menyambut dan menjunjung ajaran Rasul merupakan satu kewajiban di atas leher-leher kita semua. Bahkan dalam sejarah Islam, para mujahid Islam sanggup bermandi darah dan mempertaruhkan nyawa untuk ajaran Rasulullah s.a.w.
_______________________________________________________

HUBUNGAN ANTARA AGAMA DAN AKAL
Sesungguhnya perkaitan antara agama Islam dan akal adalah satu perkaitan yang sangat rapat, di mana kedua-duanya tidak mungkin untuk dipisahkan.
Islam adalah agama yang menganggap bahawa tidak ada percanggahan antara agama dan akal. Ini kerana akal tidak akan dapat memahami kebenaran yang sebenar melainkan dengan petunjuk agama, dan agama pula tidak akan difahami tanpa akal. Kerana inilah, menjadi syarat untuk seseorang itu ditaklifkan iaitu dikira dosa dan pahala bila dia mempunyai akal. Orang yang tidak mempunyai akal, ataupun akalnya masih tidak cukup untuk menilai keburukan dan kebaikan tidak akan ditaklifkan. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Diangkatkan taklif daripada tiga golongan: daripaa kanak-kanak sehingga dia baligh, daripada orang tidur sehinggalah dia jaga dan daripada orang gila sehinggalah dia sembuh”. Hadis riwayat Ahmad dll.
Dari sudut teori dan juga amali, agama dan akal sekali-kali tidak akan berlawanan kerana kedua-duanya adalah cahaya daripada Allah SWT. Berkata Imam al-Ghazali: “Ada juga orang yang menganggap bahawa ilmu-ilmu agama berlawanan dengan ilmu-ilmu agama, dan tidak mungkin mencamtumkan antara kedua-duanya, maka sebenarnya sangkaan itu hanyalah datang daripada orang yang buta pandangan hatinya”. Kerana inilah tidak ada gambaran yang mennjukkan bahawa benda yang dianggap baik oleh agama dianggap buruk oleh akal, dan begitulah sebaliknya. Walau bagaimanapun, agamalah yang mesti memandu akal dan bukanlah sebaliknya. Akal tidak akan berguna tanpa panduan agama, samalah seperti mata yang cerah tidak akan nampak sesuatu tanpa cahaya. Kerana inilah agama diibaratkan sebagai panduan luaran dan akal pula adalah panduan dalaman, dan keduanya adalah satu benda yang tak boleh diceraikan.
Oleh kerana agama adalah panduan luaran, maka Allah SWT membuang gelaran akal daripada orang-orang kafir di dalam al-Qur’an di bukan satu tempat. Ini kerana sebenarnya mereka adalah golongan yang tidak menggunakan akal. Allah SWT berfirman: “Ini kerana mereka sebenarnya adalah golongan yang tidak menggunakan akal”. Surah al-Maidah: 58.
Maka menjadi kewajiban kepada orang yang inginkan kebaikan untuk menggabungkan antara agama dan akal. Orang yang mengajak untuk mengikut agama dan mengenepikan akal secara keseluruhan adalah orang yang jahil, manakala orang yang berpada dengan akal tanpa panduan agama adalah orang yang tertipu. Janganlah kita termasuk ke dalam kedua-dua golongan tersebut. Kerana inilah tidak dapat tidak (mesti) daripada mencampurkan antara ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu akal. Bahkan tanpa kebijaksanaan akal, di manakah ulamak? Tidakkah mereka dianggap hebat kerana kehebatan akal yang mereka miliki dalam mencari ilmu dan memahaminya?
Dan bila timbul sesama kita sebagai manusia sebarang perselisihan, Allah SWT menitahkan kita dengan firmanNya: “…maka jika kamu berselisih tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul…”. Surah an-Nisa: 59. Ertinya kita mesti menjadikan agama sebagai panduan dan bukannya akal semata-mata. Akal perlu dipandu oleh agama demi untuk menyuburkannya. Maka rugilah orang yang menggunakan akal semata-mata tanpa panduan agama, bahkan merekalah sebenarnya orang yang tidak menggunakan akal

3a.
Apa maksud Nabi Muhammad itu pesuruh Allah?
Posted by: "yuhada zama" yuhazama@yahoo.com yuhazama
Mon May 14, 2007 2:34 am (PST)
Apa maksud Nabi Muhammad itu pesuruh Allah? Ertinya kita yakin bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Pesuruh yang Tuhan lantik kepada alam. Supaya jin dan manusia mengikut apa yang diarahkan oleh Allah yakni mengaku Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Itu akidah asas. Termasuk meyakini yang tersirat iaitu apa sahaja yang ada hubungan dengan Rasulullah atau yang wajib berlaku pada Rasulullah. Wajib kita yakin. Pegangan dan akidah termasuk pengakuan itu.Kita sudah akui Allah itu Tuhan kita. Zat itu adalah zat Pencipta alam. Dengan sendiri, sifat-sifatNya yang ada berkait dengan Tuhan, kena kita yakin dan percaya.Ertinya kalau kita yakin seseorang itu utusan Allah maka kita jadi menyaksikan, percaya, yakin apa-apa saja sifat-sifat yang wajib pada Rasul itu kita kena percaya. Kerana itu ada 4 sifat wajib yang ada pada Rasul yang wajib diketahui, yakin dan percaya iaitu:1. Itu seolah-olahnya kita rasa, "Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu siddiq." Apa maksud Rasulullah itu siddiq? Benar, yakni kata-katanya benar, perbuatannya benar, sikapnya benar, menggambarkan itu yang Tuhan perintahkan padanya. Rasulullah itu cakapnya tidak mendahului perbuatan. Tidak membohongi.Perbuata nnya tidak membohongi perkataan. Perbuatan dan cakap itu sama. Itulah keyakinan kita. Kita naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu siddiq. Membenarkan perkataan,perbuatan dan sikapnya. Jadi apa yang berlaku pada Rasulullah itulah yang Tuhan kehendaki.2.Begitu juga kita naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu amanah. Apa maksud amanah?Apa saja Tuhan pesan untuk disampaikan, satu perkataan pun tidak tercicir. Bukan satu ayat, satu perkataan pun tidak tercicir. Satu lafaz pun tidak tercicir. Bahkan satu huruf pun tidak tercicir. Ertinya amanah sungguh Rasulullah itu. Yang Tuhan sampaikan itu ialah Al Quran. Berapa banyak ayatnya, perkataannya, namun satu huruf pun tidak tercicir. Amanahnya Rasulullah dengan Tuhan. Jadi bila kita ucap "asyhadu anna Muhammadurrasululla h", di dalam itu rupanya terkandung yang kita maksudkan bahawa Rasulullah itu amanah. Saya bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu amanah. Sangat jujur menyampaikan hingga tidak ada yang tercicir dan tidak bertambah satu huruf. Tidak menambah-nambah. Kita, kalau ada orang besar jumpa, beri surat suruh sampaikan pada orang ramai, mungkin ada yang tercicir. Mungkin berubah-rubah. Maka kita naik saksi bahawa amanah itu satu keyakinan. Siapa yang tidak belajar tentang amanah dan siddiq, dia berdosa. Akidah sudah cacat. Sebab itu wajib kita tahu, kena percaya dan wajib yakin. Sebab ia termasuk sifat wajib bagi Rasul.3. "Asyhadu anna Muhammadurrasululla h" itu juga kita maksudkan bahawa kita besaksi bahawa Rasulullah itu menyampaikan. Bukan sahaja yakin rasul itu Rasul. Kita juga yakin bahawa dia sangat menyampaikan. Sedikit pun tidak syak. Menyampaikan hinggakan satu huruf pun tidak tercicir. Menyampaikan kepada semua.4. Bila kita mengucap dua kalimah syahadah itu, kalimah Rasulullah yang kita maksudkan lagi ilah "Saya bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah cerdik". Cerdiknya Rasulullah itu pun jadi akidah. Siapa kata Rasulullah bodoh, rosak akidahnya. Katalah seseorang itu yakin pada Rasulullah, yakin dia bawa Al Quran untuk diIslamkan orang dengan Al Quran, yakin dia siddiq, amanah, tabligh tetapi yang satu ini dia tidak yakin. Dia tidak belajar maka dia tidak tahu tentang cerdik ini, maka rosak akidah. Itu satu pakej kerana Rasulullah dengan sifat-sifatnya adalah satu pakej. Itu yang dikatakan Syahadat Rasulullah.Ia jadi akidah bersama syahadat tauhid itu. Cerdik Rasulullah bukan istilah manusia. Katalah genius,ia adalah istilah yang tersendiri. Kalau cerdik manusia itu cerdik biasa.Kalau luar biasa, ia genius. Itu cerdik orang biasa. Tapi hendak cari yang zakiyun itu payah. Tapi yang cerdik luar biasa disebut genius, itu istilah orang putih. Kalau istilah bahasa arab disebutabqari iaitu ahli-ahli falsafah, ahli otak. Rasulullah tidak dikata abqari. Dia tersendiri. Sebab itu ada istilah baqanah. Istilah baqanah hanya boleh disandarkan pada Rasulullah. Kecerdikan Rasulullah itu tiada bandingan. Abqari pun kalah. Walaupun seribu ahli falsafah yang bertaraf abqari, mereka tidak boleh lawan satu fathonah. Sebab itu, ia dijadikan keyakinan akidah. Jadi akidah bahawa "Saya bersaksi Rasulullah itu adalah fathonah." Kalau orang tanya dia tentang Rasulullah, dia kata "Eh, tak pernah dengar pun tentang fathonah". Rosak akidah dia. Lebih lagi rosak, kalau dia belajar tetapi dia tidak yakin. Lagi rosak kalau dia tidak belajar, dia tidak tahu bahawa akidahnya sudah rosak. Sebab itu wajib tahu dan wajib belajar. Wajib jadi keyakinan. Kalau sudah tahu tetapi tolak juga, lagi berat. Sebab kalau sudah rosak akidah, walaupun akidah tentang syahadat Rasulullah, sembahyang, zakat, puasa, haji dll lagi batal.Jadi kalau kita mengucap dua kalimah syahadah itu, bukan sahaja kita akui bahawa dia itu Rasul tetapi tentang 4 sifat wajib baginya pun kita kena yakin. Kita saksikan. Saya ingat tentang ini pun ramai orang abaikan. Fathonah itu pun orang abaikan. Dia yakin Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Sifat-sifat baginda tidak pernah dia kisah. Rosak. Macam orang yakin Tuhan itu Allah tetapi tidak tahu Dia berkuasa, berkehendak, mendengar. Begitulah kalau dia tahu, Rasulullah memang seorang Rasul tetapi tidak tahu Rasulullah itu siddiq,amanah, tabligh dan fathonah. Sebab ia satu pakej. Itu asas yang kita kena tahu. Padahal dalam Islam ini, akidah yang asas sahaja tidak cukup. Iaitu sekadar hendak bezakan antara Islam dan kafir. Jadi orang baik itu tidak cukup. Tuhan minta bukan setakat jadi muslim atau orang Islam. Tidak pernah dikatakan orang Islam begini-begini masuk syurga. Tak ada. Syarat mesti jadi orang bertaqwa. Lagi selamat. Dengan Islam sahaja tidak selamat. Mukmin sahajapun tidak selamat. Mesti mukmin bertaqwa. Jadi hendak jadi orang bertaqwa, ada satu pakej. Gabungan rukun iman, rukun Islam dan ihsan, ia satu pakej. Kena ada ilmunya, difahami, dihayati, boleh diapply dalam kehidupan, barulah boleh jadi orang bertaqwa.Kerana ada rukun kepada rukun Iman, ada rukun kepada rukun Islam dan dalam rukun Ihsan, ada rukunnya. Kesemuanya itu satu pakej. Baru boleh jadi orang bertaqwa. Sebab itu dalam ajaran Islam ada 3, Iman, Islam dan Ihsan. Iman dan Islam sahaja tidak cukup. Mesti ada ihsan. Kalau sampai peringkat Ihsan , baru jadi orang bertaqwa. Boleh jadi orang bertaqwa, baru ada jaminan selamat dunia akhirat. Di dunia ada jaminan tenang, bantuan dari Tuhan dan diakhirat selamat dari neraka serta dia akan pergi ke Syurga. Jadi jangan belajar Islam hanya yang asas sahaja sedangkan kita tidak sedar kita sudah jatuh kafir. Sebab itu Tuhan bukan hendak kita setakat Islam atau mukmin tetapi muttaqin.Oleh itu akidah kepada Rasulullah ini hendak diluaskan lagi. Tidak cukup yang asas. Di antaranya, kita seolah-olah berkata begini, "Saya naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu maksum."Apa itu maksum? Baginda tidak salah dan tidak buat dosa. Sekalipun dosa kecil.Walaupun tidak wajib belajar dan tidak jadi akidah asas tetapi elok kita tahu supaya kita terasa kebesaran Rasulullah SAW dan hebatnya Rasulullah agar kita menghayati lagi.Sebab itu kita perlu mencintai sebab hendak jadi taqwa. Mungkin kena lebih."Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu maksum." Jarang orang memperkatakan maksum sebab ia bukan akidah asas. Selalunya orang lupakan. Rasulullah itu dari kecilnya terpelihara. Dosa kecil pun tidak buat. Kan luar biasa! Bila kita lihat peribadinya, kita jadi sayang. Kita rasa kita boleh ikut orang yang luar biasa yakni seorang yang disayangi Tuhan.Ditambahkan lagi kita menyaksikan Rasulullah itu adalah ummi. Ummi itu apa? Dia tidak membaca dan menulis. Jangan kata Rasulullah tidak pandai membaca dan menulis...jangan begitu. Dari tidak membaca dan menulis, dia ada ilmu. Untuk dapat ilmu, jangan kata Rasulullah perlu membaca dan menulis sama macam kita. Lebih bahaya lagi bila kita kata dia tidak boleh membaca dan menulis. Itu menghina. Kalau kita kata Rasulullah membaca dan menulis, tidaklah hebat.Kalaulah kita tidak membaca dan tidak menulis, ada ilmu tak? Rasulullah tidak membaca dan tidak menulis tetapi baginda penuh ilmu. Luar biasa! Jadi" Aku naik saksi bahawa Rasulullah itu tidak membaca dan tidak menulis" Jangan kita kata dia tidak boleh membaca dan tidak boleh mneulis. Itu menghina. Kebanyakan orang terjemahkan Rasulullah itu tidak boleh membaca dan tidak boleh menulis. Lagilah menghina. Jadi menambah lagi kesaksian kita kepada Rasulullah bahawa dia tidak membaca dan tidak menulis. Bila kita tambah lagi, terasa kebesaran Rasulullah. Baru jadi taqwa.Tambah lagi, "Saya naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu contoh ikutan." Mesti yakin itu. Bila kita kata contoh, nampaklah dia itu di depan dan di belakang kita. Rasa lagi kebesaran Rasulullah. Roh kita yakin. Tambah lagi hingga akhirnya baginda disayangi Tuhan. Supaya kita cepat jadi orang bertaqwa, "Saya naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah wasilah."Tentang baginda itu menjadi wasilah, orang tidak ambil peduli dan tidak ambil pusing. Padahal besar. Apa buktinya besar? Setiap hari kita buat. Walaupun sunat, tetapi itu besar. Kalau tidak, tidaklah setiap hari kita baca doa selepas dengan azan.Apa maksud wasilah? Wasilah ada yang lahir dan ada yang batin. Wasilah lahir, setelah kita menerima ilmunya. Kalau tidak baginda sebagai wasilah, kita tidak dapat ilmu.Katalah kita tidak mahu belajar ilmu yang disampaikan oleh Rasulullah melalui Al Quran dan hadis...rosaklah wasilah lahir kita. Wasilah lahir ialah perbuatannya, sikapnya, tingkah laku dan lain-lain walaupun dia tidak ada lagi.Dengan izin Allah, baginda diyakini orang.Ada lagi satu wasilah yang telah dilupa orang iaitu wasilah roh muqodassah. Roh yang sangat suci.Walaupun baginda sudah wafat, dengan izin Tuhan, dia boleh tolong orang. Sama ada tolong agamaNya, untuk dapat kekuatan lahir dan batinnya, baginda boleh dijadikan wasilah. Ilmu ini sudah bersatus tahun tidak dipeduli orang. Sebab itu umat Islam dihina. Bahkan bagi wahabi, wasilah itu dianggap syirik.Sebab itu orang-orang yang rohnya bersih, dia boleh jumpa Rasulullah secara jaga. Bukan dalam mimpi. Kalau dalam mimpi, itu biasa. Boleh bersembang. Kan hebat Rasulullah. Kita boleh seru namanya, minta bantuannya. "Wahai Rasulullah, tenangkan hati saya. Beri saya ilmu dan lain-lain. Bantu saya jadi orang bertaqwa." Ini sudah tidak dipelajari sejak beratus tahun. Sebab itu umat Islam terhina dimana-mana. Jadi bila kita ucap kalimah syahadah, menurut kita, ahli sunnah wal jamaah, maka kita bersaksilah bahawa baginda adalah wasilah.Kita naik saksi lagi bahawa Nabi Muhammad itu kalau bukan kerananya, dunia dan akhirat tidak diciptakan. Tidak besarkah Rasulullah? Sebab itu baginda dikatakan sohibuz azman. Orang yang mempunyai semua zaman. Sebab itu perlu wasilah, kaitkan dengan Rasulullah, baru minta dengan Tuhan. Sebab dia itu Tuhan yang jadikan. Sebagaimana Allah menyebut di dalam Al Quran,"Tidak Kami jadikan engkau Muhammad, melainkan rahmat bagi seluruh alam." Ertinya kalau bukan kerana Rasulullah, dunia akhirat dan kita ini pun tidak ada."Ya Allah, saya minta atas nama Nabi Muhammad kerana wasilah." Masuk rahmat.Kerana Rasulullah, Allah beri. Ini ilmu yang sudah dilupakan orang. Bahkan disyirikkan orang. Banyak benda-benda seni dah hapus. Kerana itu untuk berkasih sayang sudah susah. Seni-seni sudah tidak ada. Jiwa sudah jadi kasar.Itulah dia akidah tambahan. Untuk jadi orang bertaqwa. Kalau asas sahaja, tidak cukup. Sebab itu kalau kita baca, sahabat-sahabat di zaman Rasulullah, lidah Rasulullah pun dipandang besar. Sayidina Khalid bawa janggut Rasulullah ke medan perang. Bila serbannya jatuh waktu perang, dia cepat-cepat ambil kerana ada janggut Rasulullah di dalamnya. Akhirnya orang bertanya, "Wahai Khalid, waktu perang, serban jatuh pun engkau ambil?." "Sebab ada janggut Rasulullah yang saya bawa perang. Sebab itu saya menang." Dengan janggut baginda, orang boleh bertawassul, betapalah dengan roh, jasad, akal dan dengan akhlaknya. Tetapi ilmu ini sudah dilupakan.Syahadah Rasulullah itu besar dan luas. Ada yang asas dan ada yang tambahan. Bila digabungkan barulah membantu kita untuk menjadi orang yang bertaqwa.Saya rasa cukuplah setakat itu. Yang baik dari Tuhan. Terima kasih Tuhan kerana memberi sesuatu yang benar.SEKIAN

Tuesday, May 1, 2007
UMNO TIDAK MEMBANTU MELAYU DAN ISLAM
UMNO [UNITED MONKEYS NATIONAL ORGANISATION - nama baru] ditubuhkan pada 11 Mei 1946 selepas 8 bulan Sir Harold Mac Micheal yang membawa gagasan Malayan Union bertujuan menghapuskan kuasa Raja-raja dan manjadikan Persekutuan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan British. Orang-orang Melayu-Islam lebih awal bangun menentang penjajahan British iaitu di tahun-tahun 20an, 30an dan awal 40an sehingga Jepun menyerah kalah dan British kembali semula ke Malaya, baharulah UMNO ditubuhkan. Sumbangkan yang diberikan oleh Kesatuan Melayu Singapura [ditubuhkan pada 1926 oleh Eunos Abdullah], Kesatuan Melayu Selangor[ditubuhkan pada 1938 oleh Tengku Ismail Tengku Mohd.Yassin], Persatuan Melayu Perak [ditubuhkan pada 1937 oleh Wan Mohd. Noor Wan Nasir], Kesatuan Melayu Muda [ditubuhkan 1938 dipimpin oleh Ibrahim Yaakob], Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang diketuai oleh Dr.Burhanuddin Al-Helmi bersama-sama dengan Ishak Hj. Mohamad, Angkatan Pemuda Insaf yang dipimpin oleh Ahmad Boestamam, PUTERA, Parti Malaya Merdeka dan lain-lain lagi yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan tulin.
Tetapi, negara ini diperintah oleh orang yang sangat ‘gilakan’ kuasa, maka peranan pemimpin-pemimpin dan pertubuhan-pertubuhan terdahulu dipadamkan daripada lipatan sejarah. Saya yakin pada suatu hari nanti apabila golongan IBLIS? dalam UMNO ini dan UMNO itu sendiri akan menemui ajalnya, adalah diharapkan Allah memunculkan seorang tokoh yang berakhlak dan memegang kuat ajaran agama [tidak seperti yang ada sekarang seperti Ramlah Adam dan beberapa professor sejarah-pentingkan pangkat dan kedudukan]? melakarkan semula sejarah Tanah Air tanpa ada prajudis mahupun terhadap UMNO. Insyaallah.
1. Pemimpin UMNO pengkianat bangsa
50 tahun merdeka UMNO gagal melahirkan pemimpin yang berwibawa, yang ada intergriti dan akauntabilti. UMNO hanya berjaya menghasilkan pemimpin yang kurop, pentingkan diri, kroni dan kenalan. Artikal saya dalam laman Marhaen menceritakan secara jelas terdapat tokoh-tokoh besar UMNO yang terpalit dengan tuduhan rasuah dan menyalahguaan kuasa [http://marhaen.ngepeng.com/mar_b_tun_telanai80.html] menyebabkan rakyat hilang tempat bergantungan untuk mengadu menyelasaikan berbagai masalah yang mereka hadapai.
Rakyat terpaksa menunggu dan berdoa semoga wakil rakyat yang ada itu meninggal dunia atau meletakkan jawatan kerana masalah kesihatan atau sebagainya, baharulah ada para pemimpin berduyon-duyon akan datang menjenguk dan mengambil tahu mengenai masalah yang mereka hadapi, pemimpin akan berlakon jadi lebih pemurah dan pembangunan akan dicurahkan bernilai berbillion-bilion ringgit seperti yang apa berlaku di Ijok sekarang ini [selepas rasuah pilihanraya kecil berlaku di Kuala Berang, Terangganu, Permatang Pasir, Kelantan, Batu Talam, Pahang dan Machap, Melaka]. Bagaimana pula kawasan-kawasan yang ADUNnya sihat wal’afiat. Nasib rakyat tidak terbela. Dibelenggu dengan lingkaran ganas kemiskinan.
Sejarah telah mencatatkan pelbagai kisah bagaimana sesebuah kerajaan runtuh dan lenyap kerana pemerintah ketika itu hanya dikelilingi oleh pembodek dan pengampu yang bermulut manis dan berperangai seperti itik jawa, ianya pandai mengangguk dan mengiakan apa-apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin bagi menjaga kepentingan diri. Takut untuk bercakap benar. Pemimpin pula tidak ingin langsung dan tidak bersikap proaktif untuk mendengar rintihan rakyat. Apa yang mereka inginkan ialah rakyat mendengar dan mengikut sahaja. Rakyat tidak boleh menyoal dan mengkritik. Andai kata ada yang berani menegur kerajaan ketika itu juga ia akan dipancung.
Malaysia mengamalkan pemilihan kerajaan melalui proses demokrasi konon-kononnya. Rakyat memilih kerajaan yang diinginkan mereka [sebenarnya rakyat dipaksa memilih UMNO/BN berlaku dengan berbagai cara dan kaedah rujuk kes di Ijok [juga di Machap, di Batu Talam, Permatang Pasir dan Kuala Berang] sekarang ini melalui parti-parti politik, peti undi dan pilihanraya. Parti yang menang dan memperolehi kerusi majoriti membentuk kerajaan. Tugas mana-mana parti sekalipun yang menjadi kerajaan melalui proses demokrasi mesti melaksanakan konsep atau teori utilitarian. Teori ini mengatakan: Negara mesti memberikan kebahagiaan dan kesejahteraan untuk rakyat terbanyak yang memilih mereka dan menyediakan pelbagai prasarana, peralatan, kemudahan untuk kesejahteraan rakyat dan mengurangkan keperitan dan kepayahan. Teori ini UMNO tidak mengamalkannya. Ia betindak zalim terhadap rakyat yang tidak menyokongnya dalam pelbagai sektor. Dalam pada itu, UMNO juga bertindak zalim terhadap amalan demokrasi yang diwar-warkannya
Terdapat tiga perkara yang bersangkut-paut dengan sifat kepimpinan, sebagai penyebab kedudukan orang semakin teruk. Pertama, para pemimpin tidak mempunyai keazaman politik [political will] yang cukup kuat untuk membela nasib rakyat miskin, walaupun retorik membela Melayu cukup kuat kedengaran termasuk di Perhimpunan Umno. Kedua, pemimpin UMNO yang jadi pemerintah tidak mempunyai tenaga untuk membendung [malah gemar menaikan harga minyak, tol, kadar tarif air dan elektrik untuk menyelesaikan masalah ekonomi secara mudah dan berbelanja tidak berhemat], apatah lagi berkeboleh untuk menyekat kuasa pasaran yang boleh memiskinkan lagi golongan miskin Melayu dan kaum lain. Dan yang ketiga, para pemimpin UMNO/BN kebanyakannya lebih mengutamakan kepentingan peribadi, keluarga dan suku-sakat mereka sahaja, dibiarkan rakyat bergeladangan keseorangan. 2. Kedudukan ekonomi orang Melayu yang lemah angkara kianat UMNO
Kedudukan ekonomi orang Melayu masih lemah walau pun sudah 50 tahun kita merdeka berbanding dengan kaum lain akibat angkara pemimpin UMNO yang rakus merompak dan memfaraidkan harta rakyat sesama sendiri mereka yang berkuasa, rakyat terbanyak hanya menelan air liur dan mulut ternganga menanti lalat masuk.
Sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti korporat bumiputera di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal mencapai matlamatnya.? Perkara ini diakui sendiri oleh para pemimpin UMNO yang menentang hasil kajian yang dibuat oleh Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (Asli) menganggarkan bahawa matlamat DEB sudah tercapai angkanya di sekitar 45 peratus, berdasarkan pada perangkaan Bursa Malaysia bagi bulan September 2005. Kajian tersebut yang bertajuk “Pengagihan Ekuiti Korporat – Trend Masa lalu dan Dasar Akan Datang’ – menganggarkan bahawa 70 peratus pemilikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dianggap sebagai milik bumiputera. sebagai milik bumiputera.
D perhimpunan agung Umno ke-56, Ketua Pemudanya, Hishammuddin Hussein, mengangkat keris menuntut hak bumiputera untuk diteruskan DEB kerana ekuiti mereka hanya di antara 18.9 peratus hingga 19.4 peratus. DEB telah disalahgunakan dengan meluas dalam pelbagai cara. Semua orang tahu semua Ketua Bahagian Umno berpeluang mendapat kontrak dari kerajaan bagi mengumpul dana untuk membiayai aktiviti politik mereka. Malah dalam banyak kes, mereka tahu berapa jumlah yang perlu ditawarkan untuk merebut sesuatu kontrak itu. Kerap berlaku mereka tidak tahu apa-apa tentang projek berkenaan dan ini menyebabkan mereka dijadikan “orang depan” oleh bukan bumiputera yang mahukan projek tersebut. Akhirnya ini menjadi satu tabiat dan norma.
Sekarang ini, seluruh negara telah rosak. Malah kalau kita teliti pertelagahan antara Tun Dr Mahathir dengan Datuk Seri Abdullah sekarangpun, ia tertumpu kepada soal pengagihan kontrak, bukannya tentang nasib orang miskin yang semakin hari semakin terpinggir. Perdebatan antara kedua-dua pemimpin ini tidak sedikitpun menyentuh nasib orang miskin di Sabah, umpamanya, di mana statistik menunjukkan kadar kemiskinan amat tinggi di negeri itu. Ketara sekali DEB telah dijadikan alat untuk meraih pendapatan tanpa perlu berkerja. Kelompok tertentu [golongan UMNOPUTRA] mendapat pendapatan secara percuma daripada hubungan mereka dengan kerajaan. Akibat dari gejala ini, perbelanjaan kerajaan dibazirkan dan pembayar cukai tidak mendapat nilai dari perbelajaan yang dibuat itu.
DEB pada peringkat awalnya berjaya melahirkan institusi bumiputera yang kukuh dan berjaya seperti PNB, Tabung Haji, Felda dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Hingga kini pun semua institusi ini terus bergerak maju tetapi malangnya DEB tidak dikemaskinikan sejajar kejayaan institusi-institusi tersebut. Kerajaan cuba menggunakan DEB untuk melahirkan tokoh korporat bumiputera dan usahawan. Tetapi di manakah mereka yang kononnya tokoh korporat dan usahawan itu? Kalau kita namakan tokoh korporat bertaraf dunia, mana dia nama orang Melayu atau bumiputera? Kita akan temui nama seperti Ananda Krishnan, Yeoh Tiong Lay, Ling Goh Tong, Robert Kuok, Yeoh YTL, Vincen Tan, Lim Goh Tong, Erik Chia, Quek Lian Chan, Loy Hean Heong dan lain-lain lagi. Orang-orang bukan Melayu menjadi bertambah kaya raya kerana mereka pandai dan mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin. Mereka mendapat pelbagai projek.
Banyak syaraikat-syarikat dan agensi kerajaan yang untung sebelum diswastakan telah mengalami kerugian dan terpaksa kerajaan ambilalih semula seperti MAS, Syarikat Perkapalan Berhad, IWK, STAR, TNB, Renong, DRB-HICOM, RHB, UEM dan sebagainya. Ini disebabkan orang-orang yang diberi peluang ini tidak mempunyai kepakaran hanya pandai bodek pemimpin.
Mana pergi nama-nama Melayu tersohor satu ketika dulu seperti Rashid Hussain, Tajudin Ramli, Halim Saad, Wan Azmi Wan Hamzah, Omar Shah dan lain-lain yang ternama hilang tanpa berkubur dalam arena korporat.
Dalam satu kajian yang dijalankan dapati sejak dari tahun 1980-an dan 90-an lagi, penerima utama faedah DEB ialah bukan bumiputera. Buktinya, banyak syarikat pembinaan bukan bumiputera berkembang menjadi syarikat besar dengan urusniaga berjuta-juta ringgit setahun. Tetapi hingga kini mereka kekal sebagai sub-kontraktor di negara ini. Mengapa ini berlaku, kalau kita analisis secara sinis, kontraktor bukan bumiputera ini telah berjaya menggunakan orang Melayu untuk mendapatkan kontrak untuk mereka, walaupun kontrak itu sekadar di sub-kontrakkan, namun mereka yang untung besar.
Kemiskinan di Perak dan Terangganu mengarasi Kelantan. Bilangan isi rumah di dalam kategori miskin tegar di Perak, Kedah, Terengganu, Sabah dan Sarawak, ternyata lebih besar dari negeri Kelantan. Angka ini terkandung dalam kertas EPU, Jabatan Perdana Menteri yang ditaklimatkan kepada negeri-negeri, di bawah tajuk ‘Program Pembasmian Kemiskinan RMKe-9’. Bilangan isu rumah dalam kategori miskin tegar mengikut negeri-negeri adalah seperti berikut:
1. Sabah - 32,297 2. Terengganu - 8,300 3. Perak - 5,730 4. Sarawak - 5,243 5. Kedah - 4,938 6. Kelantan - 3,550
Perhatikan, Terengganu, dengan kekayaan minyak yang demikian besar dan dengan jumlah penduduk yang kecil, mempunyai bilangan isi rumah miskin tegar yang lebih tinggi dari negeri-negeri lain. Mengikut kertas tersebut, peratus kemiskinan Terengganu ialah 15.4%, berbanding Kelantan 10.6%.
Kesan dari amalan ini siapa yang rugi? Kos sesuatu projek melambung tinggi akibat dari rasuah berbentuk kuasa dan wang dalam usaha mendapatkan kontrak-kontrak berkenaan. Sub-kontraktor terpaksa menaikkan sebutharga mereka bagi menampung rasuah yang diberi kepada “orang depan” atau “runner” yang mendapatkan kontrak berkenaan. Dalam keadaan begini, adakah anda fikir Malaysia boleh mempunyai urustadbir korporat yang telus? Bagaimana kita mahu melihat negara kita dipandang tinggi sebagai sebuah negara yang telus? DEB telah dipalit dengan watak jahat. DEB akan menjadi alat yang akan membunuh kita dan negara ini. Ia sudah menjadi barah masyarakat. Untuk menyelesaikan “penyakit barah” ini, ia tidak boleh dirawat, sebaliknya perlu dipotong terus.
Ini adalah satu kegagalan UMNO dalam memerintah Negara selama 50 tahun. Mohd.Noor Azam dalam BM, 11.3.2001 menyatakan milik bumiputra dalam projek penswastaan kerjaan hanya RM8.57 billion [ atau 25.6% ] dan bukan bumiputra RM25 billion [ atau 75% ]. Manakala kontrak yang dapat oleh bumiputra pula berjumlah RM24.48 billion sebanyak 1,401 buah syarikat dari 4,987 buah syarikat, selebihnya adalah syarikat milik bukan bumiputra.
Pada tahun 1963, orang-orang Melayu mengadakan satu kongres membincangkan masalah ekonomi yang mereka hadapi iaitu masalah untuk mendapatkan modal bagi memulakan perniagaan.Hasil dari kongres tersebut lahirlah Bank Bumiputra Malaysia Berhad untuk membantu orang-orang elayu dalam perniagaan.Professional Melayu telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan bank ini, tetapi disebabkan perasaan tamak dan haloba telah berlaku skandal BMF ang merugikan orang-orang Melayu dan negera sebanyak RM2.5 billion pada tahun 80an.
Dua kali bank ini diselamatkan oleh kerajaan disebabkan salahurus dan pecah amanah, pada tahun 1984 disuntik modal sebanyak RM2.3 billion dan sekali pada tahun 1989 sebanyak RM982 juta.Pada tahun 1997-1998, bank ini sekali ladi menghadapi masalah kerana memberi pinjaman mudah tanpa mengikut procedure bank sehingga bank ini rugi berjumlah RM6.2 billion.
BBMB memberi pinjaman besar kepada tajudin Ramli [ MAS dan Celcom ], Halim Saad [ Renong dan UEM ], Azman Hashim [ Arab Malaysia Berhad, Vincen Tan [ Berjaya Group ], Francis Yeoh [ Lion Group ] dan KUB.
Akhirnya, untuk menyelamatkannya, ia diarah bergabung dengan Bank of Commerce dan kini dikenali sebagai Bumiputra Commerce Bank Berhad dan kini jatuh pula ke tangan adik TPM, Najib Tun Razak yang dikenali CIMB. UMNO telah melakukan jenayah ekonomi terhadap bangsa Melayu.
3. Pendidikan orang Melayu tercicir jauh dari bukan Melayu angkara UMNO
Pendidikan orang Melayu jauh ketinggalan.Dalam bulan Disember 1995 hingga Januari 1996, Parlimen telah meluluskan 4 akta baru berkenaan dengan pendidikan iaitu Akta Pendidikan 1995, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti yang dibuat pada bulan Disember 1995 dan dikenali sebagai Akta Universiti dan Kolej Universiti 1995.Keempat-empat akta pendidikan ini memberi kesan terhadap penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan di universiti-universiti.Fasal 17 dalam Akta Pendidikan 1995 dan Fasal 41 dalam Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 memberi ruang yang luas kepada universiti dan kolej swasta menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pengajian masing-masing.
Kebanyakan IPTS ini mempunyai program berkembar dengan universiti-universiti luar negeri seperti di Amerika Syarikat, Britain dan Australia. Berapai ramaikah orang Melayu dan bumiputra yang mampu menuntut di ITPS-ITPS ini.Mengikut statistik tahun 2000 [MM , 2.6.2002, ms: 6 , bilangan pelajar bukan bumiputra yang melanjutkan pelajaran ke luar Negara dianggarkan berjumlah 112,000 orang berbanding dengan pelajar bumiputra yang ditaja hanya berjumlah 5,800 orang sahaja.Begitu juga bilangan mereka di kolej-kolej swasta bilangan mereka menjangkau 170,000 orang dan lebih 22,000 di universiti swasta.Di Kolej Tunku Abdul Rahman [dan kini sudah dinaikkan taraf sebagai universiti] bilangan pelajar bukan bumiputra menghampiri 15,000 orang, manakala di peringkat ijazah di universiti awam pula mereka mencecah 80,000 orang.
Jika angka-angka ini dicampur, bilangan pelajar bukan bumiputra yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi ialah seramai 399,000 orang berbanding jumlah keseluruhan enrolmen pelajar ke institusi pengajian tinggi seramai 753,000 orang.Amat jelas bilangan pelajar bukan bumiputra lebih tinggi berbanding pelajar bumiputra, walaupun jumlah penduduk bumiputra pada tahun 2000 ialah 65.1% berbanding Cina 26.0% dan India 7.7%.Kewujudan IPTA-IPTA sudah dikira sebagai agenda Umno dan dianggap telah selesai dalam mengharungi era dunia ICT.Agenda itu dianggap sebagai agenda kerajaan. Amat malang, Umno tidak tahu membezakan atau memisahkan apakah itu kerajaan dan apakah itu UMNO.
Mulai tahun 2002, kemasukkan ke ITPA adalah berdasarkan kepada system kuota dan meritokrasi dan mulai tahun 2003 juga ruang 10% telah diberikan kepada bukan bumiputra untuk memasuki MRSM dan program mattrikulasi.Dalam pada itu, akibat perbezaan politik dua MRSM di Terangganu di bawah pemerintah PAS 1999-2004 ditutup. Kadar pegambilan pelajar bukan Melayu di lima buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mulai Febuari 2004 dinaikkan daripada 10 kepada 30 peratus. Menteri Pembangunan Usahawan ketika itu, Mohamed Nazri Tan Sri Aziz berkata, lima MRSM yang terbabit dalam pengambilan pelajar bukan bumiputera itu ialah di Pontian, Muar, Kuala Kubu Baru, Kulim dan Kuala Lipis.Menurut beliau, tindakan menambah kuota 30 peratus pelajar bukan bumiputera di lima daripada 17 buah MRSM di negara ini berikutan kebimbangan ibu bapa kaum terbabit jika bilangannya hanya 10 peratus sahaja.Dan pengambilan pelajar bukan bumiputera di MRSM ini tidak hanya kepada lulusan daripada aliran sekolah kebangsaan tetapi juga murid dari aliran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina,'' [BH, 6.1 2004].
Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama selama kira-kira 30 tahun, dengan kejayaan melahirkan tidak kurang 5.4 juta lepasan di peringkat SPM yang sebahagiannya kemudian melanjutkan pengajian di peringkat tinggi dan menjadi tenaga penggerak pembangunan negara dalam pelbagai bidang, dilakukan perubahan yang cukup drastik. Sudah ada ribuan profesor dan ahli akademik dalam pelbagai bidang yang lahir daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Beberapa kajian ilmiah di peringkat sarjana dan kajian institusi serta individu tertentu menunjukkan bahawa pelaksanan dasar baharu itu telah menunjukkan tanda awal bencana dan padah yang bukan kecil. Implikasi negatif yang cukup segera dirasakan daripada pelaksanaan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik, terutama oleh anak-anak di luar bandar yang majoritinya orang Melayu ialah gangguan dalam penguasaan ilmu sains dan matematik disebabkan oleh faktor penggunaan bahasa asing.Pelajar mengalami masalah kerana terpaksa memindahkan konsep-konsep sains dan matematik daripada bahasa asing ke dalam bahasa ibundanya dalam keadaan pelajar tidak atau belum menguasai bahasa asing itu.
Bilangan pelajar yang terlibat dengan pelaksanaan dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sehingga tahun 2004 ialah 1.88 juta orang. Jika sekalipun 50% daripada mereka yang tinggal di kawasan bandar dianggap menguasai bahasa Inggeris, namun terdapat hampir 1 juta (0.94 juta), terutama pelajar di luar bandar yang menghadapi masalah pemelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Hakikat yang penting ialah bahawa golongan pelajar yang paling banyak menjadi mangsa daripada pelaksanaan dasar tersebut terdiri daripada anak-anak bangsa Melayu. Daripada segi sosial dan politik, kesan-kesan buruk daripada pelaksanaan dasar baharu ini akan menggoncang kestabilan sosial dan politik negara, disebabkan akan wujud ketidakseimbangan pencapaian akademik yang akhirnya melebarkan jurang antara kaum dan kelas masyarakat. Melayu
3. Melayu hilang tanah angkara UMNO
Para pemimpin UMNO adalah broker, juru jual dan perampas TANAH RAKYAT. UMNO telah bertindak mengambil tanah-tanah rezab Melayu tanpa digantibalik sepertimana yang diperuntukan perkara 153 Perlembagaan.
Melalui Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992, memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu dengan alasan untuk embangunan.Dua perkara besar menyebabkan menyebabkan hak milik tanah rakyat tidak terjamin.Pertama, kerajaan berkuasa mengambil tanah rakyat tanpa halangan dan rakyat tidak berhak mendakwa kerajaan di mana-manan mahkamah. Kedua, tanah rakyat boleh dijual kepada warga asing. Harus diingat sebelum akta ini dipinda, kerajaan tidak sewenang-wenangnya boleh mengambil tanah-tanah ini, tanah-tanah ini hanya boleh diambil untuk kemudahan awam, sekolah dan hospital.
Kerajaan Negeri Kedah merampas tanah sawah 2,000 ekar di Kerpan dan diserahkan kepada Syarikat Benladin Group untuk projek udang harimau.
Projek itu gagal dan petani-petani di Kerpan sekarang hilang hak mereka ke atas tanah-tanah sawah tersebut.Di Johor pula Umno merampas 26,000 ekar tanah dari Tanjung Langsat hingga ke Tanjung Piai, Pontian untuk membina Bandar Baru Piai.
Kampung rakyat itu diserahkan kepada Syarikat Kok Brothers dan UEM. Di Melaka, Umno mengambil tanah rakyat di Kampung Pantai Kundur dan tanah Merah untuk pembinaan Butter Zone oleh Petronas. Di Terengganu, Umno menjual tanah orang ramai di Pulau Redang kepada Syarikat Berjaya Group seluas kira-kira 300 ekar dengan harga RM500.00 seekar. Ia dijual pula dengan harga RM70,000.00 seekar.
Sanusi Junid ketika menjadi MB Kedah telah memberi jawapan bertulis terhadap pertanyaan ADUN Sala, Ustaz Azizan Abdul Razak di persidangan DUN bulan Ogos 1996 menyatakan 20,677.89 hektar tanah rezab Melayu telah dijual dan pada tarikh itu kerajaan Kedah belum lagi mengganti tanah yang dijual itu.Di Langkawai pada tahun 1990, 80 penduduk yang tinggal di Pantai Gelang telah diambil tanahnya untuk dirikan Pelangi Beach Resort. Di Selanggor seluas 8,299.9 hektar telah hilang statusnya. Di Negeri Sembilan seluas 930 hektar telah diambil di Mambau untuk pembangunan.
Akibatnya jumlah keluasan tanah rezab Melayu menurun dengan drastik dalam tempoh hanya tiga dekad dari sejumlah tiga juta hektar pada tahun 1957 mengecil menjadi 1.7 juta hektar pada tahun 1995, iaitu merosot hamper 44% daripada asal bersamaan 1.2% kemerosotan setiap tahun.
Manakala jumlah yang digantikan semula mengikut kajian yang dibuat pada tahun 1995 hanya sekitar 34% sahaja. Jika pengambilan ini berterusan tanpa penggantian dibuat dengan alasan pembangunan, maka akan tinggal 14% sahaja pada tahun 2020.
Pengambilan tertinggi tanah rezab Melayu yang tidak diganti berlaku di Kuala Lumpur iaitu daripada 1.067.5 hektar keluasanan sebelumnya kepada 787.1 hektar pada tahun 1995. Diikuti Kedah, 820.6 hektar pada tahun 1995 berbanding sebelumnya 964.9 hektar. Selangor memiliki 173,599.16 hektar berbanding sebelumnya sebanyak 181,658.62 hektar.Pulau Pinang pada tahun 1975 memiliki 67.410 ekar atau 34% daripada seluruh tanah yang didaftarkan menurun menjadi 31.815 ekar pada tahun 1985.
Kesan pengambilan di Kuala Lumpur lebih dashat, iaitu daripada ? hartanah di KL ini adalah hak milik Melayu pada tahun 1957 menjadi hanya 5.1 % sahaja pada sekarang sedangkan bangsa lain memiliki 94.9 % hartanah.Pemimpin-pemimpin Umno ini kianat terhadap bangsanya sendiri. Pengambilan tanah-tanah ini dibayar pampasan tidak mengikut harga pasaran semasa kerana status tanah ini masih dalam status pertanian belum lagi ditukar status. Sebaik sahaja pengambilan tanah-tanah ini selesai dibuat, maka status tanah-tanah ditukar ke status kormesial dan dijual kepada tokoh-tokoh korporat bukan Melayu dengan nilai berjuta ringgit.Mereka menjadi kaya raya sekelip mata, buat untung atas angin. Begitulah cerdiknya pemimpin-pemimpin Umno.
Banyak lagi perbuatan kianat UMNO terhadap bangsa Melayu yang tidak mampu dibincang di sini kerana terlalu panjang kisahnya, yang terbaru ialah Pembanguan Selatan Johor yang dijangka menelan belanja lebih dari 18 billion ringgit. UMNO sanggup mengadai maruah dan semangat DEB untuk menarik pelabur asing. Sebagai kesimpulannya ialah :
1. UMNO melihat "amanah" yang diberikan oleh rakyat adalah sebagai alat untuk mencari kekayaan, kedudukan dan kuasa. Bukan untuk melihat amanah itu sebagai bebanan yang perlu dipikul dan akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak. Jika dilaksanakan hukum Islam ini, maka ia akan menjadi batu penghalang untuk mencapai cita-cita peribadi masing-masing yang berlumba-lumba masuk UMNO ketika tahun 80an dan 90-an dulu kerana untuk mendapatkan tender, kontrak dan saham-saham mewah. Kalau dulu zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn, 99 untuk rakyat 1 untuk pemimpin, tetapi sekarang telah terbalik , 99 untuk pemimpin dan 1 untuk rakyat. 2. Budaya kehidupan pemimpin-pemimpin UMNO bermegah dengan kereta mewah, rumah besar-besar, duit banyak dan menunjuk-nunjuk kekayaan kepada rakyat. Mengetepikan kepentingan rakyat yang dipimpin. Pemimpin UMNO menjadi raja, rakyat menjadi hamba. Dalam Islam perbuatan begini sangat dikutuk oleh Allah, menunjuk-nunjuk kemewahan kepada rakyat marhaen yang tidak ada apa-apa. Nabi sendiri dalam kehidupannya terlalu bersederhana dari segi pakaian, makanan dan tempat tinggal, kalau Nabi hendakkan kekayaan dunia ini, maka Nabi akan dapat lebih hebat lagi dari pemimpin-pemimpin UMNO haprak ini. Oleh itu, Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana ia boleh menyama-ratakan kedudukan manusia.
3. Lagi budaya negatif pemimpin UMNO ialah mencari kekayaan dengan apa cara sekali pun baik halal atau haram tidak diambil pusing. Menjadikan harta rakyat sebagai harta sendiri, kumpulan wang amanah seperti KWSP, LUTH, Petronas [sejak ditubuhan pada awal tahun 70-an tidak pernah bayar sesen pun zakat untuk membantu orang-orang miskin, tetapi sebaliknya membantu orang-orang kaya dan tokoh-tokoh korperat terkenal yang dekat dengan pemimpin no.1] dilaburkan di tempat-tempat yang tidak disesuai dan pelaburan yang dibuat merugikan. Penggunaan duit tabungan amanah digunakan secara tidak berhemah, malah duit orang miskin PPRT ditelan oleh orang kaya sehingga kini orang besar itu bebas. Yang kaya terus kaya yang miskin terus miskin. Mana mungkin Hudud dibenarkan wujud di negara ini selagi budaya seperti ini diamalkan tanpa asuhan aqidah. 4. Budaya rasuah, penyalah-gunaan kuasa, pecah amanah, menyeleweng berlaku di pelbagai di institusi, sektor, individu dan terutama pemimpin-pemimpin yang mempunyai kuasa. Membolot harta kekayaan negara, memonopoli keperluan rakyat untuk keuntungan dan faedah diri dan kepentingan kroni. Pembudayaan ini telah menjadi darah daging selama 46 tahun UMNO memerintah, mana mungkin Undang-undang Hudud dibenarkan. Membenarkan Hudud dilaksanakan, bermakna mereka akan menerima nasib yang amat malang dan akan menderita sepanjang hayat. Umpama penagih rokok, mana mungkin mereka merelakan rokok diharamkan. 5. Arak, judi, perzinaan, hiburan yang membangkitkan syahwat lagi melalaikan, menipu, pembohong [termasuk juga pembohongan dalam urusan pilihanraya kecil dan umum], kes tangkap khalwat, melarikan duit ke luar negara, melarikan anak seorang Raja menikah di Selatan Thailand pada tahun 1994, menahan orang tanpa sebab dan pelbagai lagi gejala maksiat yang dilakukan, masakan boleh dilaksanakan Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah [Hudud dan Qisas]. Pelaksanaannya akan menyebabkan industri hiburan ini akan runtuh dan orang akan kembali beriman kepada Allah dan RasulNya.
RUJUKAN : http://www.malaysiakini.com/news/66486

Subscribe to:
Posts (Atom)