Islam Hadhari sesat dan menyesatkan - Presiden PAS
Bashir Ishak Thu Mar 22, 07 09:23:45 AM
ARAU, 22 Mac (Hrkh) - "Saya berani katakan bahawa ianya sesat walaupun Pak Lah telah memberikan amaran agar tidak diperlekehkan. Saya dah tulis buku yang sudah dicetak tiga empat kali tapi sehingga kini kerajaan Umno tak jawab lagi. Mereka juga tidak menjawab cabaran PAS untuk bermuzakarah secara ilmu."
Demikian pernyataan tegas Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semasa berceramah di Guar Sanji dekat sini sempena pelancaran Dana Pilihan raya PAS Perlis baru-baru ini.
Menurutnya lagi, membesarkan perkara-perkara khilafiyah dalam masyarakat pada zaman ini adalah kerja-kerja yang boleh merosakkan Islam.
Katanya, perkara-perkara khilafiyah dalam agama ini adalah benda lama yang sudah ada sejak zaman para sahabat, tabiin dan imam mazhab yang mana mereka tidak pernah bertelingkah dalam perkara furuk atau cabang.
"Tapi mereka tidak berbalah dalam perkara furuk kecuali masalah pokok. Inilah dia orang Islam berbalah bab talqin, qunut, sapu muka tapi arak dan judi dibenarkan, hudud dan khisas tak laksana.
"Dan dibiarkan orang tak tutup aurat. Tak apa wanita baca warta berita kepala tak tutup tapi mula dengan Assalamualaikum. Salam tu sunat, buat yang sunat tingal wajib, kenapa tak ditegur yg ini?" soalnya.
Katanya lagi, Islam Hadhari merupakan satu ajaran menyeleweng yang memang sesuai dengan Umno kerana perlaksanaannya hanya dipandu mengikut kehendak mereka sendiri.
"Saya berani katakan bahawa ianya sesat walaupun Pak Lah telah memberikan amaran agar tidak diperlekehkan. Saya dah tulis buku yang sudah dicetak tiga empat kali tapi sehingga kini kerajaan Umno tak jawab lagi. Mereka juga tidak menjawab cabaran PAS untuk bermuzakarah secara ilmu," katanya.
Menurutnya, pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan pemimpin Umno itu bercelaru dan tiada unsur tiada amar makruf dan nahi munkar.
"Masa dia mahu Islam mereka baca Al-Quran,baca doa dan bila tak mahu dia buat ikut suka, semua jadi celaru," ujarnya.
Beliau juga mengulangi penegasannya tentang istilah Islam Hadhari yang tidak kena pada penggunaannya.
"Hadharah adalah tamadun. Tamadun perlu ikut Islam, Hadharah Islamiyah ialah tamadun ikut mengikut Islam, Islam hadhari pula Islam kena ikut tamadun, jadi celaru tak tahu betul salah," jelasnya.
Baginya, pendekatan Islam Hadhari hari inilah yang membiarkan umat Islam berbalah tentang perkara-perkara khilafiyah.
"Dia biar orang Islam berbalah bab khilafiyah. Tak jadi masalah perkara ini kerana memang dia suka,"katanya lagi.
Beliau memberikan contoh bagaimana zaman pemerintahan British perintah dulu, masyarakat dibiarkan berbalah perkara-perkara furuk sedangkan yang memrintah negeri adalah penjajah.
"Masa tu tak ada mikrofon untuk azan jadi digunakan beduk untuk memberitahu waktu solat, ada yang kata boleh ada yang kata bidaah. Bergaduh bab beduk negeri orang putih perintah!" katanya.
Menurut Tuan Guru, Islam memnyuruh kita mengambil pendekatan menyedarkan rakyat. Jadi, PAS dan parti Islam yang lain mengambil pendekatan demokrasi yang membolehkan kebebasan bercakap, bersuara, menegur serta mengkritik dan mengajak orang.
"Walaupun ada sekatan dan penipuan, kejayaan mengajak orang kepada Islam secara memujuk dan memberi penjelasan yangg difahami adalah lebih afdhal dari jalann lain. Sebab itu PAS memasuki pilihanraya kerana ia adalah saluran terbaik untuk menyedarkan rakyat walaupun perlaksanaanya tidak betul," tegas beliau.
Menurutnya, tanggungjawab yang perlu dipikul sekarang ialah mengajak orang Islam kembalikan pemerintahan Islam dan kedaulatan Islam sepertimana yang dilakukan ulama terdahulu untuk menubuhkan PAS untuk mengajak umat Islam berjuang melalui jalan demokrasi.
"Kita buat perubahan, kita bentuk kerajaan yang dipilih dengan sokongan rakyat dan menjadi tanggungjawab kita orang Islam untuk tunjuk kepada orang bukan Islam cara pemerintahan Islam,"katanya.
Baginya, Umno tidak mampu menunjukkan contoh yang baik di dalam pemerintahan sedangkan dalam pemerintahan sesebuah negeri ada cara Islamnya.
"Kita orang Islam kena tunjuk kebaikan dan keadilan Islam. Umno yang taja Islam Hadhari menunjukkan contoh yang memalukan Islam. Cara Hadhari ni orang Islam pening, orang bukan Islam tak faham," katanya lagi.
Majlis pelancaran dana pilihan raya PAS Perlis ini diadakan di rumah seorang aktivis PAS, Abi Jamrah Ismail. Selain ceramah, turut diadakan majlis makan malam bersama pemimpin di tempat yang sama. - mks.
Friday, March 23, 2007
Sunday, March 18, 2007
RELEVENKAH RAKYAT DENGAN PEMIMPIN
Kerajaan dan rakyat kita sudah berbeza. Kerajaan adalah kerajaan dan rakyat adalah rakyat. Ini dua entiti yang mula dibezakan oleh kerajaan yang sepatutnya datang dari rakyat. Kerajaan dan rakyat perlu "contribute" dalam menangani kos peningkatan TOL dan menurut kenyataan kerajaan - rakyat harus menanggung beban bersama - sama kerajaan dalam membayar syarikat - syarikat konsesi TOL. Ini kenyataan kerajaan yang seolah - olah telah menjatuhkan talak 3 kepada rakyat dalam kongsi kehidupan didalam negara kita "Malaysia".
Kerajaan kini terpisah dari rakyat sedangkan mereka lupa dari mana asal mereka dan dari mana sumber pendapatan mereka. Bukankah ini suatu yang pelik. Kerajaan mahu rakyat bersama - sama kerajaan membebani kos peningkatan TOL seolah - olah pendapatan kerajaan bukan datang dari rakyat.
Lebih memilukan adalah apabila kerajaan mendakwa bahawa mereka tidak ada pilihan lain selain dari meningkatkan harga TOL. Ini adalah kenyataan - kenyataan yang dikira menunjukkan bahawa kerajaan kita sudah terikat dengan jerut yang mereka buat sendiri tanpa mahu membebaskan diri. Kerajaan TIDAK PUNYA KUASA ke atas peningkatan harga TOL menunjukkan bahawa kerajaan sudah terperangkap dengan apa yang dilakukan oleh mereka sendiri.
Habis, adakah kerajaan hari ini relevan bila mana mereka sendiri sudah terikat dan tidak mampu lagi membela rakyat. Alasan yang sama dan sama masih tidak menyedarkan kita betapa kita perlu lakukan sesuatu untuk memberikan kuasa kepada kerajaan yang dapat membela rakyat. Kita asyik didendangkan dengan alasan yang tidak nampak mampu membela rakyat. Peningkatan harga air dan elektrik, peningkatan harga Petrol dan peningkatan kos kehidupan hasil dari semua ini TIDAK NAMPAK menunjukkan bahawa kerajaan membela rakyat.
Inilah yang ada dan apa inikah yang kita katakan - kerajaan datang dari rakyat untuk rakyat. Apa yang menyedihkan adalah ahli UMNO yang menjadi parti dominan dalam kerajaan sanggup menerima apa juga justifikasi yang menindas rakyat. Mereka tidak bangkit memperjuangkan isu - isu ini malah mereka terus akur dengan harapan keakuran mereka akan memberi pulangan yang datang dari kepimpinan parti mereka. Satu harapan yang ditanam tetapi sebenarnya memicit rakyat untuk cita -cita mereka dalam politik.
Akhirnya Pak Lah kini tidak dilihat sebagai yang berkuasa. Akhirnya kerajaan sendiri tiak dilihat sebagai yang berkuasa. Akhirnya Barisan Nasional khususnya UMNO sendiri tidak dilihat sebagai yang berkuasa kerana kuasa - kuasa mereka telah dibatasi dalam setiap perjanjian konsesi dengan korporat - korporat yang terus mengaut keuntungan dari rakyat. Malang lagi KERAJAAN akur dengan perbuatan itu. Mana kuasa kerajaan sekarang? Rakyat kini kehilangan kuasa kerana kuasa yang diserahkan kepada wakil - wakil mereka dijual dan kini tunduk kepada kapitalis - kapitali yang tidak akan menyebelahi rakyat. Lantas ini hanya menunjukkan kuasa - kuasa yang ada kini dibeli atau diserahkan kepada pemegang ekonomi yang tunduk kepada keuntungan biar ianya menindas rakyat Malaysia. Kenapa ? Kenapa mereka tunduk. Rasuah ! itu sahaja yang mampu kita katakan.
Kini rakyat bukan lagi kerajaan dan kerajaan bukan lagi rakyat. Ini bukan lagi lagi definasi demokrasi. Malah kita mempergunakan demokrasi tanpa pengertian yang sebenarnya. Kita terus diceraikan oleh kerajaan sebaik sahaja mereka mendapat kuasa dan akhirnya rakyat terus terpinggir tanpa nilai kehidupan yang diharapkan.
Masih relevankah rakyat?

Saturday, March 17, 2007
MENGAPA UMAT ISLAM TERUS TEWAS
MENGAPAKAH UMAT ISLAM TERUS TEWAS
Umum mengakui bahawa umat Islam hari ini terus tewas dan tertinggal dalam banyak lapangan. Mereka miskin di negara sendiri, bahkan ditindas oleh orang bukan Islam. Orang Islam dipandang rendah oleh bukan Islam.
Dalam Al Quran, tuhan telah menggariskan petunjuk untuk mereka mencapai kejayaan. Tetapi umat Islam sendiri tidak mengikutinya menyebabkan kita kehilangan sebab untuk Allah memberikan pertolongan.
1. Firman Allah: "Dan adalah hak kami memberi pertolongan kepada orang yang beriman" Ar Rum ayat 47. Hakikat yang wujud hari ini ialah orang Islam lemah iman dan tidak kukuh pegangan kepada Allah. Dengan itu tidak menjadi sebab bagi Allah membantu kecuali sebahagian dari mereka sahaja.
2. Firman Allah: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada suatu kaum hingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka" Ar Ra'ad ayat 11.Ayat ini merujuk kepada usaha yang diperlukan secara bersungguh-sungguh dan penuh dengan perancangan dan strategi untuk menjadi sebab bagi Allah memberikan pertolongan dan kejayaan. Apakah ada orang yang tidak menanam tetapi mendapat hasilnya?
3. Firman Allah: “Sesungguhnya Allah akan menolong siapa yang membelaNya.”Al Hajj ayat 40 Allah menghendaki hambanya melakukan pengorbanan harta, tenaga, fikiran bahkan nyawa untuk menegakkan Islam. Keengganan umat Islam hari ini untuk berkorban telah menyebabkan mereka tidak mendapat pertolongan Allah. Mereka lebih sayangkan harta mereka untuk digenggam erat, masa mereka untuk mereka berehat, tidur dan bersenang-senang, berbual-bual, tidak mahu membantu pada tugas dijalan Allah dan sebagainya. Keadaan ini sama seperti firman Allah: “Bahawasanya yang ada jalan untuk dicela itu ialah orang-orang yang meminta diri menunjuk keberatan kepadamu, pada hal mereka itu mampu. Mereka senang duduk bersama orang yang tinggal di belakang (tidak berjihad) dan Allah telah mengunci hati mereka, maka mereka tidak mengetahui akibat perbuatan mereka.” At Taubah ayat 93
Kesimpulannya ternyatalah bahawa Allah akan hanya membantu umat Islam jika seandainya mereka teguh beriman, gigih berusaha dan sanggup pula berkorban harta, masa dan tenaga dalam kerja di jalan Allah. Perhatikan firman Allah:"Sesungguhnya telah kami tuliskan dalam kitab Zabur, sesudah peringatan, bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh" Al Anbiya' ayat 105. Jelaslah bahawa kejayaan umat Islam di sisi Allah itu mestilah melalui tiga hal iaitu teguh beriman, gigih berusaha dan sanggup berkorban; hingga mereka menjadi hamba yang soleh. Setelah itu, InsyaAllah kita akan mendapat kejayaan atas anugerah Allah Yang Maha Besar.
Renungkanlah saudaraku. Apakah kita telah mempunyai sifat yang disebutkan dalam meniti hidup hari ini? Atau kita hanya melengkapkan diri dengan sijil dan kekuatan tenaga serta pangkat untuk kita katakan sebagai kejayaan dan kebahagiaan. Kita adalah dari Allah, Allah yang menetapkan peraturan bagi kita, Allah juga yang menetapkan kejayaan dan kebahagiaan. Kalau kebahagiaan dan kejayaan yang kita katakan telah kita capai, sedangkan ia tidak selari dengan ciri yang ditetapkan oleh Allah, maka kejayaan kita itu hanyalah satu khayalan dan mimpi indah semata-mata!

PESANAN IMAM SHAFIE
Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."Hak kepada diriIaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.Hak kepada Malaikat maut.Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.Hak kepada kubur.Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.Hak kepada Munkar dan Nakir.Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.Hak kepada mizan (neraca timbangan amal pada hari kiamat)Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.Hak kepada sirat (titian yang merintangi neraka pada hari kiamat)Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.Hak kepada Malik (malaikat penjaga neraka)Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah swt, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.Hak kepada Ridhwan (malaikat penjaga syurga.Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.Hak kepada Nabi saw.Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.Hak kepada Allah swt.Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan. Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
JAUHI MAKSIAT ZAHIR
JAUHI MAKSIAT ZAHIR
IMAM GHAZALI rahimahullah berkata bahawasanya agama itu terbahagi kepada dua. Pertamanya meninggalkan maksiat yang ditegah dan satu bahagian lagi adalah mengerjakan segala yang disuruh.
Lazimnya, berbuat taat dan menurut segala yang disuruh itu adalah lebih mudah berbanding dengan meninggalkan perkara yang dilarang. Kerana itulah Nabi SAW bersabda, “Orang yang berhijrah itu adalah seorang yang meninggalkan kejahatan dan orang yang berjihad ialah seorang yang memerangi hawa nafsunya.”
Individu yang berbuat maksiat adalah mereka yang mengkhianati Allah dan mengkufuri nikmat yang dianugerahkan-Nya. Ini kerana anggota tubuh badan adalah satu nikmat dan amanah Allah kepada hamba-Nya.
Sekiranya hamba tersebut menggunakan anggota itu kepada perlakuan maksiat, ia telah menyalahi fitrah kejadiannya sendiri. Di waktu inilah seseorang itu menjadi kufur terhadap nikmat Allah.
Oleh itu, hendaklah setiap individu muslim menjaga sungguh-sungguh seluruh anggota badannya terutamanya anggota yang tujuh iaitu memelihara MATA, TELINGA, LIDAH, PERUT, KEMALUAN, TANGAN dan KAKI. Ini kerana neraka Jahannam itu terdiri dari tujuh pintu dan tidak terhumban ke dalamnya anak Adam melainkan maksiat anggota yang tujuh itu.
Mata yang dianugerahkan Allah untuk melihat dan memimpin anggota tubuh yang lain wajib dielakkan dari melihat empat perkara. Peliharalah mata dari melihat perkara yang haram seperti aurat perempuan, melihat gadis remaja dengan iringan syahwat, melihat kepada sesama muslim dengan pandangan yang menghinakan dan melihat segala keaiban orang lain.
Telinga yang berfungsi untuk mendengar sesuatu harus dicegah dari mendengar segala perkataan bid’ah yang menyimpang dari ajaran agama, mendengar umpat-mengumpat dan kata-mengata, mendengar perkataan yang keji dan juga mendengar perkataan yang batil dan sia-sia.
Lidah diciptakan oleh Allah untuk berkata-kata. Maka hendaklah ia digunakan mengikut fungsinya yang benar. Janganlah sampai ia diseleweng dengan menuturkan kalimah dusta walau untuk tujuan bergurau-senda, mengumpat, menfitnah, bertengkar dan mengucapkan segala perkataan kotor. Rasulullah SAW bersabda, “ Sesungguhnya dusta itu satu pintu dari sifat munafik.” Tetapi dalam keadaan tertentu kita harus berdusta, misalnya untuk mendamaikan dua orang yang berkelahi atau suami-isteri yang bergaduh, yang mana tidak mungkin mereka dapat didamaikan kecuali dengan berdusta. Begitu juga dengan mengumpat. Mengumpat dibenarkan jika membawa maslahah (kebaikan) yang meliputi pada enam keadaan :-
Mendedahkan kejahatan penjenayah supaya dihukum pemerintah atau mendedahkan kezaliman pemerintah supaya dihukum oleh rakyat.
Mendedahkan perbuatan mungkar seseorang supaya dia meninggalkan maksiat tersebut.
Mendedahkan kezaliman seseorang untuk menuntut hak dan keadilan.
Mendedahkan kefasikan dan kezaliman seseorang kepada orang yang belum mengetahuinya bagi mengelakkanmereka bersahabat dengan si fasiq atau si zalim itu.
Memperkenalkan seseorang yang tidak dikenali melainkan dengan menyebut keaiban yang ada pada dirinya.
Menyebut akan sifat keji orang yang masyhur dengan kezaliman, kefasikan atau kejahatannya.
Selain dari enam situasi di atas, kita dilarang sama sekali dari mengumpat walau apa yang dikata itu ada kebenarannya. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda, “Jangan mengumpat sebahagian kamu akan sebahagian yang lain. Adakah sebahagian kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Sudah tentu kamu benci.”
Perut pula hendaklah dipelihara dari memakan yang haram dan yang syubhah (tidak jelas antara yang halal dan haram). Ini kerana makanan yang kita makan akan menjadi darah daging. Rasulullah SAW bersabda, “ Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram maka neraka adalah lebih utama untuknya.”
Rasulullah SAW turut bersabda lagi, “ Ibadat dan ilmu yang disertai dengan memakan rezeki yang haram seperti membina rumah di atas himpunan najis.”
Seterusnya, Imam Ghazali mengingatkan kita agar menjaga kemaluan dari segala yang diharamkan ke atasnya oleh Allah. Hendaklah ia dipelihara sebagai mana firman Allah, “ Dan mereka yang memelihara akan kemaluan mereka melainkan ke atas isteri mereka atau ke atas hamba sahaya mereka, meka sesungguhnya mereka tiada dicela.”
Tangan turut harus dijaga dengan sebaik-baiknya dari memalukan dan menjatuhkan maruah sesama Islam. Ia juga janganlah digunakan untuk mencapai tujuan yang jahat atau menyuruh berbuat yang haram.
Manakala kedua kaki pula hendaklah dipelihara dari melangkah ke tempat-tempat maksiat yang ditegah oleh syarak. Dan juga kedua kaki itu hendaklah dikawal dari menghadap pemerintah yang zalim tanpa sebarang keadaan darurat yang mendesak. Begitulah nasihat Imam Ghazali didalam kitabnya yang agung, ‘ Bidayatul Hidayah.’ Sesungguhnya di akhirat nanti segala anggota tersebut akan memberi kesaksian di atas apa yang dikerjakan di muka bumi ini sebagaimana firman Allah di dalam Surah Ya-Siin, “ Pada hari Kami kunci mulut-mulut mereka dan tangan-tangan mereka memberitahu Kami dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang telah mereka usahakan.”.

Thursday, March 8, 2007
DIAMBIL DARI LAMAN TRANUNGKITE
UMNO ADALAH PARTI BIDAAH DHOLALAH : LAWAN UMNO DAPAT PAHALA Jika di kembali ke 20 tahun yang lalu, kalimah “Bidaah” jarang kedengaran dan di bincangkan dikalangan umat islam di Negara ini. Di sebabkan perkembangan akademik keilmuan Islam sudah menjejakkan kaki di Negara ini, maka kedengaran perbincangan yang dinamakan sebagai “bidaah” itu sudah mula di perhebatkan. Jika dahulu, kalimah bidaah selalunya di pandangan sesuatu yang sinonim dengan kelompok manusia yang di lebelkan sebagai “Wahabi”. Walaubagaimanapun, kalimah Bidaah bukan sahaja di kemukakan oleh golongan yang didakwa “wahabi” tersebut, tetapi kalimah bidaah ini sememangnya telah di sebut oleh Nabi SAW sendiri. Dalam satu Hadis, berkata Al-‘Irbadh : Satu hari, Nabi SAW menunaikan solat subuh bersama kami, kemudian Nabi berpaling kearah kami dan memberi pesanan kepada kami yang boleh mengalirkan air mata dan menggementarkan hati. Berkata seseorang; Wahai Rasulullah!! Pesanan ini seakan-akan pesanan penghabisan, lalu berkata Nabi SAW; أوصيكم بتقوى الله والسمع والطاعة وإن كان عبدا حبشيا فإنه من يعش منكم فسيرى اختلافا كثيرا فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين فتمسكوا بها وعضوا عليها بالنواجذ وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة Maksudnya; “Aku wasiatkan kepada kamu dengan ketaqwaan kepada Allah, dengar dan taatlah walaupun kepada hamba habsyi sekalipun. Maka sesungguhnya barangsiapa yang hidup dikalangan kamu (umur panjang), nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak, maka hendaklah kamu berada atas sunnahku dan sunnah khulafa’ ar-rasyidin yang mendapat hidayah. Berpegang kuatlah kamu dengannya dan gigitlah dengan geraham kamu. Hendaklah kamu jauhi dari perkara-perkara baru, maka sesungguhnya setiap perkara baru adalah Bidaah dan tiap-tiap bidaah adalah sesat[1]” Hadis ini menjadi bukti bahawa, perkataan bidaah bukanlah satu perkataan mainan yang sengaja dimain-mainkan oleh golongan agamawan, tetapi kalimah ini telah di kemukakan oleh Rasulullah SAW, yang semangnya bercakap tidak mengikut kehendak hawa nafsu, tetapi berdasarkan wahyu yang diutuskan kepadanya. Firman Allah; وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى * إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى Maksudnya; “dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan hawa nafsunya * Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)” (Surah An-Najm : 3-4) BIDAAH DAN PERBINCANGANNNYA Perbincangan bidaah adalah satu perbincangan yang amat menarik. Perbincangan ini menarik sekiranya di nukilkan ulasan-ulasan dari kitab-kitab yang muktabar. Dari perbincangan ini, kadangkala menyebabkan kita boleh menilai pandangan beberapa orang ulama bagi menyatakan ianya mempunyai pandangan yang keras atau toleransi. Penilaian ini dapat di buat, sekiranya perbincangan bidaah itu berkisar di kawasan bidaah yang di bawah ketagori furu’iyyah. Adapun perbincangan bidaah yang dibawah ketagori “usuliyyah”, tidak ada pernilaian diantara pendapat yang keras dan toleransi. TAARIF BIDAAH Pelbagai ta’rif atau definisi yang telah dinyatakan oleh ulama berkaitan dengan bidaah. Disini, penulis mengemukakan satu definisi yang “jami’ wa mani’” yang selalu menjadi hujjah dikalangan ulama usul, iaitu definisi yang telah di kemukakan oleh Imam As-Syatibi didalam kitabnya yang bertajuk “al-I’tisam” Beliau mendefinisikan bidaah adalah; البدعة طريقة في الدين مخترعة تضاهي الشرعية يقصد بالسلوك عليها ما يقصد بالطريقة الشرعية Maksudnya; “Bidaah adalah jalan didalam agama yang direka cipta, menyerupai syariah, diqasadkan melalui jalannya seperti yang diqasadkan kepada jalan syariah[2]. Dari definisi ini, difahami bahawa bidaah yang di sebut didalam perbahasan Islam adalah bidaah yang berkaitan dengan perkara agama. Ulama-ulama salaf dan khalaf membuat pelbagai perbahasan didalam perkara bidaah, sehinggakan ada dari kalangan mereka telah membuat pembahagian terhadap bidaah tersebut. PEMBAHAGIAN BIDAAH Muhammad bin Ahmad bin Muhammad Abdus Salam Khadar As-Syuqairi Al-Hawamidi, Pengasas Persatuan salafiyyah di negeri Hawamidiyyah, semenanjung Giza, Mesir telah menyatakan didalam kitabnya yang bernama “As-Sunan Wa Al-Mubtadi’at” bahawa bidaah itu terbahagi kepada dua, iaitu bidaah yang berbentuk keagamaan dan berbentuk keduniaan. Bidaah yang berbentuk keduniaan adalah perkara yang berkaitan dengan maslahat kehidupan, seperti menaiki kereta, motosikal dan sebagainya. Bidaah sebegini diizikan oleh syarak untuk di amalkan, selama tidak mendatangkan mudharat. Firman Allah; وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ Maksudnya; “perbuatlah kebaikkan, supaya kamu mendapat kemenangan.” (Surah Al-Haj : 77) Sabda Nabi SAW; من سن في الإسلام سنة حسنة فله أجرها Maksudnya; “Barangsiapa yang menjalani didalam Islam akan jalan yang baik, maka baginya pahala[3]” Adapun Bidaah di dalam perkara keagamaan itu terbahagi pula kepada empat, iaitu[4]; (a) Bidaah mukaffarah (yang menjadikan pembuatnya menjadi kafir), seperti menyeru dengan nama yang lain dari Allah didalam berdoa. (b) Bidaah muharramah (bidaah yang menjadikan pembuatnya menjadi berdosa), seperti menjadikan kubur sebagai masjid, sembelih dengan nama yang lain daripada nama Allah dan sebagainya. (c) Bidaah mahruhah tahriman (bidaah yang makruh yang lebih cenderung kepada haram), seperti solat zohor selepas dari solat jumaat dan sebagainya. (d) Bidaah makruhah tanzihan (bidaah yang makruh yang lebih cenderung kepada harus), seperti doa awal dan akhir tahun, bersalaman selepas dari solat dan sebagainya. Daripada perbahasan inilah, Muhammad bin Ahmad al-Hawamidi menyatakan, inilah yang dimaksudkan dengan kata-kata Imam As-Syafii; البدعة بدعتان بدعة محمودة وبدعة مذمومة فما وافق السنة فهو محمود وما خالف السنة فهو مذموم Maksudnya; “Bidaah itu ada dua bidaah, iaitu bidaah yang di puji dan bidaah yang di keji. Sesuatu yang menyamai sunnah, maka ia adalah bidaah yang di puji, dan yang menyalahi sunnah, maka ia adalah bidaah yang di keji[5]” Iaitu, bidaah yang dipuji adalah bidaah yang berkaitan dengan perkara keduniaan. Adapun bidaah yang berkaitan dengan perkara keagamaan, ianya di bawah ketagori bidaah yang dikeji. AGAMA DAN BIDAAH Agama mengikut kata asalnya adalah susunan dua kalimah “farsi” yang memberi maksud “tidak kacau”. Adapun agama didalam bahasa melayu adalah terjemahan dari Bahasa Arab iaitu “ad-Din”. “ad-Din” menurut Islam adalah cara hidup yang merangkumi semua lapangan hidup, tidak sekadar kepada ibadat semata-mata. Firman Allah; إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ Maksudnya; “Sesungguhnya Agama di sisi Allah adalah Islam” (Surah Al-Imran : 19) Imam Ibnu Kathir mengatakan didalam kitab tafsirnya, maksud dengan Islam sebagai agama di sisi Allah adalah mengikuti Rasulallah dalam segala lapangan hidup, semenjak Baginda di bangkitkan hinggalah kewafatan Rasulullah SAW[6]. Memahami konsep agama yang di bahas didalam Islam, difahami bahawa bidaah itu tidak sekadar berlaku dalam perkara yang berkaitan dengan ibadat semata-mata, seperti yang berkaitan dengan solat, zakat, puasa dan sebagainya, tetapi bidaah itu boleh berlaku dalam bentuk yang lebih luas, seperti system ekonomi, system pendidikan, pemikiran secular, dasar pemerintahan dan sebagainya. BIDAAH DALAM SISTEM Didalam system pemerintahan juga boleh berlaku bidaah mengikut pemahaman Islam. Ini kerana, kedatangan Nabi SAW di dunia antaranya adalah untuk menukar system kehidupan manusia. System yang di bawa oleh Rasulullah Saw itu merupakan system kehidupan yang terbaik di dunia ini, yang menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. System pemerintahan yang mengenepikan Islam, system ekonomi kapitalis, antaranya menaikan harga tol dengan melampau, kenaikan harga minyak dan sebagainya merupakan bidaah yang sesat; wajib kepada kita menyerangnya sehingga titisan darah yang terakhir. Bidaah didalam ketegori ini adalah bidaah yang telah di sepakati oleh seluruh ulama atas kesesataannya, tanpa seorang pun menyalahinya. Pernah berlaku di pertengahan 70 an, seorang sosialis di Mesir menyatakan bahawa “tidak mengapa bagi orang yang mengucap syahadah, menunaikan solat, bayar zakat, dan sebagainya bahawa menganut fahaman-fahaman seperti sosialis, kapitalis dan sebagainya” Kenyataan ini telah di sanggah oleh seluruh ulama Al-Azhar yang dikepalai oleh Syaikh Al-Azhar ketika itu yang bernama As-Syaikh Dr Abdul Halim Mahmood. UMNO MENGAMALKAN SISTEM YANG BIDAAH DHOLALAH (SESAT) Di Malaysia, semenjak kemerdekaan lagi, parti yang memerintah adalah UMNO dan Barisan Nasional. UMNO dan Barisan Nasional telah mengamalkan system pemerintahan yang bidaah dholalah. Mereka mengamalkan dasar pemerintahan yang berasaskan kepada secular, dengan “merantingkan” Islam didalam pemerintahan, sedangkan Islam sepatutnya dijadikan sebagai “akar” didalam pemerintahan. Ini di buktikan dengan kewujudan biro agama didalam parti UMNO. System kapitalis merupakan mata-mata rantai perjuangan yahudi yang telah berjaya di serapkan didalam pemahaman ekonomi umat Islam. Ekonomi kapitalis yang telah menindas rakyat dengan mengenakan berbagai cukai, samada cukai jalanraya, air, api dan sebagainya. Meriwayatkan hadis oleh Ibnu Abbas, sabda Nabi SAW; الْمُسْلِمُونَ شُرَكَاءٌ فِي ثَلاثٍ فِي النَّارِ: وَالْمَاءِ، وَالْكَلأِ، وَثَمَنُهُ حَرَامٌ. Maksudnya; “muslim berkongsi didalam tiga perkara, iaitu api, air dan rumput. Harganya adalah haram[7]” Hadis ini menjadi dalil atas pengharaman cukai kepada perkara-perkara tersebut; air, api dan rumput. UMNO dan Barisan Nasional telah menyanggahi hadis ini dengan menswastakan air dan Api kepada Syabas dan TNB. Ini merupakan bidaah dholalah didalam system ekonomi yang diamalkan oleh UMNO, Barisan Nasional. PENUTUP Dari perbahasan ringkas di atas, difahami bahawa UMNO adalah sebuah parti kebangsaan melayu di Negara ini yang telah mengamalkan system yang bidaah dholalah, yang selayaknya kita berjauhan diri darinya. Melawan bidaah yang sesat ini merupakan kewajipan kepada seluruh umat Islam. Dan kita juga dilarang dari bersekongkol dalam menghidupkan pengamalan bidaah tersebut. Menyokong dan menjadi “barua” umno merupakan bersama-sama dengan UMNO dalam menghidupkan amalan bidaah yang sesat. Dikisahkan didalam hadis riwayat Al-bukhari, bahawa di akhirat nanti Baginda SAW menerima tetamu dari umatnya di kolam (haudh), lalu datang satu kelompok manusia yang baginda mengenali mereka dan mereka mengenali Baginda SAW, lalu apabila mereka hendak masuk dikawasan kolam (haudh), mereka tertegah daripadanya. Lalu Baginda SAW berkata (kepada malaikat); إِنَّهُمْ مِنِّي فَيُقَالُ إِنَّكَ لَا تَدْرِي ما بَدَّلُوا بَعْدَكَ فَأَقُولُ سُحْقًا سُحْقًا لِمَنْ بَدَّلَ بَعْدِي Maksudnya; “(mengapa kamu menegah mereka dari masuk ke kolam (haudh)) sesungguhnya mereka daripada kalanganku? Lalu baginda SAW di beritahu, sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) tidak mengetahui, bahawa mereka telah menukar (hukum, undang-undang, system dll) selepas kematianmu. Maka Aku (nabi) berkata; pergi jauh (dari kolam haudh) bagi orang yang telah menukar selepas kematianku[8]” Menukar system nabi, undang-undang nabi dan sebagainya merupakan kezaliman kepada diri sendiri yang mengakibatkan tidak boleh menjadi tetamu nabi SAW di akhirat nanti. Sedangkan kezaliman tidak boleh di sekongkoli. Firman Allah; وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ Maksudnya; “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka (Surah Hud : 113) Maka marilah kita menentang UMNO dan Barisan Nasional dengan sebab UMNO dan BN telah mencetuskan pengamalan system pemerintahan yang bidaah dholalah. Mudah-mudahan dengan tentangan yang kita lakukan terhadap UMNO mendapat pahala yang besar, kerana kita di bawah ketagori manusia yang menghapuskan bidaah yang menyesatkan. Sekian
Subscribe to:
Posts (Atom)