Sunday, December 2, 2007

APA YANG KITA TANAM ITU YANG KITA TUAI

Sebulan telah berlalu hari ini saya masuk balik ke blog sendiri sekadar memulakan satu thread yang dah lama sepi,sepi bukan tiada minat tapi sepi kerana sibuk melayan artikel lain yang salau saya baca di laman-laman popular yang menjadi hits sebab ramai nya orang-orang mencari berita yang sahih lagi benar sekadar berkongsi maklumat yang benar dalam laman seumpama ini.Begitulah situasi media di negara sendiri,semua yang buruk mengenai kerajaan ditutup rapi oleh ketua editor yang telah melakukan pecah amanah tugas yang diberi,bila dah ketua telah bersengkokol dengan pihak kerajaan maka anak-anak buah yang berkerja dibawah turut sama terlibat dalam permainan dunia yang sementara ini.

Tanggal 10 nov 2007 telah mencatat kan satu sejarah lagi bila mana himpunan yang telah diwar-war oleh satu badan yang di panggil BERSIH,telah memulakan himpuanan yang telah dicemari oleh pihak fru dengan semburan air berasid serta tembakan asap pemedih mata telah kelihatan di sekitar Masjid Jamek,dengan di Dataran Merdeka telah ramai pihak polis bersedia menjaga serta menutup persekitiran kawasan tersebut yang diwarta kan sebagai himpunan haram oleh kerajaan serta polis.Mungkin sebagai tipu daya Bersih mengatakan Dataran Merdeka tempat berkumpul,maka kelihatan disitu ramai pemberita serta polis berkumpul,maka dengan usaha kepimpinan yang bersatu pejuang-pejuang reformasi ini telah berkumpul dibeberapa tempat,ada di Sogo,Pasar Seni,Masjid Negara,dan yang paling ramai telah berada di ISTANA NEGARA.Himpunan ini telah di panggil himpunan KUNING sebab himpunan ini sebenarnya sekadar ingin menyerahkan memorundum pada AGUNG untuk di ambil tindakan yang sewajarnya agar SPR dapat di perbaiki mutu pengurusannya agar lebih adil dan telus.

Alhamdulilah HIMPUNAN KUNING ini dapat dijayakan dengan ramainya manusia yang berarak berjalan menuju ke ISTANA negara yang di anggarkan hampir 100,000 orang,tapi media kerajaan cuma mengatakan seramai 4000 orang,tapi kesilapan dari media tempatan mengatakan himpunan ini telah dikawal oleh 4000 pegawai keselamatan juga telah menimbulkan tanda tanya bagaimana seorang ketua editor tidak menyemak berita tersebut sebelum di keluarkan cerita di koran-koran tempatan,mengapa perlu 4000 pegawai polis untuk menjaga 4000 orang ramai untuk berhimpun?Sampai bila pembohongan tu nak di simpan lambat laun kalau orang tau maka kebencian mula menyebabkan orang memboikot akhbar tempatan.Banyak lah sangat komen dari menteri yang bijak pandai yang mengatakan bahawa rakyat bodoh bila mengikut kempen yang diterajui BERSIH yang didakwa dibantu oleh parti pembangkang tapi hakikatnay himpunan yang rata-rata nya bangsa melayu berlaku dengan aman serta berjaya menyerahkan memorandum ke ISTANA NEGARA.

HINDRAF satu pertubuhan yang dikata kan mewakili kaum india pada tanggal 25 nov telah dengan sokongan kaum minoriti tu meminta pihak berkuasa permit untuk berhimpun secara aman di hadapan bangunan suruhan jaya british untuk menyerahkan memorundum mereka juga telag di nafikan hak mereka,sebahagian pimpinan mereka sebelum perhimpunan pada 25 nov telah di tangkap dan di lokapkan,sekadar untuk menakutkan pengikut yang lain,tapi sekali lagi sejarah telah membuktikan yang mereka ini benar-benar berani sehingga tercetus lah tindak balas yang agresif antara kaum india serta pasukan keselamatan yang ceritanya ramai mendapat kecederaan termasuklah pasukan keselamatan.Maka ramailah menteri bersuara mengatakan himpuan ini telah mencetuskan keganasan,tapi harus kita ingat kalau polis tidak bertindak ganas serta menyembur air berasid serta asap pemedih mata maka kejadian umpama ini tidak berlaku,kerna himpunan hindraf ini tidak seumpama himpunan kuning sebab himpunan kuning di kawal oleh pasukan amal yang berkawal memastikan himpuana ini benar-benar aman dan himpunan kuning ini juga mendaulatkan tuanku serta menjunjung rukun negara,itu yang membezakan himpunan kuning dengan himpunan hindraf.

Ura kedengaran pada bulan december akan terdapat lagi himpuana yang akan dijalankan oleh ahli-ahli peguam untuk meraikan hari keamanan sedunia yang akan mula berarak dari sogo ke pasar seni yang akan dituruti oleh peserta dari badan-badan ngo serta BERSIH yang telah mengarahlan semua orang turun bersama-sama meraikan sambutan hari keamanan sedunia.Satu lagi himpunan yang juga melibatkan negara yang akan dilakukan dihadapan PARLIMEN untuk membantah satu akta yang akan memberikan pengarah SPR talian hayat selama setahun lagi untuk berkhidmat dengan SPR walaupun had umut telah sampai kepenghujung pada 31 dec ini.Kini rata-rata kalau kita berjalan setiap hari sabtu maka kita akan nampak masyarakat telah mula berpakaian kuning sebab dengan kuning saja menunjukkan kebangkitan rakyat dibawah tuanku,payung negara.Pada pimpinan negara yang memerintah cara sekular,apakah anda sudah terlambat untuk berubah atau pun mata hati anda semua telah ditutup oleh ALLAH dari berubah setelah lama melakukan kerosakan ,pembohongan,kezaliman,dan mendustakan kebenaran,jauh lagi menegakkan ISLAM dan banyak lagi keburukan yang dilakukan pada semua rakyat marhaen.

Ingat kalau kamu di lahirkan dari keturunan yang beragama islam,maka ingatlah seksa ALLAH lebih pedih dari siksa didunia,dunia adalah kehidupan sementara waktu,amanah yang diberi bukan kunci untuk pemimpin buat sesuka hati,ingat amanah yang diberi amanah itu juga yang akan menjawab di sana nanti,besar mana pun pangkat seseorang tu,kaya mana pun kehidupan seseorang itu,tinggi man pun kedudukan seseorang itu,bagi ALLAH tiada bezanya,cuma yang membezakan adalah amalan sseseorang.INGAT APA YANG KITA TANAM ITU JUGA YANG AKAN KITA TUAI NANTI.